Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>

MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)

Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah Kelang. Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.

Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.

3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.

4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.

5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.

6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang

Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:

1. MEMBIAYAI:

A. Sewaan bulanan bangunan

B. Bil-bil utiliti

C. keperluan dapor

D. Belanja persekolahan pelajar

2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):

A. Katil dan tilam untuk asrama

B. Keperluan dapur asrama

C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik

D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen

E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:

A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama

B. Pengendali laman web

C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana

D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5. DOA MENDOAKAN

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi, dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.

Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :

Puan Mazlina : 019-3133430

Ustaz Zahari : 013-3303430

Lamanweb: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,

ROHANA BT. ALI

Emal: pengurus@ummuain.com

Penasihat RKH & RSK

Lamanweb: www.ummuain.com/rumahamal.htm

P/S:

1) JANGAN BUANG, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!!

2) Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA:

“BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR”

Silalayari: http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm

13/11/2008 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah | Leave a comment