Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>PAKATAN MENDOKONG ISLAM ATAU KUFUR?

>

Untuk ke sekian kalinya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini berdepan satu lagi konflik percaturan politik Pakatan Rakyat (PR) apabila timbul isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor. Usaha PAS yang tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka ditentang keras oleh rakan karibnya dari DAP. Tekanan demi tekanan diterima dari pelbagai sudut menyebabkan PAS tersepit di antara ‘pegangan’ dengan hukum Islam dan kepentingan politik yang wujud dalam PR. Sebelum itu, PAS juga goncang seketika gara-gara cadangan Presidennya sendiri untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. Konflik dalaman PAS diperparah dengan kelicikan UMNO yang sememangnya pakar dalam politik hipokrasi memecahbelahkan lawan. Pemimpin tertinggi PAS bertelagah sesama sendiri sama ada untuk mengekalkan kesetiaan ‘perkahwinan’ mereka dengan PR atau bertukar pasangan kepada UMNO/BN. Secara logiknya, tidak ada bezanya bergabung, baik dengan BN atau PR kerana di dalam kedua-duanya terdapat parti sekular dan parti kafir. PAS Kedah juga pada 1 Julai lalu ‘ditampar’ hebat oleh DAP yang mengumumkan untuk keluar daripada PR akibat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Demikianlah serba sedikit beberapa siri tekanan yang dialami oleh sebuah parti Islam dalam perkahwinan campur mereka dengan parti sekular dan parti kufur. Ini yang terdedah, manakala yang tidak terdedah seperti perebutan jawatan, perebutan projek dan banyak lagi perbalahan lainnya ‘terpaksa’ ditelan oleh PAS, dan ada yang hanya menunggu masa untuk meletup.
Untuk baca sepenuhnya sila Klik di sini

05/09/2009 - Posted by | Politik dan Dakwah

2 Comments »

  1. >Menjawap kepada PAS Bangi3,Salaam,Adakah anda maksudkan penulis penulis, termasok penulis di internet tidak berjuang? Adakah dalam Islam hanya ada satu metod sahaja untuk berjuang menegak kebenaran, ya itu hanya cara berjuang yang di bawa oleh PAS?Ingat misi pejuang Islam ialah menegak kebenaran bukan untuk mendapat kemenangan sahaja.Pihak yang menang bukan bererti dia benar dan yang kalah itu bukan bererti dia salah.Yang wajib kebenaran mesti di juangkan bila bila masa.Adakah UMNO sentiasa menang dalam piliharaya kerana dia berada di pihak yang benar selalu?Itulah PAS hanya fokus kepada memburu kemenangan di piliharaya hingga lupa menegakkan kebenaran.Ahli ahli dan penyokong sendiri buat kemungkaran pun tidak di kawal, janji hendak menang piliharaya.Lepas tu baru hendak tegakkan kebenaran.Dah dapat kuasa baru hendak tegakkan kebenaran? Adakah Imam Ghazali yang menulis kitab di kira tidak berjuang? Kerana tidak ikut cara PAS? Adakah Imam Shafiee tidak berjuang kerana hanya menulis Kitab.Adakah Imam Ghazali dan Imam Shafiee dok berada di alam fantasi apabila menulis?Orang PAS jangan lah jadi taksub, jumud dan sempit fikiran hingga kan kritik dan teguran membina dari orang lain dan ahli sendiri pun tidak boleh di terima.PAS tiap tiap kali apabila kena tegur atau kritik sepatutnya muhasabah diri bukan melenting dan menyergah balik orang yang memberi teguran.Tunjuk sifat yang baik sebagai Mukmin dan pejuang sejati.

    Like

    Comment by Anonymous | 08/09/2009 | Reply

  2. >komen atau artikel ni taklebih dari ulasan orang yang tak tahu apa-apa, atau tak berjuang di lapangan untuk ketuanan Islam.. sekadar celoteh di internet, tak ke mana la …jauh sangat la nak komen pasal PAS kalau tak pernah berdepan dengan sekular dan toghut.. apa yang ko tahu tentang susah senang, sepak terajang dan tikaman silat politik umno dan BN??sekadar melihat di sebalik jendela media umno BN, sama la mcm orang yang tak berjuang apa-apa.. jangan sebut la pasal berjuang kalau tak pernah berdepan dengan pejuang toghut…elok ko sendiri turun berjuang di lapangan dulu, kemudian baru crita kat internet …jangan dok berangan dan berfantasi la… ini dunia realiti, bukan dunia fantasi …

    Like

    Comment by pasbangi3 | 06/09/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: