Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Terdesak membela rakan kafir dalam isu Kalimah ALLAH sesama Islam jadi tegang

>

Nampaknya sehingga ke hari ini isu penggunaan kalimah Allah masih belum reda. Bezanya, perkembangan mutakhir menyaksikan wujudnya ketegangan bukan di antara penganut Islam dan Kristian, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri. 
Sesetengah pihak begitu ekstrem berpegang kepada pendapat masing-masing.Orang Islam di kalangan Ulama, pemimpin politik, dan rakyat semuanya bertelagah di antara satu sama lain.Masing masing menuduh pendapat dan pandangan orang lain tidak betul,sehingga ikatan ukhuwah sesama Islam yang sedia longgar terus menjadi bertambah longgar dan semakin terurai kerananya. 
Perkembangan ini amat menyedihkan, di mana isu kalimah Allah kini telah bertukar menjadi satu ‘tragedi’ buat umat Islam di Malaysia.Sedangkan masyarakat kristian tenang dan terus bersatu dan bekerja menyebarkan dakwah mereka.
Pemimpin pemimpin politik biasalah, walaupun tidak mahir dalam bidang agama,memang tidak ketinggalan mengambil kesempatan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui isu ini bertujuan untuk menjatuhkan lawan masing masing.  Tindakkan mereka telah memesongkan pemikiran rakyat jauh dari kebenaran demi untuk keuntungan dan kepentingan politik mereka.
                                                                                                             
Pemimpin pemimpin politik sentiasa macam kena rasuk, rasa diri pakar 
dalam segala bidang termasuk bidang agama?

29/01/2010 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Video | 4 Comments

   

%d bloggers like this: