Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Rasulullah mengubati Penyakit Masyarakat

Rasulullah telah melahirkan dan menimbulkan manusia yang jiwanya terpaut dengan akhirat, rindu dengan akhirat dan seronok dengan akhirat.Bahkan setengahnya ingin agar cepat balik ke akhirat. Akhirnya bukan sahaja harta dihabiskan untuk akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan untuk akhirat.Mereka mahu cepat cepat kembali ke akhirat.Mereka mahu mati syahid menjadi para syuhada.

Kita tidak begitu seronok bahkan takut dengan mati walaupun untuk mati syahid sebab jiwa kita sudah keduniaan.Dunia sudah menghayati jiwa kita.Setengah setengah sudah bertuhankan dunia dengan sedar atau tanpa sedar.Kereta sudah menjadi Tuhan, nama dan pangkat sudah menjadi Tuhan, kebendaan sudah menjadi Tuhan sehinggakan kita takut mati, kerana “benda benda” itu sudah menggantikan tapak tauhid.Kita sudah membuat sesuatu untuk dunia di mana sepatutnya dunia itu menjadi landasan kita ke akhirat. Sudah ada pula amalan amalan akhirat di hantar kedunia, saperti membaca Quran untuk merebut nama dan hadiah, bersembahyang untuk memancing undi, berwirid berzikir untuk dipuja puji, ugama di jadikan alat untuk meraih undi, dan bersedekah untuk mendapat publisiti.Bersedekah untuk di muatkan beritanya di TV dan dada dada akhbar.

Sebenarnya kita tidak kekal di dunia ini.Kita tidak dapat elak daripada kematian dan apabila mati maka kita akan pulang ke akhirat.Kita tidak dapat pertahankan diri dari mati walau sebanyak mana pun ilmu yang kita miliki, walaupun kita begitu berkuasa dan gagah.

Sumber: Cikgu Ku

25/01/2008 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: