Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>JUARA RAKYAT HANYA RETORIK PEMERINTAH SEKULAR

>Hendak menjadi juara di hati rakyat? Bagaimana jika rakyat menginkan perkara-perkara yang berbau maksiat? Misalnya, rakyat menginkan kilang arak agar diperbesarkan, dan jualannya juga diperluas. Adakah PEMERINTAH akan menuruti permintaan tersebut demi menambat hati rakyat? Atau bagaimana jika rakyat menginginkan pelbagai perkara maksiat lainnya, lalu dipenuhi oleh pemerintah ? Dahsyat bukan? Kemaksiatan bakal bermaharajalela, dan masyarakat akan semakin jauh dari rahmat Allah SWT.

Memang beginilah lumrah yang terjadi di kalangan para pemimpin di kalangan umat Islam yang berfikir dalam kerangka idealisma sekular. Dan tidak jarang ini berlaku kepada para politikus yang kononnya memperjuangkan Islam. Ini bukanlah perkara yang retorik dan tidak berpijak kepada fakta. Ini kerana, sesebuah parti politik yang berjuang di dalam Sistem Demokrasi akan bertungkus lumus secara bersungguh-sungguh agar hati rakyat ditawan (walau pada hakikatnya banyak kehendak rakyat yang tidak dipenuhi), dan seterusnya memilih dan mengundi mereka di dalam pilihanraya, yang akan menjadikan mereka berkuasa di dalam sistem pemerintahan. Tidak kira dengan jalan apa pun, segala cara dan taktik akan digunakan dengan semaksima mungkin untuk mencapai tujuan ini. Di sisi lain, mereka akan cuba memburuk-burukkan parti lawan, agar pengaruh lawan berkurang, sekaligus kemenangan akan berpihak kepada mereka. Parti sekular dengan semangat asabiyyahnya, parti Islam dengan penggadaian maruahnya. Inilah yang berlaku di seluruh dunia, saban hari dan saban tahun. Sampai bilakah rakyat umumnya, dan umat Islam khususnya akan dipertontonkan dengan pertelingkahan, perebutan kuasa dan penggadaian agama Islam yang suci ini?

Jika kita telusuri sirah Rasulullah SAW, baginda tidak pernah cuba untuk menjadi juara di atas kehendak masyarakat ketika itu, baik ketika sebelum berdirinya Negara Islam (di Makkah), atau setelah berdirinya Negara Islam (di Madinah). Majoriti masyarakat Makkah menolak Islam, dan pemuka-pemuka Quraisy menawarkan harta, takhta dan wanita kepada Rasulullah, namun ditolak mentah-mentah oleh Nabi kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. Begitu juga ketika Saidina Umar dan beberapa orang sahabat lain yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiyah, kerana menganggap ia berat sebelah, tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjian tersebut. Hasilnya, syiar Islam semakin berkembang ketika itu. Beginilah sikap yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita sebagai orang-orang yang beriman. Kita harus bersungguh-sungguh menjadi ’Juara Syariat’ dan bukannya ’Juara Rakyat’.

”… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [TMQ Al-Baqarah (2):216].

Sumber : HT

04/01/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

5 Comments »

  1. Memang betul tu….klu bandingkan masjid dgn shopping complex lebih ramai umat islam di sana ketika waktu solat…sy pernah solat di penang waktu zohor…alangkah sedih nya di bahagian wanita saya sorang aje dan lelaki pun x ramai…begitu juga tempat2 lain…mungkin ini lah puncanya hati kita orang islam gelap hanya ingin berkuasa dan kemewahan serta nikmat dunia hingga lupa pada perintah Allah dan ajaran Rasul kita….muhassabah diri lah mengapa kita boleh berpecah skrg ni…hingga org lain boleh ambil kesempatan atas kelemahan kita…

    Like

    Comment by sharifah hamidah | 08/06/2012 | Reply

  2. Ya Allah,
    Kau satukanlah hati guru guru kami, kau satukanlah hati ustaz-ustaz kami,kau satukanlah hati ulama-ulama kami ya Allah..kau satukanlah hati imam-imam kami , kau satukanlah hati ketua-ketua kami ya Allah….jika kau pisahkan hati mereka ya Allah…kemana lagi kami nak bergantung ya Allah…perkenankanlah.

    Like

    Comment by Nadzri Mohd | 07/06/2012 | Reply

  3. Tahniah! baguslah ade risau atas perkara sebegini.sudah mula ada kesedaran secara menyeluruh dikalangan umat Islam tentang perlunya balik kepada asas agama. Sedikit untuk berkongsi pengalaman. Dengan rahmat Allah s.w.t aku telah berpeluang menjelajahi negeri-negeri di Malaysia. Jalan-jalan, lorong-lorong kampung dan bandar aku masuk…jumpa saudara2 sama kalimah,cerita tentang kehebatan Allah, pengorbanan Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a. maaf cakap, tak ramai yang sedia terima. Surau-surau,masjid-masjid lengang berbanding dengan bazar-bazar. Suara muazzin mengajak manusia membesarkan Allah, menghinakan diri sebagai hamba tak lebih macam lagu-lagu dari kedai-kedai muzik, kedai-kedai makan. Tak ada yang merasa terpanggil untuk datang dan sujud di rumah-rumah Allah…alangkah…..Kemudian kita mencari-cari jawapan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul sedangkan jalan penyelesaiannya Rasullullah s.a.w telah tunjukkan lebih 1400 dahulu. Kita ingat alam ini kita yang tadbir ikut hukum dan kehendak kita. kita terlupa Allah s.w.t tak terikat dan tertakluk pada semua peraturan. Allah s.w.t Maha Hebat dengan KehebatanNya. Baliklah pada perkara paling asas. Perintah amal paling besar dalam ibadat. Penuhkan surau-surau, masjid-masjid setiap kali azan berkumandang. Rendahkan diri pada Allah s.w.t ‘in toto’, secara mutlak..Empat kali laungan Allahu akbar. Allah s.w.t lebih besar dari 4 unsur kejadian anak adam, alam ini. tanah,air,angin dan api. Kita perlu memahami hakikat ini. 4 unsur inilah yang membuatkan kita semua bergaduh, bertengkar, berrmusuhan. alam ini dicipta untuk dimusnahkan. Biarlah dia musnah mengikut ketetapannya. Akan jadi terlalu panjang kalau aku ceritakan satu demi satu.Mungkin dilain kali. Memang sukar nak memaafkan.Tapi kita kena usaha untuk belajar akhlak Rasulullah s.a.w. Ingat peristiwa Sayyidina Hamzah r.a dibunuh oleh Wasyi dan hati dimamah oleh Hindun yang pada ketika itu belum menerima Nur hidayat? Apa tekad Rasulullah s.a.w? Apa teguran Allah s.w.t kepada nabi s.a.w?……belajarlah.bukakan hati, doa dengan airmata.kasihankan umat yang menderita iman mereka.Doakan untuk aku sekali. Perjalanan Yang Jauh, Bekalan Yang Terlalu Sedikit

    Like

    Comment by m ross | 06/06/2012 | Reply

  4. Ingat lah sekarang Islam/Melayu dah berpecah tiga bukan 2 lagi….UMNO, PAS dan PKR (majority Melayu jadi kira parti Melayu lah)….apa nak jadi….apa nak jadi..fikir2 kan lah kan elok kalau bersatu…UMNO dan PAS dan fikirkan mcmana nak jadikan negara islam…melaksanakan hukum2 Allah…..

    Ketepikan perbezaan pendapat utamakan perpaduan ummah…kasihan sy tgk keadaan org islam sekarang…Islam mengajar kita bersikap toleransi, tetapi sebalik nya dgn org islam/melayu…memaki hamun mcm perkara biasa, tuduh menuduh, buruk sangka telah menjadi pegangan orang islam/melayu skrg ni…..dan menegakkan benang basah x kira lah dari parti mana pun, sy rasa semua nya sama….klu kita benci UMNO…ingat kebanyakan ahli melayu dari PKR adalah dari UMNO bermakna sepihan UMNO (mungkin sour grape)…PAS masih lemah lagi untuk bertindak…jadi tiada jalan lain bersatu…bersatu untuk perangi musuh2 islam/melayu….Sedari lah dengan perpecahan ini org bukan berugama Islam dan bkn melayu mengambil kesempatan…percaya lah…dulu mereka tidak berani nak menegur azan, mengaji sebelum azan dan lain2 skrg makin berani…fikir2 kan lah mengapa….dan elok aja org melayu sendiri mengiyakan teguran mereka….mmmm..sedih…sedih……org lain berani menegur org melayu kaya mendapat project dari kerajaan (Syed Bukhari) tetapi bangsa mereka yg ramai kaya raya tak ada sapa pun org melayu nak tegur,…org melayu kaya seorang dua itu yg di persoalkan dan kita pun ikut melatah….x ke BODOH org kita…sekurang2 nya ada org melayu kaya boleh lah salurkan zakat pada org Islam secara persendirian atau pun pusat zakat….suka dengki mendengki itu lah sikap org islam/melayu Malaysia….dan cepat melatah ada lah sikap org Islam/Melayu…

    Sy tak kuatir dgn kehidupan sy kerana sy dah kira selesa walaupun x kaya, semua yg saya hendak sy dpt dengan kesungguhan sy bekerja dan pertolongan Allah tetapi apa akan jadi anak cucu saya di akan datang kalau org islam/melayu bercakaran….fikir2 kan lah…alangkah baiknya Islam/Melayu bersatu…gerun org kafir nanti…insyaallah..klu kita bersatu…

    Like

    Comment by sharifah hamidah | 06/06/2012 | Reply

  5. Salam,

    Semua ingin disayangi tetapi caranya yang terleka…..

    Biarlah disayangi manusia meskipun Allah murka,
    Biarlah seluruh manusia marah asal Allah menyayangi.

    Pilihan ditangan masing masing

    Like

    Comment by Ujang | 05/06/2012 | Reply


Leave a comment