Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Terdesak membela rakan kafir dalam isu Kalimah ALLAH sesama Islam jadi tegang

>

Nampaknya sehingga ke hari ini isu penggunaan kalimah Allah masih belum reda. Bezanya, perkembangan mutakhir menyaksikan wujudnya ketegangan bukan di antara penganut Islam dan Kristian, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri. 
Sesetengah pihak begitu ekstrem berpegang kepada pendapat masing-masing.Orang Islam di kalangan Ulama, pemimpin politik, dan rakyat semuanya bertelagah di antara satu sama lain.Masing masing menuduh pendapat dan pandangan orang lain tidak betul,sehingga ikatan ukhuwah sesama Islam yang sedia longgar terus menjadi bertambah longgar dan semakin terurai kerananya. 
Perkembangan ini amat menyedihkan, di mana isu kalimah Allah kini telah bertukar menjadi satu ‘tragedi’ buat umat Islam di Malaysia.Sedangkan masyarakat kristian tenang dan terus bersatu dan bekerja menyebarkan dakwah mereka.
Pemimpin pemimpin politik biasalah, walaupun tidak mahir dalam bidang agama,memang tidak ketinggalan mengambil kesempatan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui isu ini bertujuan untuk menjatuhkan lawan masing masing.  Tindakkan mereka telah memesongkan pemikiran rakyat jauh dari kebenaran demi untuk keuntungan dan kepentingan politik mereka.
                                                                                                             
Pemimpin pemimpin politik sentiasa macam kena rasuk, rasa diri pakar 
dalam segala bidang termasuk bidang agama?

29/01/2010 - Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Video

4 Comments »

  1. >Itulah bezanya “ ULAMA POLITIK “ dengan ulama yang berpaksikan Islam sebagai TIANG SERIdalam kehidupan . Tak kira apa pun faham politiknya UMNO, PAS, PKR semuanya akan menarikpengikut2 taksubnya ke NERAKA JIKA MEREKA SEMUA TAK BERHATI2 KETIKA MENYEBARKAN AGENDAPOLITIK MEREKA. Kerana neraka adalah tempat terbaik pada PENYAMPAI FITNAH DAN YANG MEMECAHBECAHKAN SILAHTURRAHIM SESAMA ISLAM. Soal benar atau tidak dah jadi no 100……yang penting UNDI DAN AKULAH YANG BETUL, ORG LAIN SUME SALAH. Lepas tuu kaitkan hadis dan Al Quran sebagai bukti kononnya fahaman aku yang betul, walaupunakibat dari perbuatannya akan menambahkan lagi parahnya fahaman terhadap Islam itu sendiri.Kemudian cakap pulak ini sume untuk rakyat, rakyat nak macam ini, rakyat tak suka ini………kepala bapak dia senang2 buat tafsiran sendiri tentang kemahuan rakyat. 100% berani jamin punya setiapapa dia orang cakapkan tentang kemahuan rakyat, dia orang tak tanya langsung pada rakyat cuma dapat maklumat dari CACAI PENGANGKAT NAJIS MEREKA .Soal apa akan jadi pada bangsa dan ugama pada 10 atau 20 tahun akan datang dah tak penting, yangpenting AKU MESTI JADI PM . Masa akan datang AKU DAH TAK DE, JADI APA AKU PEDULI. Jadi perkara terbaik dalam PRU nanti……pangkahlah calon yang berkelayakan untuk memimpin……layak dalam ugama, tidak rasuah, tidak kes yang memalukan spti zina atau liwat dll.Jika memang tiada kelayakan dalam timbangan hati, pangkah sumenya……lebih baik begitu darikita menjawap di hadapan ALLAH SWT nanti……masa tu mungkin tak terjawap nanti. Jika terdapat calon yang bukan Islam sedangkan ada calon Islam yang berkelayakan tak kiradari “ kaum “ ape UMNO, PAS, atau PKR wajib kita DAHULUKAN ISLAMNYA bukannya PARTI POLITIKNYA.Kalu tak, tulislah “ surat tunjuk sebab “ di hadapan ALLAH SWT di Mahsyar……TAK SUSAHKAN ???????????? Wassallam

    Like

    Comment by Anonymous | 24/02/2010 | Reply

  2. >Asalam….Nampaknya sehingga ke hari ini isu penggunaan kalimah Allah masih belum reda. Bezanya, perkembangan mutakhir menyaksikan wujudnya ketegangan bukan di antara penganut Islam dan Kristian, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri. Islam sama islam kalau bergaduh mana satu Islam kita nak ikut eh….

    Like

    Comment by Suhaimi Samad | 03/02/2010 | Reply

  3. >The problem is the mentality of "My Islam is better than your Islam."

    Like

    Comment by Datuk Bendahara | 30/01/2010 | Reply

  4. >ini bermakna jarum musuh islam telah berjaya, kerana mereka memang ada muslihat disebalik isu ini. Melayu ni memang anih, kalau jadi pembangkang, mereka akansentiasa membangkang apa2 yang dilakukan oleh seteru mereka. Bangsa lain tidak begitu.mereka akan saling melengkap yang penting bangsa mereka terbela. Majoriti bangsa melayu islam pula tidak mendalami pengetahuan ugama mereka..kebanyakannya mengaji dan mendapat pengetahuan setakat apa yang sekolahbagi sahaja. Kalau yang attend sekolah rendah agama tu adale lebih pengetahuan. apabila tak cukup ilmu, sukar untuk mempertahankan sesuatu isu berkait dengan agama.kebanyakan tak faham apa yang di baca dlm sembayang pun apatah lagi apa yang dalam Quran..jauh sekali hadis2 sahih. begitu juga dengan doa..amin je lah..camne nak pertahankan agama tanpa ilmu..atau kalau ade ilmu pun jenis stereo type…

    Like

    Comment by Kasim Arsani | 30/01/2010 | Reply


Leave a Reply to Datuk Bendahara Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: