Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Semua orang Melayu hendak kepada Islam

>

Semua orang Melayu hendak kepada Islam…..UMNO. …PAS… .pula sebagai parti-parti sibuk dengan agenda ..hendak menegakkan keIslaman masing-masing ! akhirnya kita…. orang kebanyakan yang tidak terlibat dengan dunia politik ….terikut- ikut dengan rentak tari kedua-dua parti politik ini.

Tujuan Tuhan ciptakan manusia adalah…. rengkasnya.. ..untuk memperhambakan diri kepadaNya. Diutuskan Nabi dan Rasul menyeru…menyampai kan …agar manusia kembali berIman….. diturunkan kitab Quran…agar kita tetap….kekal berkhendak ….berIman. …kepadaNya.
Nabi Muhammad menyeru umatnya agar berIman….. Nabi-nabi sebelumnya juga berbuat demikian. Setelah berIman barulah perintah Sembahyang, Puasa, Haji, Zakat semuanya itu diturunkan. Soal hukum-hakam tidak timbul lagi seperti yang sibuk diperkatakan olih Ulama’-ulama’ sekarang ini. Apabila hukum-hakam diperkenalkan. …melalui Nabi dan Quran…. tujuannya adalah untuk pertahankan jiwa yang berIman….dan yang mengelak untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak baik…adalah diri kita sendiri….kenapa ? kerana kita pertahankan KeImanan kita….ianya berlaku dengan sendirinya.. ..bukan diperkenalkan olih mana-mana parti politik.
Persoalannya, adakah kita semua telah berIman. Keduanya, siapa yang tahu sesaorang itu berIman atau tidak ? Syarat berIman adalah kasih kepada Allah….ada sesiapa tahu bahwa kita kasih kepada Allah ? Semasa kita berkasih-kasih dengan isteri kita sebelum kahwin dengannya… zaman muda-muda dulu….ada sesiapa tahu mengenainya. …atau ada kita pukul canang satu kampung memberitau semua orang kampung mengenainya. ….jawapannya pasti tidak ! lainlah kalau muka tak malu….kan ?
Soal keImanan sesaorang hanya Tuhan yang tahu…. sendiri yang tahu bagaimana… kita sendiri buat amal….sendirilah yang tahu !
Apa yang hendak diketengahkan olih Pemimpin-pemimpin Parti Politik sekarang ini nampaknya mereka berbuat sesuatu dalam keadaan tidak tahu.
Nabi berkata, ” Islam di Akhir zaman hanya tinggal namanya sahaja….Quran hanya tinggal kulitnya sahaja….masjid banyak dan cantik-cantik tapi tidak beri petunjuk…. dan Ulama’ sesat menyesatkan “.
PAS…UMNO.. ..PKR…. walaupun mereka tahu Hadis ini tapi mereka-mereka ini yang telah berkedudukkan. ..dah selesa dengan jawatan yang dipegang…. 100% akan menyepi ! mengapa ? kerana pertahankan hawa dan nafsu. Sudah berada ditempat yang tinggi…mana nak turun pangkat…itulah fahamya hawa…pantang rendah ! sudah punyai harta…gaji yang tetap…lumayan pulak tu…siapa yang nak kurang….itulah nafsu namanya !
Perkara asas sebegini kalau tidak tahu….tak mau tau…tepatlah kata Nabi tu….dak ?
Nabi kata, ” Awal berAgama mengenal diri…kenal diri…kenal Tuhan…kenal Tuhan binasa diri “. Tidakkah Hadis ini satu kata-kata yang asas bagi setiap kita umatnya mengenali Tuhan yang kita hadapkan ketika Sembahyang yang diterima olih Nabi sendiri PerintahNya secara ‘ direct ‘ dari Pencipta segala Pencipta !
Perlu diingat, Perintah Sembahyang yang Nabi terima dalam Peristiwa Israk-Mikraj adalah selepas pengikut-pengikut. …para sahabatnya.. ..yakin dengan Agama yang dibawa olih Nabi…dan tahap keImanan meraka sekurang-kurangnya di tahap Haqqul-Yakin..kalau tidak Qamalul-Yakin ! Rengkasnya, mereka ( para sahabat ) telah berIman dahulu… barulah perintah Sembahyang diturunkan ! Tuhan Maha Mengetahui.. ..makhlukNya yang bernama manusia ini…perlu kasih kepadaNya dulu….barulah perintah Sembahyang diturunkan kepada Nabi.
Kita sendiri pun tahu….dalam keadaan rasa kasih….jiwa kita tenang…rasa kerendahan.. .kerinduan. .. penuh dengan rayuan kata….itulah juga intisari dalam Sembahyang !
Kalau kita tidak tahu siapa kita….dari mana kita datang di mana kita berada sekarang dan akan kemana kita pergi……siapa kita ?
Hakikat kita yang bernama manusia adalah roh @ jiwa kita yang telah berTuhan…telah berIman…seperti yang dinyatakan dalam Surah Al A’raf ayat 172. Di sinilah bermula segala-galanya. Kalau ketika di alam Roh itu kita berkhendak menjawab pertanyaan Tuhan….bagaimana sekarang ? hampir 100% kita berkhendak kepada mengikut hawa dan nafsu…..yang dipakaikan.. …tidak begitu ? mereka yang berIman sahaja sekarang ini….say ….about 1 %….rumput kat tanah tu….masih menghijau… ..dak ?
Kalau perkara sebegini asas tidak difahami…. olih mereka yang mengaku pemimpin…mengaku Ulama’…..ke mana akan kita semua dipimpin olih mereka ?
Soal keImanan adalah…soal individu…soal kita sendiri dengan Tuhan…soal anak cucu kita denga Tuhan…bukan soal apa jua parti yang ujud di muka bumi ini ! Di Akhirat Tuhan tak tanya parti pun…….dak ?
PAS….UMNO. …DAP… .PKR….. ..sam je brader …. semuanya…. .bla…bla. …bla ! Usahlah cakap pasal Piagam Madinah….. .Piagam PBB pun kita tak ambil tau…kita langgar dak ? apa Piagam pun…kalau dalam suatu kumpulan itu 100% berIman….kasih kepada Tuhan….segala hukum-hakam akan berdiri dengan sendirinya.

Olih:mohd yunos mohd ali yunos1290ali@yahoo.co.uk

27/08/2008 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: