Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Kabinet jangan mendahului Majlis Fatwa

>Mingguan Malaysia 25 April

Kabinet tidak sepatutnya mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis Mufti Mufti Malaysia dalam membuat sebarang keputusan melibatkan agama islam.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbincangan mengenainya boleh di buat oleh Kabinet tetapi apabila satu keputusan hendak di putuskan, pandangan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu di rujuk terlebih dahulu.

“Saya kira kenyataan yang di keluarkan itu terlalu cepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri, tambahan pula ia hanya merujuk pada satu contoh kes sahaja.

“Seharusnya perkara ini diperhalusi dengan teliti kerana ia isu yang sensitif.Dalam hal ini, Kabinet tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti”, katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang di umumkan oleh menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Kabinet sebelum ini memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkenaan penceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Mengulas lebih lanjut isu itu, Abu Zahar berkata, Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan sebarang kes yang membabitkan individu Islam.

Sementara itu, Setiusaha Agaung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd. Noor juga mempertikaikan keputusan Kabinet yang di sifatkan sebagai campur tangan dalam undang undang syariah.

26/04/2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 1 Comment

   

%d bloggers like this: