Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>AHLI AHLI PARTI ALLAH YANG BERTAQWA

>

Oleh kerana Parti Allah kepunyaan Allah, maka ia sentiasa mendapat bantuan yang tidak di duga dari Allah.Kalau ketuanya bertaraf Rasul, pertolongan itu di namakan mukjizat.Kalau pemimpinnya bertaraf wali, bantuan itu di panggil karamah.Paling tidak Parti Allah itu akan mendapat maunah sekiranya pemimpin atau ketuanya bertaraf orang soleh.Parti Allah sentiasa dapat pertolongan dari Allah, kerana ia kepunyaan Allah.Bila Allah sudah tolong, tidak ada lagi kuasa lain yang boleh menentangnya.Sebab itu Parti Allah pasti menang!

Disebabkan kebenaran dan kebaikan serta kejayaan yang di capainya dalam pembangunan insan dan material, maka orang bukan Islam pun suka dan senang menerima kehadiran Parti Allah. Walaupun mereka tidak sanggup menukar agama tetapi mereka senang bernaung dan bekerjasama serta menolong Parti Allah ini.Mereka dikatakan golongan zimmi parti atau zimmi negara Islam.Mereka akui kehebatan Islam dan kebenaran Islam dan taat pada pemimpinnya.Cuma mereka tidak sanggup menukar akidah,Gologan zimmi ini di naungi Parti Allah.

Bagaimana Parti Allah mengembangkan sayap ke taraf negara dan ummah? Caranya murni sekali.Bukan dengan peperangan atau rebutan kuasa atau bergaduh dalam pilihanraya, tetapi melalui cara yang tidak diduga.Kalau pun terpaksa berlaku peperangan, ia disebabkan penentangan kelompok musuh yang bimbang kepentingan mereka tercabar bila Parti Allah memerintah.Kelompok itu lah yang mengundangnya ke medan perang.Sedangkan hati rakyat berada di pihak parti yang benar.

Ahli ahli Parti Allah adalah orang yang bertaqwa.Bilamana ahli ahli sudah kurang taqwa, kurang ibadah,tidak berakhlak,kurang berkorban dan kurang berjuang menegakkkan hukum Allah, Parti Allah mula malap.Ia hidup di atas ketaqwaan manusia manusia yang mendukung nya.

Seorang anak murid Tuan Guru Nik Aziz, yang juga salah seorang tenaga pengajar/penceramah di Masjid tempat saya berkata, dia pernah bertanya TGNA mengenai tanda tanda masyarakat atau sesuatu parti atau harakah Islam itu sudah mencapai taqwa.Maka TGNA jawab bahawa di antara tanda tanda nya ialah apabila kita lihat semua masjid sentiasa di penuhi oleh jemaah dari kalangan masyarakat dan ahli ahli parti Islam pada tiap tiap sembahyang 5 waktu saperti waktu sembahyang Jumaat.Berdasarkan jawapan TGNA menunjukkan bahawa masyarakat,persatuan,harakah atau Parti Islam yang ada di Malaysia belum lagi mencapai tahap taqwa yang boleh di katakan layak menerima bantuan Allah.Sebab itu kita lihat Allah belum lagi ingin memberi kemenangan kepada Parti Parti Islam (yang mengaku Parti Allah) seluruh dunia walaupun mereka sudah berjuang sejak sekian lama lagi.Tidak terkecuali Parti PAS (yang mengaku Parti Allah) di Malaysia yang sudah berjuang sejak lebih 52 tahun.

Demikian ciri ciri jemaah atau Parti Allah.Ia membawa Rahmat dan kemenangan kepada Umat Islam.Ia bukan Parti yang turut sama bermain politik kotor ala Barat saperti yang di amalkan parti parti sekular hingga membawa dan mendokong pergaduhan dan perpecahan sesama umat Islam khas nya dan masyarakat majmuk am nya.

Sumber Ilmu: Petikan syarah Guru Ku.

15/09/2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | 1 Comment

   

%d bloggers like this: