Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Siaran TV Islam akan muncul di Malaysia

>TV Islam peluang terbaik sampai mesej isu syariat
Oleh Nahar Tajrinahar@bharian.com.my

Siaran percuma juga medium perkenal produk berkualiti YAN: Kerajaan bercadang menjadikan saluran televisyen Islam sebagai ruang interaksi dengan masyarakat terutama dalam soal berunsurkan syariat dan kerohanian dalam Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata dengan cara rakyat boleh mendapat mesej tepat mengenai sesuatu isu terutama dalam menyentuh syariat Islam. “Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat terutama penduduk luar bandar atau kampung.
“Dari segi rancangan yang bakal disiarkan, kita tidak mempunyai masalah kerana setakat ini sudah banyak syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran televisyen TV Islam itu,” katanya selepas merasmikan majlis penutup program Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda di Dulang Besar di sini, petang kelmarin. Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan dijadikan medium untuk memperkenalkan produk berkualiti Islam seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim). “Saluran ini akan dilancarkan sejurus selepas kita menyelesaikan beberapa masalah teknikal dan mendapat frekuensi bersesuaian,” katanya.

22/06/2009 - Posted by | Berita dan Isu Semasa

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: