Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Yayasan Pembangunan Nur Hikmah perlu Bantuan

>

Asalamualaikum wbt, Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini. Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah pada tahun ini akan menyediakan makanan untuk sahur kepada lebih kurang 350 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 6 buah rumah dan juga diluar rumah jagaan.

Rumah / Asrama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah seperti berikut :
1. Rumah Jagaan Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
2. Rumah Jagaan Darul Qana’ah, Gombak
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur
4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang
5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak 6. Persatuan Anak-Anak Yatim Flat Sri Sabah, KL
Perbelanjaan bagi setiap satu hidangan sahur untuk seorang kanak-kanak adalah dalam anggaran RM6.00. Pada tahun ini sajian sahur ini akan disalurkan melalui Program Mangkuk Tingkat yang diuruskan oleh pihak yayasan.
Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim , miskin dan anak-anak terbiar. Disamping itu juga pihak yayasan turut membantu golongan warga emas dan OKU. Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung Sahur Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sila layari www.mangkuktingkat.com Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut. Kami Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita. Wasalam RENUNGAN: Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” Riwayat Ibnu Majah Huraian i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira. ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun. iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud : “Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.” iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”
……………………………………………………………………….
MELALUI MAYBANK2U Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit

22/08/2008 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah | Leave a comment

>Bantuan Derma Tabung Pembinaan Surau

>

Kepada sesiapa yg nak buat amal jariah…....

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakaatuh. . dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat semua.. Saya, guru pendidikan Islam dari SMK Seri Selayang, Jln Sungai Tua, Batu Caves, ingin memohon jasa baik sahabat semua untuk menyalurkan sedikit derma bagi tabung pembinaan surau di sekolah saya. sahabat, sesungguhnya fadhilat dan kelebihan yang Allah akan berikan kepada orang yang suka bersedekah adalah sangat besar. Apatah lagi derma untuk membina rumah Allah untuk anak-anak kita. Tidak perlulah saya menghuraikan lagi kerana sahabat semua lebih arif dari saya. Oleh itu, saya sebagai wakil kepada pengetua dan warga SMEKSES dengan penuh merendah diri, mengalu-alukan sumbangan derma dari pihak sahabat sekalian. Seandainya ada yang berminat untuk menderma fasiliti seperti PA Sistem, jubin, dan sebagainya, pihak kami mengalu-alukan juga. Sahabat yang dihormati sekalian, Sebelum ini, pelajar-pelajar ini hanya menggunakan kelas yang diubahsuai menjadi surau untuk solat berjemaah. Masalah timbul apabila pelajar Islam yang ingin menunaikan amali solat yang menggabungkan banyak kelas dalam satu masa tidak dapat dijalankan kerana kekurangan ruang. Dengan terbinanya surau ini diharap dapatlah kita membantu melicinkan lagi proses pengajaran dan pendidikan Islam dikalangan anak-anak kita. Diharap, sahabat semua sudi untuk memberi sumbangan kepada pembinaan surau ini. Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya : Azlina – 0172816580 Cara derma :

1. Money order/cek/postal order

Pengetua SMK Seri Selayang

dan di alamatkan kepada

Tabung Surau SMK Seri Selayang, Jalan Sg Tua 68100 Batu Caves Selangor

2. Bank-in terus ke

a ) Malayan Banking Berhad (MBB) No akaun 012156311186.

b ) Bank Islam Malaysia Berhad : 14069010015815

Sumbangan juga boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan,No Rujukan LHDN 01/35/42/51/ 179-7

Segala kerjasama dari semua sahabat saya ucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.

22/08/2008 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: