Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apa itu Politik Islam

RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia di buat tanpa berpandukan undang undang Islam.Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang menyimpang daripada syariat ALLAH.

MAKSUD HADITH NABI S.A.W: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu”.

Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara, kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka “POLITIK IS A DIRTY GAME.”

Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur ‘terpaksa’ di lakukan.Ini dapat di lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak……mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

06/02/2008 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

   

%d bloggers like this: