Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>ANTARA KEMENANGAN DAN KEJAYAAN

>

Manusia ini; termasuk umat Islam; apa sahaja yang kita hendak buat adalah untuk menang dan berjaya. Keme­nangan dan kejayaan adalah dua perkataan yang berlainan dan berbeza. Ada kalanya kita boleh menang tetapi tidak berjaya. Ada pula kalanya seseorang itu tidak menang tetapi berjaya.

Kejayaan itu lebih utama dari kemenangan. Tetapi gema ke­menangan itu lebih sedap didengar dari kejayaan. Sedangkan hakikatnya kejayaan itu lebih penting dari kemenangan. Kita buat beberapa contoh yang dikaitkan dengan dunia dahulu. Ini kerana membahaskan hal dunia itu lebih mudah difaham kerana dunia itu dekat dan Akhirat itu jauh. Maksud dekat ialah sesuatu yang dapat kita lihat, rasa dan dengar. Kita tinggal di dalamnya. Akhirat belum nampak sebab itu dikatakan jauh.

Jadi kejayaan lebih penting daripada kemenangan. Keme­nangan itu cuma gemanya besar. Tetapi sebenarnya cuma dapat habuk, asap atau angin sahaja.

Kejayaan itu pun bertahap-tahap dan berlapis-lapis. Sudah disebut berjaya pun belum berjaya lagi. Kalau kita hendak bahas antara kejayaan dan kemenangan, sebenarnya kejayaan lebih baik dari kemenangan. Kalau kita ba­has kejayaan demi kejayaan, itu pun bukan mutlak kerana ada yang berjaya tetapi belum berhasil. Setakat nama berjaya sahaja. Belum sampai ke peringkat mendapat hasil, faedah dan kejayaan. Itu baru perbandingan antara dunia dengan dunia. Belum diban­dingkan antara dunia dan Akhirat. Di dunia ini pun, bila menang belum bererti apa-apa. Bahkan bila sebut kejayaan pun, sese­tengahnya belum bererti apa-apa.Betapalah perbandingan dunia dan Akhirat. Erti kemenangan dunia dan Akhirat itu berbeza sangat.

(Di rakam dari syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

08/04/2009 - Posted by | Tazkirah

1 Comment »

  1. >Dari: Kahar JalilMenang dan berjaya memang berbeza tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kemenangan yang boleh membawa kita berjaya di dunia dan akhirat. Bila berfalsafah semuanya nampak mudah dan ramai yang sukakannya tetapi apabila turun ke lapangan dan gelanggang yang memerlukan komitmen tinggi ramai yang lari dan mengalah. Kenapa begitu jadinya?

    Like

    Comment by Anonymous | 10/04/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: