Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>POLITIK ITU MENGEJAR KUASA?

>Ada orang fahamkan politik sebagai menyertai mana mana parti politik untuk ikut serta dalam pilihanraya.

Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana mana parti politik dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali.


Kemudian samada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja.


Itu lah orang yang kononnya di katakan orang politik.


Sebaliknya orang yang tidak berpolitik difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana mana parti politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya.


Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah ikut sistem pilihan raya kerana hendak berkuasa, maka matlamat mereka hanyalah hendak kuasa.


Oleh kerana terlalu hendak kuasa, dalam pilihanraya mereka menghalalkan cara.


Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru harakan suasana atau melaku tipu daya, semua boleh mereka lakukan.


Rasuah pun tidak apa, jual agama pun tidak apa, membeli undi pun tidak apa.


Yang penting menang dalam pilihan raya.


Ini kah POLITIK yang mereka fahamkan?
 
 

11/12/2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 12 Comments

>POLITIK ISLAM TIDAK LAGI RELEVEN?

>

Bila kita tanya kepada kebanyakan tokoh politik Islam, mengapa mereka ikut serta dalam sistem politik Barat.Biasanya mereka akan menjawab “Tiada pilihan lain- dharurat”. Benarkah begitu? Adakah Islam tidak ada jalan sendiri dalam hal berPolitik? Adakah Islam tidak sempurna hingga kita umat Islam kena dan terpaksa ikut sistem ideologi politik bikinan manusia yang juga bertentangan dengan Islam? Adakah Islam tidak ada cara untuk berpolitik dalam arena politik dunia sekarang? Adakah politik Islam sudah tidak releven dan ketinggalan zaman atau sudah mati, walhal kita rata rata mengaku Islam itu syumul?
Rasulullah lahir di waktu zaman politik jahiliah sedang menguasai dunia.Keadaan serupa sedang berlaku di zaman kita sekarang di mana politik ideologi barat sedang menguasai dunia.Namun baginda tidak pun mengikut serta cara politik mereka? Baginda tidak pun ikut cara mereka dan berkata “keadaan dharurat – tiada pilihan”.Baginda berjuang menampilkan politik Islam di tengah tengah sistem politik jahiliah yang sedang melanda ibarat bah yang tidak boleh di tahan tahan ketika itu.Baginda berjaya membunuh politik karut itu.
Hari ini mengapa kita tidak mahu ikut jejak Rasulullah dan amalkan politik yang tidak Islamik?.Tokoh tokoh politik Islam kata itulah politik.Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam? Mereka menghalalkan cara atas alasan “dharurat” kerana tiada pilihan.Kata mereka kita guna politik barat untuk melawan politik barat.Ya kah? (Seolah olah mereka menganggap Islam tidak ada jalan sendiri untuk berpolitik).Mereka juga meng-cap mana mana jemaah,harakah atau NGO Islam yang tidak terlibat dalam politik sebagai tidak berjuang untuk Islam.Kumpulan yang cuba mengamal politik cara Islam pula di cemuh.Mereka menganggap adalah mustahil Politik Islam boleh bangkit di tengah tengah arus politik barat yang amat kuat.Lalu mereka bermati matian lah berjuang atas platform yang tidak Islamik itu yakni melalui sistem politik TAGHUT.
 Kesal, sistem politik Islam sendiri di anak tiri dan pinggirkan.

11/12/2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 6 Comments

   

%d bloggers like this: