Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Renungan Menjelang Pilihanraya – Orang Mukmin merindui Negara Islam

Sebagai orang Islam kita mesti bercita cita untuk mengIslamkan seluruh aspek kehidupan kita.Dari yang sekecil kecilnya hingga yang sebesar besarnya.Inilah tuntutan kalimah syahadat yang kita ikrarkan sebaik sahaja mengambil keputusan untuk memeluk Islam.Seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi menolak tuntutannya, tiada ertinya syahadah itu padanya.Mungkin dia seorang yang Munafiq (Hipokrit)

Memang sepatutunya seorang Muslim merindui Negara Islam sebagai negara tempat tinggalnya.Kerana di dalamnya dia dapat menjadikan seluruh aspek kehidupannya sebagai ibadah kepada ALLAH.

Tetapi dalam Islam seseorang tidak di ajar meminta atau merampas kuasa pemerintah.Walaupun pemerintah ini kurang Islamik.Tidak juga dengan cara bertanding dalam pilihanraya.Bahkan kalau ditawarkan pun, seseorang seharusnya tidak begitu ghairah untuk menerima.Sebab orang Mukmin melihat tugas memimpin itu bagaikan kerja meratakan gunung,Kalau hanya dengan cangkul sebatang, munasabahkah ianya boleh di lakukan? Sedangkan dalam sejarah terlalu sedikit pemimpin yang berjaya menegakkan keadilan dalam Negara.Ertinya terlalu ramai pemimpin yang tidak adil.Sedikit yang selamat ke Syurga, ramai yang akan di lempar ke Neraka

Sebenarnya orang beriman tidak akan merebut rebut jawatan kepimpinan.Hanya apabila tiada pilihan lain lagi, dalam keadaan terlalu memaksa , sedangkan menolaknya bererti Negara dan masyarakat akan rosak binasa, maka waktu itu orang beriman mesti bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Negara Islam mesti dibangunkan dan dipertahankan.

Buah Fikiran Cikgu Ku

02/03/2008 - Posted by | Politik dan Dakwah

1 Comment »

  1. >PEMIKIRAN YANG CUKUP JUMUD dr cikgu ku

    Like

    Comment by webmaster | 02/03/2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: