Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pemudawilayah desak Mufti Wilayah keluarkan Fatwa Berhubung Konsert Avril

>

Berikutan dari keputusan Menteri Kabinet yang meluluskan Konsert Avril Lavigne yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2008 di Stadium Merdeka, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan mufti-mufti lain mengeluarkan Fatwa bagi memperjelaskan hukum konsert berkenaan.

Fatwa ini penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat Malaysia, khususnya belia Islam yang kini semakin diperhambakan oleh dunia hiburan.

Tindakan kerajaan meluluskan Konsert ini dilihat umpama menuangkan minyak diatas api yang marak. Gejala sosial dan kerosakan akhlak semakin meningkat. Pemakaian remaja Islam juga semakin singkat dan menyerupai artis kesukaan mereka. Identiti Islam dan Melayu semakin luput dari tubuh anak-anak ini.

Mufti Wilayah boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar diinternet sebagai rujukan dalam mengeluarkan fatwa.

Pemudawilayah juga meminta agar Mufti Wilayah memainkan peranan yang penting dan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes Sumpah Saiful Bukhari Azlan.

Konsert Avril akan ditonton oleh ramai remaja Islam. Jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful, konsert ini lebih besar impaknya kerana ia melibatkan ramai orang. Oleh itu pemudawilayah mendesak agar Mufti Wilayah memainkan peranannya dan mempergunakan Ilmunya yang dikatakan lebih tinggi dari ilmu Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi.

Pemudawilayah mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosialisasi sedemikian dan beliau akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. Sesungguhnya neraka Allah itu luas, dan orang-orang berilmu tinggi, yang tidak mempergunakan ilmu adalah sebahagian dari isinya.

Herman Samsudeen

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS

Wilayah Persekutuan

 

27/08/2008 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: