Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ubat Penyakit Masyarakat.

Fitrah semua manusia suka orang baik.Orang lain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah membuat baik.Setiap orang suka orang adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain lain kebaikan, kecuali hasad dengki.Manakala orang yang baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh orang ramai dan berpengaruh.

Tapi ramai orang baik di musuhi, terutama yang baik dan berpengaruh pula.Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat baik.Dia suka orang baik, tapi jangan sampai orang itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.

Begitulah berlaku di setiap zaman Ia pernah berlaku juga kepada para Rasul dan orang soleh di zamannya. Sifat sifat semacam ini berlaku kepada semua orang.Sekali pun dia para ulama, lebih lebih lagi orang yang berpolitik, kecuali yang bertaqwa dan takutkan ALLAH.

Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman.Lebih lebih lagi di akhir zaman ini.Penyakit ini lah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran. Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN. Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.

Maka perjuangkanlah untuk takut kepada TUHAN.Itulah rahsia untuk membasmi penyakit masyarakat ini.

Olih Cikgu Ku

01/04/2008 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: