Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Pejuang Islam gagal tunjuk ciri Islam

>Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

“Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

“Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

“Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti,” katanya.

26/01/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

10 Comments »

  1. >Salam Fazel, Betul apa yang diperkatakan anda itu. Tetapi perkara ini sepatutnya di beritahu direct kepada TG Nik Aziz, bukannya post kat sini sbb dia tak baca pun kat group ni. Sepatutnya kita puji usaha PAS ini yang menyeru pimpinannya menjaga solat jamaah, dhuha dan tahajud. Dengan mempersoalkan perkara ini seperti kenyataan anda berkenaan fardhu ain tu, pelbagai tafsiran boleh dibuat oleh pembaca disini:- 1. Terserlahlah kebencian yang teramat sangat anda kepada PAS sehinggakan seruan PAS meminta pimpinannya menjaga solat jamaah, dhuha dan tahajud pun dipandang lekeh dan serong.2. Terserlahnya perasaan buruk sangka yang mendalam dalam diri saudara ttg ibadah muslim yang lain.3. Tidak menggalakkan orang sembahyang jamaah, dhuha dan tahajud selagi amalan fardhu ain belum sempurna. Adakah amalan fardhu ain anda sempurna 100%? Apakah nk tunggu sempurna 100% baru boleh laksanakan ibadah sunat yang dituntut itu? Jadi, berhati2lah dalam mengeluarkan kenyataan sbb banyak manusia dihumban keneraka kerana lidahnya.

    Like

    Comment by Nizam | 29/01/2010 | Reply

  2. >Dia org tu hanya pakaian sahaja macam pak shekh perangai hampeh…..nama parti sahaja ISLAM…. ahlinya tak da pun……he he he

    Like

    Comment by Wafi Rahim | 29/01/2010 | Reply

  3. >TULA TARBIYAH KENA KUAT SIKIT…..ASYIK BERPOLITIK AJER….MAT ISLAM…

    Like

    Comment by Zakri Kamaludin | 29/01/2010 | Reply

  4. >Haaa rakan2 semua tingkatkan amalan dan kuatkan iman, barulah senang minta pertolongan Allah, sama2 kita bermuhasabah diri.

    Like

    Comment by xstream | 29/01/2010 | Reply

  5. >Tindakan Mursyidul Am Pas ni memang betul. mmmmm kesian beliau, mungkin harapannya tinggi terhadap pemimpin Pas peringkat pertengahan ini tetapi sebaliknya yang berlaku. Tapi tidak mengapa kerana mereka menjawab dengan ikhlas. Jika mereka menipu lagilah teruk. Sekurang-kurangnya dapatlah Pas menjalankan aktiviti mempertingkatkan lagi kesedaran pemimpin2 ini dan selanjutnya mereka sendiri berubah untuk menjadi umat yang terbaik. Semoga berjaya

    Like

    Comment by Susuka Mitsuoko | 29/01/2010 | Reply

  6. >Mereka nak tegak Negara Islam dahulu . Nak tegak hudud dahulu . Bab samada individu , keluarga dan masyarakat nak tegak syiar Islam atau nak membina masyarakat yang bertaqwa tak penting sangat . Itu semua adalah perkara kedua . Yang penting , dapatkan kuasa untuk tadbirkan negara Islam dahulu . Lepas tu semuanya akan menyusul termasuk akhlak umat Islam . syeikhbelalang – Geleng kepala

    Like

    Comment by Pak Belalang | 28/01/2010 | Reply

  7. >ceeehhh…sebuk pulak awak nak cek fardhu ain orang, awak tu dah sempurna ke…..ntah2 solat awak pun lansung tak khusuk, sebab risaukan orang lain tak khusuk, saya rasa awak ni ada masalah hati la……apa mende tu….buruk sangka..hmmm, ye ke?

    Like

    Comment by Zabidi | 28/01/2010 | Reply

  8. >Kita menceritakan tanggungjawab seorang pemimpin yang mana..dia perlu ambil berat bukan sahaja soal lahir, yang ada hubungkait dengan dunia seperti makan minum dan nikah kahwin anak buah, tetapi soal hubungan anak buah dengan Allah terutama soal fardhu ainnya. JAdi, bila bertemu dua keadaan, samada melihat atau memeriksa yang sunat, atau memeriksa yang wajib, maka wajib perlu didahulukan. Makanya, Fardhu ain sembahyang itu diperiksa jika perlu bagi memastikan anak-anak buah selesai fardhu ainnya. Jika tidak, pemimpin itu kelak akan dipertanggungjawabkan oleh Tuhan atas anak-anak buahnya. Termasuk kita jika menjadi pemimpin keluarga. Termasuk jika kita menjadi pemimpin setempat di kampung mahupun di pejabat Wallahua'lam.

    Like

    Comment by Fazel Saleh | 28/01/2010 | Reply

  9. >Bagus la tu, tak salah pun, Nik Aziz buat macam tu, dia tetap ada niat baik, nak periksa orang dlam jamaah dia, dia tak buat salah pun….dan yg paling penting dia tak sebuk nak prejudis saudara seIslam yg dikatakan berjemaah Islam berpimpin guru mursyid, bertuhan kan TUHAN…… dan tak pernah pun saya nampak jemaah Nik Aziz atau kawan dia yg menulis diblog atau mana2 media mengkritik jemaah lain. sebenarnya prejudis awak tu melebih lebih…..lebih dari niat baik awak tu….

    Like

    Comment by Zabidi | 28/01/2010 | Reply

  10. >Kena check dulu fardhu ain mereka. Sebab Nak check solat jemaah, solat dhuha atau solat tahajud ialah selepas memeriksa fardhu ain, lepas atau tidak. Terutama soal sembahyang.

    Like

    Comment by Fazel Saleh | 28/01/2010 | Reply


Leave a Reply to Pak Belalang Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: