Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Guru mursyid dari kaca mata ilmu tasauf

Guru mursyid amat di geruni kerana Ilmunya
Mursyid adalah orang yang memberi petunjuk (Irsyad)
Pada akhir zaman ini adalah amat sukar untuk kita mencari atau memilih mursyid yang sebenarnya.Selepas dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en).
Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.
Antara sebabnya ialah pengaruh ideologi thagut yang merupakan kejahatan yang telah meleka atau melalaikan kita semua.
Namun dalam tradisi tasauf, terdapat etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.
Di antara syarat syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:
1  Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama.     Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.
2  Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
3  Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
4  Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya
.
5  Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)
6  Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.
7  Berbudi pekerti luhur
8  Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi
9  Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana
.
10  Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.
11  Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji
12  Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)
13  Hadir hatinya untuk Allah SWT semata
14  Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah)
15. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan kewangan)
16.Tidak mengambil peduli perkara remeh
17.Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.
18 Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.
Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar kita itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukmin.
Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:
..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang,
janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah
SWT…

(Rujukan: Kuliah Ustaz Hj Ali Hj Mohamad)

Advertisements

21 December 2009 - Posted by | Tazkirah | ,

1 Comment »

  1. >guru murshid itu juga seorang yang tahu membaca isihati kita.dia mengeluarkan wangnya untuk mengajar anak muridnya ilmu

    Comment by Anonymous | 25 February 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: