Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan?.

>

Saya ingin bertanya, benar kah Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan? Perkataan ini selalu di sebut sebut oleh orang politik.Kalau benar, jenis politik yang bagaimana?

  1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat yang ianya jauh dari nilai nila murni Islam.
  2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut,hasut menghasut, cabar mencabar,fitnah memfitnah, kata mengata, dan jatuh menjatuhkan.
  3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah “you tell lies ten times to make your lies looks like truth”.Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada kamu.
  4. Maka “pembohongan” juga adalah salah satu taktik mainan politik.
  5. Mereka kata “politic is a dirty games”.
  6. Orang politik yang ingin “survive” dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan “the dirty games” atau permainan kotor ini.
  7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekali kalau terlibat dan tidak berhati hati, pasti akan terperangkap dan bergelumang dengan permainan kotor ini.
  8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nila nilai murni Islam itu sendiri.
  9. Maka dari sudut apa yang saya sebut tadi saya percaya bahawa kata kata yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan Islam dan politik tidak boleh di pisahkan adalah tidak benar sama sekali.
  10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam?
  11. Tentu sekali politik Islam yang sebenar datang nya dari langit yang di wahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala gejala kekejian politik cipataan manusia.
  12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatan nya dalam arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata “Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan”.Dan katakan lah juga politik barat yang di amalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam.

16/04/2009 - Posted by | Politik dan Dakwah

9 Comments »

  1. >“Sesungguhnya Allah mengasihi MEREKA yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan yang TERSUSUN RAPI, seolah-olah mereka sebuah BANGUNAN yang tersusun kukuh.”(As-Saff : 4)“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”(Hadis riwayat Ahmad)“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah walaupun sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam dari LEHERnya. sekalipun ia solat, berpuasa dan menyangka dia Muslim.”(Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Hibban)“Beriltizamlah dgn jemaah Muslimin dan pemimpin mereka.” Huzaifah bertanya lagi: “Jika tidak ada jamaah dan imam?” Katanya: “Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa “berpaut dengan akar pokok” sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu.” (al-Hadis as-Sahih)nabi bjuang scra bjmaah/orgnssi..buktinya, diklgn shbt ditgskn dgn plbgi bidg msing2 mgkut kmmpuan mrk ( lbih alim, lbh pakar dll)..ada shbt yg diutus mnjdi naqib, ada yg mgjr qur’an, ada yg dlntik jd pnlis dll..itulh organize..bezanya, dhulu jmaah islam hnya 1 shj sbb nabi msih hdup dn stiap mslh nabi akn sgra slsikn bila shbt brtnya,,slps nbi waft, umt islm bpech dgn plbgi alirn ( yg betul dn yg tk btul )..bnyk sgt..jd siapa glogn yg btul? rjuklh hadith nabi yg prnh nbi smpikn: ktika mgtus muadz ibn jabal ke yaman.. nabi bsbda : whi muadz, bila brlaku mslh..ap rjukn kamu?muaz jwb:hukum qur’an..jika tiada?hadith..jika tiada jg?aku ijtihad…pjg lg hadith ni.. hjgnya nabi sbda : ftnah2 akan tmbul bnyk..maka hndklah kamu bsama jmaah islam dn kpmpnan mrk…shbt brtnya : jika tiada jmaah islam dn kpmnn mrk? kamu pgglah kuat2 agama kamu wlupun smpi 1 thp kamu trpksa mkn umbut2 kayu dihutan..( mksudnya kalau diuji teruk manapun.. jd, apa pula jmaah Islam dn siapa yg brhak mgaku dia jmaah Islam? nabi bsabda: umtku akn bpch jd 72 glgn..yg slmt al-jama’ah..shbt tnya: siapa al-jama’ah..?sbda : siapa yg bsamaku dn bsama shbtku..( mksudnya mgkut jjk lgkh mrk).. jd, lihatlah apa jmaah islam yg ikut nabi..itulah jmaah Islam..nmun, mncri yg smpurna sama sbiji mcm grkn nabi dulu, tk mgkin..maka crilah kriteria yg trhmpir..jika ada jmaah yg brbeza dgn pdktn kita dlm dkwh, biarkan dia bgrk..jgn mmprlekeh..asalkn dasarnya Islam, mtlmtnya Islam.. brlaku prbezaan uslub ntara grkn2 islam bpunca dr kplbgaian dlm mmhmi Islam, qur’an, hadith…maka jgn mrhkan tbligh, jgn mrhkan pas, jgn mrhkan HT dll..kcuali mrk bnr2 sesat dr qur’an..nmun, kita brhak mnilai mana yg trbaik… zmn nabi tdk ada parti..kalu prti plitik, ya..tdk ada.. nmun kalu dsbut parti shj, dlm bhs arab, parti dsbut ‘hizbu’..maka nabi berada dlm hizbullah..parti Allah..ciri2 hzbullah ialah brbcra soal dkwh, negara, politik ummah dll..mana mgkin grkn islam tk bicra soal negara dn plitik..sdgkn nbi bjuang pun mhukn kkuasaan plitik ( dimadinah ) agr Islam bisa ditegakkan..hari ini, kita tdk bhdpn org kfir sbgmana nabi…nmun, ssama mslim yg blainan ideologi…namun ada jg yg mmg mmsuhi islam..maka, bhdpn dgn mrk..kita mgunakan kaedh muwajah silmiyyah ( bhdpn dgn aman ) bkn muwajahah bilquwwah ( dgn kkuatan)..maka, ada jmaah Islam yg mmhmi..aman itu melalui dkwh billisan dll..dn ada yg mmhmi prlu lwn dgn parti plitik jg sbb msuh jg guna prti..buktinya : kata umar ” pedang dilwn dgn pdg, tobak dgn tombk..( jadi msuh bprti, maka wajib kita jg hdpi mrk dgn parti )…yg nk guna jln lain, silakan..

    Like

    Comment by Anonymous | 30/04/2009 | Reply

  2. >Salam Tuan, Sila tunjukkan kepada kami politik islam yg turun dari langit tu. Ayah pin mengaku dia adalah wakil kerajaan langit, so, adakah kita perlu mengikut Ayah Pin? Apakah sumbangan yg telah diberikan oleh politik islam yg kononnya suci dari langit itu.Dari: Nizam

    Like

    Comment by Anonymous | 28/04/2009 | Reply

  3. >(Eramuslim) Islamabad- Tokoh Taliban Pakistan Sufi Muhammad, yang memainkan peran pentingdalam penegakkan hukum Islam di wilayah lembah Swat Pakistan pada hariAhad kemarin mengatakan bahwa tidak ada ruang bagi demokrasi di dalamIslam dan hal tersebut bertentangan dengan Al-Quran.Dalam sebuah pertemuan akbar yang mengumpulkam ribuan orang diMingora sebuah kota utama di lembah Swat, pimpinan dariTehrik-e-e-Nifaz-Shariah Muhammadi (TNSM) menjelaskan bahwa demokrasisebagai sistem yang tidak Islami.Dijelaskannya bahwa tidak ada ruang bagi demokrasi dalam sebuahsistem islam, Sufi Muhammad menuduh pemerintah Pakistan menjadi antekbarat dengan mendorong sistem ‘kafir’ diterapkan pada negeri tersebut.Sufi Muhammad mengatakan bahwa mereka telah bertahun-tahun berjuanguntuk diterapkannya syariat Islam di wilayah Malakand termasukdidalamnya lembah Swat, dan sekarang kami menikmati hasil perjuangankami tersebut. Dia menegaskan bahwa semua undang-undang yang tidak’Islami’ akan segera dihapuskan di wilayah Malakand.(fq/toi)

    Like

    Comment by Anonymous | 20/04/2009 | Reply

  4. >Assalamu’alaikum Saudara Amri, Saya ingin mengetahui apakah sifat-sifat politik Islam yang hakiki dan kaedah pelaksanaannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian, terima kasih.Dari lan Sahak

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply

  5. >I agree with you. What’s happening here is they’re politicizing Islam. Which is quite sad.SalamDari Hasnah13

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply

  6. >Assalaamualaikum, Sdr Amri, Pendapat sdr ada benarnya, tetapi pandangan saya berbeza pulak. Semua ilmu yang ada di dunia ini adalah dari Allah dan dengan izin Allah termasuk ilmu sihir. Begitulah juga ilmu ekonomi, ilmu rumah tangga, ilmu peperangan, ilmu politik dan sebagainya. Islam tidak menetapkan cara tertentu memilih pemimpin. Kaedah perlantikan para sahabat dahulu tidak sama. Tetapi garis panduan kasar ada dalam AlQuran. Bukan politik itu yg kotor, tetapi pengamalnya yg kotor, bukan peperangan itu yang buruk tetapi pengamalnya yg tak ikut cara Islam. Jika yahudi memerangi kita dengan cara yg tidak betul adakah sdr. lari nak buka perkampongan? Jika sistem ekonomi sekarang menyeleweng adakah sdr nak buat sistem sendiri? Begitu jugak politik sekiranya ada golongan yg mengaplikasikan politik dengan cara yg kotor adakah sdr duduk diam dirumah dan membiarkan negara ini diperintah oleh sesiapa sahaja? Inilah yg dimaksudkan islam itu tidak boleh dipisahkan dari politik membawa maksud iaitu cara berpolitik itu hendaklah menjaga tertibnya. Hendak memasuki bidang poltiki bukan sesuatu yang mudah, perlu kukuh dari aspek akidah, syariah dan muamalah. Sekiranya kita diserang dengan senjata perlu dilawan dengan senjata juga, negara yang diserang dengan mulut perlu dilawan dengan mulut juga. Mengurus manusia bukannya sesuatu yg mudah. menarik manusia bukan melalui pakaian, pendidikkan atau ekonomi semata mata. Dari: Mat Ali

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply

  7. >Saya berani katakan keadaan sekarang adalah lebih tepat kepada " Wang & Politik". Islam yang diperjuangkan dalam politik hanyalah sekadar satu drp topik antara topik2 yang lain. Politik hanyalah untuk dapatkan kedudukan dan kuasa untuk buat wang dan harta. Untuk dapatkan penyokong, maka topik2 seperti Islam, Melayu, 1 Malaysia, Hadhari dan berbagai-bagai lagi di timbulkan. Bagi saya, saya akan tetap sokong orang Islam. Bila ada dua atau lebih orang Islam untuk dipilih, saya akan pilih yang ada complete package. Iaitu yang boleh menyahut cabaran dunia dan tujuan akhirat. Ada peminpin kita yang kuat hala akhirat (kebanyakan dari PAS) tapi kurang pengetahuan untuk melawan cabaran perubahan dunia yang bermacam-macam. Ada pemimpin kita yang terror pasal cabaran dunia (dari UMNO la ni) tapi banyak kurang pasal tujuan akhirat. Akhirat kita nak dok senang….Dunia pun kita nak dok senang juga, baru la senang nak beribadat. Wassalam…Dari: Mat Liah

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply

  8. >Acuan demokrasi kita berasaskan dari barat. Corak politik demokrasi yang kita amalkan itu ciptaan Yahudi di mana suara majoriti menang, minoriti kalah. Politik cara Islam tidak memenangkan majoriti, andainya jalan mereka salah. Dalam konteks Malaysia, bolehkah cara politik Islam sebenar dilaksanakan? Kita kena sama-sama fikirkan. Dari: Bazz

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply

  9. >Ana sekadai beri pendapat… mungkin sahabat tidak memnyetujuinya….ISLAM DAN POLITIK MEMANG XLEH DIPISAHKAN BAHKAN ISLAM X BOLEH DIPISAHKAN DARI KEHIDUPAN SETIAP MUSLIM… ISLAM ADALAH SATU CARA HIDUP HATTA BUANG AIR BESAR PUN ISLAM AJAR CARA AGAR JADI SATU IBADAH PADA ALLAH…1. MEMANG MUNGKIN POLITIK YG TUAN MAKSUDKAN ADALAH DR BARAT… MUNGKIN??? TAPI NABI DULU JUGA MEMBAWA POLITIK … DR MANA NABI AMBIL? ATAU BARAT YANG MENIRU CR POLITIK ISLAM DAN MENGUBAH KEPADA CARA MEREKA….2. BUKAN SAHAJA POLITIK MEMBENARKAN … MALAH ISLAM MEMBENARKAN… TAPI ADA HUJAHANNYA… MUNGKIN SAUDARA BOLEH CARI “MENGUMPAT YANG DIBENARKAN ISLAM” … CTH MUDAH MEMBUKA AIB PEMIMPIN AGAR RAKYAT TAHU KEZALIMANNYA”… ITU DIBENARKAN ISLAM…NO.3 HINGGA NO 15… KITA SEMUA KENE BETULKAN PARADIKMA… LIHAT POLITIK YANG SIHAT DAN BERLANDASKAN QURAN SUNNAH…Dari: Mohd Yuamrizaily

    Like

    Comment by Anonymous | 16/04/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: