Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Alangkah baiknya jika PM diingatkan kewajiban untuk menerapkan Islam

Prof Dr Yusuf Al-Qardawi selaku Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah sempat bertemu dengan Perdana Menteri selepas bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Presiden PAS. Kesimpulan dari perjumpaan beliau dengan PM adalah antara lainnya beliau mengharapkan agar perpaduan umat Islam di Malaysia dapat dipertahankan. Ya, umat Islam wajib bersatu. Tetapi realitinya kini umat Islam di Malaysia bersatu atas asas acuan ashobiyyah yang ‘dihadiahkan’ oleh penjajah.

Seruan bersatu ini sepatutnya didasarkan atas asas aqidah Islam yang melangkaui sempadan negara bangsa, warna kulit, bahasa dan yang seumpamanya. Alangkah baiknya ketika Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang berkesempatan bertemu dengan PM itu menyeru dan mengingatkan Najib akan kewajibannya menerapkan Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan bernegara. Amat wajar jika Tokoh Maal Hijrah itu mengingatkan Najib bahawa sambutan yang diadakan setiap tahun itu sebenarnya tidak akan membawa apa-apa makna selagi mana sistem kufur peninggalan Lord Reid itu masih lagi diletakkan sebagai perlembagaan yang tertinggi mengatasi Al-Quran dan As-Sunnah.

Hijrah bermakna perpindahan dari Darul Kuffur kepada Darul Islam. Mana mungkin sambutan Maal Hijrah yang diraikan saban tahun membawa makna jika Darul Islam tidak muncul tiba bahkan sebaliknya Darul Kufur masih terus wujud sebagaimana hari ini. Semoga ada kebaikan bagi Najib yang menerima hadiah buku Fiqh Jihad dari Tokoh Maal Hijrah itu. Bagaimana Najib?

Sumber: HTI

29/12/2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | , , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: