Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Kabinet jangan mendahului Majlis Fatwa

>Mingguan Malaysia 25 April

Kabinet tidak sepatutnya mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis Mufti Mufti Malaysia dalam membuat sebarang keputusan melibatkan agama islam.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbincangan mengenainya boleh di buat oleh Kabinet tetapi apabila satu keputusan hendak di putuskan, pandangan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu di rujuk terlebih dahulu.

“Saya kira kenyataan yang di keluarkan itu terlalu cepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri, tambahan pula ia hanya merujuk pada satu contoh kes sahaja.

“Seharusnya perkara ini diperhalusi dengan teliti kerana ia isu yang sensitif.Dalam hal ini, Kabinet tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti”, katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang di umumkan oleh menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Kabinet sebelum ini memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkenaan penceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Mengulas lebih lanjut isu itu, Abu Zahar berkata, Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan sebarang kes yang membabitkan individu Islam.

Sementara itu, Setiusaha Agaung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd. Noor juga mempertikaikan keputusan Kabinet yang di sifatkan sebagai campur tangan dalam undang undang syariah.

26/04/2009 - Posted by | Berita dan Isu Semasa

1 Comment »

  1. >23 April 2009 Oleh FND pada 6:33 PM KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDINAHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARUSaya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tempatanmemetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Azizberkatan isu perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkanseseorang yang "convert" atau memeluk agama Islam.Sekali lagi isu berkaitan status agama seorang kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan hak seseorang "mua'alaf' dalam hal perceraian dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.Ini merujuk kepada kes terbaru melibatkan seorang bernama Pathmanaban atau kini dikenali sebagai Mohd. Ridhuan Abdullah, dimana beliau yangasalnya beragama Hindu telah memeluk agama Islam. Beliau juga dikatakan telah menukar agama anaknya yang lahir daripada keluarga Hindu kepada Islam. Isteri beliau dikatakan tidak mengetahui akan perkara ini.Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapayang memilih memeluk agama Islam.Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuandidalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaituibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliauanuti sekarang.Malahan dari segi hukum syara', ada pendapat yang menyatakan bahawa semuakanak-kanak dibawah umur akil baligh dianggap Islam sebagai agama fitrah.Samada mereka disyahadahkan secara formal atau tidak itu tidak menjadi isu.Sebab itu kalau mana-mana kanak-kanak dijumpai tanpa dapat dikesan ibu bapa nya,atau ditemui mati tanpa diketahui agamanya, maka kanak-kanak itu adalah di anggap Islam dan akan diuruskan sebagai seorang Muslim.Ini sekaligus menyanggah tanggapan mereka yang menyatakan dalam kesseseorang itu masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga, maka ini akan menganiayaanak-anaknya kerana mereka tidak mendapat pusaka. Inilah antara isu yang ditimbulkandidalam kes Allahyarham Mohd. Moorthy Abdullah. Sebaliknya jika seseorang itu masukIslam dan meninggal, walaupun anak-anak beliau tidak di syahadahkan secara formal(apatah lagi kalau masih bayi dll), maka anak-anak itu di anggap berhak mewarisipusaka beliau menurut hukum pusaka dan pembahagian faraid didalam Islam.Ada pihak menyatakan bahawa ini tidak adil kerana menyebabkan ibu itu hilanghak jagaan terhadap anak-anak mereka.Isu ini juga tidak timbul kerana hak menukar agama dan hak jagaan adalahdua isu yang berbeza. Ini telah dijawab juga oleh Mahkamah dalam kes S. Shamaladimana bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliausekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibuyang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agamaanak-anak tersebut.Disana terdapat juga tuduhan menyatakan bahawa si suami memeluk Islam sebagaipintu belakang" untuk menafikan hak jagaan ibu tersebut. Ini adalah kerana apabilabapa tersebut memeluk Islam dan menukar agama anak-anaknya ke Islam, beliau akanpergi ke Mahkamah Syariah dan mendapatkan hak jagaan. Sebaliknya ibu itu didakwatidak boelh pergi ke Mahkamah Syariah kerana beliau bukan Islam. Dan beliau tidakboleh mendapatkan perintah Mahkamah Sivil kerana berdasarkan Artikel 121 (1A),Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa membicarakan hal ehwal berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, dan hal jagaan kanak-kanak Islam adalah dalambidangkuasa hadhanah Mahkamah Syariah.Saya tidak menafikan ujud disana segelintir dikalangan mereka yang memelukIslam dan memperkudakan sistem perundangan sedia ada untuk mendapatkan perintah jagaan anak dan menafikan pihak yang bukan Islam daripada keadilan sewajarnya. Bagi saya ini suatu persepsi yang salah dan harus diperbetulkan. Saya berpendapat bahawa isu ini sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan sempit golongan tertentu. Sebagaimana kita maklum, apabila timbul isu hadhanahatau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivilakan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yangdiutamakan. Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatikdaripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yangmenyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pastidia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam. Ternyata mereka yang membuat kenyataan tohmahan saperti ini adalah jahil dantidak mengetahui sistem perundangan dan jurisprudens Islam. Undang-undang Islam bukan undang-undang rimba yang ditadbor oleh hakim-hakim tarzan mengikut citarasanafsu beliau.Sejarah telah membuktikan betapa para hakimsyari'e sentiasa bertindak berdasarkan lunas-lunas ke'adilan kerana mereka sentiasasedar akan hadis Rasulullah bahawa daripada tiap tiga hakim, dua sudah menempah tempatnya di neraka. Mereka juga sedar bahawa mereka wajib melaksanakan keadilan kepada mana-mana litigan tidak kira Muslim atau bukan.Ini terbukti dalam kes terbaru Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam,mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengarsaksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilanmengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan matisebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukanIslamnya. Apa yang penting ialah pihak-pihak yang terlibat tidak menanamkan sikap[prejudis dan buruk sangka terhadap sistem perundangan Islam dan pentadbiranundang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah. Walaupun sistem perundangan yang dilaksanakan belum lengkap sepenuhnya, namun dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah boleh berbangga kerana telah cuba sedaya upaya melaksanakan keadilankepada semua pihak. Apa yang perlu difahamkan pertamanya ialah apabila seseorang bukan Islam membawa kes ke Mahkamah Syariah, ini bukan bermakna mereka telah masuk Islam. Inilah masalahnya apabila ada pihak mengambil kesempatan akibat daripada kejahilan orang awam bahawa pergi ke Mahkamah Syariah bermakna seseorang itu masuk Islam. Kedua, walaupun seseorang bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalamMahkamah Syariah (bukan kerana undang-undang Islam tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan yang menyekatnya), beliau masih boleh melibatkan diri dalam prosidingdi Mahkamah Syariah sebagai saksi. Bermakna sekiranya si bapa yang telah menukar agama memohon hak jagaananak-anak dibawah umur baligh, maka si ibu (yang bukan Islam) boleh memohon memberi keterangan dan mengemukakan bukti bahawa si bapa tidak layak mendapathak jagaan. Dan yakinlah bahawa Mahkamah Syariah akan menimbang semua keterangan dan bukti menurut undang-undang sedia ada dengan meletakkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu sebagai keutamaan. Dan insyallah jika terbuktisi bapa tidak layak, Mahkamah Syariah tidak akan memberikan hak jagaan itu kepada si bapa walaupun dia Muslim. Malahan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memberikan hak jagaan itu kepada si ibu, walaupun dia bukan Islam.. Dan inilah yang telah dibuktikan dalam kes Nyonya Tahir.Berdasarkan saranan diatas, saya sangat tidak bersetuju dengan keputusankabinet nsaperti yang disiarkan melalui kenyataan Menteri di JPM tersebut yang mengesyorkan supaya digubal undang-undang untuk menafikan penukaran agama bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun. Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya isu berkaitan ini diberi bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil dan bukanMahkamah Syariah.Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentangkedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggahdengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.Saya berharap sebelum kabinet mengambil tindakan selanjutnya, hendaklah semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pendapat. Dan nasihat saya kepada kabinet, hormatilah keluhuhuran Perlembagaan dan hormatilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang telah pun diputuskan.Malahan saya difahamkan sudah ujud satu jawatankuasa di peringkat Jabatan PeguamNegara yang sedang dan masih membincangkan isu-isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan.Saya percaya jawatankuasa yang dianggotai oleh bukan sahaja mereka dari bidang guaman,tetapi mufti, ulama', agamawan termasuk wakil Majlis Peguam dan wakil agama-agamalain saperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha & Sikh akan cubamencapai suatu jalan penyelasaian yang boleh diterimapakai oleh kesemua pihak. Sekian. WassalamZulkifli Bin Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar BharuKhamis 27 Rabi'ul Akhir 1430

    Like

    Comment by Anonymous | 27/04/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: