Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.

>

Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.

  1. Malang sekali pada zaman ini berlaku orang jahat hendak memimpin atau mendidik orang baik.
  2. Orang yang jahat hendak memulih orang baik.
  3. Orang yang zalim hendak menumpaskan orang yang adil.
  4. Orang yang rosak akhlak hendak memperbaiki orang yang baik akhlak.
  5. Orang yang lemah akidah hendak memperbaiki orang yang sudah baik akidahnya.

Kalau sudah berlaku perkara macam ini apa akan terjadi?

  1. Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya.
  2. Orang jujur di musuhi.
  3. Orang yang benar di persalahkan.
  4. Orang yang ikhlas di pandang serong.
  5. Orang yang jujur tidak di sukai.
  6. Orang yang berkorban akan terkorban.
  7. Orang yang hendak cari kedamaian di anggap orang yang hendak menggugat keselamatan (ISA?).
  8. Orang yang hendak bersatu di anggap pemecah belah.
  9. Orang yang berakhlak mulia di musuhi.
  10. Orang yang pemurah tidak di gemari.
  11. Orang yang memperjuangkan kebenaran di anggap perosak dan pengkhianat.
  12. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan di pinggir.

Di waktu itu lah orang orang jahat mendapat tempat.

  1. Orang orang jahatlah yang akan menjadi kaya.
  2. Orang orang jahat lah yang akan berkuasa.
  3. Orang orang jahatlah yang akan tertonjol.
  4. Orang orang jahat lah yang akan di muliakan.
  5. Orang orang jahatlah yang akan dapat anugerah dan gelaran.
  6. Orang orang jahatlah yang akan senang
  7. Orang orang jahatlah yang akan tadbir negara
  8. Orang orang jahatlah yang akan menguasai dunia

Akhirnya keturunan orang yang baik akan jadi jahat.Kerana terpengaruh dengan orang jahat.Kalau tidak berbuat demikian tidak boleh hidup senang dan ketinggalan.

20/04/2009 Posted by | Tazkirah | 11 Comments

>Raja berada di atas Politik dan Saranan parti politik capai Titik Pertemuan

>


Sultan Perak Raja Azlan Shah

KUALA KANGSAR,
19 April
(Bernama) — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa
seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun
untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan
untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan
politik tertentu.
Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke
peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut
mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja
merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam’ yang amat
berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah
hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini
dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap
serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang
merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki
imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang
diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada
istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah
kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di
Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu
berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan
imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini,
aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini
tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan
menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup
harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik
yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di
antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan
negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta
insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

“Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan
dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan
perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang
berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong
warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan
institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta
membawa kepada keadaan huru-hara.

“Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang ‘menang
sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,”
titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah
sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu
diperbetulkan.

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang
buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala
perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan,
pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

“Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak
iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi
galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.”

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada
kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan
untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama
seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang
tersurat.

“Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam
peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang
lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di
sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan
warga negara perlu sentiasa dilindungi,” titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi
agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah
kaum-kaum lain.

“Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan
merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang
merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu,”
titah Sultan Perak.

Saranan Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya parti politik mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka bagi kepentingan negara dan warganya disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Osman Abu Bakar berkata saranan Sultan Azlan Shah itu tepat pada masanya kerana ia salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan konsep “1Malaysia.”

“Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu bekerjasama bagi memudahkan proses perpaduan antara kaum dan rakyat dapat direalisasikan,” katanya bagi mengulas titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda hari ini.

Dalam ucapan baginda, Sultan Perak bertitah negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Malah baginda turut menyentuh mengenai tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja yang merupakan tindakan amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula berkata kemelut politik yang tidak berkesudahan di dalam negara ini tidak akan timbul jika sesetengah pemimpin politik tidak menyentuh dan mempersoalkan perkara asas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu memahami asas kewujudan Malaysia dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.

“Kalau parti politik tidak sentuh perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu maka takkan timbul masalah dan tidak perlu sebarang titik pertemuan diadakan,” katanya kepada Bernama.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata jika semua pihak memahami asas Perlembagaan dan tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh memecah belahkan perpaduan semua rakyat, maka pertemuan antara mereka tidak perlu diadakan.

“Politik tetap berbeza kerana setiap parti mempunyai dasar masing-masing.

Boleh bekerjasama jika berbicara soal politik dan ekonomi tetapi jangan sentuh isu sensitif contohnya hendak semua kaum sama rata haknya, ia akan jadi bergaduh,” katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris) Feriz Omar menyifatkan titah baginda boleh diterjemahkan sebagai mengajak pemimpin yang menerajui kerajaan untuk bersama-sama mencari persamaan dengan parti pembangkang dan mengelakkan daripada mengenengahkan sebarang perbezaan dengan mereka.

Feriz berkata strategi itu boleh dicapai melalui membentuk sistem pentadbiran syura iaitu dengan melihat permintaan dan kehendak masyarakat minoriti sebagai satu perkara yang boleh diatasi walaupun perkara-perkara yang dituntut itu turut dibawa oleh pembangkang.

“Dengan pendekatan ini, maka saya percaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meletakkan Barisan Nasional (BN) tidak berdaya ditandingi oleh mana-mana pesaingnya di kalangan parti pembangkang.

“Strategi ini juga adalah bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib sendiri,” katanya.

— BERNAMA

20/04/2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 2 Comments

   

%d bloggers like this: