Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>PEMERINTAH WAJIB BERLAKU ADIL

>Keadilan adalah satu perkara yang amat sukar di laksanakan.Tiada sesiapa yang boleh berkata dia telah berlaku adil dalam setiap tindak tanduknya.Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang boleh berlaku adil.Hanya orang taqwa, yakni orang yang ada rasa takut terhadap azab Allah sahaja yang akan terdorong untuk bertindak adil dan tidak menindas orang yang dia benci.

Pemerintah adalah golongan yang paling di suruh berlaku adil.Keadilan pemerintah adalah sangat di besarkan oleh ALLAH di dunia dan lebih lebih lagi di akhirat.

Pemerintahlah orang yang paling dituntut agar pandai menjaga hati hati rakyat sekalipun hati orang yang bukan dari partinya atau orang kafir.Demi membina masyarakat harmoni, kasih sayang dan aman damai, yang benar benar terasa oleh semua pihak.

Menjaga hati pula bukan lah dengan mengikut fikiran atau perasaan tetapi hendak lah mengikut syariat Islam.Pertimbang fikiran atau perasaan tidak cukup tepat dalam menilai sesuatu.Oleh itu, untuk menjaga hati, syariat menetapkan caranya, ia itu dengan berlaku adil saperti yang di kehendaki oleh Islam dan bukan “adil” yang di definasikan oleh orang orang sosialis, komunis, ateis, kapitalis,demokrasi dan apa apa jua ideologi selain Islam.

Keadilan yang dilaung laungkan oleh dunia hari ini konon memperjuangkan hak asasi manusia tetapi sebenarnya keadilan mereka adalah puak puak mereka sendiri.Dalam masa yang sama seluruh dunia tidak terasa keadilan yang di lagang mereka itu.

Keadilan mestilah di rujuk di Al Quran dan Hadis dan di praktikan menurut kehendak nya.Keadilan yang di bawa oleh Al Quran sudah pasti mampu mengadili setiap insan, secara merata.Untuk orang Islam atau bukan Islam.Tanpa keadilan, slogan slogan dan retorik retorik tidak akan dapat mendamaikan rakyat yang sedang kusut kini.

25/12/2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | 1 Comment

   

%d bloggers like this: