Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Taksub kepada pemimpin, adakah di bolehkan?

>


Perhubungan seorang murid kepada guru atau anak buah kepada pemimpin bermula dengan ikatan ketaatan. Tanpa ketaatan, apalah gunanya seorang guru kepada seorang murid, apalah ertinya seorang pemimpin kepada seorang pengikut. Untuk mengikat perhubungan murid-guru atau pemimpin-pengikut mestilah dengan ketaatan. Tanpa ketaatan maka tidaklah akan berjaya pendidikan dan kepimpinan. Pentingnya ketaatan ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:

 

“Hendaklah kamu melakukan ketaatan yang sesungguhnya kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu” (An-Nisa:59).

 

Namun, dalam melaksanakan ketaatan ini, tidaklah boleh membuta tuli atau sembarangan. Islam memberi garis panduan sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasulullah iaitu, “tidaklah boleh melakukan ketaatan kepada makhluk dalam apa jua perkara maksiat.”

 

Dalam hadis lain, Rasulullah menyatakan sebegini: “Sesungguhnya ketaatan kepada pemimpin itu hanyalah kepada kebaikan.” Selagi kita berpegang kepada hadis-hadis ini, maka tidak timbullah perkara yang bertentangan dengan Islam baik akidah, syariat ataupun tasauf dalam melakukan ketaatan kepada guru atau pemimpin kita.

 

Ketaatan yang sedemikian pula boleh membawa kepada kecintaan. Terkadang kecintaan datang dulu, baru kemudian datang ketaatan. Terkadang sudah lama taat, baru datang cinta. Kalau taat sahaja tanpa cinta, boleh jadi taat itu ada kepentingan. Lahir sahaja taat, tapi hati mendongkol atau menolak. Lahir sahaja taat, tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Pura-pura taat tetapi ada benda lain yang diidamkan di sebalik ketaatan tersebut. Pura-pura taat semata-mata untuk mendapat habuan dunia. Yang sebaiknya adalah orang itu dia taat atas dasar cinta. Dia buat sesuatu itu memang kerana dia cinta orang tersebut. Seperti seorang isteri yang taat kepada suami, melakukan apa sahaja yang diminta oleh suami sebagai pembuktian cintanya kepada suami.

 

Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal maka timbul kecintaan. Kecintaan itu datang atas banyak sebab. Salah satunya kerana faktor wibawa pemimpin tersebut. Lagi, kerana guru atau pemimpin itu banyak berjasa kepada murid atau anak buahnya. Bila cinta sudah mendalam, maka di situlah ada pembuktian. Perkara ini adalah fitrah yang terdorong daripada hati orang yang mencintai. Seorang murid yang cinta kepada guru, dia sanggup berkhidmat kepada gurunya. Asalkan dia boleh berkhidmat kepada gurunya, di situ adalah kepuasan untuknya. Keseronokan orang bercinta tidak bertepi. Ada waktu diberinya hadiah. Ada waktunya dikirim salam. Ada waktu, disebut-sebut namanya. Bahkan kerana cinta yang mendalam, orang-orang yang rapat dengan guru tersebut turut dicintainya. Ini termasuk ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak guru tersebut. Cinta seperti inilah yang membawa kepada ketaksuban.

 

Ditambah lagi, kecintaan seperti ini tidaklah terhenti setakat kepada guru itu sahaja. Sebenarnya, ia hanya sebagai wasilah atau transit membawa kepada kecintaan kepada Tuhan. Inilah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah, membawa maksud, “hendaklah kamu bersama Allah, dan jika kamu tidak mampu melakukannya, bersamalah dengan orang yang bersama Allah (Arifbillah), nescaya dia akan membawa kamu sampai kepada Allah.” Dalam hadis lain, Rasulullah menegaskan seperti berikut: “Hendaklah kamu dipimpin oleh orang-orangmu yang alim kerana sesungguhnya mereka adalah penghubung antara kamu dengan Tuhan”.

 

Kalaulah seorang alim itu boleh menjadi penghubung atau wasilah antara kita kepada Tuhan, mengapa tidak kita mengikat perhubungan dengan orang alim tersebut, moga-moga melaluinya kita diterima Tuhan. Bahkan ikatan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan ketaatan dan kecintaan yang bersungguhan.

 

Kecintaan dan ketaatan atau disebut ketaksuban ini tidaklah sampai kepada tahap pemujaan kerana bahwasanya pujian dan pemujaan itu layak kepada Allah sahaja. Orang yang faham tak berbuat begitu.

 

Jelas seperti dinyatakan dalam Al-Quran, ayat kedua dalam surah Al-Fatihah, “Segala puji dan puja itu hanyalah selayaknya untuk Allah, Tuhan pentadbir alam.” Maknanya, ayat ini sudah sendirinya menjadi “pendinding” kepada orang orang-orang yang bercintaan supaya tidak sampai kepada pemujaan kerana dilarang sebegitu rupa.

 

Kalaupun ada pujian, itu sebenarnya tidak lari daripada ajaran Islam. Ia termasuk dalam konsep “attahadasu binikmatillah” yakni menyebut nikmat Allah. Seorang yang berilmu dan kuat beragama dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, patut sangat disebut namanya dan diceritakan kelebihannya. Ini dinyatakan dalam Al-Quran, firman Allah bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu hendaklah kamu sebutkannya.” (Ad-Dhuha:11)

 

Rasulullah sendiri memberitahu dalam satu maksud hadis beliau, “menceritakan nikmat Allah adalah syukur dan tidak melakukannya adalah kufur. Dan barangsiapa yang tidak mensyukuri manusia, maka dia tidak mensyukuri Allah.” Hakikatnya memuji orang Tuhan itu adalah mensyukuri nikmat Tuhan yang berlaku pada orang Tuhan tersebut. Mencerita-ceritakan kelebihan orang Tuhan itu adalah satu bentuk kesyukuran kepada Tuhan.

 

Adapun kecintaan kepada yang bukan dengan orang Tuhan (Arifbillah), inilah yang sepatutnya dibimbangkan. Kecintaan seperti ini, jika tidak dijaga dan dipandu dengan ajaran Islam, tidak akan sampai kepada Tuhan. Bahkan ianya boleh membawa kepada kemaksiatan dan menyebabkan tergelincirnya seseorang daripada agama yang lurus. Kebanyakan kecintaan ini berlaku kepada orang yang jahil agama. Banyak terjadi pengidolaan berlaku di kalangan muda-mudi terhadap ikon mereka dalam bidang hiburan, sukan dan fesyen. Apakah mereka ini patut dibiarkan sahaja?

 

Di sinilah ramai orang tidak faham, dengan semudahnya menuduh orang yang taksub kepada guru atau pemimpin itu salah. Lebih berat lagi mereka sewenang-wenangnya menuduh orang seperti ini boleh membawa kesesatan. Sedangkan tidaklah menjadi kesalahan taksub itu kecuali taksub kepada pemimpin atau guru yang jelas tidak menepati aliran akidah ahlus sunnah seperti aliran rafidhiyah, murjiah dan jabariah. Ataupun taksub kepada pemimpin atau guru yang terang-terangan tidak bersyariat seperti tidak bersembahyang atau tidak berpuasa. Bahkan mereka tidak sedar, orang yang belajar tanpa guru pun sebenarnya boleh membawa kesesatan kerana Sayyidina Ali pernah menyebutnya bahawa orang yang belajar tanpa guru maka syaitanlah yang akan menjadi gurunya.

 

Moga-moga tulisan serba ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan tentang isu ketaksuban kepada guru atau pemimpin yang diwar-warkan baru-baru ini.

 

 

(Rakaman Syarah Ust Hj Ashaari Muhammad)

 

Advertisements

12 May 2009 - Posted by | Tazkirah

3 Comments »

  1. >komen sikit dato’: Taat kepada Tuhan bermula pada ketaatan kepada pemimpin, guru yang memimpin kita ke jalan Tuhan. Bagi manusia yang tiada pemimpin yang memimpin pengikut ke jalan tuhan maka ketaatan masih lagi fardhu atas perkara yang tiada menyalahi syarak. Tanpa ketaatan atas nama Tuhan (sekalipun pada pemimpin yang bukan Islam, maksudnya atas perkara yang dibenarkan) boleh membawa negara kepada pecah pelah. Bagi pemimpin kebenaran membawa pengikut kepada Tuhan itulah tugas no wahid dalam perjuangannya. Itulah perjuangan para Rasul dari Nabi Adam hinggalah kepada Rasulullah SAW. itulah perjuangan yang diwariskan Rasulullah kepada pejuang-pejuang kebenaran. Pemimpin Islam yang sebenarnya adalah pemimpin yang membawa manusia kepada Tuhan dengan mencintai dan takut pada-Nya, hari akhirat dibesarkan, agar Rasul menjadi kecintaan dan idola pada manusia. Jika ada seorang manusia yang benar-benar dapat memimpin manusia benar-benar kepada jalan Tuhannya maka apa salahnya ditaksubi kerana bukan senang nak jumpa pemimpin pilihan Tuhan. Pemimpin pilihan Tuhan tu dipimpin tuhan, ada ciri-ciri ulama arifbillah, ibadah, akhlak ibadah, pengorbanan, kasih sayang macam yang Rasulullah tunjuk. Tak salah ape kalau kita ikut sungguh-sungguh. Para sahabat pun taksub juga pada Rasulullah, sahabat tu iman mereka bukan macam kita. Kalau baca sejarah nampak macam bodoh pula mereka sampai ada yang minum darah bekam Rasulullah dan macam-macam lagilah. Tapi mereka dijamin syurga sebab bersahabat dengan baginda. Kalau orang taksub dengan PAS, UMNO, Tun Mahathir, Obama, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Pak Lah, Mawi, Siti, DS Anwar Ibrahim tak ramai nak kecoh rasanya, tetapi mungkin ada yang kecoh, tuduh sesat dan menyeleweng kalau ada yang nampak seperti taksub pada pemimpin kumpulan tertentu atau guru-guru tertentu yang diyakini benar mewarisi peribadi hebat seperti dikehendakiAllah dan rasul. pada saya taksub hanya boleh pada Pemimpin atau Guru yang benar-benar dipimpin Tuhan, hidupnya semata-mata untuk Tuhan dan memperjuangkan Tuhan dan jalan hidupnya dan kumpulannya semata-mata untuk membesarkan tuhan. Pemimpin atau guru itu semestinya menjadikan dunia ini betul-betul sebagai ladang untuk bercucuck tanam dan menunggu hasil tuaiannya di akhirat. Siapa? Dari: Baharin Hasnida

    Comment by Anonymous | 15 May 2009 | Reply

  2. >Salam semua, Sebenarnya bukan itu yg menjadi ukuran tetapi apa yg dicari ialah kasih sayang Allah Taala….Sekiranya kita melakukan sesuatu itu hanya kerana agama, bangsa, negara dan lain-lain lagi selain dpd keranaAllah Taala maka sia-sia saja semua itu. Jadi jgnlah taksub dgn pemimpin kerana apa yg lebih penting adalahkasih sayang Allah Taala dan juga kasih sayang sesama manusia….Fikir-fikirkanlah…..Dari E mail: Farrul Rafiq Mahadi

    Comment by Anonymous | 14 May 2009 | Reply

  3. >Di bawah saya sertakan taksiran dan kupasan para ulama dan sahabat Rasulullah saw. Rasanya ini telah menjawab bagaimana status taat kepada pemimpin.Diposkan oleh islam is my life juli 30, 2007 oleh: adminAllah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 59:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu”. (an-Nisaa:59)Al Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan makna ayat di atas bahwasanya al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata tentang firman Allah: “Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri diantara kamu”. Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin ‘Adi, ketika diutus oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam satu pasukan khusus. Demikianlah yang dikeluarkan oleh seluruh jama’ah kecuali Ibnu Majah.Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka. Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: “Bukankah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kalian untuk mentaatiku?” Mereka menjawab: “Betul”. Dia berkata lagi: “Kumpulkanlah untukku kayu baker oleh kalian”. Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata: “Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya”. Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: “Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada mereka: ‘Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. Ketaatan itu hanya pada yang ma’ruf’. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadits al-A’masy)Abu Dawud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Dengar dan taat adalah kewajiban seorang muslim, suka atau tidak suka, selama tidak diperintah berbuat maksiat. Jika diperintahkan berbuat maksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat”. (Dikeluarkan pula oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Yahya al-Qaththan)Dari ‘Ubadah bin ash-Shamit, ia berkata: “Kami dibai’at oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk mendengar dan taat diwaktu suka dan tidak sukanya kami dan diwaktu sulit dan mudahnya kami, serta diwaktu diri sendiri harus diutamakan dan agar kami tidak mencabut kekuasaan dari penguasa, beliau bersabda:‘Kecuali kalian melihat kekafiran yang nyata dan kalian memiliki bukti jelas dari Allah’. (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim)Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdabda: “Barangsiapa yang melihat pada pemimpinnya sesuatu yang tidak disukainya, maka bersabarlah. Karena tidak ada seseorang yang keluar dari jama’ah sejengkalpun, lalu ia mati, kecuali ia mati dalam keadaan jahiliyah”. (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim)Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa ia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan, niscaya ia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa hujjah. Dan barangsiapa yang mati sedangkan di lehernya tidak ada bai’at, niscaya ia mati dengan kematian jahiliyyah”. (Muslim)Didalam hadits shahih yang telah disepakati pula, yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang taat kepadaku, maka berarti ia taat kepada Allah. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia berarti bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati amirku, maka ia berarti mentaatiku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amirku, maka ia bermaksiat kepadaku”.Ibnu Katsir selanjutnya menjelaskan bahwa “ini semua adalah perintah untuk mentaati ulama dan umara. Untuk itu Allah berfirman: “Taatlah kepada Allah”, yaitu ikutilah Kitab-Nya. “Dan taatlah kepada Rasul”, yaitu peganglah sunnahnya. “Dan ulil amri di antara kamu”. Yaitu pada apa yang mereka perintahkan kepada kalian dalam rangka taat kepada Allah, bukan dalam maksiat kepada-Nya. Karena tidak berlaku ketaatan kepada mahluk dalam rangka maksiat kepada Allah”.[Dikutip dari Kitab Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 hal. 343, cet. Pustaka Imam as-Syafi’i]Kiriman Othman Inayatullah – sahabat group Perisik Rakyat.

    Comment by Anonymous | 12 May 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: