Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Jadikanlah Ramadhan ini titik tolak untuk kita ambil kira tentang apa yang kita makan

>

Al Quran yang diturunkan kepada umat Islam menyatakan beberapa larangan, dengan mengarahkan mereka supaya membuat pilihan dengan teliti dan bijak serta memakan makanan yang baik dan berkhasiat.

Dalam memilih maknan dan minuman, Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang penting iaitu:

  • Sama ada makanan itu diharamkan Allah
  • Sama ada makanan itu diperolehi secara halal atau haram
  • Sama ada bahan itu boleh memudaratkan kesihatan

Justeru, pengambilan makanan dan minuman yang diharamkan dalam Islam akan meninggalkan kesan buruk ke atas aspek aspek kesihatan, kerohanian dan perkembangan fizikal seseorang individu. Terdapat beberapa faktor yang menentukan status halal haram makanan tertentu.Ini termasuk sifat semula jadi makanan, bagaimana ia di hasilkan, di proses, di edarkan dan bagaimana di perolihi. Misalnya, sebarang produk daripada sumber babi di anggap haram kerana bahan tersebut adalah haram. Begitu juga, daging daripada binatang yang tidak di sembelih mengikut hukum syarak adalah haram. Makanan yang di curi atau tidak diperolihi mengikut hukum syarak juga haram. Makanan dan minuman yang beracun atau memabukkan adalah haram kerana bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Islam menggariskan beberapa garis panduan umum mengenai perkara ini ia itu:-

  • Semua bahan mentah dan rumusan mesti halal
  • Binatang yang halal untuk makan saperti lembu mestilah di sembelih mengikut hukum Islam, yang mana penyembelihan nya itu di lakukan oleh seorang Islam yang waras akal fikirannya, dengan memotong urat leher binatang sembelihan hingga putus, dengan menggunakan benda tajam saperti psau. Perkataan “Bismillah” perlu disebut ketika sembelih.
  • Bahan ramuan halal tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan bahan haram saperti produk daripada babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Sumber:Panduan CAP.

19/08/2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: