Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Menjelang Pilihanraya

Seseorang atau kumpulan itu di ikuti kerana beberapa faktor:-

1.i. Kerana kebenarannya
ii. Kerana kuasanya
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang di harapkan
iv. Kerana fanatik orang dengan nya
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya
vi. Kerana terhutang budi kepadanya

2. Orang atau kumpulan yang selalu memikirkan salah orang, yang hasad dengki dengan orang, yang meletakkan dunia dalam hati dan yang berdendam, tidak pernah tenang jiwanya.

3. Orang atau kumpulan yang mengaku buat baik, janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

4. Bertenanglah di dalam sebarang hal walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan. Kerana bertenang itu sifat Mukmin.

5. Mengumpul undi dari manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.Mempersatukan manusia ialah menyatukan hati.

6.Bersatu fikiran tidak semestinya bekerjasama.Bersatu fizikal tidak mesti satu hala.Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

7. Di antara fitrah semula jadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya.Sekalipun dia jahat dengan orang lain.

8. Apabila mengundi – Akal befikir, hati merasa, nafsu mengajak, jasad bertindak.

9. Banyak pemimpin tahu penyakit, tetapi tidak tahu mengubat.Banyak pemimpin tahu masaalah, tetapi tidak tahu menyelesaikannya.

10. Kemesraan pemimpin itu lebih bernilai daripada pemberiannya.

11. Banyak kumpulan atau orang perseorangan boleh bantu orang miskin.Tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin.Lebih lebih lagi hidup macam orang miskin.

12. Di antara sifat Mukmin itu mukanya mesra dengan manusia, hatinya gundah gulana dengan ALLAH, fikirannya ke alam yang jauh.

13. Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.ALLAH berfirman maksudnya: “Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah”.

14. BERFIKIRLAH SEBELUM MENGUNDI.KAJILAH HASILNYA SELEPAS MENGUNDI.RASAKAN USAHA ITU PERINTAH ALLAH, HASILNYA KETENTUAN ALLAH.

Dari Buah fikiran Cikgu Ku

24/02/2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: