Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Status Makanan Halal

Pernah berlaku di negara kita di mana daging kerbau dijual sebagai daging lembu. Masaalah ini tidak begitu rumit kerana kerbau halal dimakan.Bagaimana, jika daging kerbau boleh dijual sebagai daging lembu, boleh kah kita memastikan daging yang haram tidak dijual sebagai daging yang halal? Selain itu, timbul juga persolan sama ada daging yang diimpot itu diperolehi daripada binatang yang disembelih mengikut hukum syarak. Walaupun daging impot dari India atau Australia didakwa datang dari pusat sembelihan Islam, kita tidak dapat memastikan kebenarannya kecuali pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan yang rapi. Terdapat kes kes yang mana nama pengimpot tidak tercatat pada label pembungkusannya. Namun para pengguna di Malaysia menganggap daging itu halal kerana penjualnya beragama Islam.

 

Kronologi pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai isu halal haram:

  • 1977 – Sosej daging lembu dari Australia didapati mengandungi daging babi.
  • 1981 – Alkohol dikesan dalam minuman tonik untuk bayi
  • 1982 – Ujian CAP mengesahkan gelatin diperbuat daripada sumber babi.

-CAP mendapati uri bayi dari hospital kerajaan dijual kepada syarikat kosmetik di luar negara.

  • 1984 – Susu rumusan bayi didapati mengandungi lemak binatang.
  • 1985 – Ujian ke atas pelbagai makanan yang di proses mendapati ia mengandungi gelatin.

– Agar agar (jeli) didapati dicemari gelatin.

  • 1986 – Lelemak daripada sumber binatang dikesan dalam kek dan biskut.

Gliserin (bahan dari sumber binatang) di kesan dalam kosmetik – Sabun diperbuat daripada lemak binatang – Berus diperbuat daripada bulu babi – Filem dan foto didapati bersalut gelatin. – Keju diperbuat daripada renet/pepsin yang sumbernya daripada binatng. Gelatin dan gliserin digunakan dalam ubatan dan produk perubatan. – Lemak babi digunakan dalam penghasilan minyak wangi. – Pinggan mangkuk didapati mengandungi tulang binatang.

  • 1994 – Rumusan rahsia minuman Coca Cola menggunakan alkohol di dedahkan dalam buku “For God, Country and Coca Cola” olih Mark Pendergrast
  • 1995 – Wei terkandung dalam susu rumusan bayi dan makanan yang diproses.
  • 1996 – Makanan yang diproses dan agar agar diuji dan didapati mengandungi gelatin.
  • 1998 – Plasma darah ditemui digunakan dalam produk makanan.
  • 2000 – Kolagen (bahan bergelatin daripada sumber binatang atau janin bayi) di gunakan dalam kosmetik
  • 2005 – L-cysteleine, bahan yang diperolehi daripada rambut manusia digunakan sebagai penambah makanan dalam pelbagai jenis makanan saperti roti, piza dan perisa yang tidak manis.

30/08/2008 Posted by | Informasi | 5 Comments

   

%d bloggers like this: