Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tentang berjuang untuk mendapatkan Negara Islam

Pada hari ini begitu banyak sekali badan badan pejuang Islam yang di pelopori dan pada sekali imbas kita nampak seolah olah mereka mempunyai matlamat yang sama cuma menggunakan teknik dan strategi yang berlainan disebabkan semua badan itu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan.Cuma apakah hakikat itu benar atau tidak memerlukan satu analisa yang serius serta ikhlas.Kita tidak boleh terlalu gopoh dan melulu dalam tindakan kita kerana seluruh umat Islam hari ini ingin mencari keredhaan Allah.

Kita takut kalau kalau pada zahirnya kita nampak mereka mereka ini semuanya mengaku sebagai pemimipin kepada umat Islam serta benar benar memperjuangkan Islam.Mereka mereka ini pula sering memperkatakan Al Quran dan Hadis di dalam perjuangan mereka serta selalu pula melaungkan slogan slogan Islam dengan mengajak orang ramai mengikut perjuangan mereka.Tetapi peribadi, sikap dan tindak tanduk mereka sentiasa bercanggah dengan ajaran Islam.Jadi orang orang yang tak faham akan Islam dengan sebenarnya serta dengan menyeluruh, akan terikut ikut dengan kata kata mereka.Akhirnya orang ramai terjebak.

Rasulullah pernah mengingatkan kita melalui sebuah hadis akan bentuk perjuangan akhir zaman ini iaitu akan adanya orang orang yang memperkatakan kebaikan sedangkan di dalam kebaikan itu ada kekeruhan dan kejahatan. Ini adalah kerana mereka mereka itu pada zahirnya berjuang menegakkan Al Quran dan sunnah tetpai sikap dan tindak tanduk mereka adalah jauh bercanggah dengan Al Quran dan sunnah.Misalnya, mereka menentang sistem riba sedang mereka sendiri mengamalkan nya.

Mereka memperkatakan sistem pendidikan sekular tetapi mereka terlibat di dalamnya.Kemudian mereka memperkatakan hukum Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya saperti anak anak isteri mereka masih mendedah aurat.Mereka memperkatakan corak hidup cara Islam tetpai mereka sendiri tidak mengamalkan hidup cara Islam.

Sumber: Cikgu Ku

25 January 2008 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: