Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apakah Matlamat Mahu Islamkan Malaysia

Kita seorang Islam.Setiap hari kita mengaku ALLAH Tuhan kita dan Nabi Muhammad Nabi kita.Kita juga bersumpah kepada ALLAH dalam setiap waktu sembahyang “Bahawa sesungguhnya hidupku, matiku adalah untuk Mu ya ALLAH.” (Al An’am:162)

Kita juga meminta ALLAH tunjukkan jalan yang lurus.Yakni jalan Nabi dan Rasul, bukan sekali kali jalan jalan nafsu dan syaitan serta yahudi dan nasrani .Tetapi jalan jalan yang ada sekarang tidak saperti yang Islam perintah. Sebahagian bukti nya adalah saperti berikut:-

Pendidikan
Sistem pendidikan di sekolah atau universiti melahirkan orang orang yang tidak terjamin sembahyangnya sehari semalam lima waktu.Sedangkan sembahyang itu tiang agama.Dari dulu sampai sekarang keadaannya begitulah, tidak berubah.Kalau tiang agama pun di remehkan bererti sembahyang itu tidak di hargai. Bahkan sistem yang ada sekarang tidak mendekatkan manusia dengan Tuhan. Memang objektif pendidikan di Malaysia mahu melahirkan insan yang bertaqwa.Tetapi realitinya hal demikian tidak berlaku.Bahkan masaalah sosial kian meningkat di sekolah sekolah dan universiti.

Ekonomi
Walauppun ada perancangan untuk melaksanakan sistem ekonomi tanpa riba di instituisi kewangan akhir akhir ini, tetapi sistem ekonomi berasaskan riba masih berleluasa di Malaysia.Hampir umum rakyat yakin, tanpa riba kita tidak boleh membangun.Sedangkan mereka tahu riba sangat di perangi oleh ALLAH dan Rasul malah sesetengah pihak di kalangan ulama kelihatan saperti main main dengan hukum ALLAH ini kerana menghalalkan riba atas dasar dharurat.
Kalau kita tetap hidup dalam sistem ini ertinya sampai mati kita tidak berpeluang membersihkan diri dan Keluarga daripada riba.

Perubatan
Di hospital kerajaan dan swasta hari ini, terjadi hal yang sangat bertentangan dengan Islam.Yakni wanita wanita terpaksa bersalin dengan kehadiran doktor lelaki.Hal ini bukan sahaja di murkai ALLAH tetapi fitrah manusia pun tidak boleh terima.Suami mana yang suka lelaki lain melihat rahsia isterinya? Sedangkan peluang masih banyak untuk kita menyediakan doktor dan bidan bidan wanita untuk maksud tadi.Ubat ubatan yang di beri oleh doktor kepada pesakit tidak di ambil kira tentang halal haramnya (dari segi isi kandungan ubat).

Media Massa
Kebanyakan media massa (cetak dan elektronik) hari ini membekalkan kepada masyarakat mesej yang menjauhkan manusia dari Islam.Bukan saja tidak mengajak umat membangunkan Akhirat, bahkan pembangunan tamadun dunia ini pun tidak berlaku.Umat terus di lalaikan dari tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah ALLAH dibumi ini.

Kehidupan bermasyarakat
Umat Islam di Malaysia tidak di orientasi dan di dedahkan kepada Al Quran dan Hadis dengan secukup cukupnya.Lalu mereka memandang Islam secara serpihan.Mereka tidak pandai pula untuk memadukan ilmu Akhirat dan ilmu dunia dalam satu masa.Maka terjadilah pemisahan agama (urusan Akhirat) dengan urusan dunia.Bila dunia dan Akhirat dijadikan dua subjek yang terpisah, umat Islam bagaikan dipisah kepala dan hatinya.Jadilah mereka itu Islam pada namanya saja.Mereka membangunkan dunia tetapi tidak sembahyang lima waktu, tidak jaga syariat, tidak berakhlak, tidak fikir orang lain.Harta banyak tidak berzakat.Yang sembahyang pula tidak mahu aktif dengan dunia.Nafsu sombong, tamak, dengki,dendam,bakhil,gila dunia, menyalah gunakan kuasa, rasuah, tipu dan lain lain lagi mazmumah berleluasa dalam masyarakat.

Jadilah orang kaya yang bakhil.pembesar yang menyalahguna kuasa, orang pandai yang sombong dan hasad dengki, orang miskin yang tidak sabar dan menghina diri, pemuda pemudi yang befoya foya dan lain lagi.

Buah fikiran Cikgu Ku

02/03/2008 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: