Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>ISU KALIMAH ALLAH – NAK KE MALAYSIA KITA JADI MACAM NI?

>Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indonesia.
Kiriman: Fadzil@yahoo.com

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini… (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka…

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi… lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak klu jadi camni kat mesia

di tengah tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “Rumah Allah”…mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular .

18/01/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

7 Comments »

  1. Di Indonesia semua penduduk bercakap dlm bahasa Indonesia, jadi kecelaruan ini mungkin boleh di terima tapi di Malaysia yang guna bahasa Melayu adlah kebanyakan atau hampir keseluruhan adalah berAgama Islam maka kalimah Allah tidak sesuai diguna dlm bilble berbahasa Melayu, kenapa mesti nak tulis bible berbahasa Melayu, adakah bible dlm bahasa Cina, Tamil & English guna kalimah Allah juga jika tidak umat Islam perlu lebih berhati-hati dan sensitif kalau nak guna dlm Gereja rasanya tu tak apa sebab umat Islam takkan nak masuk gereja. Ada ke bahasa Melayu diguna di Gereja jika tiada umat Melayu di dalam, rasanya ugama selain Islam tak boleh disebar di Malaysia secara terbuka, harap penganut Kristian di Malaysia faham dan tidak cuba mendahului takdir. Satya ingat dulu masa darjah Lima saya masuk bercerita dlm bahasa English cikgu India berugama Kristian guna kalimah Oh My Lord dlm cerita tersebut, Guru besar tegur untuk guna kalimah My God. kalau kalimah Lord yang dulu diguna kenapa sekarang nak guna kalimah Allah.
    adakah ini satu Agenda sulit yang perlu untuk difahami semua Umat Islam di Malaysia tak kira siapa anda.

    terima kasih

    Like

    Comment by Ahmad Radzali Sarman | 11/01/2013 | Reply

  2. Kalimah Allah diperkenalkan kepada kita oleh Nabi Muhammad SAW.

    Nabi Isa yang didewa2kan oleh penganut agama Kristian tidak tahu nama Tuhan adalah Allah. Apa yang disibukan sangat oleh orang2 Kristian mengenai penggunaan nama Allah ini ?

    Tidakkah ada sesuatu yang ingin disabotajkan ?

    Peliknya, ada di kalangan kita orang Islam yang mengaku Ulama’ … bersetuju !

    Tepatlah kata Nabi, ” Di akhir zaman Islam hanya tinggal namanya sahaja….Ulama’ sesat menyesatkan “

    Like

    Comment by Yunos | 11/01/2013 | Reply

  3. terima kasih kerana memaklumkan perkara in. semuga semua umat islam jelas niat yg tersirat dpd golongan kristian. mudahan ulama kita pun membaca dan teliti niat maksud.

    Like

    Comment by zasmans salleh | 11/01/2013 | Reply

  4. sangat-sangat tidak setuju dengan pengunaan nama Allah untuk bukan
    islam. Ada tak yang buat memorandum mintak dibatalkan permohonan tu
    untuk selama-lamanya.

    Like

    Comment by Fariza Abu Bakar | 10/01/2013 | Reply

  5. seramnyee… bayangkan klo orang yang cetek ilmu agamanya membaca sesuatu tanpa usul periksa … akan terus tenggelam..nauzubillah… moga2 setiap pihak dapat memberi perhatian serius dalam hal nih… terima kasih atas perkongsian.

    Like

    Comment by ihazlinda hazrin | 08/01/2013 | Reply

  6. >DI SABAH sudah sekian lama diguna perkataan ALLAH oleh yang agamanyta kristen, tetapi tidak pernah mempengaruhi anak-anak Sabah, malah kesannya ramai orang Dusun/Kadazan yang kristen masuk Islam lantaran perkataan itu melekat di hati mereka. Saya minta yang Islam jangan terlalu menitikiberatkan soal pengunaan Allah/yang penting bagi umat Islam ialah akidah. Apa gunanya kita tentang marah mereka gunkan perkataan itu, sedang hati kita kotor dan selalu berperasaan negatif dengan mulut mengumpat, fitnah memburukkan saudara sendiri? Saya kira umat Islam bukan rosak akidahnya kerana kristen menggunakan perkataan Allah, tetapi perangai umat islam itu sendiri yang tidak mengikut sunah dan ajaran nabi dan asyik bercakaran sesama sendiri. Kuman seberang laut bisa dinampak, sedang gajah di bibir mata tak pula dirasa. Jangan lihat semata negatrif sesauatu isu, tetapi lihat juga positif kesannya macam saya kata ramai orang kristen di Sabah masuk islam dan tak pernah terbukti orang islam terpengaruh, malah orang Sabah tidak pernah juga mahu tahu audara kami mengggunakan perkataan Allah sebab tidak sedikitpun berkesan kepada anak-anak yang Islam agama.

    Like

    Comment by Ismaily Bongsu UMS-Sabah | 18/01/2010 | Reply

  7. >Nampaknya puak krisitian ni dengan angkuhnya berkeras masih nak gunakan kalimah Allah…….angkuhmahu mendapatkan sesuatu yang dia tak perlukan…….walaupun ianya akan menyakitkan orang lain….Sudah menjadi dasar mereka ni….sama seperti pokok krismas atau santa claus yang tak pernah wujuddalam Bible…….mereka sekarang ini melakukan perkara yang sama dengan kalimah Allah.Kalau ikut fahaman kristian ortodoks, YHWH (sebut Yahweh) adalah nama sebenar tuhan yang tertera dalam Bible(perjanjian lama), dan tidak pernah diluputkan dan digantikan oleh nama lain oleh perjanjian baru. Nampaknya namani amat jarang digunakan oleh orang krisitian sendiri (dan juga yahudi) sebab mereka sudah terlalu biasanya menggunakan gelaran lain bila merujuk kepada tuhan dari dulu, dan lebih kerap menggunakan 'Christ' yang merujukkepada Nabi Isa a.s…..dan istilah 'Lord' dan 'God' membawa makna yang sama dalam bahasa Inggeris….Kalau ada pun arab kristian yang guna Allah, penggunaannya nampak hanya sekadar merujuk kepada 'tuhan' secara am….mungkin sebab itu istilah lazim dunia arab…bukan nama rasmi……dan demikian juga dengan istilah God juga bukan nama sebenar tuhan merekakalau ikut definasi kristian…….jadi sepatutnya dalam bahasa malaysia patutnya guna 'Tuhan' saja la…..buatapa nak cari pasal guna 'Allah' tu……bukannya dia orang tu guna bahasa arab pun di Malaysia ni.Bila God dalam Bible Inggeris merujuk kepada YHWH, jika tidak ada agenda lain, maka tidak ada sebabkenapa mereka perlu berkeras nak gunakan istilah Allah, yang memang menghina Islam kerana akan memesong erti sebenar kalimah tersebut bagi orang Islam yang merujuk kalimah tersebut sebagai nama tuhan yang sebenar bilamana Islam diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w. Apa jua yang kita lakukan (nak sebut perjuangan, rasa belum layak lagi) demi Allah….kita lakukan bukan untuk melindungi Allah swt, sebab Allah swt yang maha besar tak perlukan perlindungan kita yang lemah ni…..bahkan dunia ini bakal hancur lebur dalam sekelip mata jika itu yang Allah swt mahukan. Tetapi, jika sesama manusia, kita tak teragak-agak melindungi nama baik orang tersayang…..maka tiada sebab kita perlu teragak-agak melindungi kalimah Allah dari dicemari.

    Like

    Comment by dato seri | 18/01/2010 | Reply


Leave a comment