Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pemimpin Contoh

>

 

Pemimpin adalah contoh dan lambang kepada rakyat yang di pimpinnya.Baik pemimpin, baiklah rakyatnya.Buruk pemimpin, buruklah rakyat pimpinannya.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dua golongan daripada umatku, apa bila mereka baik, baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia.Itulah dia para pemimpin dan ahli feqah (Ulama)”. (Riwayat Ibnu Abdul Barr idan Abu Naim).

Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak boleh pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga. Kekayaan dan kemewahan pemimpin tidak terkata. Pakaian, makanan dan ala alat kegunaan pemimpin amat jauh bezanya daripada apa yang Rakyat dapati. Pendek kata terdapat jurang yang dalam memisahkan pemimpin dengan rakayat. Hampir hampir tiada kaitan apa apa antara pemimpin dengan Rakyat.

Kalau ada hanyalah secara rasmi, pemimpin di atas pentas dan Rakyat di bawah. Dalam kesempatan begini, pemimpin akan membuat ucapan yang begitu rasmi untuk menaikan semangat Rakyat. Pemimpin akan membuat janji janji manis untuk menarik simpati Rakyat padanya. Di samping itu diselitkan suara ugutan yang membuatkan Rakyat takut untuk tidak taat pada pemimpinnya. Setelah selesai berucap maka mereka pun berpisah dan saling lupa melupai dan saling tidak kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Hakikatnya mereka tidak tahu menahu antara satu dengan lain. Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia sekarang. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang berkuasa,mewah dan glamor.

Dalam Islam pemimpin adalah khadam kepada Rakyat.Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka.” (Riwayat Al Hakim)

Menjadi seorang pemimpin ertinya menjadi seorang yang berkhidmat untuk Rakyat. Menjadi pemimpin bukan memegang jawatan tinggi bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang bapa tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.Begitulah sepatutnya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih lebihan sehingga Rakyat nya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang lenang sedangkan rakyatnya terbiar dalam kesusahan.

Olih Cikgu Ku

28/04/2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: