Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Berapa banyak perlu kita Selawat?

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Rasulullah SAW bersabda :
أَوْلَى النَّاسِ بِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً

“Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
(HR. Tirmidzi; hasan)

Ubay ibn Ka’b bertanya:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya daku banyak berselawat kepadamu maka berapa kalikah daku perlu berselawat kepadamu? Nabi S.A.W. menjawab: Terserah kepadamu. Ubay Ka’b berkata: Jika sebanyak satu perempat dari kehidupanku?

Rasulullah menjawab: Terserah kepadamu, jika dikau tambah jumlahnya maka ia lebih baik. Ubay ibn Ka’b bertanya: Jika separuh dari kehidupanku? Nabi S.A.W. menjawab: Terserah kepadamu, jika dikau tambah jumlahnya maka ia lebih baik.

Ubay ibn Ka’b bertanya: Jika dua pertiga dari kehidupanku? Nabi S.A.W. menjawab: Terserah kepadamu jika dikau tambah jumlahnya maka ia lebih baik. Ubah ibn Ka’b berkata: Wahai Rasulullah, jika begitu daku akan jadikan keseluruhan kehidupanku untuk berselawat kepadamu. Nabi bersabda: Kalau begitu, akan dicukupkan cita-citamu dan akan diampunkan dosa-dosamu.”

Kata Imam Syafie :
“Aku suka memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW pada setiap keadaan, Dan pada siang Dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca Surah Al kahfi pada malam dan siang Jumaat”

Imam al-Sakhawi pula menukilkan pandangan Imam al-Shafie:
“Daku menyukai untuk perbanyakkan selawat kepada Nabi pada setiap keadaan dan apabila berada pada malam dan siang hari Jumaat, maka keinginanku akan bertambah sangat kuat untuk berselawat.”

Sumber

29/09/2022 Posted by | Fad hail Amal, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

JANGAN SAMBUNG SOLAT!

(Author: Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif)

Di kebanyakan masjid di negeri Perlis, oleh kerana tidak dibenarkan berselawat antara solat maka berlaku keadaan sambung 2 solat tanpa berkata2 atau bergerak keluar.

Ini jelas bercanggah dengan larangan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ;

عن أمير المؤمنين معاوية رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن أن توصل صلاةٌ بصلاة حتى يتكلم أو يخرج

Dari Mu’awiyah r.a ; Sesungguhnya Nabi saw melarang menyambung satu solat dengan satu solat sehingga lah seseorang itu bercakap atau keluar (bergerak pindah).

Sebahagian ulamak menyatakan sebab larangan ini adalah untuk membezakan solat fardhu dan sunat dan untuk membanyakkan tempat sujud. Maka yang tidak boleh bersambung itu antara solat fardhu dan solat sunat. Namun Imam ibnu Taimiyyah mengatakan ada sebahagian ulamak mengatakan larangan itu mencakupi juga antara solat sunat dan solat sunat. Kata beliau;

ومن العلماء من ذهب إلى أن هذا الحكم عام فيشمل النافلة والنافلة فيفصل بينهما بكلامٍ أو خروج.

‘Hukum ini umum meliputi juga antara solat sunat (nafilah) dengan solat sunat dan mesti dipisahkan kedua2 nya dengan bercakap atau keluar bergerak.”

Jika masjid yang mengamalkan selawat antara terawih , maka mereka sudah beramal dgn hadis tersebut kerana berselawat itu seperti kalam (berkata2) antara bilal dan ahli jemaah dan itu sudah memadai.

Namun masjid yang tidak berselawat di kebanyakan negeri Perlis sudah pasti amalan sambung solat berlaku. Saya cadangkan utk masjid di Perlis yg tidak benarkan Selawat terawih, boleh sekurangnya imam atau bilal sebut ayat Al-Quran anjuran selawat;
إن الله و ملائكة يصلون على النبي ….

Kemudian jemaah menyahut dgn berselawat masing2.. (seperti ketika khutbah), kemudian baru bangkit solat seterusnya. Maka ia jadi seperti nasihat bilal kpd jemaah utk berselawat,dan ia sudah memadai bercakap.

Sekurangnya boleh ikut larangan Nabi saw dalam hadis tersebut dan itulah yang sepatutnya iaitu kita cuba beramal dengan semua hadis bukannya hadis tertentu sahaja.

Jika nak amalkan selawat yang biasa dibuat oleh Masjid2 negeri lain pun ok. WAllahu’alam.

Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif

17/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

DALIL BOLEHNYA MENGARANG SELAWAT

Seorang Ulama Syam, Syeikh Yusuf bin Isma’il al-Nabhani (rah) menjelaskan dalam kitabnya Sa’adah al-Darayn Fi al-Salat ‘Ala Sayyid al-Kawnayn (ms.370), selawat terbahagi kepada dua:

  1. Selawat Ma’thurat
  2. Selawat Ghayr Ma’thurat

Selawat Ma’thurat

Ia adalah selawat yang terdapat di dalam riwayat hadis Rasulullah ﷺ dengan lafaz yang disebutkan dan diajarkan oleh Baginda sendiri; contohnya selawat Ibrahimiyyah dan selawat Ummiy.

Selawat Ghayr Ma’thurat

Ia adalah selawat yang lafaznya tidak didapati dari sabdaan Rasul namun ia dikarang oleh orang lain selain Baginda ﷺ setelah kewafatannya ﷺ. Selain selawat-selawat yang ma’thur dari hadith Nabi Muhammad ﷺ, terdapat juga selawat-selawat yang lafaznya dikarang oleh selain Baginda ﷺ seperti yang pernah dilakukan oleh Sayyidina Ali (ra), Sayidina ‘Abdullah bin ‘Umar (ra), Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (ra), Sayyidina ‘Abdullah bin Mas’ud (ra) dan lain-lain.

Selain itu, ramai Ulama dan Wali-Wali Allah yang mengarang selawat, antaranya ialah Selawat Fatih, Selawat Shifa’, Selawat al-Tafrijiyyah dan banyak lagi. Hendaklah dimaklumi bahawa setiap lafaz zikir, doa atau selawat adalah harus walaupun tidak ma’thur daripada Nabi Muhammad ﷺ dengan syarat lafaz atau sighah tersebut tidak bercanggah dengan yang ma’thūr (tidak bercanggah dengan syarak). Hal ini telah dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalāniy dalam Fath al-Bārī Sharh Sahīh al-Bukhārī (Maktabah Mālik Fahd, Riyad, 1421H/ 2001M, cet.1, j.2, hlm.335).

Seorang Ulama Tafsir, Imam al-Alusi dalam Tafsirnya menyatakan bahawasanya pelajaran yang dapat diambil dari sekumpulan para Sahabat Nabi dan selepas mereka bahawa kaedah berselawat tidak hanya terhenti kepada nas sahaja, bahkan sesiapa yang Allah rezekikan penguasaan ilmu bayan (cabang ilmu balaghah) yang mampu ia kuasai makna-makna lafaz (tersurat dan tersirat) dalam mengungkapkan kemuliaan dan keagungan Nabi ﷺ, maka ia boleh melakukannya. Mereka berhujjah dengan dengan dalil hadis mauquf (sanad hasan) dari Sayyidina Ibnu Mas’ud, Apabila kamu berselawat kepada Rasulullah saw, maka perelokkan selawat kamu kerana kamu tidak mengetahui boleh jadi ia akan ditunjukkan ke hadapan Nabi Muhammad ﷺ.

Berikut ini adalah selawat-selawat yang dikarang oleh para Sahabat Nabi ﷺ sekaligus menjadi dalil bolehnya mengarang selawat selain dari apa yang diajarkan oleh RasuluLlah ﷺ :

  1. Selawat Sayyidina Ali bin Abi Talib (ra)

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا، شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ.

Terjemahannya:
Ya Allah, Pencipta bumi yang menghampar, Pencipta langit yang tinggi, dan Pemimpin hati yang celaka dan yang bahagia pada ketetapan-Nya, jadikanlah selawat-Mu yang mulia, berkat-Mu yang tidak terbatas dan kasih sayang-Mu yang lembut pada Muhammad hamba dan utusan-Mu, pembuka segala hal yang tertutup, penutup yang terdahulu, penolong agama yang benar dengan kebenaran, dan penakluk bala tentera kebatilan seperti yang dibebankan padanya, sehingga dia bangkit membawa perintah-Mu dengan tunduk kepada-Mu, siap menjalankan redha-Mu, tanpa gentar dalam semangat dan tanpa kelemahan dalam kemahuan, sang penjaga wahyu-Mu, pemelihara janji-Mu, dan pelaksana perintah-Mu sehingga dia nyalakan cahaya kebenaran pada yang mencarinya, jalan-jalan nikmat Allah terus mengalir pada ahlinya, dengan Nabi Muhammad hati yang tersesat memperoleh petunjuk setelah menyelami kekufuran dan kemaksiatan, dia (Muhammad) telah memperindah tanda-tanda yang terang, hukum-hukum yang bercahaya, dan cahaya-cahaya Islam yang menerangi, dialah (Muhammad) orang yang jujur yang dipercayai oleh-Mu dan penyimpan ilmu-Mu yang tersembunyi, saksi-Mu di hari kiamat, utusan-Mu yang membawa nikmat, Rasul-Mu yang membawa rahmat dengan kebenaran.
Ya Allah, luaskanlah syurga-Mu baginya, balaslah dengan kebaikan yang berlipat ganda dari anugerah-Mu baginya, iaitu kelipatan yang mudah dan bersih, dari pahala-Mu yang dapat diraih dan anugerah-Mu yang agung dan tidak pernah terputus .
Ya Allah, berilah dia darjat tertinggi di antara manusia, muliakanlah tempat tinggal dan jamuannya di syurga-Mu, sempurnakanlah cahayanya, balaslah jasanya sebagai utusan-Mu dengan kesaksian yang diterima, ucapan yang diredhai, pemilik ucapan yang lurus, jalan pemisah antara yang benar dan yang batil dan hujah yang kuat.

Keterangan:
Hadis diatas diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur, Ibnu Jarir dalam Tahdhib al-Athar, Ibn Abi Asim, Ya’qub bin Syaibah dalam Akhbar ‘Ali, Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf (29520), At-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Ausath (9089) dan lain-lain. Hadis ini juga dikutip oleh ahli hadis sesudah mereka seperti al-Hafiz al-Qadi Iyad dalam al-Shifa’, al-Hafidz as-Sakhawi dalam Al-Qawl al-Badi’, Ibn Hajar al-Haitami dalam Al-Durr al-Mandud, al-Hafiz al-Ghummari dalam Itqan as-Shan’ah dan lain-lain.

Menurut al-Hafiz Ibnu Kathir, bacaan selawat ini popular daripada Sayidina Ali bin Abi Thalib (ra). Beberapa hujah yang tidak akan dapat ditolak tentang diperbolehkan mencipta selawat Nabi sendiri adalah selawat Sayidina Ali yang diriwayatkan oleh Salamah al-Kindi yang dinukil dari kitab Al-Syifa’ karya al-Qadi ‘Iyad . Dari Salamah al-Kindi, beliau berkata: “Sayidina Ali bin Abi Talib mengajarkan kami cara berselawat kepada Nabi ﷺ dengan berkata … (selawat seperti di atas).”

  1. Selawat Sayyidina Abdullah bin Mas’ud r.a.

وَعَنِ أَبِنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قاَلَ: اِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاَحْسِنُوْا الصَّلاَةَ عَلَيْهِ فَاِنَّكُمْ لاَتَدْرُوْنَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ فَقَالُوْا لَهُ: فَعَلِّمْنَا, قَالَ: اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُوْلِ الرَّحْمَةِ , الَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا يَغْبِطُهُ بِهِ اْلاَوَّلُوْنَ وَاْلاَخِرُوْنَ.رواه ابن ماجه

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata: “Apabila kalian berselawat kepada Rasulullah ﷺ, maka buatlah karangan selawat yang bagus kepada Baginda, siapa tahu barangkali selawat kalian itu diberitahukan kepada Baginda.” Mereka bertanya: “Ajari kami cara selawat yang bagus kepada baginda.” Beliau menjawab: “Katakan, ya Allah jadikanlah segala selawat, rahmat dan berkat-Mu kepada penghulu para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, iaitu Muhammad hamba dan Rasul-Mu, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah, anugerahilah Baginda maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian”.

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Ibn Majah (906), Abdurrazzaq (3109), Abu Ya’la (5267), al-Tabrani dalam Al-Mu’jam al-Kabir (9/115) dan Ismail al-Qadi dalam Fadl al-Salat (hal. 59). Hadis ini juga disebutkan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Jala’ al-Afham (hal. 36 dan hal 72). Selawat ini dikarang selepas kewafatan Rasulullah ﷺ.

  1. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar (ra)

Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’ sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah oleh al-Hafiz Ibn Hajar (3332) dan mengisyaratkannya sebagai sahih, dari Thawbah/Thuwayr mawla Bani Hasyim katanya: Aku bertanya Ibn ‘Umar RA: Bagaimana berselawat ke atas Nabi ﷺ? Maka jawab Ibn ‘Umar RA:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَبَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينِ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينِ، وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ، مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، إِمَامِ الْخَيْرِ، وَقَائِدِ الْخَيْرِ، اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Kata Imam al-Busiri: Ia mempunyai sokongan dari hadis Ibn Mas’ud (ra) yang diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Umar, Abu Ya’la dan Ibn Majah dengan isnad yang hasan. Selawat ini dikarang selepas kewafatan Rasulullah ﷺ.

  1. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (ra) Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, ‘Abd bin Humayd dan Isma’il al-Qadi dalam Fadl al-Salat ‘ala al-Nabi ﷺ dari Sayyidina Ibnu ‘Abbas (ra) beliau mengucapkan:

اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى، وارفع درجته العليا، وأعطه سُؤْلَه في الآخرة والأولى، كما آتيت إبراهيم وموسى، عليهما السلام

Kata Imam Ibn Kathir dalam Tafsirnya: Suatu isnad yang baik, kuat lagi sahih.

  1. Selawat Arab Badwi

Nabi Muhammad ﷺ menegur seorang Arab Badwi yang berdoa dari ilhamnya secara salah, namun Baginda ﷺ hanya menunjukkannya cara yang betul dan tidak melarangnya berdoa dari ilhamnya. Dari Abu Hurayrah RA katanya: Pernah Rasulullah ﷺ berdiri dalam satu solat dan kami juga berdiri bersamanya. Lalu seorang Arab badwi berdoa dalam solatnya:

(اللَّهُمَّ ارْحَمْنِى وَمُحَمَّدًا ، وَلاَ تَرْحَمْ مَعَنَا أَحَدًا)

“Ya Allah, rahmatilah aku dan juga Muhammad, dan jangan Engkau rahmati bersama kami seorang pun”.

Maka di kala Nabi Muhammad ﷺ memberi salam baginda pun berkata kepada Arab Badwi berkenaan: “Sesungguhnya kamu telah menyempitkan yang luas”, maksud baginda rahmat Allah.

[Riwayat al-Bukhari (6010), Abu Dawud, al-Nasa’i dan al-Tirmizi]

Amat menyedihkan pada hari ini apabila segelintir umat Islam amat mudah melemparkan perkataan syirik kepada saudara Islamnya yang lain hanya kerana tersalah sangka mengenai amalan selawat dan kekurangan ilmu mengenai makna yang terkandung dalam selawat. Sedangkan sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan”.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al-Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, Al-Tabrani dalam Al-Kabir dan Al-Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Asim dalam kitab Al-Sunnah).

Perbanyakanlah berselawat wahai saudaraku sama ada yang lafaznya datang dari Rasulullah ﷺ atau selain Baginda ﷺ, agar terbuka pintu kecintaan dan petunjuk dalam perjalanan menuju Allah. Amin ya Rabb al-‘alamin..

Pautan berkaitan:

  1. Penjelasan mengenai Selawat Syifa’

https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1

  1. Penjelasan mengenai Selawat Tafrijiyyiah/Nariyah/Kamilah

  • Sebuah kajian terperinci dan mendalam mengenai Selawat Tafrijiyah/Nariyah telah dibuat oleh Dr.Alvian Iqbal Zahasfan lepasan Maghribi yang mana beliau telah menjadikan selawat tersebut sebagai penelitian utama untuk menyiapkan tesisnya. Buku tersebut boleh didapati secara atas talian sebagai berikut:

https://shopee.com.my/Book-Of-Shalawat-Nariyah-His-His-And-Its-Dr.-H.-Alvian-Iqbal-Zahasfan-Ssi.-Lc.-Ma.-i.400932681.8225545845

Disediakan oleh: iqbal zain al-jauhari

06/05/2021 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Alasan Yg Digunakan Sebahagian Pihak Untuk Mensyirikkan Isi Kandungan Selawat Tafrijiyyah



1. Mereka kata, selawat ini merupakan rekaan ahli tasawuf, tiada asal di dalam syariat Islam.

2. Kalimah2 yg terdapat di dalam selawat ini menurut mereka tanpa ragu lagi tidak sabit dan tidak sahih daripada Nabi صلى الله عليه وسلم. Isi kandungannya terdapat unsur kesyirikan dan perbuatan ghuluw terhadap Nabi صلى الله عليه وسلم. Mereka kata, tidak sah menisbahkan perbuatan seperti memenuhi hajat seseorang kepada selain Allah.

3. Mereka kata, beramallah dengan kemampuan diri kerana Nabi sendiri tidak berupaya utk membantu anaknya Fatimah.

4. Mereka kata, sesiapa yg buat benda baharu dalam agama, yg tidak disuruh Allah dan Rasul-Nya, adalah bid’ah yg tertolak.

💦💦💦👇🏼👇🏼👇🏼

Kita jawab begini:

1. Tasawuf adalah termasuk dalam ilmu Islam. Pengamalnya juga adalah diiktiraf dalam Islam. Menggubah lafaz selawat, tidak dilarang dalam agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh ahli tasawuf, sebahagian para sahabat pun turut melakukannya. Gubahan selawat itu dilakukan utk bertawasul kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Tawassul tiada larangan dalam agama.

2. Ya, lafaz selawat ini mmg tidak sabit daripada Nabi. Ia merupakan gubahan lafaz daripada alim ulama. Isi kandungannya membicarakan mengenai tawassul kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dalam memohon hajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Yg memakbulkan hajat dan doa adalah Allah سبحانه وتعالى, bukannya makhluk. Justeru, di mana dakwaan yg mengatakan kandungan lafaz selawat ini mengandungi unsur syirik? Dari sudut nahu bahasa Arab pun, perbuatan yg disebutkan dalam selawat tidaklah disandarkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, tetapi disandarkan kepada Allah سبحانه وتعالى. Yg dimaksudkan dalam selawat ialah permohonan hajat kepada Allah سبحانه وتعالى dgn berkat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, mudah2an Allah سبحانه وتعالى segera memakbulkan hajat para hambaNya. Justeru, kesemua perbuatan yg disebutkan disandarkan kepada Allah سبحانه وتعالى.

3. Banyak hadith2 sahih yg menunjukkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم diberi keizinan utk memberi syafaat kepada umat manusia umumnya dan kepada orang2 beriman khususnya. Pemberian syafaat itu adalah anugerah agung daripada Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Justeru, tidak salah umat Islam utk bertawasul dgn berkat Nabi صلى الله عليه وسلم dalam doa mereka.

4. Tidak semestinya benda baharu yg berkaitan agama, termasuklah selawat yg dikarang oleh ulama dikira bid’ah dolalah belaka. Selawat yg dikarang itu, adalah menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah agar umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka juga dibenarkan bertawasul dalam berdoa.

Wallahua’lam

اللهم صلّ صلاة كاملة وسلم سلامًا تامًا على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتُنال به الرغائب وحسن الخواتيم ويُستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك.

Kredit: Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

06/05/2021 Posted by | Aqidah, Ibadah, Tasauf | | Leave a comment

DALIL BOLEHNYA MENGARANG SELAWAT

Seorang Ulama Syam, Syeikh Yusuf bin Isma’il al-Nabhani (rah) menjelaskan dalam kitabnya Sa’adah al-Darayn Fi al-Salat ‘Ala Sayyid al-Kawnayn (ms.370), selawat terbahagi kepada dua:

  1. Selawat Ma’thurat
  2. Selawat Ghayr Ma’thurat

Selawat Ma’thurat

Ia adalah selawat yang terdapat di dalam riwayat hadis Rasulullah ﷺ dengan lafaz yang disebutkan dan diajarkan oleh Baginda sendiri; contohnya selawat Ibrahimiyyah dan selawat Ummiy.

Selawat Ghayr Ma’thurat

Ia adalah selawat yang lafaznya tidak didapati dari sabdaan Rasul namun ia dikarang oleh orang lain selain Baginda ﷺ setelah kewafatannya ﷺ. Selain selawat-selawat yang ma’thur dari hadith Nabi Muhammad ﷺ, terdapat juga selawat-selawat yang lafaznya dikarang oleh selain Baginda ﷺ seperti yang pernah dilakukan oleh Sayyidina Ali (ra), Sayidina ‘Abdullah bin ‘Umar (ra), Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (ra), Sayyidina ‘Abdullah bin Mas’ud (ra) dan lain-lain.

Selain itu, ramai Ulama dan Wali-Wali Allah yang mengarang selawat, antaranya ialah Selawat Fatih, Selawat Shifa’, Selawat al-Tafrijiyyah dan banyak lagi. Hendaklah dimaklumi bahawa setiap lafaz zikir, doa atau selawat adalah harus walaupun tidak ma’thur daripada Nabi Muhammad ﷺ dengan syarat lafaz atau sighah tersebut tidak bercanggah dengan yang ma’thūr (tidak bercanggah dengan syarak). Hal ini telah dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalāniy dalam Fath al-Bārī Sharh Sahīh al-Bukhārī (Maktabah Mālik Fahd, Riyad, 1421H/ 2001M, cet.1, j.2, hlm.335).

Seorang Ulama Tafsir, Imam al-Alusi dalam Tafsirnya menyatakan bahawasanya pelajaran yang dapat diambil dari sekumpulan para Sahabat Nabi dan selepas mereka bahawa kaedah berselawat tidak hanya terhenti kepada nas sahaja, bahkan sesiapa yang Allah rezekikan penguasaan ilmu bayan (cabang ilmu balaghah) yang mampu ia kuasai makna-makna lafaz (tersurat dan tersirat) dalam mengungkapkan kemuliaan dan keagungan Nabi ﷺ, maka ia boleh melakukannya. Mereka berhujjah dengan dengan dalil hadis mauquf (sanad hasan) dari Sayyidina Ibnu Mas’ud, Apabila kamu berselawat kepada Rasulullah saw, maka perelokkan selawat kamu kerana kamu tidak mengetahui boleh jadi ia akan ditunjukkan ke hadapan Nabi Muhammad ﷺ.

Berikut ini adalah selawat-selawat yang dikarang oleh para Sahabat Nabi ﷺ sekaligus menjadi dalil bolehnya mengarang selawat selain dari apa yang diajarkan oleh RasuluLlah ﷺ :

  1. Selawat Sayyidina Ali bin Abi Talib (ra)

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا، شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ.

Terjemahannya:
Ya Allah, Pencipta bumi yang menghampar, Pencipta langit yang tinggi, dan Pemimpin hati yang celaka dan yang bahagia pada ketetapan-Nya, jadikanlah selawat-Mu yang mulia, berkat-Mu yang tidak terbatas dan kasih sayang-Mu yang lembut pada Muhammad hamba dan utusan-Mu, pembuka segala hal yang tertutup, penutup yang terdahulu, penolong agama yang benar dengan kebenaran, dan penakluk bala tentera kebatilan seperti yang dibebankan padanya, sehingga dia bangkit membawa perintah-Mu dengan tunduk kepada-Mu, siap menjalankan redha-Mu, tanpa gentar dalam semangat dan tanpa kelemahan dalam kemahuan, sang penjaga wahyu-Mu, pemelihara janji-Mu, dan pelaksana perintah-Mu sehingga dia nyalakan cahaya kebenaran pada yang mencarinya, jalan-jalan nikmat Allah terus mengalir pada ahlinya, dengan Nabi Muhammad hati yang tersesat memperoleh petunjuk setelah menyelami kekufuran dan kemaksiatan, dia (Muhammad) telah memperindah tanda-tanda yang terang, hukum-hukum yang bercahaya, dan cahaya-cahaya Islam yang menerangi, dialah (Muhammad) orang yang jujur yang dipercayai oleh-Mu dan penyimpan ilmu-Mu yang tersembunyi, saksi-Mu di hari kiamat, utusan-Mu yang membawa nikmat, Rasul-Mu yang membawa rahmat dengan kebenaran.
Ya Allah, luaskanlah syurga-Mu baginya, balaslah dengan kebaikan yang berlipat ganda dari anugerah-Mu baginya, iaitu kelipatan yang mudah dan bersih, dari pahala-Mu yang dapat diraih dan anugerah-Mu yang agung dan tidak pernah terputus .
Ya Allah, berilah dia darjat tertinggi di antara manusia, muliakanlah tempat tinggal dan jamuannya di syurga-Mu, sempurnakanlah cahayanya, balaslah jasanya sebagai utusan-Mu dengan kesaksian yang diterima, ucapan yang diredhai, pemilik ucapan yang lurus, jalan pemisah antara yang benar dan yang batil dan hujah yang kuat.

Keterangan:
Hadis diatas diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur, Ibnu Jarir dalam Tahdhib al-Athar, Ibn Abi Asim, Ya’qub bin Syaibah dalam Akhbar ‘Ali, Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf (29520), At-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Ausath (9089) dan lain-lain. Hadis ini juga dikutip oleh ahli hadis sesudah mereka seperti al-Hafiz al-Qadi Iyad dalam al-Shifa’, al-Hafidz as-Sakhawi dalam Al-Qawl al-Badi’, Ibn Hajar al-Haitami dalam Ad-Durr al-Mandud, al-Hafiz al-Ghummari dalam Itqan as-Shan’ah dan lain-lain.

Menurut al-Hafiz Ibnu Kathir, bacaan selawat ini popular daripada Sayidina Ali bin Abi Thalib (ra). Beberapa hujah yang tidak akan dapat ditolak tentang diperbolehkan mencipta selawat Nabi sendiri adalah selawat Sayidina Ali yang diriwayatkan oleh Salamah al-Kindi yang dinukil dari kitab Al-Syifa’ karya al-Qadi ‘Iyad . Dari Salamah al-Kindi, beliau berkata: “Sayidina Ali bin Abi Talib mengajarkan kami cara berselawat kepada Nabi ﷺ dengan berkata … (selawat seperti di atas).”

  1. Selawat Sayyidina Abdullah bin Mas’ud r.a.

وَعَنِ أَبِنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قاَلَ: اِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاَحْسِنُوْا الصَّلاَةَ عَلَيْهِ فَاِنَّكُمْ لاَتَدْرُوْنَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ فَقَالُوْا لَهُ: فَعَلِّمْنَا, قَالَ: اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُوْلِ الرَّحْمَةِ , الَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا يَغْبِطُهُ بِهِ اْلاَوَّلُوْنَ وَاْلاَخِرُوْنَ.رواه ابن ماجه

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata: “Apabila kalian berselawat kepada Rasulullah ﷺ, maka buatlah karangan selawat yang bagus kepada Baginda, siapa tahu barangkali selawat kalian itu diberitahukan kepada Baginda.” Mereka bertanya: “Ajari kami cara selawat yang bagus kepada baginda.” Beliau menjawab: “Katakan, ya Allah jadikanlah segala selawat, rahmat dan berkat-Mu kepada penghulu para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, iaitu Muhammad hamba dan Rasul-Mu, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah, anugerahilah Baginda maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian”.

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Ibn Majah (906), Abdurrazzaq (3109), Abu Ya’la (5267), at-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir (9/115) dan Ismail al-Qadi dalam Fadl al-Salat (hal. 59). Hadis ini juga disebutkan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Jala’ al-Afham (hal. 36 dan hal 72). Selawat dikarang selepas kewafatan Rasulullah ﷺ.

  1. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar (ra)

Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’ sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah oleh al-Hafiz Ibn Hajar (3332) dan mengisyaratkannya sebagai sahih, dari Thawbah/Thuwayr mawla Bani Hasyim katanya: Aku bertanya Ibn ‘Umar RA: Bagaimana berselawat ke atas Nabi ﷺ? Maka jawab Ibn ‘Umar RA:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَبَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينِ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينِ، وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ، مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، إِمَامِ الْخَيْرِ، وَقَائِدِ الْخَيْرِ، اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Kata Imam al-Busiri: Ia mempunyai sokongan dari hadis Ibn Mas’ud (ra) yang diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Umar, Abu Ya’la dan Ibn Majah dengan isnad yang hasan. Selawat dikarang selepas kewafatan Rasulullah ﷺ.

  1. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (ra) Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, ‘Abd bin Humayd dan Isma’il al-Qadi dalam Fadl al-Salat ‘ala al-Nabi ﷺ dari Sayyidina Ibnu ‘Abbas (ra) beliau mengucapkan:

اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى، وارفع درجته العليا، وأعطه سُؤْلَه في الآخرة والأولى، كما آتيت إبراهيم وموسى، عليهما السلام

Kata Imam Ibn Kathir dalam Tafsirnya: Suatu isnad yang baik, kuat lagi sahih.

  1. Selawat Arab Badwi

Nabi Muhammad ﷺ menegur seorang Arab Badwi yang berdoa dari ilhamnya secara salah, namun Baginda ﷺ hanya menunjukkannya cara yang betul dan tidak melarangnya berdoa dari ilhamnya. Dari Abu Hurayrah RA katanya: Pernah Rasulullah ﷺ berdiri dalam satu solat dan kami juga berdiri bersamanya. Lalu seorang Arab badwi berdoa dalam solatnya:

(اللَّهُمَّ ارْحَمْنِى وَمُحَمَّدًا ، وَلاَ تَرْحَمْ مَعَنَا أَحَدًا)

“Ya Allah, rahmatilah aku dan juga Muhammad, dan jangan Engkau rahmati bersama kami seorang pun”.

Maka di kala Nabi Muhammad ﷺ memberi salam baginda pun berkata kepada Arab Badwi berkenaan: “Sesungguhnya kamu telah menyempitkan yang luas”, maksud baginda rahmat Allah.

[Riwayat al-Bukhari (6010), Abu Dawud, al-Nasa’i dan al-Tirmizi]

Amat menyedihkan pada hari ini apabila segelintir umat Islam amat mudah melemparkan perkataan syirik kepada saudara Islamnya yang lain hanya kerana tersalah sangka mengenai amalan selawat dan kekurangan ilmu mengenai makna yang terkandung dalam selawat. Sedangkan sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan”.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Perbanyakanlah berselawat wahai saudaraku sama ada yang lafaznya datang dari Rasulullah ﷺ atau selain Baginda ﷺ, agar terbuka pintu kecintaan dan petunjuk dalam perjalanan menuju Allah. Amin ya Rabb al-‘alamin..

Pautan berkaitan:

  1. Penjelasan mengenai Selawat Syifa’

https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1

  1. Penjelasan mengenai Selawat Tafrijiyyiah/Nariyah/Kamilah

  • Sebuah kajian terperinci dan mendalam mengenai Selawat Tafrijiyah/Nariyah telah dibuat oleh Dr.Alvian Iqbal Zahasfan lepasan Maghribi yang mana beliau telah menjadikan selawat tersebut sebagai penelitian utama untuk menyiapkan tesisnya. Buku tersebut boleh didapati secara atas talian sebagai berikut:

Disediakan oleh: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari

05/05/2021 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

SELAWAT SYIFA’ ADALAH SYIRIK ? INI JAWAPANNYA

Penganut wahhabi memang amat mudah menghukum kafir dan syirik tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam. Mereka sahaja yang benar dan yang tidak mengikut ajaran mereka yang kononnya berdasarkan al Quran dan hadis pasti akan dituduh syirik, kafir, ahli bid’ah sesat masuk neraka.

Siapakah penganut Wahhabi yang menyatakan amalan ini SYIRIK dan BERCANGGAH AQIDAH ISLAM ?

1. Azwira Aziz – Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi Ajk Fatwa Perlis

2. Masri Ramli – penganut wahhabi di UIAM (pelik bila ada ustazah terkenal pun jadikan penganut wahhabi takfiri ni sebagai rujukan )

3. Asri Zainal Abidin – Muftin Wahhabi Perlis dan memfatwakannya Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Suara al-Sunnah, Bil. 1 April 2007

4. Nawawi Subandi – wahhabi tegar dan merupakan anak murid Rasul Dahri serta rakan Fathul Bari, Fadhlan Othman dalam UMNO.

Siapakah antara Ulamak Islam yang mengamalkan Selawat Syifa’ ?

1. Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili – Ulamak Islam terkenal Syria yang menyusun Tafsir al Munir, kitab feqh terkenal Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu

2. Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al Maliki – Ulamak Makkah al Mukarramah

Selain itu

3. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din diamalkan dan diajarkan kepada perawat Islam Darussyifa’

4. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz – dijadikan wirid setiap pagi Jumaat dan diajarkan kepada umat Islam.

Dan ramai lagi

Antara jawapan dan penjelasan mengenai selawat syifa’ melalui sandaran al Quran, hadis serta berdasarkan ilmu nahu sorof :

1. Dr Khafidz Soroni
https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1

2. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din
http://sabilurrosyad.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-selawat-syifa.html?m=1

3. al-’Allamah Sayyid Muhammad ’Alawi al-Maliki yang disajikan dalam buku wiridnya, Syawariq al-Anwar min Ad’iyah al-Sadah al-Akhyar, hlm. 95.

4. Ustaz Azhar Idrus

Contoh selawat yang disusun oleh para salafussoleh :
https://jomfaham.blogspot.com/2014/01/contoh-selawat-selawat-yang-direka-oleh.html?m=1

Apakah bahayanya ajaran Wahhabi yang mudah mensyirikkan dan mengkafirkan ulamak dan umat Islam ?

Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ”

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

P/S : Lihatlah siapa yang telah disyirikkan oleh wahhabi. Kepada umat Islam berhati-hatilah dan jauhilah ajaran sesat Wahhabi dan yang bercanggah dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seperti syiah, mujassimah, karamiyyah, liberal, anti hadis etc.

Sebar-sebarkan.

30/11/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, wahabi | , | Leave a comment

Selawat Ibrahimiyah

 

    Kenapa Dikhususkan Selawat Kepada Nabi Ibrahim a.s dan Ahli Keluarganya Dalam Solat?

    Dikhususkan selawat kepada Nabi Ibrahim a.s dan ahli keluarganya dalam solat kerana dua sebab:

    Pertama: Kerana beliau berkata kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Mikraj: Sampaikan salamku kepada umatmu, sedangkan para nabi yang lain tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, kita diperintahkan berselawat kepadanya dan ahli keluarganya sebagai balasan atas kebaikan dan kemuliaannya.

    Kedua: Diceritakan, tatkala Nabi Allah Ibrahim a.s selesai membina Baitullah, beliau duduk bersama ahli keluarganya lalu menangis dan berdoa:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ شُيُوخِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالَ أَهْلُ بَيْتِهِ آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang tua umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka ahli keluarganya menyebut: Amin.

    Berkata Nabi Ishaq a.s pula:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ كُهُولِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang yang pertengahan umur umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Kemudian berkata Nabi Ismail a.s:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ شَبَابِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang muda umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Berkata pula Sarah:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ نِسَاءِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan wanita umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Kemudian berkata pula Hajar:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ مُوَالِي أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ النِّسَاءِ وَالرِّجَالِ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan pendokong umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Oleh kerana mereka berbuat demikian maka kita diperintahkan supaya berselawat ke atas mereka sebagai balasan kepada mereka.

     

    Petikan Kitab Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, Dar Fikr, 2000, hlmn 329.

    Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

    16/01/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

    Kenapa “ELERGIK PERDANA” dengan ‘SELAWAT PERDANA”?

    Himpunan muslimin di Putra jaya utk berselawat

    Saya melihat semacam suatu ‘alergik perdana’ kepada mereka yang menegatifkan program-program Selawat Perdana. Mereka yang elergik ini terlajak sehingga menerbitkan kalimah-kalimah takfir, sesat dan bid’ah kepada masyarakat yang mengikuti atau menghadirinya. Saya suka menyorot kembali elergik perdana mereka ini:

    1. Majlis selawat sebegini suatu yang bid’ah sesat masuk neraka sebab Nabi SAW tidak pernah buat. MasyaalLah, mereka masih berpegang secara literal hadis bid’ah walhal telah dijawab oleh banyak ulama mengenai perkara itu. Majlis ini tidak menambah sebarang rukun solat, atau mana-mana ajaran baru di dalam Islam. Bahkan di dalamnya ada peringatan-peringatan dan tausiyyah untuk pesertanya.

    2. Majlis ini syirik kerana mengagungkan Nabi Muhammad SAW? Pengamatan saya, adakah dengan berselawat sebegitu sudah berubah pula penyembahan kepada Nabi SAW? Tidak pula majlis ini menjadikan Nabi SAW kita berubah menjadi orang yang disembah. Tinggal lagi ia memperingatkan kepada kita sepatutnya idola kita ialah manusia yang sempurna ini.

    3. Majlis ini majlis yang sia-sia kerana turut dihadiri oleh mereka-mereka yang juga turut meluluskan konsert-konsert yang mungkar? Pada saya, sepatutnya kita gembira apabila mereka masih melihat majlis-majlis yang baik untuk dihadiri. Sekiranya para habaib itu hanya senyap terhadap perlakuan mungkar pemimpin, adakah dengan senyap menunjukkan mereka bersetuju? Tidak! Sebaliknya mendatangkan program alternatif adalah jawapan kepada program mungkar tersebut. Itu adalah jawapan yang lebih tajam daripada melafazkan kata-kata melarang mereka. Bahkan inilah jalan yang lebih berhikmah.

    4. Program ini membazir kerana jumlah wang yang sedemikian boleh digunakan untuk majlis dakwah yang lain. Pengamatan saya, kenapa saudara tidak melihat ini sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah iaitu memenuhi keperluan hiburan golongan muda. Golongan muda memang sentiasa memerlukan alunan-alunan muzik sebagaimana mereka menjadi pengikut kepada ramai artis yang menerbitkan album secara berterusan. Maka Selawat Perdana yang pelbagai boleh memenuhi keperluan mereka ini. Bahkan perlu diingat, sekiranya Selawat Perdana ini tidak dibuat, kita tidak pasti juga adakah wang ini akan dikhususkan untuk program dakwah yang lain.

    5. Qasidah dan berzanji mengagungkan Nabi Muhammad SAW sehingga syirik? Pengamatan saya, ini suatu konklusi yang buruk. Ungkapan-ungkapan qasidah penuh dengan bunga-bunga bahasa. Maknanya tidak terkeluar daripada makna kemanusiaan dan mengharap syafaat Nabi SAW. Mereka yang tidak tahu seni, memang sukar memahami kelembutan dan alunan bunga-bunga bahasa.

    Semoga kita semua terhindar dengan ketaksuban sesuatu pandangan khususnya aliran yang cepat mengkafirkan dan membid’ahkan umat Islam yang lain.

    Oleh: Us Asmadi Mohamed Naim

    29/06/2014 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

    Kelebihan dan kebesaran Selawat Nabi SAW

    Sudah kah anda Berselawat hari inijpg

    Seorang murid bertanya kepada Syekh Ali Jumah: “Syekh, dalam buku Anda tertulis bahwa membaca shalawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? mohon penjelasannya.” Syekh Ali Jumah menjawab: “Ya, benar. Saya menulis demikian. Bershalawat nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu shalat karena ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riya, kamu tetap akan mendapatkan pahala, karena shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, yaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

    Sumber: PONDOK HABIB

    23/10/2013 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

    Kelebihan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W

    Sudah kah anda Berselawat hari inijpg

    Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

    Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

    Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

    Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

    “Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

    Hukum berselawat

    Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
    1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
    2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
    3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
    4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

    Arahan Membaca Selawat

    Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

    Kelebihan Selawat

    Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

    Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

    Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

    Selawat Paling Afdhal

    Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

    “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

    Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

    Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

    Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

    Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

    Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

    Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

    “Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].

    Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

    Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

    Lafaz Selawat yang sahih

    Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

    Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

    Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

    Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

    1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

    2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
    “Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

    3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

    4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

    5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

    6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

    7. Dari Abu Hurairah RA:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam “Musykil al-Athar” 3/75, An Nasa-i dalam “Amalul Yaum wal Lailah” no 47. Sahih]

    8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
    “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

    Waktu Afdhal Berselawat

    •Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
    •Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
    •Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
    •Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
    •Di akhir qunut dalam solat.
    •Di dalam solat jenazah.
    •Ketika masuk dan keluar dari masjid.
    •Setiap waktu pagi dan petang.
    •Hari Khamis malam Jumaat.
    •Sepanjang hari Jumaat.
    •Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

    Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

    (Sumber: http://www.abuanasmadani.com)

    20/09/2013 Posted by | Ibadah, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

    Selawat antara solat tarawih, adakah Bidaah?

    Jemaah

    Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rihat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyag Saqr :-

    “Selingan yang sama berlaku pada masyarakat Mekah pada masa solat tarawih ialah bertawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan selepas selesai 2 rakaat tarawih, perkara ini yang menjadikan masyarakat Madinah melebihkan bilangan rakaat tarawih keatas 20 sebagai gantian kepada tawaf, dan ini adalah cara sistematik untuk mengetahui berapa bilangan yang mereka solat, disamping akitiviti solat, maka tidaklah ditegah secara mutlak! Ini tidaklah dimasuk dibawah apa yang dinamakan bid’ah., nas-nas umum membuktikannya, disamping tidak ada bangkangan terhadapnya, dan jika ia dinamakan atas nama bid’ah, maka samalah dengan apa yang disebutkan oleh Umar ra : Ini adalah senikmat-nikmat bid’ah, apabila beliau melihat orang Islam bersolat tarawih berjemaah dibelakang Ubay bin Kaab”

    Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawikh, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo’a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi:

    Disana tidak ada nas yang melarang berzikir atau berdo’a atau membaca al-Quran diantara setiap 2 rakaat tarawih atau setiap empat rakaat misalnya, dan ia masuk didalam kategori perintah umum berzikir didalam setiap keadaan. Pada umumnya para salaf tidak melakukannya dan tidak juga menunjukkan ianya dilarang.”

    Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa’

    “Adalah digalakkan duduk diantara setiap 4 rakaat dengan kadarnya, begitulah diantara 5 tarawih dan witir, dan ini diwarisi sejak dari golongan salaf sebagaimana solat Ubay bin Kaab dan para sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Hanifah – dan nama tarawih (rehat-rehat) itu sendiri dibina atas dasar ini – maka yang afdal ialah menunggu, dan tidak ada riwayat para salaf mengenai perkara tertentu yang mereka lakukan, yang dinyatakan semasa menunggu, dan masyarakat setiap negara bebas memilih masa/waktu untuk duduk, dan diantara rehat dilakukan pembacaan al-Quran, dan bertasbih, dan Solat 4 rakat berseorangan, bertahlil, bertakbir atau menunggu dengan berdiam diri dan tidak ada sesuatu perkara khas yang di lakukan.”

    Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :

    “Rasulullah saw apabila selesai memberi salam solat witir, beliau berkata :’Subhana al-Malik al-Quddus'” – [Hadith riwayat al-Nasaa’i]. Didalam riwayat yang lain Rasulullah saw menyebut zikir tersebut sebanyak 3 kali. Imam Ahmad menyebut bahawa Rasulullah saw membacanya secara kuat, didalam musnadnya menyebut :-

    Sesungguhnya baginda membaca didalam witir membaca ayat Sabbihasma rabbikal ‘alaa, Qul Ya Aiyyuhal Kaafirun, dan Qul hu Allahu Ahad, dan apabila selesai salam akan mambaca : ‘Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus’ sambil menguatkan suaranya”

    Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, ada yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, dimasa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keimanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit-jerit tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan. Wallahu ‘Alam…

     

     

    (Rujukan: al-ahkam.net)

     

    17/08/2012 Posted by | Ibadah, Tazkirah | , , | Leave a comment