Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PAS jangan jadi kan Islam bahan ketawa dan ejekan

Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat.Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat” (As Saf 2-3)

Tidak ada umat Islam yang menolak matlamat perjuangan PAS untuk menubuh negara Islam di negara Malaysia.Tetapi apa yang mereka tolak adalah cara atau manhaj perjuangan nya yang kelihatan sudah tersasar dan terlampau menyimpang dari landasan sebenar.

1.Imej Pas adalah sebuah parti yang konon nya berpendirian keras selama ini dengan imej keIslamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP sejak PRU 12 2008 atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.

2.Lucu tetapi mengecewakan kerana DAP yang sebelum ini musuh ketat PAS, dan menganggap DAP kafir harbi macam syaitan tiba tiba boleh tidur sebantal dan PAS pula sanggup menjadi pak turut kepada kerajaan DAP dan mengenepikan perjuangan Islam.Ada kah PAS gila kuasa, tidak apa jadi pak turut asalkan dapat memerintah, pada hal pemerintahan nya tidak mempunyai kuasa kerana kuasa sebenarnya adalah di tangan DAP?

3.Maka dengan itu PAS sudah tidak melaung laungkan tentang perlaksanaan Hudud lagi, PAS sudah tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam lagi.Walaupun di Masjid Masjid Ustaz Ustaz PAS masih bersyarah berapi api.Namun di luar dan di Parlimen PAS kini sepi (tidak cakap pasal Islam lagi.Kalau cakap agaknya kena jeling dengan Karpal The King).

4. Tiba tiba PAS hilang telur? Dengan orang Islam lantang melaung takbir tetapi depan DAP kecut perut.


Foto simbolik PAS di telan (di kuasai) naga DAP.

5.Hingga kan orang kuat PAS sendiri ketika berbahas di dewan negeri Perak menafikan dan “tidak mengaku bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam hinggakan menimbulkan kegerunan dikalangan umat Islam yang berada di situ pada ketika perbahasan tersebut….Gerun kerana orang kuat PAS ini telah mencabar dasar-dasar yang diperjuangkan oleh partinya sendiri.

6.Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan:

“Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.”

7.Namun yang jelas PAS terlibat jauh dalam amalan demokrasi barat yang songsang.Agaknya oleh kerana sudah terlalu taksubnya dengan amalan demokrasi, mereka terlalu kerap melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan Islam (tetapi dalam politik berdemokrasi ianya halal) saperti memaki hamun, memfitnah, membohong,mengumpat, mengeji, demi “survival” politik mereka. Malah dalam pentadbiran parti dan pemilihan pemimpin dalam Multamar parti PAS sendiri tidak menggunakan sistem Islam.Saperti dalam perlantikan pemimpin mereka tidak pun guna sistem syura.

8.PAS membisu apabila di Selangor seorang rakan exconya yang beragama kristian didapati telah bersekedudukan dengan ahli PR yang beragama Islam hingga akhirnya tersebar gambar separuh bogel.Exco ini mendapat sokongan moral pula dari Muslimah PAS.

9. PAS, parti orang Islam, sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan parti orang Islam yang terbesar ia itu UMNO.PAS kata mereka sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun untuk mencapai cita cita nya. Begitulah PAS yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah PAS yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan Nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.

10.Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

10.Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. “Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,”.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal.

11.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC.

12.PAS menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga.Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali Tuhan Yang Maha Esa.

13.Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.

14 PAS memporak perandakan suasana dakwah Islamiah di Malaysia kerana lebih banyak memeningkan Umat dengan Fatwa Fatwa Politik mereka yang songsang.Mereka tidak menghormati Ulama Ulama di luar PAS, mereka sering merasakan mereka lebih ‘alim dalam segala hal.

15.PAS tak perjuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.

16. Jelas, Pas serampang dua mata. Di depan bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mengugut pengundi Melayu.

17.Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan ‘negara kebajikan’.
Hilanglah ‘hudud’ dan hilanglah ‘Perjanjian Madinah’ yang diwar-warkan.


Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadikuda yang ditunggang oleh orang lain.

04/04/2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATEHAH

>Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ daripada menamakan ia ‘Surah Pembukaan’.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi’il – ‘yang telah mendapat kemenangan’. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo.com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad

04/04/2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: