Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

E Book Agama Percuma dari JAKIM

Bahagian Dakwah, JAKIM shared Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)‘s status update.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)'s photo.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)'s photo.

 

Download Percuma e-book Hukum-hukum dalam al-Quran Jilid 4 & Jilid 5
KLIK :
http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/hukum-hukum-dalam-al-quran-jilid-4
&
http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/hukum-hukum-dalam-al-quran-jilid-5

25 February 2014 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

 

 

Sekian, terima kasih.

’Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA

19 Februari 2014

“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi 

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith 

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat. 

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih. 

iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri. 

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam. 

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.

’Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
19 Februari 2014

19 February 2014 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Hukum Surat & SMS Berantai

Soalan

Apa hukumnya menyebarkan sms ini : " Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam.."

Jawapan :

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’ di dalam surat tersebut. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . Berikut kami paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) , fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Komen saya

Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas’ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan ‘sial’, dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

27 Jun 2007

Bahagian 1: Contoh surat berantai

SURAT DARI ARAB SAUDI

(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)

Assalamualaikum.         

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)

Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

a) Isteri tidak mendengar suami       

b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin 

c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.   

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit.  Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Pesanan Hamba ini         

a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.

b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.

c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan 

d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan     

e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.

f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.   

UNTUK MAKLUMAT         

1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato’ Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.

4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah.  Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak.  Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.  Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam.  Baginya  anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya.  Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya.  Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan.  Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain.  Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

  Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka.  Setelah  kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.

Bahagian 2: Fatwa Dr Yusof Qardhawi

WASIAT PALSU SYEKH AHMAD

Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:

Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa’il khair (pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.Juga berisi macam-macam nasihat.Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah; ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah besar.Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut? Apakah benar atau tidak?

 

JAWABAN:

Memang ramai  orang yang bertanya tentang  wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk memastikan  kebenaran berita yang disampaikan dalam surat  tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat

yang menyedihkan itu telah tersebar luas  di negara-negara umat Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan  pada pendapat  Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat  Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al Qur’an telah mengatakan dengan jelas:

"… boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda: "Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq ‘alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa’ad)

 

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman: "… Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu …" (Al Maa’idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat

musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur’an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang

yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur’an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat  seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam. Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat  yang batil itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui  mimpi; pent.) bahwa Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

———————–

Fatwa-fatwa Kontemporer

Dr. Yusuf Qardhawi

Gema Insani Press

Jln. Kalibata Utara II No. 84 Jakarta 12740

Telp. (021) 7984391-7984392-7988593

Fax. (021) 7984388

ISBN 979-561-276-X

 

Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),

adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan

anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

Sumber :  Ustaz Zainduddin.net

18 January 2014 Posted by | Fatwa, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Cicak Tokay

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

20 December 2013 Posted by | Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati

Permasaalahan ada gajet dalam mayat

Permasaalahan ada gajet dalam tubuh mayat

Fatwa Malaysia

ISU: Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati seperti injap jantung atau “chemo port” untuk pesakit kanser atau pun besi titanium bagi menggantikan tulang, adakah perlu dikeluarkan?

PENJELASAN:

Hukum asal pembedahan mayat adalah tidak diharuskan, kerana syarak mengiktiraf kehormatan seseorang Muslim sama ada ketika hidup ataupun selepas mati. Ini dinaskan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis:

Maksudnya: “Mematahkan tulang seseorang yang telah mati (dosanya) adalah seumpama mematahkan tulangnya semasa hidup”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2/1035, no: 3694; Ibn Majah, 1/516, no: 1616).

Berdasarkan hadis tersebut, pembedahan mayat tidak dibenarkan dalam Islam kecuali terdapat keperluan yang sangat kuat, atau maslahat yang lebih besar. Ini juga telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984, yang antara lain memutuskan:

“… bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup”.

Justeru, adalah tidak diharuskan untuk melakukan pembedahan mayat bagi mengeluarkan apa-apa peralatan daripada badannya, kecuali jika terdapat keperluan yang sangat mendesak atau maslahat yang lebih kuat.

Wallahu A’lam.

5 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Bulan Muharram bukan Bulan Nabi berhijrah

 

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

 Nasir, Kuantan.

 

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

 

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

 

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

 

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

 

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

 

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

 

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

 

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

 

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

 

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

 

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

 

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

 

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

 

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Sumber: Dr Maza

3 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Tulang ekor manusia yang di panggil ‘ajabu dzanbi’ kekal dan tidak hancur sampai kiamat

http://www.kuburakhirat.com/wp-content/uploads/2013/03/109f7310.jpg

Satu masa manusia akan tumbuh dari ‘Ajabu dzanbi (tulang ekor)

Manusia yang berada dalam dunia ini dilahirkan dari rahim seorang ibu, melainkan nabi Adam a.s. Kemudian, kesemuanya dimatikan dan yang tinggal hanyalah dunia yang bersifat fana ini.

Semua kembali kepada tanah melainkan ‘ajabu dzanbi. ‘Ajabu dzanbi merupakan tulang yang berada di bahagian hujung tulang belakang. Kita di nusantara lebih mengenalinya sebagai “tongkeng”. Tulang inilah yang akan terus kekal walaupun keseluruhan jasad kita sudah hancur lebur. Seperti kita lihat para pencari artifak bila mana mereka menjumpai rangka-rangka manusia, ‘ajabu dzanbi sahaja yang kekal dan tidak hancur sekali walaupun manusia itu ditanam ratusan tahun lamanya.

Para saintis membuat kajian dengan meleburkan tulang tersebut dalam ketuhar yang berkepanasan tinggi yang mana tahap kepanasan tu mampu meleburkan logam dan batu. Tapi ‘ajabu dzanbi tidak juga dapat dileburkan.

Bila kita memikirkan tentang keajaiban ni, maka keajaiban ni memang benarlah dengan sabda nabi SAW yang mana disebutkan dalam hadis riwayat al-Bukhari yang riwayatkan oleh Abu Hurairah r.anhu, beliau berkata:

Rasulullah SAW bersabda: “Jarak antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40.” Ibnu Abbas bertanya, “40 hari?” beliau menjawab: “Tidak.” Ia bertanya lagi, “40 bulan?” beliau menjawab: “Tidak.” Ia bertanya lagi, “40 tahun?” Beliau menjawab: “Tidak.” Beliau kemudian bersabda: “Setelah itu, Allah menurunkan air dari langit, maka mereka pun hidup kembali sebagaimana tumbuhnya sayur-sayuran. Tidak ada tersisa seorang pun kecuali ia akan binasa, kecuali satu tulang yakni tulang ekor (‘ajabu dzanbi). Dari tulang itulah, manusia dibangkitkan kembali pada hari kiamat.”

Penulis: Fadzleen as-Sandakani
[https://www.facebook.com/ilmuwahyu]

31 October 2013 Posted by | Informasi | | Leave a comment

Jakim seru umat Islam Malaysia tolak tuntutan NGO di Geneva

Jakim-150x150
Umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu untuk menolak tuntutan yang akan dikemukakan oleh gabungan 54 NGO kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland yang akan membuat semakan berkala rekod hak asasi manusia negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu minggu depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah Jumaat yang diedar hari ini mempersoalkan kewajaran tuntutan berkenaan yang dilihat cuba menghancurkan keharmonian masyarakat dan menggugat kedudukan agama Islam seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara tuntutan itu termasuk hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta dakwaan diskriminasi ke atas wanita Islam dalam peruntukan tertentu undang-undang keluarga Islam.

Laporan oleh gabungan NGO itu juga menyentuh dakwaan diskriminasi terhadap pengikut syiah serta bantahan pengharaman bahan penerbitan yang menyalahi hukum syarak.

“Persoalannya timbul di sini apakah tujuan gabungan NGO tersebut membuat pelbagai aduan dan tuntutan sedemikian di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva?,” kata teks khutbah berkenaan.

Teks khutbah bertajuk Menangani Konsep Kebebasan itu dikeluarkan di laman web Jakim.

Khutbah itu menarik perhatian bahawa NGO berkenaan membuat tuntutan itu untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan amalan kebebasan secara mutlak dengan berselindung di sebalik apa yang didakwa sebagai hak asasi manusia.

Khutbah itu menegaskan adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap perkara tersebut kerana ia melibatkan identiti dan maruah umat Islam.

“Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar menolak segala tuntutan ini.

“Jangan kita terlibat dengan budaya kebebasan yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan,” kata khutbah itu lagi.

Jakim turut berpendapat tuntutan itu digerakkan “secara halus” oleh “musuh-musuh Islam atau umat Islam yang telah diperkudakan oleh musuh Islam”.

Ia juga berpendapat gejala negatif yang dipertahankan oleh tuntutan NGO itu berlaku kesan propaganda fahaman pluralisme agama yang semakin hari semakin berkembang di negara ini.

Untuk itu, khutbah berkenaan mengingatkan bahawa dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak kerana setiap tindak tanduk manusia “dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah”.

Khutbah itu juga menggesa pihak berkuasa menangani kumpulan NGO itu yang didakwa “sengaja mengada-adakan cerita” untuk menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Selain tindakan undang-undang, Jakim mencadangkan NGO itu disiasat bagi memastikan tidak mendapat pembiayaan daripada pihak luar bagi mencemarkan nama baik dan kedaulatan negara.

Dalam pada itu, khutbah berkenaan yakin Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva rasional dan tidak akan terpengaruh dengan laporan negatif NGO berkenaan terhadap kerajaan.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 18, 2013 14:20 (MYT)

Sumber::http://www.astroawani.com/news/show/jakim-seru-umat-islam-malaysia-tolak-tuntutan-ngo-di-geneva-24091?cp

19 October 2013 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | | Leave a comment

Telaga Sahabat Nabi SAW di China

Telaga ini dibina oleh sahabat Rasulullah Saad Bin Abi Waqqas, antara 10 orang yg dijamin syurga. Terletak di masjid Huai Sheng, GuangZhao China. Maqam Saad Abi Waqqas r.a terletak sebelah/berdekatan telaga ini.Beliau adalah penyebar Islam di Negara China..[Kiriman:Haniff Abu Talib]

20 July 2013 Posted by | Foto Story, Informasi | | Leave a comment

Peninggalan atsar atsar Peribadi Rasulullah SAW

Baginda S.A.W banyak meninggalkan atsar-atsar peribadi seperti pakaian, perkakas rumah dan lain-lain. Ahli sejarah Islam ada yang menghitung dan mengira jumlah atsar-atsar peninggalan Baginda S.A.W. Bahkan ada yang menyebut nama-namanya sekali, seperti serban Baginda S.A.W “As sahab” ,Gunting Baginda S.A.W “Al Jamek”, Tongkat kecil Baginda S.A.W “Al Mamsyuq”, tempayan Baginda S.A.W “An-Nasi`ah”, dan pedang Baginda S.A.W “Zulfakar”. Kesan-kesan peninggalan Baginda S.A.W ini telah disimpan secara turun temurun oleh ahli kerabat Baginda S.A.W dan juga Para Sahabat yang mewarisinya.

Temasuklah yang memiliki bagi menjaga kesan-kesan tersebut dengan penuh kehormatan adalah Para Kalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah. Pemerintah kerajaan Abbassiyyah telah menjadikannya sebagai salah satu daripada Lambang kenegaraan, iaitu dengan meletakkan “Al Burdah” Baginda S.A.W di bahu dan tongkat “Al Qadhib” di pegang ditangan. Ini dilakukan oleh khalifah-khalifah tersebut samaada mereka duduk atau berdiri. Selain daripda khalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah, orang ramai juga ada yang memiliki atsar peninggalan Baginda S.A.W dan kesan-kesan yang mulia tersebut berpindah daripada satu generasi kepada satu generasi seperti yang terdapat Turki, Pakistan, India dan Mesir. Kewujudan Atsar Baginda S.A.W seperti pakaian, serban dan rambut yang berada ditangan-tangan orang tertentu dipelbagai tempat itu adalah tidak menghairankan, kerana setiap satu dari jenis atsar tersebut banyak jumlahnya. Misalnya rambut Baginda S.A.W, setelah dicukur, Baginda S.A.W memerintahkan Abu Thalhah supaya membahagi-bahagikan kepada orang ramai. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rambut Baginda S.A.W boleh saja terdapat dikalangan orang ramai, dan setiap daripada mereka sudah tentu akan memelihara dengan baik bahkan mewariskannya kepada anak cucu atau menghadiahkannya kepada orang lain. Bagi tujuan menghormati, bertabaruk dengan kesan yang mulia ini, pihak berkuasa di Negeri Islam , ada yang mengambil inisatif dengan menghimpun dan meletakkannya di dalam bangunan yang tertentu. Misalnya pemerintah negeri Panjab (Pakistan) telah menghimpun dan menempatkannya di bangunan Badshahhi, Lahore . Pemerintah Mesir pula menghimpun dan meletakkannya pula di dalam bangunan Masjid Al-Husain, setelah atsar yang mulia ini berpindah daripada bangunan yang diperuntukkan baginya termasuklah sebuah bangunan khas yang dibangunkan oleh Sultan Al Ghawri, sebelum berada ditempatnya sekarang iaitu Masjid Al -Husain.

Ali Mubarak menceritakan mengenai perkara ini seperti berikut: “Sultan Ghawri telah menitahkan supaya dibangunankan sebuah Kubah besar bertentangan dengan sekolah yang dibinakannya dipasar Al Jammalin dan Al Khasybiah yang ditandatangani oleh Putera Bek Khazandar dan Nazir Al Hisab nya.Kubah (dom) ini amat besar ,unik dan cantik .Baginya terdapat pegawai khas yang dilantik oleh Sultan untuk menguruskan nya dengan gaji sebagai menghormati kewujudan Mushaf Uthmani ,atsar-atsar Nabawi dan Mushaf-mushaf lain yang ada didalamnya”.5

Atsar-atsar yang ada diMesir itu tersimpan dalam Kubah Al Gawri selama lebih daripada tiga abad ,iaitu sehingga tahun 1275H . Pada tahun 1275 H dipindahkan ke Masjid Zainab ,dan dari Masjid Zainab dipindahkan ke bangunan Qal’ah dalam satu upacara besar-besaran sehingga tahun 1304 H . Dari bangunan ini dipindahkan lagi kebangunan Al Awqaf pada tahun 1304 H, kemudian ke bangunan ‘Abidin dan dipindahkan kemudiannya ke tempatnya sekarang di Masjid Al Husain .

Muhammad Al Bablawi ,seorang ahli sejarah Mesir menggambarkan peristiwa pada saat atsar-atsar tersebut dipindahkan ketempatnya sekarang (Masjid Al Husain), bagaimana sambutan dan penghormatan umat Islam yang sungguh luar biasa.

“Apabila turun titah Al Marhum Taufiq Basya agar atsar-atsar Nabi dipindahkan ke Masjid Al Husain , lalu disiapkan almari besar disebelah Timur dinding masjid arah kiblat. Apabila almari besar tersebut siap, Baginda S.A.W mengarahkan supaya dibuat aturcara perarakan besar-besaran yang akan diikuti oleh orang-orang kenamaan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan .

Perarakan membawa atsar-atsar Nabi S.A.W ini berlaku pada hari khamis 25 jamadil awwal 1305 ,bermula dari bangunan ‘Abidin sehingga ke Masjid Al Husain. Perarakkan besar yang belum pernah berlaku sepertinya di bumi Mesir”.6 Disebutkan pada hari perarakan itu orang-ramai daripada segenap peringkat , awal-awal pagi lagi sudah datang berpusu-pusu memenuhi jalan-jalan yang akan dilalui oleh pembawa-pembawa atsar tersebut. Bagi yang tidak berupaya untuk sama-sama berararak akan membuka jendela-jendela rumah untuk menyaksikan perarakkan. Para pembesar negara yang turut mengiringi perarakkan atsar –atsar tersebut termasuklah Mukhtar Basya, Husain Kamil, Mahmud Basya, Mansur Basya, Nawbar Basya, Konsul Negara Iran, Para Ulamak dan orang-orang kenamaan ,Ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Apabila perarakkan sampai di medan ‘Abidin atsar-atsar tersebut disambut oleh pasukan perarakan yang dianggotai pasukan bersenjata berkuda. Ketika inilah tembakan meriam dari pasukan Qal’ah dilepaskan .

Selepas itu terus diarak ke Masjid Al Husain. Jumlah kehadiran diperarakan tersebut dicatitkan lebih dari tiga puloh ribu orang.Mereka melakukan ini adalah sebagai menghormati serta mengambil tabarruk daripadanya.7 Begitulah penghormatan yang berlaku, sehingga kini masih terdapat pengunjung-pengunjung bertumpu ke Masjid Al Husain di Kaherah setiap hari terutamanya dimusim perayaan seperti Maulid Sayyidina Husain R.Anhu .

Diceritakan ,didalam masjid Al Husain , selain menyimpan atsar-atsar Nabi S.A.W, sehelai pakaian Baginda S.A.W, Mikhallah (tempat dan alat bercelak) , sebatang tongkat pendek dan dua helai janggut Baginda S.A.W, turut juga tersimpan atsar Sayyidina Uthman bin ‘Affan dan Sayyidina Ali R.Anhuma, iaitu Mushaf Uthman dan Mushaf Ali yang ditulis dengan khat Khufi.

[Oleh:Haniff Abu Talib]

18 July 2013 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Kenali hadis palsu menerusi matan


Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.

Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.

Mengkritik Matan

Pembaca internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.

Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi adalah sesuatu yang bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.

Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna internet hari ini, kerana ia sekurang-kurang dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.

Ibn Qayyim

Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.

Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Lojik

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)

Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)

Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)

Gambar Hiasan

Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.

Canggah Sumber Sahih

Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)

Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)

Pelik

Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)

Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).

Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.

Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

 

[Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin ]
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

15 July 2013 Posted by | Bicara Ulama, Informasi | | 1 Comment

Anda pengemar Sushi dan Sake?

 

Kita di fahamkan bahawa Sushi adalah sejenis makanan Jepun yang bersumber dari hasilan laut .Tetapi satu perkara yang mungkin ramai umat Islam tidak tahu ialah di antara bahan yang perlu untuk membuat nya ialah sejenis arak tradisional masyarakat Jepun yang di panggil Sake.

Maka dalam Islam boleh lah kita kategorikan Sushi sebagai makanan yang SUBHAH.Mungkin ianya halal dan mungkin haram.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “….sesiapa menjaga dirinya daripada segala yang subhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.Dan sesiapa terjatuh dalam perkara subhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka di khuatiri binatang binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu.Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehnya.” (HR Bukhari & Muslim).

Justeru, bagi peminat jika ingin juga makan Sushi carilah restoran yang ada sijil HALAL JAKIM supaya dengan itu bukan sahaja kita dapat menjamah makanan kegemaran kita itu.Lebih jauh daripada itu kita dapat mengelakkan dari memakan makanan yang subhah atau haram.

4 July 2013 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Kalimat “AMIN”

Dalam Kitab al-Qaulu Tam fi Ahkam al- Makmum wal-Imam karangan Ibnu Imad menyebut bahawasanya bagi kalimat “AMIIN” selepas al Fatihah ada beberapa makna, di antaranya:-

  1. Ya Allah, perkenankan doa kami!
  2. Jangan lah Engkau hampakan kami
  3. Kami datang kepada Mu kerana tujuan berdoa kepada Mu, dan kami berharap kepada Mu janganlah hampakan harapan kami.
  4. Satu nama daripada nama nama Allah kerana apabila seseorang yang bersolat berkata  “Amin”  maka seolah olah dia berkata, “Ya Allah kurniakanlah hidayah kepada kami!”
  5. Materi (pengikat) bagi doa dan dicapkan diatasnya seperti mana dicapkan diatas sesuatu supaya memeliharanya.Seolah olah orang yang berdoa itu mengecapkan doanya dengan cap “AMIN” supaya terpelihara amalannya daripada syaitan.
  6. Satu perbendaharaan yang dikurniakan kepada orang yang mengucapkannya.
  7. Satu isim (nama) yang diminta turun bersamanya Rahmat.

[Sumber: Q & A Bil 08 Okt 2012]

4 July 2013 Posted by | Informasi | Leave a comment

Pendakwah hebat Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait tlh Islamkan berjuta orang

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait, 29 tahun menyebarkan Islam di Afrika, mengislamkan 11 juta orang, membina lebih 5000 buah masjid, 860 buah sekolah, 124 buah Hospital, mencetak 6 juta mushaf dan lain-lain.
Semoga Allah qabulkan semua amalan baiknya, dan diganjari dengan pahala yang besar…

[Kredit: Dr Abu Anas Madani]

11 June 2013 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi | | Leave a comment

Hukum Syariah dan bahan kimia dalam makanan

 ISLAM adalah agama yang sangat menitikberatkan soal makanan dan penggunaan barangan lain yang boleh memudaratkan kesejahteraan hidup umatnya.

  

Justeru itu, umat Islam perlu peka terhadap perkembangan maklumat mengenai makanan dan barangan yang mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Pelbagai penyelewangan berlaku di pasaran.Penyelewangan itu bukan sahaja merangkumi amalan perniagaan yang tidak beretika malah membabitkan penggunaan bahan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, samada di dalam makanan mahupun barangan keperluan harian.Bahan bahan kimia dalam makanan dan yang tersebar di alam sekitar bertanggungjawab terhadap peningkatan kes kes kanser dan penyakit kronik yang lain.


                

Tabiat pemakanan kita telah berubah secara mendadak di sebabkan diet tradisional kita semakin terpinggir berikutan saingan daripada makanan segera, makanan yang di proses, makanan siap yang boleh dibawa pulang atau kekerapan makan luar. Akibatnya, pengguna memakan semakin banyak lemak, gula dan penambah bahan kimia.

 

 

Akibat memakan diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam, timbul lah pelbagai penyakit yang di kaitkan dengan makanan saperti kencing manis dan hipertensi.Obes atau Kegemukan juga bertambah dengan mendadak di kalangan rakyat Malaysia

.

 

Dari segi keselamatan makanan, undang undang yang terdapat di Malaysia iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya.


CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menjalankan uji dan kaji selama bertahun tahun dan keputusan kajian telah mendedahkan pelbagai perkara  yang memeranjatkan. Misalnya penemuan sejumlah besar bakteria kebal dan kuman penyebab penyakit dalam makanan yang di uji.Selain itu, plumbum dan bahan logamtoksik, asid borik, formaldehid, asid benzoik, perwarna industri yang di haramkan, racun makhluk perosak, pemplastik dan bahan berbahaya lain dalam makanan.Keadaan ini menunjukkan betapa seriusnya pencemaran makanan berlaku di negara kita.

 

Dalam usaha menghasilkan paling banyak daging bagi meraih keuntungan lumayan, binatang ternakan saperti lembu dan ayam di paksa makan, disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, diberi perangsang selera, antibiotik,sedatif dan makanan yang bercampur bahan kimia. Kebanyakan bahan itu didapati boleh menyebabkan kanser malah banyak ternakan mati selepas diberikan ubat ubatan itu sebelum sempat di bawa ke pusat sembelihan.

 

Berjuta juta pengguna kini menanggung risiko dalam menjalani kehidupan moden melalui makanan yang di makan. Mereka terdedah kepada risiko menghidap pelbagai jangkitan dan penyakit kronik.

 

Malangnya Akta dan Undang Undang yang ada tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya disebabkan kekurangan penguatkuasaan.Kebenaran memang pahit untuk di telan.

 

Jika kita adalah apa yang kita makan dan jika tabiat pemakanan yang buruk dibentuk sejak peringkat awal kehidupan, maka ramai di antara kita akan menghadapi kesulitan.


Nota:

Mesyuarat Jawatan Kuasa Syariah negeri Perak dalam satu mesyuarat pada tahun 2002 memberi pendapat berikut:-

“Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa tiada Fatwa yang telah di buat khusus mengenai bahan bahan kimia yang terdapat dalam makanan, namun apabila diyakini bahwa bahan itu memudaratkan maka hukumnya  adalah haram berdsarkan ayat 195, Sural Al baqarah yang bermaksud”Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dalam kebinasaan.”

 

Sumber: CAP

11 June 2013 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Cara melupuskan Al Quran Lama dan Kalimah kalimah

Mushhaf atau kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an tidak boleh dikoyak atau dicarik-carik, kerana cara itu bererti memutuskan huruf-huruf dan kalimatnya dan mempersia-siakan apa yang termaktub itu.

Jika mushhaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an itu tidak boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya ialah dengan membasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar atau menanamnya

Sebahagian ulama berpendapat membakarnya adalah lebih utama kerana Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan pernah membakar mushhaf-mushhaf tertentu dan tidak ada sahabat yang membantahnya.

Setengah ulama mutakhir berpendapat bahawa cara membakar itu adalah cara yang paling ringan dilakukan. Disertakan dengan niat yang baik, maka cara ini dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga kesucian dan kemuliaan al-Qur’an,bukan merendahkan apa lagi menghinanya dan tidak mendedahkannya kepada pencemaran dan penghinaan. (Ahsan al-Kalâm: 2/210)

Mengenai dengan tempat pemusnahan atau pembakarannya itu, bolehlah ditentukan sendiri dimana-mana yang difikirkan sesuai.

Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

 

Bagi melupuskan al-Qur’an lama dan kalimah Allah, pihak Percetakan al-Quran KDN telah menyediakan kaedah seperti berikut:

1.Dibakar kemudian abunya dihanyutkan ke dalam air sungai  @ laut yang mengalir deras.

2.Dibakar kemudian abunya ditanam ke dalam tanah.

3.Ditanam  pada tempat  tinggi yang tidak dilalui oleh orang ramai

4.Dihantar ke Bahagian Percetakan Al-Quran  di KDN sama ada di Putrajaya atau cawangan di negeri-negeri  untuk tujuan pelupusan.

5.Menghantar di pusat pelupusan al-Quran dan buku-buku agama di batu 10 jalan Ceras Kajang untuk pelupusan.

Panel nasihatkan agar anda ikut seperti yang dicadangkan demi kebaikan anda dan orang ramai. Wallahu  a’lam.

(Sumber: JAKIM)

13 January 2013 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Program pembangunan Islam di Malaysia

malaysia-negara-islam-180x180

PENDAHULUAN

Pembangunan adalah merujuk kepada perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik, peningkatan kualiti hidup dan pembaharuan dalam kemajuan hidup.

Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini tidak lain kerana pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terserlah apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa menyekat kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas mana-mana kaum di negara ini.

Negara ini sedang berusaha gigih ke arah mengujudkan sebuah masyarakat maju beridentitikan nilai-nilai Islam. Ini berasaskan kepada kesedaran betapa pembangunan fizikal atau material tanpa disertai dengan pembangunan rohani lambat laun akan menjerumuskan negara ke jurang kehancuran lantaran sikap negatif dan salah laku masyarakatnya. Dalam ertikata lain, rakyat di negara ini akan diacu mengikut acuan Islam dan nilai-nilai murni sejagat serta pembangunan yang akan ditempa nanti tidak akan terpisah dari dasar-dasar yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah. Pendek kata, pembangunan fizikal dan ekonomi dalam menempuh alaf baru adalah seiringan dengan pembangunan rohani dan spiritual rakyat dan pemimpinnya.

BENTUK PEMBANGUNAN ISLAM

Pembangunan yang memberi perubahan satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik merupakan satu keperluan yang dicari-cari oleh manusia. Namun demikian pembangunan yang dicari dan ingin digerakkan semestinya tidak boleh bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t. dalam Surah As-Sajdah ayat 7-9 bermaksud:

‘Dan Allah memulakan kejadian manusia daripada tanah kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani), kemudian dia menyempurnakan kejadian manusia itu lalu meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya’.

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia dijadikan dari dua unsur iaitu jasad dan roh maka dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan kehidupan manusia hendaklah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek jasmani (fizikal) dan aspek rohani (spiritual) iaitu bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kedua-dua aspek pembangunan tersebut hendaklah seiring dan seimbang tanpa melebihkan atau mengurangkan salah satu daripadanya.

Pembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunan aspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal, peralatan, kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya.

Manakala pembangunan dari aspek rohani pula merangkumi pembangunan mental, jiwa, sikap dan emosi dalam diri manusia itu sendiri. Pembangunan mental bermaksud mengisinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada diri, manusia dan alam seluruhnya. Pembangunan jiwa pula bermaksud menanamkan rasa keimanan kepada Allah Tuhan Yang Esa, malaikat, para rasul, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha’ dan qadar.

Pembangunan sikap bermaksud mengasuh diri manusia sikap-sikap positif dan membina serta mengikis sikap yang negatif. Manakala pembangunan emosi pula bermaksud menjadikan manusia sebagai seorang yang matang dan mampu mengawal diri berasaskan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi satu-satu kejadian atau peristiwa.

FALSAFAH PEMBANGUNAN ISLAM

Maksud falsafah dalam konteks pembangunan di sini ialah pendorong, cara dan halatuju satu-satu pembangunan itu dilakukan. Falsafah pembangunan Islam didirikan atas asas yang penting iaitu tauhid, rububiah (ketuhanan), khalifah dan al-Falah (kejayaan).

Tauhid

Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.

Rububiah (Ketuhanan)

Rububiah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.

Khalifah

Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat: ‘Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah’.

(Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu agen utama pembangunan muka bumi.

Al-Falah (Kejayaan)

Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:

‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia’.

(Al-Qasas: 77)

Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.

MATLAMAT PEMBANGUNAN ISLAM

Matlamat atau objektif pembangunan Islam adalah seperti berikut:

Pembangunan Sumber Manusia

Manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini. Berjaya atau tidak pembangunan di dunia adalah bergantung kepada manusia. Oleh kerana itu, pembangunan sumber manusia menjadi fokus utama pembangunan Islam. Sumber manusia menjadi penentu dan kayu ukur kepada keupayaan satu-satu pembangunan yang dibina.

Dengan itu maka pembangunan Islam mesti menyediakan tenaga manusia dan barisan pelapis yang mencukupi untuk melaksanakan pembangunan yang cemerlang. Oleh sebab itulah maka dalam pembangunan Islam apa yang paling terserlah sekali ialah sistem latihan dan strategi penyediaan keupayaan manusia yang tersusun dan terancang dari aspek rohani dan jasmani.

Peningkatan Kualiti Hidup

Objektif pembangunan Islam yang seterusnya ialah meningkatkan kualiti hidup manusia yang mencakupi pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti diri dari segi moral, akhlak dan sikap serta peningkatan kualiti keperluan hidup seperti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Peningkatan kualiti hidup masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara datangnya dari usaha setiap pihak iaitu bermula dari individu, keluarga dan masyarakat sehinggalah kepada pihak berkuasa yang memerintah.

Memanfaatkan Pengeluaran Yang Berguna

Memaksimumkan pengembangan pengeluaran yang bermanfaat merupakan objektif pembangunan Islam yang penting. Ini selaras dengan fimran Allah yang menjelaskan bahawa seluruh kejadian yang terdapat di alam ini adalah untuk dipergunakan dan untuk kemudahan manusia menjalani kehidupan. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan Dialah yang menjadikan bagi kamu seluruh kejadian di bumi ini’.

(Al-Baqarah: 29)

Pengeluaran yang bermanfaat sama ada hasil galian, hasil tanaman atau hasil industri merupakan salah satu ciri keistimewaan bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi satu tuntutan Islam. Pembangunan yang mensia-siakan aset pengeluaran negara atau dibolot dan dieksploitasi oleh kuasa asing adalah lari dari matlamat pembangunan Islam.

ISLAM DAN PEMBANGUNAN

Islam tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan asalkan cara pembangunan itu dicapai, diurus, ditadbir dan dimanfaatkan adalah tidak melampaui batas-batas hukum yang dibenarkan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui’.

(Al-Baqarah: 188)

Umat Islam perlu mencapai kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek dengan niat untuk memperlihatkan keceriaan ummah dari segi fizikal, kerohanian, kesatuan, keselamatan, kebebasan, keterbukaan, ketenteraman, kebijaksanaan, kesihatan dan perpaduan.

Dengan demikian akan terbukti betapa Islam adalah satu-satunya panduan hidup yang mampu memberi dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Akan tertolaklah tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam kononnya Islam adalah agama yang menolak kemajuan dan hanya sesuai untuk mereka yang berputus asa dan bebal sahaja.

Dalam pada itu, Islam tidak mahu pembangunan dan kemajuan yang palsu yang dibina atas asas yang rapuh iaitu kerakusan mengaut kekayaan peribadi, menindas, mengugut, rasuah, menipu, tamakkan kuasa atau mencetuskan permusuhan di kalangan rakyat.

Islam telah menggariskan sifat-sifat, keperibadian, budaya, imej dan sistem nilai yang perlu disemai, diamal dan dihayati oleh semua agen-agen pembangunan sama ada dalam merancang, menilai atau meluluskan satu-satu projek yang hendak dilaksanakan dalam sesebuah negara. Mereka semua tidak sewajarnya mengutamakan aspek material dan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan manusia dan makhluk seluruhnya. Ini penting bagi mengelakkan sebarang pembaziran, kecelakaan, pencemaran udara dan air serta pengondolan gunung dan pencerobohan hutan.

Pembangunan sewajarnya mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua dan tidak pula menimbulkan apa-apa kerosakan, kerugian dan kebinasaan kepada mana-mana makhluk baik di daratan, lautan dan udara. Allah s.w.t. telah memberi ingatan kepada manusia bahawa apa jua kerosakan di muka bumi adalah angkara dari perilaku manusia itu sendiri di mana Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada rukun sebab dan musabab yang mencetuskan natijah tersebut. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)’.

(Surah Ar-Rum : 41)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

‘Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri’.

(An-Nisaa’: 79)

Oleh itu, apa jua bentuk pembangunan seperti bangunan, peralatan, jentera, alat komunikasi, pengangkutan dan kenderaan yang dicipta hendaklah tidak menimbulkan kesan sampingan yang lebih mendatangkan bahaya daripada faedah kepada manusia dan makhluk yang lain. Dengan erti kata lain, ianya tidak ‘mesra’ alam. Di dalam kaedah Islam sekiranya sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan itu jelas akan mencetuskan banyak keburukan dari kebaikannya maka rancangan tersebut perlulah dibatalkan.

Dalam pada itu, Islam memberikan jalan keluar dari kesempitan terutama pada saat yang kritis sehingga tidak diwajibkan menjalankan kewajipan yang telah ditetapkan dan diperbolehkan melanggar sesuatu ketentuan agama dalam keadaan kesempitan itu. Hal ini dijelaskan di dalam kaedah usul fiqh: ‘Keadaan darurat itu membolehkan yang diharamkan’. Ini kerana terkadang manusia tidak dapat melaksanakan apa yang diperintahkan Islam dalam keadaan sempit (darurat) kerana jika dikerjakan juga akan terjadilah suatu kemaksiatan yang lebih besar lagi.

Kelonggaran (rukhsah) dalam Islam ini membuka jalan kepada mencapai tingkat pembangunan, kesempurnaan dan kecemerlangan sesuai dengan kemampuan dan fitrah manusia itu sendiri dipelbagai zaman, masa dan di sebarang tempat.

Pembangunan Islam Di Malaysia

Pembangunan Islam di Malaysia kini jelas terbukti jika dibandingkan perkembangannya sekarang dengan kedudukan Islam pada zaman awal pertumbuhannya di Nusantara iaitu abad kedua belas yang lampau dan kedudukannya di awal kemerdekaan negara. Islam bukan sahaja telah mendapat tempat dalam dasar pentadbiran negara malahan semua arah tuju dasar negara dan proses pembangunannya secara beransur-ansur dipandu ke arah sasaran yang bertaut dengan nilai-nilai Islam sejagat. Apa yang lebih menariknya, kebanyakan dasar, strategi dan pelaksanaan pembangunannya tidak semua dilabelkan dengan perkataan ‘Islam’ tetapi maksud dan terasnya adalah berasaskan ajaran Islam berpandukan al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak Ulama’.

Islam Sebagai Agama Rasmi Negara

Perlembagaan negara telah menerima Islam sebagai agama rasmi negara manakala penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka selama mana mereka tidak menggugat dan meracuni akidah umat Islam di negara ini. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Oleh kerana perkataan ‘Islam’ dan bukan ‘ugama Islam’ yang digunakan di Perkara 3 maka bolehlah dihujahkan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Perkara 11(1) Perlembagaan memperuntukkan ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Peruntukan ini jelas memberi hak orang-orang Islam menganut dan mengamalkan ajaran Islam iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.

Fasal (4) menjamin dan memelihara akidah umat Islam daripada digugat oleh dakyah-dakyah agama lain di mana ia menyebutkan bahawa undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama terhadap orang-orang Islam.

Demikianlah betapa Islam mendapat kedudukan yang tertinggi di negara ini sebagai agama Persekutuan dan akidah umat Islam dipelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan dan undang-undang dari terjebak kepada dakyah agama-agama lain.

Penggubal Dasar Bagi Hal Ehwal Islam

Atas kesedaran yang tinggi kepada perlunya satu badan bagi menggubal dasar dan menyelaras pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia maka Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober, 1968. Seterusnya Kerajaan menubuhkan Urusetia kepada MKI ini iaitu Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri kemudian ditukar nama kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) dan kini setelah dinaikkan taraf dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada 1 Januari, 1997.

Selain menjadi urusetia kepada MKI, JAKIM juga diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi Urusetia kepada badan-badan penyelaras membuat dasar mengenai hal ehwal agama Islam peringkat kebangsaan yang ditubuhkan kemudian, antaranya Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Persidangan Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia, Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Badan Perunding Islam dan banyak lagi.

Kesungguhan kerajaan dalam membawa pembangunan dan kemajuan Islam di Malaysia amat terserlah memandangkan kebanyakan anggota badan-badan penyelaras dan penggubal dasar mengenai hal ehwal Islam itu terdiri daripada para Mufti, Menteri-Menteri Besar, Pengerusi dan Pengarah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, pakar akademik dan cendekiawan Islam dari pelbagai disiplin ilmu, para alim ulama’ dan tokoh-tokoh Islam.

Perundangan Islam

Sejarah perundangan dengan jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam telah mantap dan dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum kedatangan Inggeris. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan undang-undang telah dikanunkan dengan cara teratur bagi pemakaian dan panduan kerajaan Melayu ketika itu seperti ‘Hukum Kanun Melaka’, ‘Undang-Undang Pahang’ dan ‘Undang-Undang Kedah’. Beberapa bahagian kanun tersebut adalah petikan daripada hukum fiqh Mazhab Syafie.

Selepas kedatangan Inggeris khususnya dengan penerimaan Sistem Residen, secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit prinsip undang-undang Inggeris dimasukkan ke dalam sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Akhirnya beberapa undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Enakmen Keterangan dan Kanun Acara Jenayah telah diperundangkan di mana Undang-Undang Islam dalam bidang berkenaan tidak lagi berkuasa.

Berikutan dengan itu, perundangan Islam pun mula diperbuat dalam bentuk Enakmen dan Ordinan bagi mendapatkan penguatkuasaan undang-undang. Keadaan ini meletakkan kedudukan undang-undang Islam sama dengan bahagian undang-undang lain yang perlu dikanunkan. Cara ini telah diikuti hingga ke hari ini sepertimana yang diperjelaskan dalam Perlembagaan Negara. Ini didapati dalam Jadual Ke-Sembilan Senarai Negeri.

Penyelarasan Undang-Undang Islam

Memandangkan Islam di bawah bidang kuasa negeri dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam (bagi negeri-negeri yang beraja) maka tidak dapat dielakkan berlakunya ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri.

Usaha-usaha untuk mengadakan undang-undang Islam yang selaras dan seragam di seluruh Malaysia telah bermula sejak sekian lama dan beberapa usaha telah diambil bagi maksud tersebut. JAKIM melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah banyak membantu menggubal undang-undang Islam yang disediakan sebagai ‘model’ untuk diterima pakai oleh negeri-negeri.

Usaha terbaru ialah JAKIM telah mengemukakan suatu cadangan supaya penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam negeri-negeri dibuat melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Cadangan atas nama Kerajaan Pusat tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-176 pada 1 Ogos, 1997 yang lalu. Ekoran persetujuan itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas enam undang-undang utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.

Beberapa siri pertemuan telah diadakan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah Bahagian Undang-Undang JAKIM dengan D.Y.M.M. Sultan Azlan Shah (selaku Penasihat Undang-Undang Majlis Raja-Raja) bagi membincangkan cadangan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang tersebut. Kini cadangan rang undang-undang tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Demikianlah kegigihan kerajaan dalam menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam di Malaysia melalui pendekatan yang bijak dan hikmah iaitu cara rundingan dan perkenan daripada D.Y.M.M. Sultan-Sultan dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri masing-masing. Semoga usaha dan cita-cita murni kerajaan dalam mengukuhkan Institusi Kehakiman dan Perundangan Islam di negara ini berjalan dalam keadaan lancar dan harmoni.

Pemurnian Akidah

Sebagaimana yang telah diakui bahawa kesucian akidah umat Islam di Malaysia terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Perkara 11(4) yang melarang sebarang dakyah agama lain kepada umat Islam. Menyedari bahawa banyak faktor-faktor lain yang boleh menggugat kesucian akidah orang-orang Islam maka kerajaan telah menyusun pelbagai program yang berupa penjelasan, penerangan, kursus dan perbincangan khusus berkenaan perkara-perkara yang dapat memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat Islam.

Mereka yang baru memeluk Islam diberi kursus-kursus kefahaman dan penghayatan secara bersiri dan berjadual. Demikian juga kerajaan telah mengujudkan melalui JAKIM satu Unit Khas berkenaan ajaran sesat bagi menangani gejala penyelewengan akidah menerusi ajaran-ajaran salah dan sesat. Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai oleh pakar akademik dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani masalah ini.

Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mewajibkan kepada mana-mana individu yang ingin mengajar atau berceramah berkenaan agama Islam mendapatkan Sijil Tauliah Mengajar Agama dari pihak Jabatan/Majlis. Ini adalah langkah bijak bagi mengawal sebarang anasir-anasir atau pengaruh ajaran sesat daripada merebak. Mengajar agama tanpa tauliah adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Dalam pada itu, Jawatankausa Fatwa Kebangsaan tidak pernah teragak-agak mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan satu-satu ajaran sesat sebaik sahaja dikenalpasti. Sehingga kini, JAKIM sentiasa menganjurkan kursus-kursus pemurnian akidah kepada bekas-bekas kumpulan ajaran sesat bagi tujuan memulihkan mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Kemuncaknya kerajaan telah membina Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan yang menelan belanja RM5 juta. Ia berperanan menyusun program-program yang dapat menjelaskan segala kekeliruan dan salah faham di kalangan pengamal dan penganut ajaran sesat agar kembali ke ajaran Islam yang suci dan lurus.

Pada masa yang sama juga, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selama ini telah bekerjasama dalam menapis dan mengharamkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur penghinaan dan penyelewengan akidah umat Islam. Kini JAKIM sedang menyiapkan peringkat akhir draf Undang-Undang Pemulihan Akidah iaitu undang-undang khusus bagi membendung masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Islam.

Apa yang penting, kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam terpelihara di bumi Malaysia.

Sistem Perbankan Islam

Bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 yang menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh bank Islam dalam operasinya di Malaysia dan kuasa-kuasa Bank Negara Malaysia dalam menyelia dan mengawal bank Islam. Dalam tahun yang sama juga kerajaan telah meluluskan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengeluarkan sijil pelaburan berdasarkan prinsip syariah.

Bank Islam pertama beroperasi di Malaysia ialah Bank Islam Malaysia Berhad pada 1 Mac, 1983 yang menawarkan perkhidmatan sama seperti bank-bank konvensional cuma ia berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Selain itu, ia juga mempunyai anak-anak syarikat yang menjalankan operasi berdasarkan prinsip syariah iaitu Syarikat Al-Ijarah Sdn. Bhd. yang menjalankan pemajakan harta tetap, Syarikat Nominees Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan nomini dan Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. yang memberi perlindungan insurans am dan insurans keluarga.

Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga mempunyai objektif jangka panjang iaitu ingin mewujudkan Sistem Perbankan Islam seiring dengan sistem bank konvensional. Ini dapat dicapai dengan tiga adunan utama iaitu pertama, sistem ini mempunyai ahli yang cukup, kedua, perkhidmatan dan produknya merangkumi keseluruhan sistem bank dan ketiga, perlu diwujudkan pasaran antara-bank yang operasinya mengikut prinsip syariah.

Sejajar dengan objektif itu, pada awal tahun 1993 sebanyak 21 produk bank Islam telah berjaya diwujudkan antaranya al-Wadiah, al-Mudharabah, al-Musyarakah, al-Murabahah, al-Bai bithaman ajil, Bai’ul-salam, al-Ijarah, al-Bai al-ta’jiri, al-Wakalah, al-Rahn, al-Qardhul hassan dan al-Kafalah.Pada 4 Mac, 1994 Bank Negara Malaysia telah melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Lantas pada penghujung tahun 1993, Sistem Perbankan Islam di Malaysia telah mengandungi sebuah bank Islam dan 20 buah institusi kewangan konvensional terdiri dari 10 buah bank perdagangan, 8 buah syarikat kewangan dan 2 buah bank saudagar yang menawarkan perkhidmatan dan produk berdasarkan prinsip Islam. Selain itu, pada 3 Januari, 1994 pasaran wang antara-bank secara Islam telah dilaksanakan. Sesungguhnya tanpa kesungguhan dan sokongan yang padu dari pihak kerajaan, Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak akan maju sejauh ini.

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang diperkenalkan pada tahun 1985 adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Dasar ini bermaksud membimbing dan membentuk akhlak yang berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.

Rasional pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar ini ialah bagi melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar dan atas kesedaran bahawa kejayaan rancangan-rancangan kerajaan banyak bergantung kepada penjawat-penjawat perkhidmatan awam. Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan serta menghindar perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai-nilai tersebut iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur yang berjumlah sebelas kesemuanya adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia merupakan kunci kejayaan pentadbiran sesebuah negara.

Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober, 1967 mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan mengawasi sistem nilai masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diberi kuasa utama di bawah undang-undang iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak 1971), Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Kanun Keseksaan (F.M.S. Cap 45), Kanun Prosedur Jenayah (F.M.S. Cap 6), Akta Polis 1967 dan Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang diberi mandat oleh kerajaan dalam memastikan kepentingan awam agar tetap terpelihara, dikuatkan lagi dengan Ketua Pengarahnya adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pe

Bagi memelihara sistem nilai masyarakat juga, kerajaan telah menubuhkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971). Anggota LPF yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 63 orang ahli di mana semuanya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah berperanan melindungi masyarakat daripada sebarang pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif menerusi filem.

Sungguhpun penubuhan badan-badan seperti ini oleh kerajaan dibuat tanpa sebarang label ‘Islam’ namun kewujudan dan peranan yang dimainkan adalah lahir dari sistem nilai masyarakat Malaysia yang berteraskan Islam.

[Sumber: JAKIM - Panel Penulis: Hj. Md. Zaki b. Abd. Manan (JAKIM) ;Hasnan bin Kasan (UKM) ;Mohd. Zamir bin Bahall (JAKIM)]

28 December 2012 Posted by | Informasi | | Leave a comment

Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :

“Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti berikut :

“Ajaran dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

 

(Sumber: Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H)

4 December 2012 Posted by | Aqidah, Fatwa, Informasi | , | Leave a comment

Benarkah sistem Khalifah akan naik semula memerintah seluruh dunia?

hidup-sejahtera-di-bawah-naungan-khilafah

(Foto:sekolahpenakluk.wordpress.com)

Dari Nukman bin Basyir katanya,“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadits Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadits berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu separti yang Dia kehendaki”.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian.

Maka berlakulah zaman itu separti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu separti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya separti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu separti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mau mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

(Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadits nombor 5).

Daripada Jabir bin Majid As-Sadafi RA, katanya Rasulullah SAW bersabda,

“Selepasku, akan berlaku zaman kekhalifahan. Selepas itu berlaku pula zaman Amir-amir.Selepas itu berlaku pula zaman Raja-raja dan selepas raja-raja, zaman diktator. Kemudian,seorang lelaki dari ahli keluargaku akan datang (memerintah) dan memenuhkan dunia ini dengan keadilan separti sebelumnya yang dipenuhi dengan kekejaman. Kemudian, naik memerintah selepasnya Al-Qahtani, dan demi Zat yang mengantarku dengan kebenaran, dia tidaklah jauh berbeda daripada al-Mahdi.” (At-Tabrani, Ibnu Mandah, Abu Nuaim & Ibnu Asakir)

Kedua-dua buah hadits di atas menyebutkan umat Islam sejak dari masa hayatnya baginda SAW lagi hinggalah ke hari kiamat, akan melalui LIMA ZAMAN (5) pemerintahan. Walaupun istilahnya

ada sedikit berbeda, maksudnya sama saja dan urutan zamannya juga sama. Kelima-lima zaman yang dimaksudkan itu berserta uraian ringkas bagi setiap zaman itu adalah:

1. Zaman Kenabian, yaitu zaman umat Islam diperintah oleh pembawa ajaran Islam itu sendiri, Nabi Muhammad SAW. Itulah zaman kemuncak bagi segala zaman pemerintahan,zaman contoh, zaman terbaik di antara segala zaman, sejak dari Nabi Adam AS hinggalah ke hari ini. Zaman ini telahpun berlaku dan telah juga berlalu, yaitu dengan wafatnya baginda SAW pada tahun 10 Hijrah. Dalam hadits kedua, zaman ini disebutkan sebagai selepasku saja, yaitu ringkasan daripada Zaman Kenabian.

2. Zaman Kekhalifahan, yaitu pemerintahan yang berjalan berdasarkan Zaman Kenabian.Pemerintahannya adalah berpandukan benar-benar kepada wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Zaman ini dipanggil Zaman Khulafa ur-Rasyidin, khalifah yang mendapat petunjuk. Mereka adalah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar bin Al-Khattab RA, Osman bin Affan RA dan Ali bin Abi Talib KMW. Sebahagian ulama turut memasukkan zaman pemerintahan Sayidina al-Hasan bin Ali RA yang singkat itu (6 bulan) ke dalam Khulafa ur-Rasyidin. Itulah dia 30 tahun yang dimaksudkan oleh baginda SAW dalam haditsnya yang berbunyi (terjemahan) kira-kira:

“Kekhalifahan akan berlaku ke atas umatku selama 30 tahun. Selepas itu, berlaku pula zaman amir-amir.” Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tarmizi dan lain-lain. Hadits yang kedua juga

menyebutkan Zaman Kekhalifahan. Zaman ini telah berlaku menurut catatan sejarah dan telah juga berlalu daripada kita.

3. Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah), yaitu zaman yang bermula sejak turunnya Sayidina Hasan bin Ali RA sehinggalah berakhir pada tahun 1924M. Ini termasuklah zaman Umaiyah, Abbasiah, Mameluk, Fatimiyah, Moghul, Seljuk, Ayubiah, sehinggalah ke saat jatuhnya kerajaan Osmaniah, Turki pada tahun 1924. Zaman ini termasuklah semua wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam, yang memakai bermacam-macam gelaran itu separti Amir, Khalifah, Sultan, Raja dan sebagainya. Namun terdapat beberapa orang pemerintah yang patut dikecualikan, karena adil pemerintahan mereka. Antaranya yang lazim kita kenal ialah Umar bin Abdul Aziz, Abdullah bin az-Zubair, Muhammad al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi. Dalam hadits yang kedua, zaman

pemerintahan ini lebih diperincikan sehingga dibahagi kepada dua, disebutkan sebagai Zaman Amir-amir dan Zaman Raja-raja. Maknanya, Zaman Amir-amir itu berlaku lebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh Zaman Raja-raja, untuk menunjukkan lebih-lebih lagi zalimnya daripada zaman sebelumnya. Zaman ini juga telah berlaku dan kini hanya menjadi bahan sejarah bagi pengkaji sejarah, dan juga telah berlalu daripada kita, separti urutan yang ditetapkan.

4. Zaman Diktator, yaitu zaman pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan, raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem diktator, separti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadits di atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi separti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial (beraja), berorientasikan parti-parti politik (Perdana Menteri), pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat separti apa yang kita alami hari ini.Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi. Berdoalah banyak-banyak agar zaman ini segera Dia angkatkan daripada kita.

5. Zaman Kekhalifahan, yang pemerintahannya sama dengan pemerintahan zaman Khulafa ur-Rasyidin dan Zaman Kenabian. Zaman ini belum lagi berlaku, dan insya-Allah akan berlaku, karena telah disebut dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW, Sodiqul Masduq.Untuk menghadapi zaman ini, kita umat Islam perlulah bersedia dan bersungguh-sungguh menghadapi kedatangannya, yang tidak perlu diragui lagi itu. Antara caranya ialah dengan mengamalkan sungguh-sungguh cara hidup Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita, dan menurut jejak para Salafus Soleh. Untuk membina kejayaan separti zaman dahulu, kita mestilah mengikut apa yang umat zaman dahulu (Zaman Rasulullah SAW) lakukan – peningkatan dalaman. Para pengamal ajaran Islam akan menjadi ghurabak (orang asing), seperti yang berlaku kepada generasi awal Islam dahulu. Melalui para ghurabak inilah Allah turunkan pertolongan-Nya sehingga naik Imam Mahdi memerintah seluruh umat Islam di

seluruh dunia. Penurunan seorang khalifah oleh Allah SWT kepada umat Islam merupakan satu nikmat yang amat besar, separti firman-Nya yang terjemahannya kira-kira begini,

“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi dari kalangan kamu dan dijadikan-Nya kamu raja-raja.”

(Al-Maidah : 20)

Bagaimanakah Cara Sebenar Islam Naik Semula?

Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mau tidak mau pasti inginkan Islam memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai yang keliru dengan kaedah kemunculan semula Islam pada kali ini.Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut saja cara yang sedia ada. Ramailah yang taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila.

Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan kepadanya bahwa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba saja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir lagi dan sebagainya. Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu diajukan jika diberitahu kepadanya bahwa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah, apakah kaedah itu adalah;

1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem demokrasi yang disesuaikan dengan Islam ( ½ demokrasi dan ½ lagi Islam )?

2. Kaedah rampasan kuasa separti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan Iran? 3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama separti mengebom gereja-gereja, menyerang

kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka separti oleh KMM, Al-Ma’unah, GAM dan MILF?

4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan separti yang sering dilaung-laungkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?

5. Kaedah penguasaan ekonomi separti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan dan koperat Islam?

6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk separti yang pernah coba diterapkan ke dalam sistem pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika dahulu?

7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu? Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?

Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara ini juga tidak betul karena apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya akan melencong pula dari yang disasarkan.

Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya karena bukti-bukti sejarah yang terang jelas menunjukkan bahwa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu, malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan kuasa. Kaedah jihad separti yang coba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, maupun kepada orang yang bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan.

Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadits-hadits mengenai peristiwa akhir zaman. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu separti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah, kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahwa merekalah pelopor terhadap kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat buku ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang yang berkata bahwa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti, dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai.

Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak menunjukkan bahwa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini. Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula separti biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam masa berjudi atau minum arak.

Memang persoalan separti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini.Mereka bukan tidak maukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga yaitu bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak maukan Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu, sedangkan canangannya sudah begitu lama diuar-uarkan.

Sebenarnya memang benar bahwa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini,dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeda aripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini maupun pada masa lalu. Kaedah yang kita amalkan pada hari ini bukanlah kaedah Islam atau kaedah yang sesuai dengan Islam.

Untuk memudahkan pemahaman tentang masalah ini, berikut diperturunkan beberapa ciri khusus yang perlu diperhatikan masa menilai seseorang itu, sama ada layak kita jadikan pemimpin Islam kita atau tidak. Jika tidak ada, maka tidak layaklah dia memperkatakan negara Islam, apatah lagi mau memerintahnya.

1. Mula-mula sekali Allah SWT turunkan pemimpin berkenaan. Ini adalah perlu karena pada diri pemimpin berkenaanlah Allah wakilkan pentadbiran-Nya untuk menguruskan sekalian manusia. Hanya dengan orang yang telah Allah SWT sendiri pilih secara khusus untuk menjadi wakil-Nya mentadbir manusia, barulah Islam akan turut sama naik, bersama-sama dengan naiknya pemimpin berkenaan sebagai pemerintah manusia. Hal ini tidaklah perlu diherankan sangat, atau dipartikaikan lagi, karena contohnya sudah amat jelas. Contohnya Rasulullah SAW dilantik sebagai pemimpin manusia melalui firman-Nya:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu sekaliannya.” (Al-Aa’raf : 158)

Orang yang menjadi rasul adalah juga pemimpin bagi umatnya, karena salah satu tugas rasul itu adalah memimpin umatnya melaksanakan syariat Allah, dan sekali gus menjadi ketua bagi umat masing-masing. Begitu juga dengan Bani Israel yang Allah datangkan Talut sebagai pemimpin mereka. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan nabi mereka (Nabi Samuel AS) berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat untuk kamu semua Talut sebagai raja…” (Al-Baqarah : 247)

Begitu juga masa Allah SWT melantik Nabi Musa AS sebagai pemimpin mereka, separti firman-Nya yang bermaksud,“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah kepada kamu semua ketika Dia melantik di kalangan kamu nabi-nabi dan dijadikannya kamu raja-raja.” (Al-Maidah : 20)

Orang itu dan kepemimpinannya mestilah bertaraf Khalifah. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah di atas muka bumi…” (Al-Baqarah : 30)

2. Disesuaikan dengan zaman munculnya. Pemimpin separti ini tidak diturunkan secara semberono saja, malah ditentukan pada setiap zaman, bentuk-bentuk kepemimpinan yang perlu dilakukannya. Misalnya untuk zaman ini, pemimpin itu mestilah berusaha menghidupkan kembali sistem pemerintahan Islam sepusat (Centralized Islamic World) yang negara-negara Islam lain tumpang bernaung di bawahnya dan dia juga berusaha menghidupkan kembali sistem khalifah. Pemimpin itu perlu berjuang ke arah ini pada zaman ini karena sistem khalifah sudah lama dipadamkan dari dunia Islam oleh kuasa-kuasa Barat. Kalau pemimpin berkenaan hanya pandai berkokok tentang Islam di bawah tempurung saja, dan tidak pernah coba menghidupkan sistem khalifah separti dahulu, maknanya dia bukan pemimpin Islam sejati, malah dia adalah pemimpin yang mencari kepentingan peribadi. Kalau pemimpin itu tidak pernah berusaha membawa pentadbiran Islamnya keluar dari sempadan negaranya,maka dia juga bukanlah seorang pemimpin sejati yang ditunjuk oleh Allah untuk kita. Dia sebenarnya hanyalah seorang pemimpin biasa yang apabila tiba masanya, pasti akan turun juga dari pemerintahannya (sama ada secara sukarela atau terpaksa) untuk memberi laluan kepada pemimpin sejati itu naik memerintah.

3. Diberikan sifat-sifat khusus yang jauh berbeda daripada pemimpin lain untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Pada satu-satu masa, yakni pada setiap seratus tahun, hanya dia seorang saja yang diberikan sifat-sifat khusus begini, yang sebenarnya bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Hanya dikarenakan umat Islam sudah terlalu lama tidak mengamalkannya atau melihat Islam secara realiti, maka apa yang dibawanya itu dilihat sebagai sesuatu yang baru. Itulah salah satu sifat utama seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Allah, mampu membawa perubahan yang menyeluruh kepada seluruh umat, tanpa mengira sempadan negara dan bangsa. Apa yang dibawanya itu amat asing bagi, bukan saja orang orang kafir malah umat Islam sendiri, termasuk kalangan ulamanya. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, separti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR Muslim)

4. Dikhususkan ilmu, penghayatan dan kefahaman kepadanya yang bersesuaian dengan zaman itu. Ini amatlah penting karena dengan pemberian sifat-sifat khusus separti inilah mereka diberi kemampuan untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, sedangkan sebelumnya mereka begitu hanyut dengan pelbagai bentuk keduniaan yang melalaikan. Dengan ilmu mereka yang sentiasa hidup itulah, umat Islam akan tertarik hatinya untuk kembali mengamalkan ajaran Islam, bertaubat dari perangai lamanya dan bertukar menjadi orang yang saleh. Ini tidak perlu diherankan karena Rasulullah SAW pernah berbuat demikian terhadap para sahabat baginda separti yang banyak diriwayatkan, baik di dalam buku-buku sejarah Islam maupun di dalam buku-buku sejarah umat Islam. Hal ini tidak akan Allah berikan kepada mana-mana pemimpin pun pada sesuatu zaman itu. Jika ciri-ciri ini ada pada seseorang, maka orang itulah pemimpin sejati kita, tidak akan ada dua atau tiganya lagi. Jika hendak terjumpa pun orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama, kenalah tunggu hingga seratus tahun lagi. Itupun jika umur kita masih panjang atau dunia ini masih belum dikiamatkan lagi.

5. Pemimpin umat Islam adalah orang yang paling bertakwa di kalangan manusia. Mereka bukan saja orang Islam, malah dia beriman kepada Allah. Dia membesarkan sembahyang bagi dirinya dan memerintahkan pengikutnya membesarkan sama sembahyang. Allah SWT sangat dibesarkan, ditakuti dan dicintai melebihi dari segala-galanya. Segala ungkapan cinta dan asyik, tertuju khusus kepada Allah. Apabila pemimpinnya sendiri mencintai Allah, pastilah rakyatnya akan turut sama mencintai Allah. Sunnah Rasul SAW sangat dibesarkan dalam setiap aspek kehidupan sehingga perkara yang kecil-kecil pun dibesarkan sama, karena kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW terzahir dalam setiap tindak tanduk mereka. Semua ini sudah diterangkan oleh Allah SWT sendiri separti firman-Nya yang mafhumnya,

“Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang sentiasa mendirikan sembahyang, yang mengeluarkan zakat dan adalah mereka itu orang-orang yang rukuk.” (Al-Maidah : 55)

6. Ditentukan tempat munculnya. Rasulullah SAW sudah menjelaskan tempat munculnya pemimpin akhir zaman. Untuk akhir zaman ini, tempat munculnya juga sudah dijelaskan oleh Nabi SAW dengan menyatakan, yang maksudnya,

“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke arah gunung, akan dipukulnya sampai rata, sehingga mereka berjaya melaluinya.”

Orang yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi, datang dari keturunan Sayidina Hasan bin Ali RA yaitu keturunan Ahlulbait dan tempat munculnya adalah di Timur. Timur yang dimaksudkan itu adalah di Asia Tenggara ini, yaitu kawasan tempat tinggal kita sekarang.

7. Ditentukan pengikut-pengikutnya. Pada zaman Rasulullah SAW, ditentukan bahwa pengikutpengikut baginda disebut sebagai Sahabat, ditentukan pula bahwa Allah SWT telah meredai mereka semuanya dengan firman-Nya yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin (para sahabat) masa mereka berbaiat kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah turunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir.” (Al-Fath : 18)

Manakala untuk umat akhir zaman yaitu zaman kita ini, para pengikutnya juga adalah khusus separti yang pernah disebutkan oleh Sayidina Ali KMW,

“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, separti bertemunya awan-awan pada musim

luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.” Selain mereka ini, ada sekumpulan lagi pengikut khususnya yang bilangannya lebih besar, yang merangkumi para Rufaqak itu tadi dan disebut sebagai Ikhwan. Ini dijelaskan oleh sabda Nabi SAW yang maksudnya,

Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.” Maka bertanyalah para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bukan,malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan).

Ikhwan inilah golongan yang memperkembangkan Islam pada akhir zaman, menggantikan para sahabat RA yang telah memperkembangkan Islam pada awal Islam dahulu. Mereka ini juga telah Allah redhai kepada mereka separti yang disebutkan oleh sebuah lagi hadits, riwayat Imam Muslim.Dari Nawas bin Sam’an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.

“… (Haditsnya panjang… dipendekkan) … Isa AS mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka di dalam syurga. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: …” (HRMuslim)

8. Diuji dengan cabaran-cabaran khusus untuk memantapkannya. Cabaran dan dugaan ini cukup berat, sekira-kira tidak tertanggung oleh mana-mana pemimpin lain pun di dunia ini pada masa itu.

Ini adalah suatu yang amat perlu supaya beliau akan lebih bersih hatinya, lebih tahan menerima ujian, cukup sabar menghadapi cobaan, lebih bersedia menghadapi tugas dan cabaran lebih besar pada masa-masa hadapan, memantapkan hatinya, menghapuskan dosa dosa dan kesalahannya, dosa-dosa ahli dan jemaahnya dan lebih kuat imannya kepada Allah.

Ini sesuai dengan sebuah hadits yang terjemahannya berbunyi kira-kira begini, “…Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur.

Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam

yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah…” (At-Tarmizi, Al-Hakim, Abu Daud)

9. Diuji dan ditapis pengikut-pengikutnya untuk menguji kekuatan iman dan keikhlasan hatinya. Hal ini amat perlu karena dengan melalui ujian dan tapisan demi tapisan itulah baru diketahui siapa

yang benar-benar ikhlas berjuang karena Allah, dan sesiapa yang banyak dosanya pasti tartinggal. Ingat, walau berapa ramai pun yang tartinggal, Pemuda Bani Tamim tetap bergerak ke hadapan dan langkahannya tetap laju mara menuju ke matlamat yang telah ditetapkan oleh Jadual Allah. Sesiapa yang mau mengikutnya perlulah bersabar dan tahan menerima ujian, biar seberat mana pun ujian yang terpaksa diterima itu. Jika Pemuda Bani Tamim terpaksa melalui tujuh tahap ujian berat separti di atas, maka pengikut-pengikutnya terpaksa juga menerima ketujuh-tujuh ujian itu, tidak dapat tidak. Cuma bedanya, setinggi mana pun ujian yang diterima oleh si pengikut, tetap tidak lebih berat daripada ujian yang ditanggung oleh Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau terpaksa menanggung segala ujian itu yang jauh lebih berat dan sukar daripada apa yang diterima oleh pengikutnya.

10. Dinaikkan secara yang tidak zalim. Bolehkah Islam ditegakkan setelah kerajaan yang sedia ada ditumbangkan secara zalim? Artinya, kita menegakkan keadilan dengan cara yang zalim?

Talut dinaikkan sebagai raja dengan cara yang tidak zalim. Dia tidak merampas kuasa dan tidak pula dengan melobi rakyat supaya menyokongnya. Kemunculannya adalah hasil doa dan rintihan rakyat dari kalangan Bani Israel kepada Allah. Nabi Musa AS juga menjadi pemerintah bagi Bani Israel secara semula jadi, tidak ada pengaruh-mempengaruhi dan tidak pernah pula menabur janji-janji manis kepada rakyat. Nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menjadi pemimpin dengan menjatuhkan pemimpin Quraisy di Makkah, tidak pernah juga mempengaruhi penduduk Makkah supaya menyokong baginda, tidak pernah menabur janji-janji manis atau janji-janji politik, tidak juga melalui undi dan sokongan rakyat. Malah jauh sekali daripada mencerca peribadi-peribadi pemimpin Quraisy di kota Makkah itu biarpun mereka itu amat nyata kafirnya, malah sudah dimaktubkan kekafiran mereka di dalam Al-Quran. Setiap pemimpin yang zalim dijatuhkan oleh Allah karena mereka menentang rasul-rasul dan wali-wali Allah dan dalam konteks akhir zaman, pemerintah itu dijatuhkan karena mereka menentang pemimpin sejati akhir zaman. Mereka juga dijatuhkan oleh Allah karena dosa-dosa mereka sendiri yang sudah terlalu banyak dan karena terlalu zalim terhadap Orang-orang Allah, bukannya oleh kuasa rakyat atau melalui sistem demokrasi.

Allah SWT telah mengingatkan kita bahwa pemerintah (dan rakyat) yang zalim itu akan Dia binasakan karena kezaliman mereka pada waktu yang telah Dia tetapkan sendiri separti dalam

firman-Nya yang bermaksud kira-kira begini,

“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan apabila mereka berbuat zalim, dan Kami jadikan bagi mereka itu kebinasaannya pada waktu yang telah dijanjikan.” (Al-Kahfi : 59)

Pemimpin akhir zaman juga tidak pernah melobi rakyat supaya menyokongnya. Sokongan rakyat kepadanya datang dengan sendiri, melalui hati yang sangat rapat dengan Allah.Sokongan rakyat adalah dengan melaksanakan setiap perintahnya dengan sepenuh taat, tidak berbuat jahat walaupun berada jauh daripada pemimpinnya itu atau tanpa pengetahuan pemimpinnya. Malah setelah pemimpinnya mati sekalipun, mereka tetap tidak akan berbuat jahat karena mereka taatkan pemerintah mereka tidak mengira sama ada pemimpin mereka itu ada di hadapan atau jauh ataupun setelah matinya. Itulah pemimpin sejati, pemimpin yang sentiasa berada di hati, bukan di jari.

11. Diangkat sebagai pemimpin pada masa yang bersesuaian. Lazimnya pada awal setiap kurun Hijrah.Ulama yang zahir bukan pada masanya yang tepat, tidak sekali-kali boleh dikatakan sebagai

mujaddid walaupun ilmunya sangat luas, jasanya sangat besar terhadap umat Islam,pemahamannya dikagumi, tulisan-tulisannya sangat banyak dan matinya pun sebagai seorang syahid. Seorang mujaddid mestilah zahir pada awal kurun Hijrah, bukan di tengah-tengah kurun. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya,

“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui urusan agamanya.” (Abu Daud,At-Tabari, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Artinya, apabila tiba saja pada setiap awal kurun Hijrah, maka umat Islam mestilah menumpukan perhatian mereka untuk mencari siapakah dia pemimpin yang Allah utuskan untuk kurun berkenaan. Hal ini telah Allah wajibkan kepada kita, semua umat Islam, untuk mencarinya, mengisytiharkan nikmat ini ke seluruh dunia dan kemudian bersama-sama melantiknya sebagai pemimpin seluruh umat Islam, tanpa mengira sempadan mazhab,pendidikan, geografi atau sebagainya lagi. Hanya dengan inilah saja caranya Islam akan menjadi tinggi dan nasib umat Islam akan terbela sepenuhnya daripada segala macam kesukaran dan penderitaan yang sedang kita tanggung pada hari ini. Nasib kita di akhirat sana pun akan lebih terbela dengan keberadaan orang pilihan Allah ini di tengah-tengah kita.

12. Diberi keupayaan menghapuskan khurafat-khurafat dan bidaah yang sedang berleluasa. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud,

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah supaya agama (Islam yang satu) itu hanyalah untuk Allah semata-mata…”(Al-Anfal : 39)

13. Diberi keupayaan menghapuskan sistem-sistem yang tidak Islamik dan menggantikannya dengan kaedah Islam tulen, separti firman-Nya yang bermaksud,

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan oleh-Nya atas segala agama yang lain keseluruhannya, walaupun orang-orang musyrik itu

tidak menyukai.” (At-Taubah : 33)

14. Diberi keupayaan membawa keadilan yang merata, yang sesuai dengan tuntutan syarak. Adil yang dimaksudkan adalah adil menurut Al-Quran, bukannya adil menurut kaca mata Barat.Keadilan yang hakiki tidak akan mampu ditegakkan melainkan oleh seorang pemimpin yang ditunjuk dan didatangkan khusus oleh Allah untuk manusia. Hal ini barang kali agak jelas dan mudah, menurut kefahaman masing-masing. Oleh itu, tidak perlulah diperpanjangkan lagi di sini.

15. Pemimpin sejati adalah orang yang ditaat zahir dan batin. Pada hari ini, ramai pemimpin yang sudah tidak dihormati lagi oleh rakyatnya. Malah orang bawahannya juga sudah tidak tahu lagi

menghormati pemimpin mereka. Hal ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh sistem Yahudi yang menyusup masuk ke dalam budaya dan hati kita secara yang amat halus sehingga tidak kita sedari. Memang orang-orang Yahudi tidak pernah mau menghormati sesiapa pun. Usahkan orang yang bertaraf pemimpin atau raja di kalangan mereka, malah orang yang bertaraf rasul pun tidak pernah mereka hormati. Lihatlah bagaimana Al-Quran merakamkan cara mereka memanggil nabi mereka. Disebutkan di dalam beberapa banyak ayat Al-Quran, mereka memanggil Nabi Musa AS itu dengan sebutan, “Wahai Musa!…” saja. Tidak ada disebutkan mereka memanggilnya dengan Alaihissalam atau Rasulullah.

Begitulah biadabnya mereka terhadap rasul-rasul mereka sendiri.Pemimpin yang sejati ditaati perintahnya zahir dan batin. Beliau mestilah berusaha membina peribadinya dahulu dengan ajaran-ajaran Islam, kemudian membina keluarganya dengan persekitaran Islam, kemudian barulah beliau mendirikan sebuah jemaah untuk memulakan kepemimpinannya ke tahap yang lebih luas. Ahli-ahli jemaah ini sentiasa taat kepada beliau karena meyakini kepemimpinan beliau. Itulah bentuk kepemimpinan yang dikehendaki separti dalam sabda Nabi SAW yang maksudnya,

“Tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan.”

Begitu juga sabda Nabi SAW yang menyebutkan, maksudnya,“Sesiapa yang mentaatiku maka berarti dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku maka berarti dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati Amirku maka berarti dia mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai Amirku maka berarti dia telah menderhakaiku.”

Untuk mendapatkan pengesahan seseorang itu sebagai pemimpin umat, perlu berlaku baiat antara si pemimpin dengan si rakyat yang dipimpin. Orang yang tidak berbaiat kepada pemimpin, mendapat dosa yang besar dan dianggap penderhaka, sehinggalah dia membaiat pemimpin berkenaan. Ini telah digambarkan oleh baginda SAW dalam haditsnya yang bermaksud,

“Sesiapa yang mati sedangkan pada lehernya tiada tanggungan baiat, maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliyah.” (HR Muslim)

Selain itu, sesebuah jemaah atau parti yang memperjuangkan kebenaran seharusnya mampu melakukan yang berikut, sebagai tanda merekalah golongan yang dimaksudkan oleh hadits-hadits dan

patut disokong sepenuhnya.

1. Ahli yang memasukinya mampu melakukan perubahan hati. Perubahan ini berbentuk membersihkan hati mereka daripada dosa dan titik-titik hitam. Jemaah menggalakkan mereka banyak-banyak bertaubat.

2. Ahli-ahlinya mampu menyelaraskan pemahaman terhadap hampir seluruh aspek perjuangan.Hal ini hanya mampu dilakukan oleh sebuah jemaah saja dalam setiap seratus tahun atau pemimpinnya itu seorang yang bertaraf mujaddid atau sekurang-kurangnya bertaraf imam mujtahid mutlak.

3. Ahli-ahlinya mampu melakukan perubahan fizikal. Pakaian mereka semakin kemas menurut syarak dan sentiasa dipatuhi sepanjang masa, walau di mana saja mereka berada, bukan saja masa di hadapan para pengikut mereka.

4. Ahli-ahlinya mampu mempartingkatkan iman dari masa ke masa. Jika ini dapat dilakukan, itulah juga tandanya jemaah itu adalah jemaah kebenaran.

5. Ahli-ahlinya mampu memperkemaskan ibadat-ibadat wajib dan istiqamah dengan ibadat yang sunat-sunat. Salah satu tanda orang yang dikasihi oleh Allah SWT ialah mereka sentiasa

memperkemaskah ibadat yang wajib dan istiqamah dengan ibadat yang sunat-sunat. Hanya jemaah kebenaran saja yang mampu menitikberatkan ibadat sunat ini di kalangan ahlinya. Jika selain jemaah kebenaran, pengikut imam mujtahid mutlak juga boleh berbuat demikian. Yang selain dari itu, semuanya pasti gagal.

6. Ahli-ahlinya mampu memimpin zaman karena pemimpin mereka bertaraf Sahibul Zaman,bukannya dipimpin oleh zaman. Kepemimpinan mereka mendahului zamannya dan tidak terkejar oleh jemaah lain, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa yang terdekat. Kaedah perjuangan mereka tepat menurut keperluan zaman.

7. Ahli-ahlinya tidak menggunakan kaedah masa, baik dalam bidang politik, ekonomi,pendidikan, keilmuan dan sebagainya. Kaedah mereka adalah kaedah lama, kaedah yang sudah tidak diketahui lagi oleh kalangan ilmuwan, walau yang paling cerdik sekalipun.

8. Mengajak ahli-ahlinya menghisab dosa-dosa dan kesalahan sendiri, tidak memperkatakan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan orang lain. Lidah mereka bersih daripada menipu,mengata-ngata orang, memfitnah, membuka aib/kesalahan orang lain atau memperkatakan dosa orang lain.

9. Ahli-ahlinya menganggap tugas kepemimpinan adalah suatu tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan akan dihisab dengan teliti di akhirat kelak. Karena itu, setiap tugas yang diamanahkan kepada mereka akan dijalankan dengan penuh tanggungjawab walaupun tiada yang mengawasi pekerjaannya.

10. Ahli-ahlinya tidak meminta sebarang jawatan untuk memimpin dan tidak berhasrat untuk meminta jawatan. Hal ini amatlah sukar karena lazimnya setiap parti politik akan meminta orang ramai menyokongnya untuk mendapatkan jawatan dalam sesebuah parti dan seterusnya dalam pentadbiran negara.

11. Ahli-ahlinya diajak sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap masa dan ketika. Hanya dengan hati yang sentiasa mengingati Allah sajalah pertolongan-Nya akan tiba dan perjuangan mereka sentiasa dibantu.

12. Ahli-ahlinya diajak sangat-sangat mencintai Allah SWT dan merindui Rasulullah SAW sepenuh hati.13. Jemaahnya mampu membangunkan menurut sunnah sehingga mereka mampu berdikari

tanpa bantuan dan sokongan mana-mana pihak.

14. Ahli-ahlinya tidak terjejas oleh sebarang perubahan duniawi yang merosak dan melalaikan.Jemaah-jemaah lain tidak akan mampu menjaga ahli-ahlinya daripada terikut-ikut dengan

pengaruh masa yang merosakkan.

15. Ahli-ahlinya tidak dibiarkan begitu saja karena setiap ahlinya adalah ahli-ahli yang terpimpin dan sentiasa dipimpin. Itulah sikap pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab. Kebajikan mereka sentiasa diisi.

16. Keluarga ahli mereka juga diperhatikan dan turut diasuh dengan keperluan yang sesuai dengan kehendak jemaah. Keluarga ahli mendapat kefahaman yang sama dengan kefahaman pemimpin.

17. Setiap ahli yakin dengan perjuangan mereka dan yakin mereka akan mendapat bantuan daripada Allah SWT. Karena itu mereka sentiasa memperbaiki diri dan mengikis dosa-dosa dengan harapan doa mereka tidak lagi terhijab akibat dosa-dosa berkenaan.

18. Mereka ditakuti oleh kawan dan lawan. Musuh amat gerun terhadap mereka. Yang sealiran dengan mereka amat sayang dengan mereka ini dan sentiasa bergantung harap kepada mereka.

19. Mampu membawa perubahan yang besar kepada corak dan aliran politik masa dengan hanya sepatah kata, atau dengan satu ungkapan yang pendek saja. Betapalah besar perubahan yang akan mampu dibawanya jika mereka dibenarkan bercakap dengan panjang lebar.

Jika ciri-ciri di atas ada pada sesebuah jemaah atau parti, jangan tangguh-tangguh lagi. Itulah dia jemaah atau parti yang memperjuangkan kebenaran separti yang telah dijanjikan akan muncul pada akhir zaman. Beramai-ramailah kita mengikutinya dengan hati yang ikhlas dan keyakinan yang penuh. Semoga kita akan mendapat salah satu tempat sebagai salah seorang yang berbahagia di dunia ini dan lebih-lebih lagi bahagianya di akhirat kelak.

(Sumber: http://mataram351.wordpress.com/imam-mahdi/sistem-khalifah-akan-naik-semula-memerintah-seluruh-dunia/)

16 November 2012 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan, Tazkirah | | 1 Comment

Sistem pendidikan negara bukan sekular- Dr Sidek

Post Pic

 

Pakar pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Sidek Baba menafikan dakwaan bahawa sistem pendidikan negara ini masih berkiblatkan sistem Barat dan berbentuk sekular.

Sebaliknya, ideologi Islam berteraskan konsep masyarakat berbilang kaum dijadikan panduan untuk menghasilkan sistem pendidikan yang lebih efektif, katanya.

Justeru Sidek menyifatkan suara sumbang yang mendakwa Malaysia mengamalkan sistem pendidikan sekular sebenarnya tidak memahami konsep pendidikan serta sistem sosial negara.

"Salah faham, salah konsep, salah mengerti… Orang selalu mengerti sistem pendidikan Malaysia masih lagi sekular. Itu tidak betul. Sudah banyak yang berubah," katanya kepada Antarapos.

Bekas Timbalan Rektor UIAM ini berpendapat, pendekatan yang diambil kerajaan lebih bijaksana kerana turut tidak menafikan hak pendidikan serta kemajuan masyarakat Cina dan India.

"Ini adalah lebih bijaksana kerana sifat Malaysia ini berbilang kaum, majmuk. Walaupun latar sejarah budaya di Malaysia ini diwarnai latar orang Melayu.

"Bahasa Melayu, orang Islam, tetapi (tetap) kena ambil pertimbangan orang bukan Islam," katanya sambil menambah pendidikan agama tradisional seperti sistem sekolah pondok terus dibenarkan bercambah.

Sidek juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak pernah menolak kewujudan pusat-pusat pengajian Islam ini tetapi melakukan transformasi pendidikan berteraskan Islam.

"Contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Berpuluh-puluh (sekolah dibangunkan). Ko-kurikulum yang tidak hanya bersifat diniyah (agama). Ada Quran, Hadis dan dalam pada masa yang sama ada Tasawwur, Sains, Fizik, Kimia dan produknya luar biasa. Produk dari UIAM juga (dapat membuktikan).

"Kita juga ada Lembaga Pendidikan Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh ceruk rantau, bajetnya juga semakin besar.

"Jikalau kita ingin dikatakan pendidikan di Malaysia ini sekular secara keseluruhan, tidak benar. Sudah banyak perubahan sejak merdeka," jelas beliau lagi.

Sidek akhirnya yakin sistem pendidikan yang menerapkan kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi bakal menghasilkan pemikir serta tamadun Islam yang ulung dalam bidang masing-masing seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

 

[Sumber: Antara Pos]

27 October 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | , | Leave a comment

Peristiwa rusuhan Natrah atau tragedi kemurtadan Natrah 1950

Kalaulah Natrah tahu…

Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.


Quote:

Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,

Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,

Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:

“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.

Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.

Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.

Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.

TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.


Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.

Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.

Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.

“Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura,” kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

SETELAH gagal menjejak Natrah di Belanda, Fatini (kanan) pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989.


Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.

“Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.



NATRAH meninggal dunia di Belanda pada usia 72 tahun, Khamis lalu.


“Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.

“Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980),” kongsinya.

Natrah cuba bunuh suami

Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.

“Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.

“Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut ‘cabai kerawit’. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu,” kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.

Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.

“Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik,” katanya.

Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.

“Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.

“Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.

“Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya…

“Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar ‘mereka’…

“Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini,” ujar anak kelahiran Perlis ini.

Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.

“Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama,” luahnya.

Sumber: Kosmo

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 1950 kerana pertembungan antara dua agama iaitu Islam – Kristian dan dua budaya iaitu Barat – Timur.
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter . Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel. Menurut Peguam Zulkifili Nordin, dia bernasib baik kerana dapat mendengar sendiri cerita tentang ketika berlakunya Tragedi Natrah di Singapura daripada seorang orang tua yang tinggal di Taman Dato Keramat sekarang yang hadir di mahkamah tinggi Singapura ketika kejadian berlaku pada tahun 1950.

Pendek cerita, Waktu tu ada seorang anak Belanda, nama dia Maria Hertogh, Ayah kepada Maria Hertogh telah ditahan oleh Tentera Jepun dan anaknya telah diberi dan dibesarkan oleh Makcik Aminah..beliau telah dibesarkan dalam keluarga Islam dan telah diberi nama sebagai “Natrah” selang satu masa lepas tu, dipendekan cerita, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950. kita kena ingat…pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,

Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,

Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:

“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu

Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi Singapura.Seramai 18 orang terbunuh / mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan bagi membendung keganasan merebak.

Punca
Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan disebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah ‘Perang Jihad’, perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A.Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi ‘disadvantage’ kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah berugama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.

Turut terlibat
Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. ‘Nadra Appeal Committe’ ditubuhkan di Singapura. * Ogos 1951 – Sept. 1952 – Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.

Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi peguam bela kes Natrah ini di Mahkamah Sivil Singapura.MA. Majid seorang India Muslim menjadi sumber kewangan untuk perbicaraan.

Kronologi
* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi ,Jawa , Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

* Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman , Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

* 1954 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke , Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre , York Hill,Singapura

* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

* 1 Ogos 1952 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan , selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

* Dalam kes Natrah ini , mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

* 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.

* Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

* 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam , Belanda ; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.

* Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?’ . Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh.

* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

* 20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen . Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman , bekas pengarah MAS.

* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

* 20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt , seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

* 15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknyaSilvija , Carolien, Frans , Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

* 3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

* 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah , Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

* 16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu , dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

* 26 DiSember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

* 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

* Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

* 1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

* 1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

* 15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga … Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

* Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

Untuk rujukan ttg ntrah, ana siapkan link untuk antum ikuti dan hayati :

http://www.youtube.com/watch?v=Q51daa9HZ-M
http://www.youtube.com/watch?v=EWlnUBIvHH0&feature=related

Jika kita menyusuri cerita natrah, maka akan kita temui lagu NATRAH nyanyian Handy Black dan terbaru ialah Pulanglah Natrah nyanyian Alwadi yang dihasilkan untuk PUISI 2008(perhimpunan ukhuwah islamiah seluruh Ireland).

Sumber: Blog pulanglahnatrah

7 October 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Renungan & Teladan | , , | 3 Comments

Mentafsir al-Quran – Syarat dan adabnya

Surah

ISLAM merupakan agama Ilahi berpandukan kepada wahyu al-Quran. Ia adalah petunjuk hidayah dalam lautannya, tinggi fahamannya, dan tidak sampai kepada kefahamannya kecuali yang benar-benar berkecimpung dalam banyak ilmu.

Di samping itu bermuamalat kepada Allah dengan penuh ketaqwaan dalam keadaan sir dan terang-terangan, terutamanya ketika dalam banyak perkara syubhat, lataif dan hakikat yang tidak difahami kecuali sesiapa yang diberikan kurniaan Allah.

Al-Quran ialah kitab suci Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril, mengandungi 114 surah daripada al-Fatihah hingga al-Nas.

Antara keistimewaan al-Quran ialah merupakan kitab Ilahi yang terpelihara, mukjizat, berisi penerangan dan mudah, kitab agama yang benar semuanya, sepanjang masa dan kitab insaniyah semuanya.

Hal ini telah dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 17-70.

Antara matlamat-matlamat al-Quran al-Karim seperti kata al-Qardhawi :

* Mentashihkan akidah sama ada berkaitan uluhiyyah, risalah dan perbahasan.

* Membenarkan karamah insani dan hak-haknya.

* Mengajar manusia ibadah yang baik kepada Allah.

* Menyeru kepada pembersihan jiwa.

* Pembentukan usrah yang solehah.

* Mengasaskan ummah yang menjadi saksi kepada sekalian manusia.

* Dakwah kepada alam insani yang bersifat tolong menolong.

Sebahagian ulama menyatakan intipati dalam al-Quran ada empat:

* Permasalahan akidah.

* Permasalahan syariah.

* Perbandingan agama dan akhlak.

* Kisah nabi-nabi dan umat dahulu kala.

Tafsir al-Quran atau dikenali juga takwil pada definisi bahasa, membawa maksud penerangan dan pendedahan. Ini pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa seperti pengarang al-Qamus, al-Bahr al-Muhit dan Tha’lab.

Pada istilahnya pula, ia adalah ilmu yang membincangkan bagaimana menyebut dengan lafaz al-Quran, madlulnya, hukum-hukumnya sama ada berbentuk satu atau tersusun dan maknanya.

Al-Suyuti menaqalkan daripada Imam Zarkasyi, definisi tafsir dengan maksud ilmu yang difaham dengannya, kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-Nya Muhammad s.a.w. yang menerangkan makna-maknanya dan hukumnya (Lihat al-Itqan 4 / 169).

Ulama berselisih pendapat mengenai perbezaan antara kalimah tafsir dan takwil. Abu Ubaidah berpendapat ia memberi makna yang sama. Al-Gharib pula berpendapat tafsir lebih umum dan luas penggunaannya pada lafaz-lafaz dan mufradatnya dalam kitab-kitab Ilahi.

Al-Maturidi menganggap tafsir adalah memutuskan dengan apa yang dikehendaki Allah. Sedangkan takwil kembali kepada beberapa andaian. (Tarikh ilmi al-Tafsir / Dr. Ali Hasan al-’Aridu).

Rumusan yang dapat dinyatakan bahawa menghimpunkan makna takwil dan tafsir lebih baik daripada memisahkannya. Justeru kedua-duanya memberi makna yang sama seperti pendapat Ibn Jarir.

Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tafsir al-Quran sebelum ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah dengan Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dengan al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al-Zarkasyi dengan al-Burhan, al-Zurqani dengan Manahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.

Syarat syarat mufassir dan adab-adabnya.

* Keikhlasan.

* Iktikad yang sahih.

* Sejahtera daripada amalan dan iktikad bidaah.

* Bertaubat dan sentiasa kembali kepada Allah.

* Sentiasa berwaspada daripada terjebak mengikut hawa nafsu.

* Mempunyai pelbagai ilmu, antaranya, Ilmu lughah seperti kata Mujahid : Tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat bercakap tentang kitab Allah jika tidak arif / tahu dengan bahasa Arab.

Antara ilmu bahasa itu :

* Nahu.

* Tasrif atau Sarf.

* Istiqaq sama ada istiqaq besar atau kecil.

* Balaghah iaitu bayan ma’ani dan badi’.

* Usuluddin.

* Usul fiqh.

* Asbab al-Nuzul

- sebab-sebab diturunkan ayat.

* Nasikh dan mansukh.

* Ilmu Fikah.

* Ilmu Hadis

* Ilmu Qiraat.

* Ilmu al-Mauhibah. Al-Zarkasyi dalam al-Burhan berkata: “Ketahuilah bahawa tidak tercapai kefahaman makna wahyu dan nyata segala sir-sirnya sedangkan dalam hatinya terdapat unsur bidaah, takabbur, hawa nafsu, cinta dunia atau yang kekal melakukan maksiat, atau tidak tahqiq iman atau daif tahqiq atau bergantung kepada pendapat mufassir tanpa ilmu atau kembali kepada akalnya. Ini semua adalah hijab / terdinding daripada tafsir.”

* Ilmu Sirah.

* Ilmu Tarikh al-Adyan (agama). Ini terutamanya agama-agama samawi antaranya Yahudi, Masihi dan juga agama lain. Suka ditambah di sini ilmu-ilmu moden seperti mukjizat al-Quran mengikut sains dan lain-lain lagi.

Disyaratkan juga ahli tafsir menjauhkan perkara-perkara ini :

* Tanpa ilmu dan tidak mencukupi syarat-syarat ahli tafsir.

* Membincangkan perkara yang berada di dalam ilmu Allah semata-mata.

* Mengikut hawa nafsu.

* Tafsir ayat-ayat dengan makna yang tidak boleh ditanggungnya.

* Tafsir secara pasti seperti kehendak Allah daripada ayat ini begini-begini.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir halaman 83, memberi peringatan kepada golongan yang berpaling daripada tafsir al-Sahabat dan al-Tabiin tegasnya, “Sesiapa yang berpaling daripada mazhab-mazhab sahabat dan al-Tabiin, sedangkan tafsir mereka bercanggah daripada yang demikian itu, sebenarnya dia tersilap dan juga ahli bidaah.

 

Sumber: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,

Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang,

Port Dickson, Negeri sembilan.

(Beliau mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Ijazah sarjananya dalam bidang yang sama diterima dari Universiti Ulum Islamiyyah Wal Arabiyyah, Syiria. Sementara P.hd Syariah dari Universiti Sains Malaysia).

22 September 2012 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Tazkirah | , | Leave a comment

Kaidah mendapat Lailatul Qadar Menurut Imam Ghazali

Lailatul Qadar

Pada dasarnya Rasulullah Muhammad SAW banyak beribadah Qiyamu Ramadhan dan menganjurkan mencari Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan yang pada sepuluh pertamanya adalah rahmat, sepuluh tengahnya adalah ampunan dan sepuluh akhirnya adalah bebas dari neraka. Walau pun hakikatnya tidak ada yang mengetahui secara pasti bila terjadinya Lailatul Qadar, kecuali Allah SWT.

Hanya saja, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan dalam sabdanya:

تَحَرَّوْا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان

“Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. ” (Muttafaqun ‘alaihi dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)

Dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim disebutkan, dari Aisyah Radhiyallahu anha, ia berkata:

كَانَ رَسُوْلُ الله إِذَا دَخَلَ العَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ)) هذا لفظ البخاري

“Bila masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” Demikian menurut lafadz Al-Bukhari.

Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ )) رواه مسلم

“Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh dalam sepuluh hari akhir bulan Ramadhan, hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya.”

Dalam shahihain disebutkan, dari Aisyah Radhiyallahu Anha:

( أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ الله )

“Bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam senantiasa beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau.”

Lebih khusus lagi, adalah malam-malam ganjil sebagaimana sabda beliau:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِفِي الْوِتْرِمِنَ الْعَشْرِالْأَوَاخِرِمِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan)”. (HR. Al-Bukhari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)

Dan lebih khusus lagi adalah malam-malam ganjil pada rentang tujuh hari terakhir dari bulan tersebut. Beberapa shahabat Nabi pernah bermimpi bahwa Lailatul Qadar tiba di tujuh hari terakhir. Maka
Rasulullah bersabda:

أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

“Aku juga bermimpi sama sebagaimana mimpi kalian bahwa Lailatul Qadar pada tujuh hari terakhir, barangsiapa yang berupaya untuk mencarinya, maka hendaknya dia mencarinya pada tujuh hari terakhir. ” (Muttafaqun ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Dalam riwayat Muslim dengan lafazh:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir, jika salah seorang dari kalian merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai terlewatkan tujuh hari yang tersisa dari bulan Ramadhan. ” (HR. Muslim dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Yang lebih khusus lagi adalah malam 27 sebagaimana sabda Nabi tentang Lailatul Qadar:

لَيْلَةُ سَبْع وَعِشْرِيْنَ

“(Dia adalah) malam ke-27. ” (HR. Abu Dawud, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma, dalam Shahih Sunan Abi Dawud. Sahabat Ubay bin Ka’b radhiyallahu ‘anhu menegaskan:

والله إني لأعلمها وأكثر علمي هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها هي ليلة سبع وعشرين

Demi Allah, sungguh aku mengetahui malam (Lailatul Qadar) tersebut. Puncak ilmuku bahwa malam tersebut adalah malam yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menegakkan shalat padanya, yaitu malam ke-27. (HR. Muslim)

Dengan demikian dapat diberi kesimpulan bahwa Lailatul Qadar itu ada pada sepuluh akhir Ramadan, terutama pada malam tanggal ganjil.

Dalam hadits Abu Dzar disebutkan:

(( أَنَّهُ r قَامَ بِهِمْ لَيْلَةَ ثَلاَثٍ وَعِشْرِيْنَ، وَخَمْسٍ وَعِشْرِيْنَ، وَسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ، وَذَكَرَ أَنَّهُ دَعَا أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ خَاصَّةً ))

“Bahwasanya Rasulullah melakukan shalat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahwasanya beliau mengajak shalat keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27).”

Para ulama kemudian berusaha meneliti pengalaman mereka dalam menemukan lailatul qadar, dan di antara ulama yang tegas mengatakan bahwa ada kaidah atau formula untuk mengetahui itu adalah Imam Abu Hamid Al-Ghazali (450 H- 505 H) dan Imam Abu Hasan as Syadzili. Bahkan dinyatakan dalam sebuah tafsir surat al-Qadr, bahwa Abu Hasan semenjak baligh selalu mendapatkan Lailatul Qadar dan menyesuai dengan kaidah ini.

Menurut Imam Al Ghazali Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar boleh dilihat dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadan :

1. Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadan

2. Jika malam pertama jatuh pada Senin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.

3. Jika malam pertama jatuh pada Kamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan

4. Jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan

5. Jika malam pertama jatuh pada Selasa atau Jumat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.

Menyetujui kaidah ini, berarti malam Lailatul Qadar jatuh pada malam Ahad, 11 Agustus 2012 atau malam 23 Ramadan 1433 H, karena awal Ramadan adalah malam Sabtu, 20 Juli 2012.

Kaedah ini tercantum dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah. Rumus ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama’ yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah ‘Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I’anatuth Thalibin Juz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni.

 

(Sumber:Ust. Yusuf Suharto-Alumnus Pondok Pesantren Mamba’ul Ma’arif Denanyar, Kontributor NU Online Jombang)

14 August 2012 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Cara mengetahui kek yang mengandungi arak

6 August 2012 Posted by | Informasi | , | 1 Comment

Foto foto hukum hudud

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengantakzir (discretionary punishment).(Mantan Mufti Perlis Dr Asri)

Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.

Di Aceh

(Sumber: Ini Jalan Ku)

25 July 2012 Posted by | Fiqh, Ibadah, Informasi, Tazkirah | | 5 Comments

Hadith palsu kelebihan Tarawih


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

  • Malam Pertama:  Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam:  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh:  Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan:  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.

3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

25 July 2012 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Syirik era baru

Trend letak patung di bawah kereta

Sudah tentu pembaca sekalian pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta…

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.

(Sumber: Sahabat FB bobo online)

16 July 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Tazkirah | | 1 Comment

Waspada gerakan demokrasi liberal

Assalamualaikum semua sahabat Islam yg sejati, ini adalah luahan ikhlas dari saya (AHMAD FAIDZURRAHIM):

Sesungguhnya dewasa ini umat Islam menghadapi cabaran fahaman dan agenda demokrasi liberal yang dijana melalui organisasi terancang yang kekadang terkabur oleh ketidaktelitian sendiri walau berpartikan politik Islam. Rangkaian dan konsistensi pasti kedapatan jika kita bersama meneliti sehalusnya dengan multi-disiplin keilmuan keantarabangsaan dan keilmuan agama yang benar daripada pensanadan ilmu yang thiqah yang berkredibiliti. Tidak semestinya kemasyhuran intelektualisme mengatasi kebenaran kerana di sana memungkinkan terdapatnya kekeliruan dan kesamaran jika tidak berhati-hati.

Umat Islam kini berdepan cabaran fahaman-fahaman sesat dan merbahaya serta bersifat pegganas dlm bentuk pemikiran, contoh yg boleh kita utarakan di sini seperti golongan Wahhabiy yg berfahaman songsang dlm bab akidah dan juga fahaman demokrasi liberal yg begitu bebas dan ianya melemahkan integriti perpaduan ummah khususnya di negara tercinta kita Malaysia dan sekitarnya. Bila dinilai semula gerakan dan fahaman Wahhabi memang jelas didefinisi oleh pendokong demokrasi liberal. Mereka memahami sejarah Islam dan membiarkan kita dicabar dari luar dan dalam. Dari dalam melalui fahaman yang menjejaskan akdah di samping kemunculan ajaran-ajaran sesat lain yg mengambil kesempatan di tgh2 masyarakat Islam seperti mutasawwifah (ahli Tarikat dan sufi yg sesat), manakala dari luar pula melalui gerakan demokrasi liberal dan sekularisme.

Maka gerakan demokrasi liberal (acuan Yahudi moden) mendefinisi Muslim kepada 4 kumpulan iaitu;

1- fundamentalist,

2-traditionalist,

3-modernist

4-dan sekularist.

Di samping itu, disebabkan umat Islam kurang pengetahuan sejarah Islam silam kerana sibuk main internet dan Facebook serta lepak di kedai mamak sehingga lewat malam dan sibuk mengumpat dan maki hamun dan ada juga sibuk mengumpul kekayaan harta dunia menyebabkan umat Islam dewasa ini alpa ditambah pula ketidakjelasan ilmu akidah membuntukan lagi pencerahan mereka dalam mengenal yang benar dan yang mana batil dari sudut akidah dan Islam.

Hatta yang bertopeng Islam pun tidak dapat dapat dikenalpasti oleh org Islam, natijah dan kesannya alah ajaran sesat mungkin diiktiraf disebab kegagalan menguasai keilmuan akidah. Betapalah sedihnya umat Islam akhir zaman.

Oleh itu marilah bersama mempelajari usul al-din akidah yg benar berdasarkan metod yang sistematik yang telah disusun melalui pengajian sifat 20 ulama terdahulu dan seumpamanya. Namun ilmu ini sekarang sedikit demi sedikit terhakis dan kurang diminati, dan kebanyakkan lebih mengutamakan ilmu kaifiat fiqh ataupun usul fiqh, tasawuf, kerohanian, hiburan Islam umpama nasyid daripada mempelajari ilmu yang wajib kita pelajari ini.

Saya (Ahmad Faidzurrahim) amat sedih dengan realiti yg berlaku di Malaysia sekarang yg mana tanah air umpama syurga ajaran sesat dan bangsa asing dari luar serta yg mengambil keuntungan org kita melalui jemputan orang2 luar (tanpa ditapis dgn teliti oleh pihak yg berkeahlian) yg bertopengkan agama dan kononnya memberi ceramah di Malaysia padahal pada hakikatnya mereka umpama penjajah terdahulu yg hanya ingin keuntungan tanah air dan nama serta kemsyahuran semata-mata.

Sedih juga di negara kita seolah-olah sudah ketandusan ulamak sendiri, seolah-olah kita berada di zaman Jahiliyyah sudah tidak ada seorang ulamak melayu yg boleh diiktiraf oleh rakyat Islam sendiri, Subhanallah. Padahalah orang melayu memang hebat dlm ilmu agama.

Marilah bersama kita merenungi mengkaji sejarah, memahami cabaran fahaman-fahaman sesat tersebut seperti demokrasi liberal, Wahhabi, Syiah, Mutasawifah, Hizbut Tahrir, Syiah yg bertopengkan dgn nama Habib dan habaib, muktazikah moden, khawarij moden dan lain-lain.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh\Ikhlas dari:
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
AHMAD FAIDZURRAHIM
(Penulis Kitab-Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah)

 

PENGAJIAN BERSANAD DI HULU KELANG AKIDAH SULTAN SOLAHUDDIN, AKIDAH IBNU ASAKIR (Syarah Akidah Mursyidah)

PENGAJIAN KITAB AKIDAH SECARA TALAQQI DAN BERSANAD SERTA PERCUMA

TERBUKA BAGI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Peluang bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Hulu Kelang seperti di Ampang, Pandan, Keramat, Kg Baru, Lembah Keramat, Taman Melawati, Taman Melati, AU, Gombak, Setapak, Klang Gate, Wangsa Maju, Wangsa Melawati, SetiaWangsa, Kemesah, Kg Pasir, Ukay Perdana dan sekitarnya di Kuala Lumpur.

Judul Kitab: Syarah Akidah Mursyidah (Akidah Ibnu Asakir dan Sultan Solahuddin)

Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahin( Penulis Buku-buku Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia)

Tempat: Rumah Dato’ Hj Abdul Kayoom Mustakim, Lot 4, Lorong Hillview 2A Taman Hillview, Off Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor (Bersebelahan dengan Taman Sri Ukay)

Waktu: Setiap Jumaat, Malam Sabtu selepas Solat Maghrib

Pengajian akan bermula pada 2 Mac 2012

Disarankan solat Maghrib berjamaah di tempat pengajian.

Maklumat Selanjutnya boleh berhubung dengan:

1- Hajjah Jalimah (019-2530884)

2- Puan Saherah (012-6378973)

3- Haji Ahmad     ( 012-9190353)

4- Puan Qamariah (03-26913859)

Kitab Pengajian boleh didapati di tempat pengajian dengan harga rm:10

Mari sama-sama kita memperkasakan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menghidupkan Majlis ilmu Akidah,

Sebarkan Maklumat ini dan doakan agar ianya berjaya.

11 July 2012 Posted by | Aqidah, Informasi | | Leave a comment

Profil ringkas RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah S.A.W ialah Nabi dan Rasul yang terakhir bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilap bin Murrah.

IBU baginda bernama Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.

NENEK – sebelah ibu baginda bernama Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul dar bin Qusay bin Murrah.

NENEK – sebelah bapa baginda bernama Fatimah binti Umar al Makhzumiyah

LAHIR:

Baginda di lahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum hijrah (Tahun 570 masihi)

TEMPAT LAHIR:

Makkah dekat Bukit Sofa di rumah Abu Talib.

Di sambut oleh bidan bernama Shifa’ binti Auf (Ummu Abd Rahman)

Dan di jaga oleh Ummu Aiman

IBU susu dan saudara susu:

  1. Ibu susu Tsuwaibah al Aslamiyah – Saudara susunya (1) Abdullah bin Jahay  (2) Hamzah bin Abdul Mutalib  (3) Abu Samah bin Abdul Asad  (4) Masruh bin Tsuwaibah
  2. Halimah binti Dzuaib as Sa’adiah –  Saudara susunya (1) Abdullah bin al Harith  (2) Anisah binti al Harith  (3) Huzaifah bin al Harith

TARIKH DI LANTIK JADI NABI:

27 Ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah (Tahun 609 masihi) di Gua Hira” Makkah.

WAFAT :

Baginda wafat pada hari Isnin, 12 Rabiuawal tahun  ke-11 Hijrah (Tahun 632 masihi)

PEKERJAAN SEBELUM JADI NABI:

Pengembala kambing dan berniaga bersama Siti Khadijah hingga umur 40 tahun.

SIFAT SIFAT DAN TANDA TANDA KEISTIMEWAAN PADA NABI:

  • Mempunyai cop kenabian di antara dua bahu baginda.
  • Sentiasa di naungi oleh bayangan awan kemana sahaja baginda pergi
  • Wajah baginda putih kemerah merahan,berseri dan bercahaya
  • Ketinggian nya sederhana dan dada nya bidang
  • Mata dan rambutnya hitam

ISTERI ISTERI:

  1. Siti Khadijah bin Khuwailid r.h – Anak bersama Nabi (1) Zainab r.h (2) Al Qasim r.a (3) Ruqayah r.h (4) Ummu Kalthum r.h (5) Fatimah r.h  (6) Abdullah r.a
  2. Saudah binti Zam’ah r.h              – Tiada anak bersama Nabi
  3. Aisyah binti Abu Bakar r.h          – Tiada anak bersama Nabi
  4. Habsah binti Umar r.h                  – Tiada anak bersama Nabi
  5. Zainab binti Khuzaimah r.h       – Tiada anak bersama Nabi
  6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h – Tiada anak bersama Nabi
  7. Zainab binti Jahsy r.h                   – Tiada anak bersama Nabi
  8. Juwairiyah binti al Harith r.h    – Tiada Anak bersama Nabi
  9. Safiyah binti Huyai r.h                 – Tiada Anak bersama Nabi
  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan r.h – Tiada Anak bersama Nabi
  11. Maimunah binti al Harith r.h    -  Tiada anak bersama Nabi
  12. Mariah binti Syam’un r.h           – Anak bersama Nabi bernama (1) Ibrahim r.a

ANAK ANAK:

LELAKI:

  1. Al Qasim r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Ibrahim r.a r.h
  4. Ruqayah r.h

PEREMPUAN:

  1. Zainab r.h
  2. Ruqyah r.h
  3. Ummu Kalthum r.h
  4. Fatimah r.h

CUCU CUCU:

LELAKI:

  1. Ali r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Al Hasan r.a
  4. Al Husain r.a
  5. Yahya r.a
  6. Muhammad r.a

PEREMPUAN

  1. Umamah r.h
  2. Ummu Kalthum r.h
  3. Zainab r.h
  4. Ruqayah r.h

BINATANG PEMELIHARAN NABI:

  1. KELDAI – 4 ekor – kesayangan baginda bernama Dul Dul.
  2. UNTA – 20 ekor – kesayangan banginda bernama Atba
  3. KUDA – 20 ekor – kesayangan baginda bernama Ya’afur
  4. KUCING – kesayangan baginda bernama Mueeza

PENGAWAL RASULULLAH S.A.W:

  1. Abu Salamah r.a
  2. Yassar r.a

PENJAGA RAHSIA RASULULLAH S.A.W:

  1. Anas bin Malik r.a
  2. Hudzaifah bin al Yaman r.a
  3. Fatimah r.h

BENDAHARI DAN PENGATUR KEWANGAN RASULULLAH S.A.W:

  1. Bilal bin Rabbah r.a
  2. Ali bin Abi Thalib r.a

PARA HAKIM RASULULLAH S.A.W:

  1. Ali bin Abi Thalib
  2. Mu’az bin Jabal r.a
  3. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah r.a
  4. Bilal bin Rabbah r.a

SEPULUH SAHABAT YANG DI JAMIN SYURGA OLEH RASULULLAHS.A.W:

  1. Abu Bakar As Sadiq r.a
  2. Umar bin Khatab r.a
  3. Uthman bin Affan r.a
  4. Ali bin Abi Thalib r.a
  5. Thalhah bin Abdullah .ra.
  6. Zubair bin Awaam r.a
  7. Saad bin Abi Waqqas r.a
  8. Sa’id bin Zaid r.a
  9. Abdur Rahman bin Auf r.a
  10. Abu Ubaidillah bin Jarrah r.a

PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W:

Jumlah peperangan dalam era Rasulullah S.A.W ialah 82 kali.

  1. Perang Ghazwah (iaitu peperangan yang Rasulullah S.A.W sendiri hadiri) ialah sebanyak 28 kali.
  2. Perang Sariyyah (iaitu peperangan yang tidak di hadiri Rasulullah S.A.W) sebanyak 54 kali.

Dalam peperangan Gahzwah hanya 9 kali Rasulullah S.A.W bertembung dengan musuh.19 kali tidak bertembung kerana musuh cabut lari.

Sembilan kali pertempuran Rasullah S.A.W dengan musuh  ialah di peperangan Badar,Uhud, al Muraisi’, Khandak, Quraidzah,Khaibar, Fathu-Makkah, Hunain dan Thaif.

KELEBIHAN KHUSUS RASULULLAH S.A.W.:

  1. Musuh merasa gerun sebelum menemui Rasulullah dalam jarak tempoh sebulan (HR Bukhari)
  2. Rasulullah dianugerah kefasihan dalam berbicara (HR Muslim)
  3. Terpelihara dari dosa
  4. Keluarga dan keturunannya di larang menerma zakat dan sedekah
  5. Di antara kedua bahunya ada tanda kenabian
  6. Qiyamulail diwajibkan baginya
  7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga (HR al Bukhari)
  8. Janda Rasulullah dilarang dinikahi oleh sesiapa
  9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang
  10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada seluruh umat manusia (HR Muslim)

SEPULUH AMANAT TERAKHIR RASULULLAH:
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad Rasulullah berpesan 10 perkara:

  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci
  2. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Riba’ adalah diharamkan disisi Islam
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal hal yang kecil
  6. Menjaga keharmonian suami isteri
  7. Mengharam zina
  8. Sempurnakan 5 rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada al Qurandan Sunnah

 (Sumber: Boigrafi Muhammad Rasulullah s.a.w oleh Dr Mohd Khalil dan Dr Wan Hassan Wan Ahmad)

 

23 June 2012 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi | | Leave a comment

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Menurut Siasah Syar’iyyah

August 2, 2009 at 2:30 am | Posted in FIQH | 4 Comments

Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

PENDAHULUAN
Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.

“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.

Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?

Atau mungkinkah penggunaan ISA pada asasnya diizinkan syarak, cuma perlaksanaannya mestilah dengan cara yang hak dan tidak menzalimi tahanan?

KONSEP PENAHANAN DALAM ISLAM
Dalam ilmu Qadha’ dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman penahanan, atau penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar diharuskan dalam Islam. Bahkan ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.

Penahanan seseorang individu oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan individu kerana langkah berwaspada demi menjaga maslahah umum dan mengelakkan keburukan. Oleh itu, sarjana Islam membahagikan motif penahanan kepada dua kategori:

Pertama: Penahanan Untuk Hukuman
Kedua: Penahanan Untuk Waspada

PENAHANAN UNTUK HUKUMAN
Penahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu yang sudah sabit kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa selepas mahkamah mensabitkan kesalahan seseorang individu dan menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif tahanan jenis ini ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.

PENAHANAN UNTUK WASPADA
Penahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu yang belum disabitkan kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan maslahah, dia perlu ditahan sementara waktu.

Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu yang ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan reman bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara menyeluruh.

Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu sebelum dibicarakan di mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak. Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang kuat, iaitu menjalankan soal siasat terhadap suspek.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang Yahudi yang dituduh membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan kepalanya menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah dijatuhkan hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil bahawa perintah tahanan reman ada sandaran daripada syarak.

Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu yang dipercayai membawa ancaman kepada keselamatan awam atau keamanan negara. Biarpun individu itu tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh membawa mudarat terhadap orang awam dan keselamatan.

Jika pemerintah berpendapat bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan, tetapi tidak ada bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu sehingga ke satu tempoh yang sesuai.

Dalilnya, kisah Abu Sufian yang menghantar seorang lelaki ke Madinah untuk membunuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang perancangan lelaki tersebut. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengeluarkan arahan supaya dia ditangkap. Apabila ditangkap, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia mahu melakukan pembunuhan kerana dia sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjatanya. Pun begitu demi kemaslahatan, baginda mengarahkan supaya lelaki ini ditahan di rumah seorang sahabat, Usaid bin Hudhair.

Kisah ini menunjukkan harus bagi pemerintah mengeluarkan arahan tahanan terhadap seseorang yang dilihat membahayakan keselamatan, sekalipun dia belum melakukan jenayah apatah lagi untuk dibicarakan di mahkamah.  Penahanan orang seperti ini adalah berasaskan kepercayaan pemerintah bahawa kewujudannya di tengah-tengah masyarakat membawa bahaya.

Tetapi tempoh penahanan mestilah sekadar keperluan dan tidak dilakukan penganiayaan terhadap tahanan.

Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan ialah jika berlaku pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh menahan anak isteri para pemberontak buat sementara waktu supaya mereka tidak terpengaruh dan bersama-sama mengikut jejak pemberontak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi maslahah yang lebih besar mereka ditahan.

Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah kerana maslahah umum. Oleh itu pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua Negara.

AKTA ISA DARI SUDUT SYARAK
Berbalik kepada akta yang termaktub dalam perlembagaan negara kita. Bagi saya, akta ISA termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam siasah syar’iyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia langsung tidak ada dalam Islam atau bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah. Berikut adalah contohnya:

1. Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang memberi ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu tertentu atau masyarakat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak  membahayakan keselamatan pun turut menjadi mangsa. Dibimbangi akta ini hanya menjadi benteng politik pemerintah.

2. Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada ialah sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka, memanjangkan tempoh penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah tidak wajar.

3. Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh disamakan dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang dipenjara kerana sabit kesalahan boleh dilayan dengan sedikit kekerasan. Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai seorang Muslim yang tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA, seolah-olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang merompak dan merogol.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya, -Wallahu A’lam- penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam Islam dalam kes-kes tertentu. Peruntukan ini adalah bagi  memelihara keselamatan awam. Tetapi hanya dalam lingkungan yang sangat sempit. Ia tidak wajar dijadikan senjata pemerintah untuk menjamin survival politik diri sendiri. Tempoh penahanan juga mesti dihadkan sekadar keperluan. Layanan kepada tahanan hendaklah secara ukhuwwah dan berperikemanusiaan, bukan dilayan sebagai banduan. Jangan sampai menzalimi tahanan dan keluarga mereka tanpa sabitan kesalahan.  Jika  Kerajaan berpendapat akta ini masih relevan untuk diamalkan, ia perlu kepada penambahbaikan dan kemaskini agar bertepatan dengan siasah Islamiyyah.

 

Wallahu A’lam.

Madinah, KSA. 19 Mei 2008 bersamaan 14 Jumada al-Awal 1429.

sumber: Abu Umair

22 June 2012 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Crowd counting software – untuk membilang peserta himpunan raksaksa

“Crowd Counting Software” ciptaan Herbert Jacobs, seorang profesor kewartawanan di Universiti of California, Berkeley, adalah aplikasi di guna untuk mengira jumlah peserta sesuatu perhimpunan.

crowd-counting-0911-mdn

Foto : Suatu perhimpunan raksaksa di Hong Kong pada June 2011.Polis menganggarkan ada 77,000 peserta.Pihak penganjur mengatakan ada 150,000.

crowd-counting-0911-de

Setelah di kira menggunakan aplikasi ini kehadiran peserta ialah di dapati berjumlah 87,000 orang +-

Jumlah peserta himpunan BERSIH 3.0 pada 28hb April 2012 juga dikira mengguna aplikasi ini.

Perhimpunan BERSIH 3.0 28hb April 2012

MELALUI APLIKASI INI, BERNAMA TELAH MEMPEROLEHI JAWAPAN BAHAWA JUMLAH PESERTA BERSIH 3.0 YANG DI RAKAM MELALUI UDARA DI 7 LOKASI IALAH 22,000 +-.(RALAT 10%)

1 June 2012 Posted by | Informasi | 1 Comment

Asal usul kejadian manusia

Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir”

Didalam Surah At-Thariq : 5-7

” Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan”

Nabi bersabda:

“Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah”

Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :

“Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.

Lalu Allah berfirman lagi:

“Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:

“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.”

Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:

Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:

  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:

  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Proses kejadiannya:

  1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
  2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
  3. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “Kudral-Izzah-Nya” . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
  4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah:

  1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
  2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

  1. Mata alat penglihatan
  2. Hidung alat penciuman
  3. Telinga alat pendengaran
  4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
  5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman “Yarhamukallah”yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan“Yarhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.

Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).

Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.

Wallahualam

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin HaiyonPP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) JAI S.

23 April 2012 Posted by | Informasi, Tazkirah | , | Leave a comment

Pejuang seks songsang (LGBT) adalah pengikut syaitan

image

Nasharudin Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di UTM Kuala Lumpur

Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

(Sumber: Utusan Malaysia Online 23 Apr 2012)

 

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesNONEempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

(Sumber: Malaysia Kini)

23 April 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Ibadah, Informasi, Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

Pengikut Syiah di Malaysia guna isu Cinta Nabi dan Ahlil Bait untuk menarik umat Islam

Suatu ketika dulu ketika berita kejayaan Ayutollah Khomeini menumbangkan Shah Iran sampai kepada kita umat Islam khususnya pejuang pejuang Islam di Malaysia bertepuk, bersorak dan bergemibira.

Tetapi di sebalik apa yang di banggakan, harus di ketahui bahawa negara Iran yang berpegang kepada fahaman Syiah Imamiah adalah merupakan ancaman terbesar akidah kepada seluruh dunia Islam yang berpegang dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Umat di negara kita Malaysia tidak terkecuali dari ancaman ini.

Negara Iran pada asalnya adalah negara yang hampir kesemua umat nya berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah yang bermazhab kepada imam Shafie.Setelah menakluki dan menguasai Iran, seorang pemimpin berfahaman syiah di bawah kerajaan Safawiyyah bernama  Shah Ismail (tahun 907-1501) telah memaksa dengan kekerasan rakyat beralih pegangan kepada Syiah.Sesiapa yang membantah di bunuh.Shah Ismail telah membunuh lebih sejuta rakyat yang enggan menukar aqidah kepada Syiah.Shah Ismail dengan kekuasaan dan kekuatannya juga berjaya menakluki Baghdad dan membunuh keseluruhan ulama ulama Ahli Sunnah, merobohkan masjid dan madrasah milik Ahli Sunnah di seluruh Iraq.Peristiwa ini adalah sejarah tragedi hitam bagi penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia.

Sejarah memaparkan bahawa sekiranya ada pertembungan di antara penganut syiah dengan penganut sunnah dimana mana jua,peristiwa berdarah saperti yang diceritakan ini mungkin tidak dapat di elakkan.Kerana syiah adalah penganut yang memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia.Kita perlu tahu bahawa Syiah menganggap penganut sunnah (iaitu kita) adalah musuh mereka dan lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani.Darah dan harta benda penganut sunnah adalah halal bagi mereka.Bererti bagi syiah membunuh penganut ahli sunnah mendapat pahala.Sebab pegangan Syiah saperti yang ditetapkan oleh ulama ulama mereka adalah bahawa seorang yang dikatakan mukmin itu ialah mereka yang beriman kepada Imam Dua Belas, orang Islam yang tidak berpegang kepada syiah adalah kafir dan kotor (najis) dan bahawa mereka yang tidak beriman kepada syiah imamiah adalah musuh ahli bait dan kafir dan lebih jahat dari yahudi dan nasrani.

Sejak revolusi Iran mereka gigih menjalankan program apa yang di sebut “mengekspot revolusi” fahaman syiah ke negara negara Islam sedunia.Malaysia tidak terkecuali dari terkena tempias revolusi mereka.

Pada awal tahun 1987 Ustaz Ashaari Muhammad (Allahyarham) bekas pemimpin Al Arqam yang di haramkan telah mendedahkan tentang bahaya Syiah.Menurut katanya, ketika itu, ramai pejuang pejuang muda, pensyarah dan mahasisiwa mahasisiwi di IPT dalam dan luar negara terpengaruh dengan revolusi Iran, dan menjadi penganut dan ejen perjuangan Syiah yang kononnya adalah perjuangan Islam.Ramai ibubapa juga turut menghantar anak anak mereka belajar di Qom (Iran) atau Pakistan di mana terdapat pengaruh Syiah yang kuat.

Hari ini kita boleh lihat Revolusi syiah telah berjaya di ekspot dan bertapak di Malaysia dengan munculnya markaz markaz Gerakan Syiah yang dikenali sebagai Hauzah Ar Redho di seluruh negara.Menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.

Pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pihak JAIS pernah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Beberapa pemimpin Syiah pernah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf

Jabatan Agama Islam Melaka pernah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan

Modus operandi mereka bergerak di Malaysia ialah dengan menggunakan isu cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda (ahli bait )sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.

Perkembangan ini mengundang berbagai bahaya kepada Islam di Malaysia.Sebab Syiah sebenarnya menyimpang dari keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dalam hal akidah mahu pun furu’iah.Mengikut Syiah bererti menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Sudahlah jurang di antara umat Islam di Malaysia sudah menjadi renggang di sebabkan fahaman politik kepartian yang bertentangan, kalau Syiah berjaya berkembang bererti membenarkan lagi satu jurang yang besar untuk tambah memecah belahkan lagi penyatuan umat Islam.Sebab sejarah, saperti yang saya telah sebut tadi, telah membuktikan Syiah sentiasa akan memerangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi yang menentang mereka.

Potret Imam Imam Syiah atau Imam 12

Kita tidak menolak kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.

Rujukan:

(1) Majalah Q&A Bil 4 Tahun 2012

(2) Buku Bahaya Syiah oleh Ustaz Ashaari Muhammad

18 April 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Erti gerak geri dalam solat

1 – Niat Sembahyang :

Setiap perbuatan yang dikira itu berdasarkan niat. Niat baik dibalas baik, niat buruk dibalas buruk. Sesungguhnya Allah Maha Menguasai hari pembalasan.

2 – Berdiri Betul :

Tegakkanlah agama Allah dengan lurus. Kebenaran itu lurus sahaja. Bila ada bukti sesuatu itu benar yang akal kita sendiri mengakuinya, maka benarlah ia biarpun sepahit mana hati kita menerima. Yang menyebabkan hati kita rasa panas bila mendengar sesuatu kebenaran kerana masih ada syaitan yang tersembunyi. Syaitan ini ego untuk menerima kebenaran.

3 – Takbir-ratul Ihram :

Meluahkan rasa Kebesaran Allah agar hati bergetar takut kepadaNya biar pun kita tidak melihat Dia dengan dengan mata kasar. Semakin kita rasa getaran KeagunganNya, semakin mata hati kita terbuka sehingga satu tahap kita seperti melihatNya di hadapan (ihsan).

4 – Fatihah :

Pembukaan hati dan minda untuk berbicara denganNya. Kita berbicara denganNya menggunakan akal yang waras, sehingga turunnya ilham-ilham yang nyata (bukannya bayangan kosong) yang mampu memudahkan hidup kita. Ini akan mententeramkan jiwa dan mendamaikan rasa. Secara tidak langsung kita boleh mempertingkatkan kekuatan akal kita. Lemahnya sesuatu umat kerana gagal menyediakan generasi yang bijak berfikir.

5 – Ruqu’ :

Setelah kita dapat ilham-ilham itu, tundukkan diri kepada Allah kerana ilham itu datang daripadaNya. Bukankah Allah yang mengilhamkan kepada manusia jalan kebaikan atau jalan kefasikan?

Kita menundukkan diri kepada Allah melalui akal. Jika mulut sahaja manis mengaku Islam tetapi akal tidak dibangunkan, tidaklah bermakna erti keIslaman kita itu. Jadilah kita umat Islam yang mudah diperkotak-katikkan seperti sekarang.

Bukankah para Nabi itu di kalangan orang-orang yang bijak lagi berhikmah? Sudahkah kita menjadi seperti mereka untuk membuktikan kita orang-orang yang menurut sunnah mereka?

6 – I’tidal :

Setelah kita merendahkan diri kepada Allah dengan mendepankan akal mengadapNya (bukannya menurut nafsu menurut membuta-tuli), bangkitlah untuk menyampaikan seruan agar semua manusia membangunkan akal untuk merasai KeagunganNya.

Untuk menyeru manusia kepada Allah, perindahkanlah akhlak sendiri, bukannya mencari keburukan orang lain. Pengajaran yang terbaik kepada manusia lain adalah dari contoh dari diri sendiri. Itulah Rasulullah lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi di dalam hati dan apa yang kita kerjakan.

7 – Sujud :

Setelah menyampaikan seruan mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah, bersyukurlah kita dengan merendahkan diri kepadaNya. Ini dapat melatih hati kita supaya tidak riak bahawa kita seorang sahaja yang benar dan orang lain semuanya tidak betul.

Wujudnya berpuak-puak dalam kehidupan umat Islam sekarang kerana adanya perasaan riak dan sombong sehingga satu puak rasa dia sahaja betul ikut Islam, dan menghukum puak lain tidak betul. Kalau macam ini, bila lagi umat Islam hendak bersatu?

Rendahkanlah keegoan masing-masing. Berlapang dadalah menerima perbezaan pendapat yang masing-masing ada rasional yang tersendiri. Sesungguhnya Islam itu agama yang luas bukannya sempit.

Selepas kita menyampaikan sesuatu seruan, serahkanlah kepada Allah. Oleh kerana kita menyambung dakwah Rasulullah, tugas kita hanyalah menyampai sahaja berdasarkan logik yang nyata. Bukan untuk menghukum orang.

8 – Duduk antara 2 Sujud :

Sentiasalah duduk bermuzakarah berbincang untuk mencari penyelesaian masalah. Bukannya untuk mencari kesalahan orang lain. Sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam, masalah umat adalah masalah dari dalam diri kita sendiri.

Duduk bermuhasabah diri untuk mencari di mana silapnya diri kita sehingga menyumbang kepada perpecahan ummah. InsyaAllah, jika kita duduk dengan tenang hati, Allah akan buka pekung di dada kita. Itu pun bergantung kesanggupan kita mengakui kesalahan sendiri. Jika masa dalam solat ini pun hendak ego dan tidak boleh mengakui kesilapan sendiri, apa ertinya solat kita? Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi berbangga diri.

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Kita duduk di atas dunia ini bukan selama-lamanya. Jika ada permulaan, adalah pengakhirannya. Gunakanlah masa hidup di dunia untuk mencari erti ketenangan dan kedamaian jiwa. Kejayaan kita menyinari hidup sehingga kita rasa bahagia akan menjernihkan wajah dan melambatkan penuaan. Bukankah ahli-ahli syurga itu muda-muda orangnya?

Wajah cepat tua jika dalam hati ada rasa marah, tertekan dan suka mencari permusuhan. Mungkin kerana itu wajah kita umat Islam sekarang jadi cepat tua kerana hidup hanya hendak bertelagah atas rasa kononnya hendak perjuangkan Islam.

Islam diperjuangkan dengan memperindahkan akhlak sendiri, kemudian sampaikan apa yang kita lakukan yang menyebabkan jiwa kita rasa tenang dan bahagia ini. Kerana kita sudah pun mengamalkan apa yang kita kata.

10 – Tahhiyat Akhir :

Solat adalah pembukaan kepada kehidupan. Tahhiyat akhir itu bukan bererti kita berpisah dengan Allah, tetapi bermulanya waktu kehidupan selepas bersolat itu untuk sentiasa berfikir memujiNya. Bukannya selepas solat kita terus lupa dan sibuk mengejar duniawi.

Kita sentiasa memperbaiki akuan akidah kita dengan mengEsakan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung harap, bukan selainNya. Barulah perjalanan hidup kita rasa dilindungiNya dan mententeramkan jiwa. Bila diuji dengan tekanan hidup, kita tidak menyalahkan orang lain, tetapi menyalahkan diri sendiri. Itulah jiwa yang redha dengan takdir Allah.

Dan memperbetulkan persepsi kepada Rasul kita bahwa baginda hanyalah pemberi peringatan kepada kita sahaja. Sekadar cakap nak tegakkan sunnah Rasulullah, tetapi akhlak jauh dari akhlak baginda (Al Quran), tidakkah itu menandakan kita hanya bermuka-muka sahaja?

11 – Selawat Nabi :

Jiwa orang yang beriman terdahulu biar pun telah meninggal dunia, mereka tetaplah hidup lagi mendapat rezeki. Selawat yang disampaikan kepada mereka sebenarnya untuk kita sendiri, kerana segala amal-amal soleh yang kita buat itu untuk diri kita sendiri. Kita mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana, samalah kita mendoakan kesejahteraan diri kita sendiri. Bukankah sesama golongan itu bersatu hatinya? Hati akan bersatu bila mencapai kesatuan akal. Akal boleh disatukan bila berfikir dengan nyata (logik)

12 – Salam :

Bermulalah perjalanan hidup kita untuk memasuki perjuangan agama Allah. Kita menoleh kanan dan kiri sebagai keseimbangan akal. Jika kita melihat pada satu segi tanpa menilai sudut yang lain, kita tidak mampu menilai dengan betul. Macam hendak melintasi jalan dengan selamat, kita kena toleh kanan dan kiri. Begitulah juga untuk hidup dengan selamat.

Lihat beza kehidupan bangsa-bangsa yang maju yang tenang dan kehidupan umat Islam yang terhimpit lagi suka berpecah-belah. Kita akan nampak apa yang tersembunyi dalam hati yang menyebabkan kita jadi umat yang lemah.

Selepas bersolat itu, kita akan bersemangat untuk memperbaiki hidup kita menjadi manusia yang merendah diri dan berfikiran tinggi. Tiada lagi beragama secara menurut membuta-tuli, tetapi akal berterbangan bebas seperti camar yang bersayap seimbang. Gunakanlah pertimbangan akal yang waras dalam menempuhi kehidupan. Barulah hidup dalam keadaan selamat.

13 – Tertib :

Hidup perlukan kesabaran dan kesederhanaan. Tidak terlalu lambat dan tidak terlalu tergesa-gesa. Bergerak dalam keadaan tenang dan sesuai dengan keselesaan masing-masing. Kerana untuk mendapat ilham-ilham yang kreatif dan innovatif, kita perlukan perjalanan hidup yang tenang, bukannya tertekan.

Lakukan sesuatu perkara ikut urutan yang logik. Umpamanya hendak gemilangkan Islam kembali, kenalah bermula dengan muhasabah diri dulu seperti Rasulullah memencilkan diri dalam gua Hira’. Kemudian bangunkan akal fikiran. Kemudian barulah sampaikan segala buah fikiran kita berdasarkan logik kepada manusia lain agar mereka berfikir sama. Bukannya dengan cara mengutuk dan mencaci-maki. Bukannya dengan cara peperangan dan bertelagah sesama sendiri.

p/s: Pendapat ini berdasarkan logik yang boleh kita fikirkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam supaya Islam tidak menjadi agama yang lesu lagi…Perbezaan pendapat bukannya untuk bermusuhan tetapi untuk merasai Keagungan Allah yang memiliki rahmat yang luas. Kalau kita rasa pendapat kita sahaja betul, dan pendapat orang lain salah, itu menunjukkan kesombongan diri seolah-olah rahmat Allah itu sempit.

Orang-orang beriman suka kepada perbezaan pendapat kerana ia akan membuka mindanya untuk berfikir dari sudut yang berbeza yang tetap ada rasionalnya di samping membuang egonya. Kerana itulah Rasulullah suka bermuzakarah dengan para sahabatnya. Islam digemilangkan dengan sama-sama berani mengemukakan pendapat masing-masing biarpun berbeza. Bukannya si murid mendengar ajaran tok gurunya secara membuta-tuli sehingga umat menjadi lembab otaknya.

(Oleh: Profesor  Madya Adli)

22 March 2012 Posted by | Ibadah, Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Berwaspada dengan kumpulan Ahbash yang menyesatkan

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan jemaah yang dinamakan sebagai Ahbash, maka pelbagai persoalan yang keluar daripada minda orang ramai mengenai kumpulan ini. Ada yang menjauhkan diri daripada mereka kerana mendengar nasihat para alim ulama’, ada juga yang terpedaya dengan dakyah mereka, dan ada juga ingin belajar dahulu siapakah mereka lantas terpedaya dengan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Saya pernah bertanya kepada rakan saya yang pernah mengikuti pengajian aliran Ahbash ini kerana beliau ingin tahu sendiri mengenai aliran tersebut, beliau menyatakan bahawa guru yang mengajar itu menghasut supaya jangan mendengar kata-kata pensyarah di kuliyah Syariah Universiti Yarmouk, terkejut saya mendengarnya.

Selain itu, saya ada juga mendengar rakan saya mengecop seorang ulamak dengan panggilan Muktazilah hanya kerana tidak sealiran dengan gurunya, sedangkan itu adalah tuduhan yang sangat berat jika tanpa ada bukti yang benar-benar kukuh.

Ini adalah petanda awal sebenarnya untuk menyalakan api permusuhan. Apabila lebih lama lagi belajar di situ, mungkin ia akan mewujudkan perasaan syak wasangka terhadap para alim ulama’ sejurus mengkafirkan mereka, maka yang benar hanyalah guru mereka. Pada mulanya, kita tidak nampak ketara penyelewengannya kerana ia adalah tektik dan helah yang popular digunakan. Sikit demi sedikit ia mula menjadi darah daging. Awas!

Jika kita perasan mengenai kumpulan ini, mereka lebih cenderong untuk berkasar dan berdebat kepada sesiapa sahaja yang tidak sama aliran dengan mereka. Maka mereka akan selalu mewujudkan api-api permusuhan. Saya pernah menghadapai orang yang seperti ini. Selain itu, mereka ini hanya suka berbicara pada satu topik sahaja sehingga dunia telah mengalami masalah kritikal dari sudut lain pun, mereka tetap dengan agenda mereka iaitu berkeras dengan sesiapa yang tidak sama aliran dengan mereka.

Parah. Kita perlu ambil waspada perkara ini dengan sangat serius, kerana dari masa ke semasa ia sudah merayap ke seluruh dunia dan tidak terlepas juga di negara kita iaitu di Malaysia, maka kita tidak hairanlah budaya sesat-menyesatkan, kafir-mengkafirkan ahli kiblat sudah sebati di bibir masyarakat walaupun orang yang melemparkan tuduhan itu adalah dari golongan pendakwah sendiri. Sedangkan perkara ini sangat dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud,

“Tinggalkan perbantahan kerana sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A’zhom. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah sawadhul a’zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh Allah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan di kala orang ramai berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.” (Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu’jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda’, Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa’ dan Anas bin Malik)

Lagi, “Sesiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ” (Sahih Bukhari)

Jika pembaca sedari di dalam penulisan saya yang lepas, saya sudah menulis sebuah artikel yang bertajuk ‘Salafi dan Khalafi: Antara Salah Faham dan Realiti Semasa’, di dalam petikan  artikel tersebut saya ada menyatakan bahawa,

“Ada yang bersetuju dengan aliran Salafi daripada aliran Khalafi atau sebaliknya serta menghormati aliran Khalafi,  ada juga yang ber’wasatiyah’ iaitu memandang kepada nilai yang positif daripada kedua-dua aliran, tidak kurang juga yang berbaki daripada pecahan itu adalah yang fanatik pada satu-satu aliran sahaja sehingga menganggap aliran lain adalah sesat dan salah. Pecahan kumpulan yang terakhir tadi sebenarnya adalah salah satu punca kerosakan yang amat besar dalam masyarakat kerana ia boleh merosakkan orang lain di samping membawa fitnah yang buruk ke atas agama Islam itu sendiri.”

Apa yang saya ingin maksudkan daripada petikan artikel di atas ialah kesan daripada pecahan kumpulan yang terakhir iaitu mereka yang bersifat agresif dan fanatik pada satu-satu golongan sehingga meng’KAFIR’kan ulama’-ulama’ muktabar seperti Dr Yusof Al-Qorodhawi dan aliran-aliran yang tidak sama dengan mereka, sehingga bertindak dengan lebih melampau lagi  apabila mereka menghalalkan pertumpahan darah sesama Islam atas alasan bahawa yang dituduh kafir tadi mereka sudah terkeluar daripada Islam. Maka topik inilah yang menjadi tajuk utama perbincangan kita pada kali ini supaya kita tidak terperangkap serta lebih berhati-hati  dengan fikrah dan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Setelah mendengar kupasan daripada beberapa orang Prof. dan Dr di Universiti Yarmouk, maka dengan persetujuan daripada mereka, saya berani untuk tampil dan mengupas antara penyelewengan-penyelewengan yang ada di dalam kumpulan ini.

Saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai ketika darah umat Islam menjadi halal sesama sendiri. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, walaupun masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Sejarah Ringkas Pengasas

Disandarkan kumpulan Ahbash ini kepada pengasasnya iaitu Abdullah Al-Harori, Al-Harori ini adalah nisbah kepada wilayah Haroro di Negara Habsyah. Maka daripada Haroro, dia telah datang ke negara Syam pada tahun 1950.

Apabila sampainya di negara Syam, dia telah menyebarkan  akidah yang sesat di wilayah Syiria, maka ramai daripada sebahagian ahli sufi yang terpengaruh dengan ajarannya serta menerimanya. Lantas diketahui oleh alim ulama’ Syiria mengenai penyebaran ajarannya, maka mereka telah bersemuka dengannya, mendedahkan penyelewengan ajaran yang dibawa olehnya kepada orang ramai.

Selepas didedahkan penyelewengan itu, dia telah membawa diri ke Lubnan dan terus menetap di sana, sesampainya di sana, dia telah memperdayakan ramai orang bahawa dia telah dihalau dari negaranya Habsyah dan dibenci oleh masyarakatnya sehingga dia telah diberi gelaran (Syeikhul Fitnah). Di samping itu, dia telah menyertai dan meminta bantuan daripada musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap jemaah-jemaah Islam dan ulama’ulama’ Islam yang muktabar.

Fahaman Dan Pemikiran Ahbash Yang Subversif (merosakkan)

1.   Mengkafirkan

Kegemaran mereka adalah sangat gemar mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka terutama alim-alim ulama’, mereka selalu mengkafirkan ramai orang sehingga kita boleh kenal mereka dengan ‘Jemaah Takfir’. Mereka mengkafirkan ulama’-ulama’ yang muktabar seperti Imam Ibnu Khuzaimah iaitu dengan menuduh kitab tauhidnya sama dengan kitab syirik, mempertikaikan Imam Az-zahabi. Tidak terlepas juga yang dituduh kafir adalah Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Imam Ibnu Kasir, Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi.

Sehingga mereka menuduh kafir Syeikh Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab di lidah-lidah mereka pada setiap pagi dan petang. Ulama’ Muaasirun (hari ini) juga tidak terlepas dari tuduhan kafir, antara mereka adalah Syekh al-Bani, Prof. Dr Yusof Al-Qorodhawi, Bin Bazz, Ibnu Usaimin, Said Sabiq, Mutawwali Sya’rawi, Dr Said Ramadhan Al-Bouti, Syed Qutub dan ramai lagi jika hendak disenaraikan.

2.   Membunuh, menyerang, dan mengasari sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka.

Antara tuduhan yang dilemparkan kepada mereka:-

a)   Disyaki membunuh mufti Lubnan yang lalu iaitu Syeikh Hasan Khalid. (Kematian Syeikh apabila keretanya terkena letupan bom ketika keretanya melalui kawasan tersebut pada 11 Syawal 1409H bersamaan 16 Mei 1989)

b)   Disyaki membunuh Syeikh Dr Subhi Soleh. (Soheb Muallifat al-Qimah)

c)   Membunuh Usamah al-Qossos. (Salah seorang pendakwah di Lubnan)

d)   Disyaki terlibat dalam pembunuhan Rofiq al-Hariri. (Ketua Kerajaan Lubnan yang lalu) seperti apa yang dinyatakan di dalam laporan (milis).

Mereka ini juga terlibat dalam beberapa siri keganasan yang berlaku di negara Syam terutamanya Lubnan.

3.   Mereka Bersekutu Dan Bergabung Bersama Syiah Terutamanya Hizbullah Di Lubnan Selepas Keluar Daripada Syiria

Ahbash bersetuju dengan Syiah Rowafed dalam melakukan fitnah dan mencaci sesetengah sahabat  Nabi Ridhwanullah ‘alaihim. Maka dengan demikian, hampir samalah pekerjaan antara mereka dan Syiah dalam menyebarkan fahaman Syiah. Seperti yang kita tahu bahawa mencaci sahabat adalah permulaan tersebarnya fahaman mazhab Syiah dan kebangkitan al-Khominiyah di negara Sunni.

4.   Ahbash  Juga Bertanggungjawab Dalam Menyebarkan Penyelewengan Melalui Jalan Ar-rifai’yah dan An-naqsyabandiyah As-sufiyah.

5.   Ahbash Juga Gemar Menganggap Bahawa diri Mereka Adalah Dari Golongan Wasatiyah Dan Adil.

Kepelikan al-Habshi, bersalahan yang sangat ketara di dalam permasalahan Aqidah Dan Feqah. Antaranya:

1.   Syirik dan Khurafat, melampaui batas dalam ilmu ketuhanan

Kita sedia maklum bahawa ijma’ umat Islam beriktiqod dengan ayat yang bermaksud: “sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Baqoroh:20), akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa Allah SWT bukan berkuasa ke atas sesuatu pun, malah Allah SWT hanya berkuasa pada kebanyakan perkara sahaja, bukannya setiap sesuatu sepertimana yang disebutkan di dalam kitabnya al-Aqidah As-saniyah m/s 40.

2.   Sesungguhnya semua orang Islam beriman bahawa mayat-mayat di dalam kubur hanya akan dibangkitkan setelah hari kiamat tiba seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (al-Mukminum:16). Akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa mayat-mayat akan keluar daripada kubur mereka untuk menunaikan hajat bagi sesiapa yang memerlukan mereka.” Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab mereka ‘Bughyah al-Tolib:7 edisi pertama’, kitab ‘Sorih al-Bayan: 57’, dan kitab al-Dalil al-Qowim:173). Maka mereka menggalakkan manusia agar berdoa di kubur dan meminta bantuan kepada si mayat.

3.   Kita sedia maklum bahawa Allah SWT menyuruh kita meminta perlindungan kepadanya daripada tipu daya Syaitan seperti mana di dalam firmanya yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’rof:200) dan juga di dalam surah al-Fussilat: 36. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Jin: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” Al-Jin:6. Sedangkan al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus meminta pertolongan selain daripada Allah SWT seperti ‘Aku meminta pertolongan dengan si fulan seperti Nabi SAW’ sebagaimana di dalam kitabnya ad-Dalil al-Qowim m/s 173, kitab Soreh al-Bayan m/s 57-62 edisi ke-2 tahun 1994 di m/s 156.


Mereka Berdusta Di Dalam Kecintaan Kepada Nabi SAW

Al-Habsyi tidak mengambil berat terhadap riwayat hadis-hadis yang sahih yang sabit daripada Nabi SAW, kita wajib mengetahui bahawa meriwayatkan hadis yang sahih adalah tanda orang yang jujur, akan tetapi mereka telah berdusta dengan hadis Nabi SAW iaitu dengan mendakwa bahawa Allah SWT menyuruh malaikat Jibril a.s di hari kelahiran Nabi SAW untuk menyebarkan minuman kepada penduduk langit dan bumi. Maha suci Allah SWT daripada perbuatan itu, sedangkan kita mengetahui bahawa para malaikat tidak makan dan tidak minum seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Al-Habsyi  Memperlekehkan Sahabat-Sahabat Nabi SAW

1.   Tidak dapat disangkal lagi bahawa sahabat Nabi dari Khulafa’ ar-Rasyidin yang empat, mereka adalah sahabat yang mulia dan besar di sisi Nabi Saw. Akan tetapi al-Habsyi telah meragukan umat Islam terhadap keyakinan itu dengan menyatakan bahawa “Sesiapa yang mengingkari Abu Bakar as-Siddiq sebagai sahabat, maka dia kufur. Ada pun bagi mereka yang mengingkari Umar, Othman dan Ali daripada kalangan sahabat yang afdhal, maka dia tidak jatuh kufur” boleh lihat di dalam kitab ‘Bughyah at-Tolib m/s 32 ’ edisi yang pertama.

2.   Bukan itu sahaja, malah al-Habsyi juga memperlekehkan penulis wahyu Rasulullah SAW iaitu Muawiyah R.A dengan menyatakan bahawa “Hati Muawiyah tidak memiliki rasa takut dan taqwa kepada Allah SWT, sesungguhnya dia adalah lelaki yang penipu.” Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 102. Siapa boleh mengetahui soal hati manusia melainkan Allah SWT, tetapi mereka telah melemparkan satu pendustaan yang besar terhadap sahabat Nabi SAW.

3.   Bahkan al-Habsyi telah mendakwa bahawa siapa yang membunuh Saidina Ali R.A adalah Bughah, walaupun mereka itu dari kalangan sahabat. Ini disebut di dalam kitabnya ‘Bughyatu al-Toleb m/s 352’, malah mereka mendakwa bahawa sesiapa yang membunuh Ali R.A daripada kalangan sahabat, mati dia adalah mati jahiliyyah, dan menyifatkan perbuatan Aisyah R.A dalam menyerang Sayidina Ali R.A sama dengan perbuatan maksiat. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 86. Jika kita sedar bahawa mereka mempunyai banyak persamaan dengan Syiah.

Penyelewengan Mereka Terhadap Masalah-Masalah Feqah

1.   Kita sedia maklum bahawa Islam telah mengharamkan perjudian, tetapi al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

2.   Mereka menggalakkan akhlak yang keji dalam kalangan perempuan dan muhrimnya iaitu adik atau abang, pakcik, dan selainnya, mereka mengharuskan agar muhrim perempuan tadi melihat payudara dan perutnya kerana itu bukan aurat di antara muhrim, mereka juga mengatakan boleh melihat bahagian itu sesama perempuan tanpa bersebab. Mereka mendakwa bahawa kadar aurat perempuan dan muhrimnya adalah daripada perut hingga ke lutut, ada pun pendapat yang menyatakan atas daripada kadar itu adalah pendapat yang lemah. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 368 edisi pertama dan edisi kedua m/s 290.

3.   Al-Habsyi mengharuskan bagi lelaki melihat apa sahaja dari tubuh wanita ajnabiyah dengan syarat tidak menaikkan syahwat. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb 288.

4.   Membolehkan bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan di dalam tarian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan 144.

5.   Menggugurkan kewajipan zakat ke atas duit kertas. Bughyah al-Toleb m/s 160-169, edisi yang terbaru m/s 207.

6.   Al-Habsyi memberi fatwa agar harus mengambil riba daripada orang kafir, katanya: “Saham-saham di bank adalah milik orang kafir, bahkan yang mengasaskannya juga  adalah orang kafir, maka kita boleh ambil faedah daripada itu jika kita mahu.” Rakaman suara.

7.   Dibolehkan mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian kerana pada hari ini tiada lagi kafir Zimmi, yang ada hanyalah kafir Harbi. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

8.   Menfatwakan bahawa najis daripada kutu dan pepijat adalah najis yang tidak boleh dimaafkan, sesiapa yang solat dan terkena padanya, maka solatnya batal sama ada tahu atau pun tidak tahu. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 87.

Itu adalah antara pendapat-pendapat yang menyeleweng yang dikeluarkan oleh al-Habsyi. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh guru saya iaitu Dr Usamah al-Ghonimin, Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk.

Antara ulama’-ulama’ dan perbadanan yang telah mengatakan bahawa Ahbash adalah sesat

1.   Dr Wahbah Az-zuhaili

2.   Dr Ramadhan al-Bouti

3.   al-Syeikh Tajuddin al-Hilaly

4.   al-Syeikh Abu Muhammad al-Maqdisi

5.   al-Syeikh Abu Qotadah Umar Bin Mahmud

6.   Dr Yusof al-Qorodhawi

7.   Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net

8.   al-Syeikh Hamid Bin Abdillah al-Aliy

9.   al-Syekh Abdul Aziz Bin Bazz

10.  Lembaga Fatwa Arab Saudi

11.   Dr Fikri Ismail (Kementerian Wakaf Mesir)

12.   Dr Mohd Mahrus al-Mudarris (Islam-online.net)

13.   Dr Munir Jumuah

14.   Lembaga Fatwa Mesir

15.   Dr Ahmad Shalabi

Berikut adalah ulasan yang diberikan oleh al-Syekh Hamid Bin Abdillah al-Aliy mengenai Ahbash

Maksudnya: “Saya memohon maklumat terperinci daripada tuan tentang kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa tentang kumpulan ini? Apakah mereka itu kumpulan yang sesat ataupun tidak?”

Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-’Aliy (Pensyarah Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.).

Alhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi wa ba’du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan kepada Abdillah al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kefakiran yang berlaku di Lubnan kesan dari peperangan yang berlaku di sana untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-manhaj Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-Harari al-Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah) dan telah mengadakan bai’ah (janji taat setia) dengan tarikat al-Tijaniyyah. Dia juga berbai’ah dengan Tarikah al-Rifa’iyyah, kemudian dia berhijrah ke Syiria dan Lubnan. Ketika di Habashah, Abdullah al-Harari pernah bekerjasama dengan pemerintah Indraji di Habashah “Sahr Hilasilasi” menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di bandar Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan buang negeri ke atas Pengetuan Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun. Semua ini menyebabkan para pendakwah dan para syeikh yang berada di Harara melarikan diri ke Saudi dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari (pengasas kumpulan Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan (pembawa fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti yang dilakukannya di tempat asalnya dan menyebarkan kepercayaannya yang rosak, termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah, menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin ‘Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah swt dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi (نزار الحلبي), beberapa orang public figure seperti timbalan parlimen ‘Adnan al-Tarobalasi (عدنان الطرابلسي) dan calon mereka yang lain seperti Toha Naji (طه ناجي) yang menerima suara sokongan kebanyakan dari penganut kristian, kerana janji mereka menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan tetapi dia tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan Qarqira timbalan presiden Jam’iyyah al-Masyari’ al-Islamiyyah, Kamal al-Huth, ‘Imaduddin Haidar, Abdullah al-Barudiy dan individu-individu yang menyeliakan peralatan penyelidikan dan menuskrip seperti al-Muassasah al-Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan mentahkik kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah. Mereka juga melakukan muslihat dengan menggunakan nama ganjil yang tidak dikenali walaupun dikalangan para penuntut ilmu seperti mereka menulis : “Telah berkata al-Hafidz al-’Abdari di dalam dua dalilnya (قال الحافظ العبدري في دليليه).” Mereka menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang ramai akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari kalangan ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar ataupun al-Nawawi, sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh mereka sendiri al-Harari, mereka nakalkan dari kitabnya al-Dalil al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam fiqh dan i’tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah. al-Habasyi (Abdullah al-Harari) berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya dan tidak melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang berdosa.” (al-Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat.

3. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajar dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Sama juga mereka mengharuskan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa orang ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia menjadikan perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia benar-benar memberi peringatan supaya menjauhkan kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabiy yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. Mengkafirkan al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir, dia juga mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang disebut oleh al-Harari di dalam kitabnya al-Nahju al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Syed Qutb wa Tabi’ihi Faisol Maulawi.

6. al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan Rifaiyyah

7. al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan berpendapat melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa, bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.

8. al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang wajib dengan emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Tolib: 99)

9. al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah, dan menjadikan mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga berkeyakinan bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan fatwa yang berbunyi: “Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.” (nukilan daripada al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah 1/430, dengan sedikit ubai suai)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash) adalah satu kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan wajib berhati-hati daripadanya.

Boleh lihat ulasan ini di laman web rasminya di sini dalam bahasa arab.

Ini Adalah penulisan oleh Dr Asri pada tahun 2008 semasa beliau menjadi Mufti Perlis, beliau juga dituduh kafir

Mufti Perlis S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyebut di dalam akhbar Utusan Malaysia 20/1/08:

“Di Lebanon lahirnya puak yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau mendakwa berpegang kepada akidah asy’ari, bermazhab syafi’i, serta bertarikat. Beliau telah membentuk satu mazhab yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang beliau anjurkan.

Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr Yusuf al-Qaradawi, Mutawalli Sya’rawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syed Qutb dan berbagai lagi. Juga mengkafirkan mijoriti umat Islam khususnya Arab Saudi. Berlaku huru-hara di Lebanon disebabkan sikap suka berbalah mazhab Ahbash ini sehingga mereka dikaitkan dengan pembunuhan bekas Presiden Rafiq Hariri.

Di Australia, tiga puluh enam persatuan Islam membantah sikap ekstrim mereka yang menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam di sana. Asas golongan Ahbash ini adalah berbalah berhubung dengan ayat-ayat sifat Allah dan berbalah sesiapa yang enggan terikat dengan satu mazhab dan berbagai kekarutan yang lain. Para ulama di peringkat antarabangsa telah menyenaraikan mereka ini dalam ajaran sesat. Itulah yang diputuskan oleh Mufti Mesir, Arab Saudi, Australis, Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr Ahmad Shalabi dan lain-lain.

Malangnya, mereka mula bergerak dan menyebarkan fahaman mereka di negara kita melalui bekas-bekas penuntut kita di sana dan buku-buku yang diedarkan. Apa yang ingin saya sebutkan, dalam keghairahan sesetengah pihak di negara kita menentang kebangkitan pemikiran pembaharuan ke arah Islam yang lebih terbuka, rasional dan dinamik, mereka menggunakan puak Ahbash ini untuk berceramah ke sana sini.

Jika di negara arab mereka mengkafirkan Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang lain, di Malaysia anak-anak buah Ahbash ini mengkafirkan insan biasa seperti saya dan sesiapa yang mereka pilih. Fitnah seperti biasa menjadi teras utama mereka. Atas alasan terlalu terbuka dalam menerima keluasan pandangan, lalu saya pun dikafirkan. Saya katakan kepada ustaz-ustaz ini, negara ini adalah negara yang aman. Pendekatan apabila berbalah mengkafirkan orang adalah melampaui batas yang akhirnya akan membawa kepada kekacauan dan keadaan yang menakutkan.”

Video: Kata-kata Dr Wahbah az-Zuhaili Dan Dr Yusof al-Qorodhawi Mengenai Ahbash

Nasihat Dari Dr Wahbah az-Zuhaili Video Pendek (2.10 minit)

Kritikan Dari Dr Yusof al-Qorodhawi

Seringan: Kritkan Dr Wahbah az-Zuhaili Mengenai Tauhid

Pautan Link Yang Boleh Kita Lihat Dengan lebih Mendalam mengenai Ahbash. Antaranya:

1.  Anti Ahbash (Dua Bahasa:Arab Dan English)

2.  Bank Ahbash (Menghimpun fatwa-fatwa dan pembuktian kesesatan ahbash)

3.  al-Syeikh Hamid Bin Abdillah al-Aliy

Akhirnya, saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, tetapi masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Saya hanya mengharapkan keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Sentiasa berdoa agar umat Islam ini bersatu dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah dalam kerangka yang sahih.

Sekian,

(Penulis: Muhammad Fathullah Al-Haq, 14/3/2012, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan).

21 March 2012 Posted by | Aqidah, Fatwa, Informasi | , , , , | Leave a comment

Orang mati yang di sangka hidup semula sebenarnya adalah Syaitan bernama Qareen

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh SYAITAN?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qareen.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qareen Ku telah MASUK ISLAM.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita sering mendengar di kalangan masyarakat Melayu Nusantara cerita orang mati hidup  semula.Cerita orang yang jelas sudah mati, di saksikan oleh ramai orang,di mandikan,di kafankan, di solatkan dan di kebumikan di katakan hidup semula dan kembali kerumah menemui dan berbual bual dengan keluarga.Bahkan ada yang mendakwa simati ini hidup semula dan menjalani hidup saperti sedia kala.

Ada pula yang berpendapat perkara ini mustahil boleh berlaku.Dengan alasan mana mungkin orang yang sudah mati, jasadnya sudah tidak berfungsi lagi,di tanam, dan roh nya sudah di bawa oleh Allah ke alam barzakh boleh kembali ke dunia.

Bagi pengamal perubatan moden, orang yang dikatakan sudah mati tiba tiba bangkit sebelum di kebumikan memang boleh berlaku.Pada pendapat mereka ini terjadi kerana ada kematian yang di istilahkan sebagai “mati klinikal” atau “clinical death” .Bagi para doktor mati saperti ini belum di kira  mati walaupun seseorang itu tidak bernafas.

Cerita orang mati kembali semula kerumah memang biasa kedengaran.Banyak cerita kita dengar, terutama yang berlaku di sebelah Nusantara.Biasanya orang mati ini di anggap luar biasa dan keramat hingga kuburnya di puja.

Cerita orang mati kembali semula kerumah biasanya kita dengar berlaku keatas pengamal ilmu kebatinan saperti di antaranya bomoh,dukun, pengamal sesetengah silat batin, pengamal susuk,pengamal ilmu hitam,pengamal saka dan lain lain dan bukan keatas manusia biasa.

Seorang ulama yang terkenal di Malaysia dan arif mengenai hal hal kebatinan ia itu Al Fadhil Prof Dr Haron Din berkata sebenarnya orang yang melihat seseorang yang kembali setelah matinya bukan lah si mati sebenarnya.Besar kemungkinan dia adalah makhlus halus yang di sebut dalam Al Quran yang bernama Qareen atau Quranah iaitu sejenis jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia ketika hidupnya.

“Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan (hukuman) asal, pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi.”
(Al Quran Surah Fussilat, ayat 25 ).

 Dr Haron Din menegaskan lagi, Qareen berbeza istilahnya daripada ifrit, jin, syaitan dan sebagainya, kerana Qareen ini dirujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.

Malah Allah memberi penjelasan bahawa manusia berlindung dengan jin seperti disebut dalam Surah Jin ayat 6 (mafhumnya),”Dan bahawa sesungguhnya ada kalangan laki-laki manusia, berlindung dengan laki-laki daripada jin, maka bertambah-tambahlah kejahatan syaitan ke atas manusia.”
Ayat ini merujuk kepada persahabatan yang begitu rapat antara manusia dengan jin, sehingga menganggap jin ada kuasa, ada kebolehan untuk melindungi manusia, mereka berlindung dengan jin, mereka tidak berlindung dengan Allah.
Ini adalah Qareen, sehingga sesudah mati manusia itu pun, jin ini boleh menyerupai seperti mereka untuk menyesatkan manusia dan merosakkan aqidah manusia.

Wallahu a’lam.

12 March 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Tazkirah | , | Leave a comment

ISRAILIYYAAT: Pengenalan dan kaedah mengecam nya

Kita biasa mendengar guru guru,ustaz ustaz ustazah dan penceramah penceramah yang gemar menyelitkan cerita atau kisah yang kita tidak tahu dari mana sumbernya.Ada kisah macam kartun, dongeng dan ada yang tidak masuk akal dan tidak logik dan tidak terdapat dalam Quran dan Hadis.Namun pendengar tidak pernah mahu bertanya bahkan menerima sahaja bulat bulat kerana berkeyakinan takkan mereka mereka dikalangan agamawan nak berbohong.

Di antara contoh cerita cerita saperti Air mata taubat Nabi Adam,cerita tentang 2 orang Malaikat “ Harut dan Marut “,cerita penyeri wajah Nabi Yusuf bagi mereka yang naik pelamin,kisah pemuda yang memelihara ibu bapanya yang bertukar menjadi babi,cerita seorang gadis yang memikul ayahnya yang sudah tua di dalam bakul,cerita cerita ular yang menolong Iblis masuk ke syurga untuk menipu Nabi Adam dan Hawwa`, kisah Talut dan Jalut  (al Baqarah 2: 248), Kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis, Kisah Nabi Syu’aib dan Nabi Musa dan lain-lain lagi.

Cerita atau kisah seumpama ini  adalah cerita Israiliyyat.Apakah Israiliyyat? Boleh atau tidak kita dengar,terima dan menghayati cerita dan kisah yang berbentuk Israiliyyat? Berikut adalah penjelasannya:

Foto hiasan

Muqaddimah :

Asas pembinaan dalam Islam ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber terpenting ini mesti diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as-Sunnah Sohihah pula bersandarkan persabdaan nabi SAW yang dibimbing wahyu Allah.

Kefahaman yang betul tentang  al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil-Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi yang selari dengan kehendak syara’.

Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak bagi memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu memahami Tafsir Bil-Ma’sur.

Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran.

Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Untuk tujuan itu, kertas ini dikemukakan.

Pengenalan :

Pengenalan Israiliyyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Husin az-Zahabi rahimahullah: “lafaz Israiliyyaat- pada zahir adalah lafaz yang jama’, lafaz mufradnya Israiliyyat. Ia adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “ Bani Israil” (Az-zahabi , Doktor Muhammad Husin, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis,  muka surat 19)

Menurut Doktor Zahabi ulamak tafsir dan hadis  telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya الدّخيل ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain (Ibid., muka surat 19-20). Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.

Pengenalan atau definisi Israiliyyat yang dikemukakan oleh Doktor Zahabi amat penting kerana beliau dikira tokoh utama yang membincangkan persoalan berkaitan Israiliyyaat. Sehigga hari ini, saya tidak mendapati seseorang pun yang menulis atau membahaskan isu Israiliyyat melainkan ia terpaksa merujuk kepada tulisan  dan pandangan Doktor Zahabi ( lihat: Doktor Ahmad Najib bin Abdullah. Tesis Ph.D muka surat 16-18.Universiti Islam Madinah)

Perkembangan ringkas Israiliyyat

Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama  mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu.

Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu (Ibid, muka surat66.التفسير والمفسرون 1/70. Ibnu kasir, البداية والنهاية ,1/17…) tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.

Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar  cerita-cerita yang agak luar biasa.

Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan  “ القصّاص”(al-Qassas)iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.

Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan  bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan  kedudukannya sendiri.

Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu.

Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh  keadaan yang amat sukar dan bermasaalah  di mana tidak dapat  dipastikan lagi  riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.

Pembahagian Israiliyyat :

Apabila disebut Israiliyyat pada kebiasaanya ia merujuk kepada riwayat-riwayat Israiliyyat yang bersifat negatif atau yang sukar diterima isinya.

Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat  dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya  (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.

Hukum meriwayatkan Israiliyyat :

Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.

Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W:

ولا تصد قوا  أهل  الكتا ب  و لا  تكذبوهم, وقو لوا  آ منا  بالله  وما  انزل  الينا

          Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56).

Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W:

بلغوا عنى ولو  آية,  وحدثوا  عن  بنى اسرائيل  لا حرج, ومن  كذب على  متعمدا  فليتبوأ مقعده  من  النار.

Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka(Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk  kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.

Kaedah mengecam Israiliyyaat :

Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Ilmu yang amat mustahak yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin menguasai bidang ini ialah Ilmu Tafsir al-Quran, khususnya yang melibatkan kisah-kisah al-Quran, Ilmu Mustholah Hadis, Ilmu Rijaal Hadis, di samping pengetahuan mendalam tentang hadis-hadis yang sohih dan tidak sohih berkenaan kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa kaedah atau cara yang boleh membantu bagi mengenal atau mengecam Israiliyyaat. Kaedah ini diperolehi setelah penulis membuat kajian terperinci terhadap ciri-ciri Israiliyyaat yang terdapat di dalam Tafsir At-tobari dengan mengambil kira pandangan ulamak mu’tabar dalam membuat kritikan dalam riwayat-riwayat Israiliyyaat (lihat, Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah)

Supaya lebih teratur, saya bahagikan cara ini kepada empat sudut , pertama, pengamatan kepada sanad riwayat Israiliyyaat, kedua, pengamatan kepada matannya, ketiga, merujuk kepada  pandangan ulamak yang mu’tabar dalam bidang Israiliyyaat dan keempat, merujuk kepada sumber-sumber Yahudi sendiri.

Pertama: Pengamatan sanad

1. Rijaal / perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih.

2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat.

3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf” kepada sahabat, bukan “marfu’” kepada Nabi S.A.W.

Kedua: Pengamatan matan

1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita “الجوت”

2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa dan menentukan bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam kisah bani Israiliyyaaat.

4. Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita  salah seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya kesana kemari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.

5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari azab banjir besar.

6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi  kesucian “`ashamah” para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat paling kritikal iaitu menangggalkan seluar serta kisah tentang malaikat  Harut dan Marut.

7.  Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak “jabbaarin”.

8. Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.

9. Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya.

10. Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.

11. Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap lemah.

Ketiga: merujuk kepada ulamak

Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti:

1.   Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i Wan Nihal.

2. At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan Tarikhul Umami Wal Muluk.

3. Al-Qodhi ‘Iadh dalam Kitabus Syifaa’ Bita’rifi Huquqil Mustafa.

4. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih.

5. Ibnul Qayyim dalam kitab Hidayatul Hiyari Fi Ajwibatil Yahudi Wan Nashora.

6. Al Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan Nihayah.

7. Rahimahullah Al-Hindi dalam Izharul Haq.

8. Jamaluddin al-Qosimi dalam Mahasinut Ta’wil.

9.   Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam Al-Israiliyyaat Fit Tafsir Wal Hadits   dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun.                                     

10.  Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi Kutubit. Tafsir.

12. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’.

Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi

Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisannya ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.

Sumber-sumber Yahudi seperti berikut :

1. Kitab Taurat.

2. Talmud.

3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.

Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri.

Penutup :

Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis.

Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat.

Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah, malaikatnya serta para Rasulnya.

Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak memberi faedah, tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati al-Quran, sebaliknya ia hanya menghabiskan masa sahaja.

Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran.

(Di petik dari almadani web site – Nukilan dari majalah ‘Pengasuh’ Bilangan 592 – Di tulis oleh Dr Ahmad Najib Bin Abdullah Al Qari , mahasiswa kedua dari Malaysia yang mendapat ijazah PhD dari Universiti Islam Madinah)

6 March 2012 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Informasi, Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

BERADAB apabila berhadapan dengan kesilapan ULAMA

Di dalam menghadapi persoalan semasa, keadaan menunjukkan telah wujud sebilangan golongan yang terlalu bersikap kurang ajar dengan para ulama. Mereka sanggup menghina ulama dengan pelbagai tohmahan disebabkan pandangan ulama itu tidak sependapat dengan mereka.

Berkata al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Syakir:
Ketahuilah saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada aku dan kamu untuk mendapat redhaNya serta menjadikan kita orang yang sentiasa takut dan takwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan. Sesungguhnya daging para ulama adalah beracun dan kebiasaannya telah dimaklumi bahawa Allah akan membinasakan orang yang menghina ulama. Sesungguhnya sesiapa yang menggunakan lidahnya dengan mencela / menfitnah para ulama maka Allah akan menurunkan bala kepadanya, iaitu sebelum matinya maka hatinya telah mati terlebih dahulu.

Oleh itu, saya ingin menyeru umat Islam agar memahami penjelasan ringkas yang cuba saya terangkan ini agar kita tidak terjebak di dalam lembah kerosakan. InsyaAllah.

Dr. Talaat Afifi di dalam karyanya al-Ulama baina al-Tauqir wa al-Tatawul telah mengariskan beberapa adab ketika berhadapan dengan kesilapan para ulama. Kesimpulannya saya ingin nyatakan seperti mana berikut:

1. Tidak gopoh menyalahkan ulama.

Kita perlulah menyelidik terlebih dahulu kenapakah seseorang ulama itu mengeluarkan pendapatnya sedemikian rupa. Selepas diteliti, mungkin terdapat alasan-alasan tertentu yang menyebabkan ulama itu mengatakan sebegitu. Keadaan ini bagi memelihara sikap buruk sangka terhadap ulama sehingga boleh menimbulkan fitnah. Kadang-kala wujud segelintir golongan yang tidak memahami dengan jelas pendapat serta hujah ulama itu, maka mereka terus menyalahkan ulama tersebut, walaupun hakikatnya mereka yang melakukan kesalahan dalam memahami sesuatu perkara itu.

2. Membataskan kesilapan ulama.

Jika benar ulama telah melakukan kesilapan, maka kita perlulah membataskan kesilapan ulama itu setakat apa yang menjadi kesilapan itu sahaja dan bukan berlebih-lebihan dalam mengkritiknya. Nukilkan dengan ikhlas kesilapan itu dan menjelaskannya dengan dalil-dalil serta pandangan ulama lain. Pandangan ulama lain perlu diketengahkan memandangkan mereka yang lebih memahami tentang kesilapan seseorang ulama itu.

Kita perlu sedar bahawa kesilapan ijtihad ulama beroleh satu pahala dan jika berbetulan pula memperolehi dua pahala. Oleh itu, elakkan sikap yang melampau ketika berhadapan dengan kesilapan itu. Kadang-kala jika seseorang terlalu membenci seseorang ulama itu, maka dia menganggap tiada langsung kebenaran yang boleh diambil oleh ulama tersebut. Kesilapan ulama dalam ijtihadnya tidak sedikit pun mengurangkan penghormatan terhadapnya.

3. Memberi pertimbangan antara positif dan negatif.

Jika berhadapan dengan kesilapan ulama, kita perlu bertanya diri sendiri, manakah yang lebih baik antara menyebarkan kebaikkan positif atau keburukan negatif? Sesungguhnya terlalu banyak kebenaran dan jasa para ulama jika dibandingkan dengan kesilapan yang mereka tidak sengaja lakukan. Bagaimana pula dengan diri kita yang tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap Islam? Bagi mereka yang beriman sudah tentu akan mengambil jalan untuk menyebarkan kebaikkan para ulama dari melaga-lagakan khilaf antara ulama sehingga timbul perpecahan di kalangan umat Islam.

4. Bukan untuk menandingi ulama.

Sebilangan golongan mungkin sengaja mencari-cari kesilapan ulama semata-mata untuk menaikkan imej peribadinya di mata masyarakat. Mungkin anggapannya para ulama sebenarnya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan dirinya yang boleh menyanggah pendapat para ulama itu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang-orang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka.(Riwayat al-Tirmizi). Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Barangsiapa mencari ilmu untuk berbangga dengannya akan para ulama atau untuk berdebat dengannya akan orang-orang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu di dalam api neraka.(Riwayat Ibn Majah).

 

KESIMPULAN

Sebagai umat Islam yang beriman, kita disarankan untuk menghormati para ulama sebagai pewaris para nabi. Penghormatan ini diberikan berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah).

(Sumber: buluh.iluvislam.com).

2 March 2012 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan, Tazkirah | , , | Leave a comment

Bakar al-Quran konspirasi keji

SEBAHAGIAN umat Islam di Malaysia yang mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandom membantah isu bakar al-Quran oleh tentera NATO di Kedutaan Amerika Syarikat, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEJAK kebelakangan ini kaum Muslimin diuji keimanan dan kesabarannya. Betapa tidak, diberitakan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membakar al-Quran di Afghanistan minggu lalu.

Kemudian NATO mengeluarkan kenyataan mereka tidak sengaja melakukannya dan memohon maaf.

Serentak dengan itu aksi para penunjuk perasaan dan demonstrasi diadakan di seluruh dunia khususnya di Afghanistan, Pakistan dan lain-lainnya.

Diberitakan dua tentera NATO telah ditembak mati di Afghanistan.

Sebelum itu, pendeta Terry Jones telah membakar al-Quran di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas tercetusnya keganasan dan runtuhnya gedung World Trade Center (WTC) di New York pada 11 September 2001.

“Islam adalah syaitan, agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama keganasan,” katanya ketika diwawancara CNN, baru-baru ini.

Dalam laman webnya, mereka mengemukakan 10 alasan mengapa al-Quran harus dibakar. Di antaranya, al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan.

Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi dan Barat. Kebetulan pula hari pembakaran al-Quran itu bertepatan Hari Raya Aidilfitri 1431 hijrah.

Langkah Terry Jones menunjukkan betapa Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) merebak luas di kalangan orang AS. Serangan 11 September itu dikatakan dilakukan oleh pengganas Muslim.

Sejak itulah Amerika melancarkan ‘perang melawan pengganas’ atau war on terrorism dengan menjadikan Islam sebagai sasarannya. Pada hal Theiry Meyssan, wartawan dari Perancis menemukan bahawa apa yang dikatakan oleh Amerika dan didukung oleh medianya (yang 90% milik Yahudi) adalah pembohongan besar.

Ia mengungkap temuannya dalam buku berjudul 9/11 The Big Lie America.

Jadi ‘aneh bin ajaib’ jika Terry Jones membuat logikal, WTC runtuh dan pelakunya adalah Muslim yang mendapat inspirasi oleh al-Quran. Sebab itu al-Quran harus dibakar sebagai simbol perlawanan dan permusuhan serta kebencian di mulut dan di hati merekalah yang menjadikan Islam tetap dianggap sebagai agama pengganas.

Kenyataan ini makin menegaskan kebenaran firman Allah SWT yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga kamu mengikuti agama mereka. (al-Baqarah: 120).

Allah SWT juga menegaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: Mereka (kaum kafirin) tidak pernah berhenti (menimbulkan kemudaratan atas kamu). Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi (bahayanya). (ali-Imran: 118).

Seharusnya penguasa negara-negara Muslim, melalui diplomasi luar negaranya boleh menekan dan berbudi bicara mengenai kes-kes seperti ini agar tidak berulang.

Harus bersikap tegas dan serius serta tidak ingin kejadian ini akan melahirkan akibat lebih buruk lagi dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Umat Islam tentu dapat memberi respons dengan cara mereka sendiri bagi mengelak kejadian ini agar tidak bertambah parah.

Sabar ada had

Kesabaran umat Islam pun ada had dan batasannya jika diuji. Kerana itu setiap agama di dunia ini mahu hidup dengan harmoni, dengan lain kata pengharaman membakar kitab-kitab agama masing-masing adalah dilarang sekeras-kerasnya.

Para penguasa Muslim harus mencontohi para khalifah dahulu, di mana Perancis pernah merancang pertunjukan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire.

Isinya bertema ‘Muhammad atau kefanatikan’. Di samping mencaci Rasulullah SAW, drama tersebut menghina Zaid dan Zainab.

Waktu itu Sultan Abdul Hamid menjadi khalifah Usmaniyah, beliau mengetahui berita tersebut melalui dutanya di Perancis. Beliau segera mengancam pemerintah Perancis agar menghentikan pementasan drama tersebut. Beliau seterusnya mengingatkan bahawa ada ‘tindakan politik’ yang akan dihadapi Perancis jika mahu meneruskan dan mengizinkan pementasan itu. Perancis akhirnya membatalkannya.

Jelas hakikat drama itu sama dengan hakikat berbagai penghinaan kaum kafir Barat terhadap Islam dan umatnya ketika ini.

Bermula dengan karikatur Nabi SAW di Denmark, pelarangan jilbab dan merosakkan masjid di Eropah, hingga entah apa lagi yang akan diperbuat mereka untuk menghina al-Quran, Nabi Muhammad SAW, sekali gus juga sebagai mencabar Allah SWT.

Oleh itu, demi kemuliaan Islam dan kaum muslimin, demi al-Quran dan Rasulullah SAW serta demi keredaan Allah SWT, kita haruslah menangani masalah serius ini mengajak ummah menegakkan kebenaran abadi dan membela agama Allah di bumi ini.

Ini supaya Islam tidak dipijak-pijak dan dihina-hinakan oleh kaum kafirin. Ya Allah, Ya Rabb, tolongilah kami dari kaum kafirin. Kerana itu, saksikanlah. Amin Ya Rabbal Alamin.

(Oleh IBRAHIM ABDULLAH – Utusan Malaysia 2hb Mac 2012)

2 March 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Kisah Guru Atheis

    

AWAS INI ADALAH SIMBOL ATHEIS

 

 

 

 

 

Ini suatu kisah yang di ceritakan berlaku di sebuah sekolah di mana seorang guru (Atheis) yang cuba mempengaruhi akidah murid murid nya yang beragama Islam.Guru itu yang berdiri di hadapan murid muridnya menyoal .

Guru  : Adakah kamu semua melihat saya berdiri di sini?

Murid:  Ya!

Guru  : Ini bererti saya wujud.

Guru  : Adakah kamu melihat papan hitam?

Murid: Ya!

Guru  : Maka papan hitam ini pun wujud

Guru  : Adakah kamu melihat meja?

Murid: Ya!

Guru  : Bermakna meja ini wujud

Guru  : Adakah kamu melihat ALLAH?

Murid: Tidak!

Guru  : Maka ini bererti ALLAH tidak wujud.

Lantas bangkit seorang murid yang bijak dan pintar lalu bertanya: Adakah kawan kawan semua nampak AKAL Cikgu?

Murid: Tidak !

Murid Pintar: Ini bererti Cikgu tidak ada akal!

(Sumber: Kitab ALLAH oleh Syeikh Said Hawwa yang di nukil dari Buku Soal Jawab  AKIDAH oleh Nik Abdul Rahman Nik Abdul Ghani).

1 March 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Ketegasan Dr Mahathir terhadap blok Barat – Mesti tonton

27 February 2012 Posted by | Articles in English, Informasi, Politik dan Dakwah, Video | 1 Comment

Waktu waktu yang di anjurkan suami isteri bersenggama

Hari -hari yang tidak dianjurkan untuk bersetubuh:

1.Hari Rabu yang jatuh pada minggu terakhir tiap bulan

2.Hari ketiga awal tiap bulan Ramadan

3.Hari kelima awal tiap bulan Ramadhan

4.Hari ketigabelas pada setiap bulan.

5.Hari keenam belas pada setiap bulan

6.Hari keduapuluh satu pada setiap bulan 

7.Hari kedua puluh empat pada setiap bulan

8.Hari kedua puluh lima pada setiap bulan

Di samping hari tersebut hindarilah dari melakukan kerja kerja penting pada hari Sabtu dan hari Selasa.

Tentang hari Sabtu itu Nabi pernah di tanya oleh salah satu sahabat maka Nabi bersabda:

“Hari sabtu itu adalah hari di mana terjadi penipuan “

Mengapa hari tersebut di katakan penipuan sebab pada hari itu orang-orang berkumpul di gedung “al-nadwah” untuk  memghalang dakwah Nabi SAW .Wallahu`alam

Adapun tentang hari Selasa Nabi SAW.bersabda:

“Hari Selasa itu adalah hari di mana darah pernah mengalir.Pada hari itu Siti Hawa pernah haid, putera Nabi Adam as pernah membunuh saudara kandungnya sendiri,terbunuhnya Jirjis,Zakaria dan Yas.kekalahan tukang sihir Fir’aun.di jatuh hukuman Asiyah binti Muzaim permaisuri Fir’aun.dan terbunuhnya lembu Bani Israel”

Adapun Imam Malik berpendapat “Janganlah anda menjauhi sebagian hari-hari di dunia ini ,tatkala anda hendak melakukan sebagian tugas pekerjaanmu.kerjakanlah tugas-tugas itu pada hari sesukamu.Sebab sebenarnya hari-hari itu semua adalah milik ALLAH.Tidak akan menimbulkan malapetaka dan tidak pula boleh membawa manfaat apa-apa”

Waktu yang tepat untuk bersetubuh

Bahawa melakukan hubungan intim pada awal bulan itu lebih afdhal dari pada akhir bulan.Sebab Allah akan kurniakan anak yang cerdas.

Bagi pengantin baik berkahwin pada bulan Syawal kerana sunnah hukumnya bersetubuh dengan istrinya pada bulan Syawal.Dan di anjurkan mengadakan persetubuhan pada hari Jumaat dan Ahad.Rasulullah SAW bersabda:

“Hari Ahad itu adalah hari yang tepat untuk menanam,dah hari untuk memulai membangun.Karena ALLAH memulai menciptakan dunia ini juga memulai meramaikannya jatuh paa hari Ahad””hari Jumaat itu adalah hari perkawinan dan juga hari peminangan di hari Jumaat itu Nabi Adam as menikah d Hengan Siti Hawa,Nabi Yusuf as menikah Siti Zulaika.Nabi Musa as menikah dengan puteri Nabi Syuib as,Nabi Sulaiman menikah Ratu Balqis”

Tersebut di dalam hadits sahih bahwa Nabi SAW. menikahi Sayyidah Khadijah dan Sayyhidah Aisyah pada hari Jumaat.

Hari-hari yang harus di hindari untuk bersetubuh:

Tersebutlah dalam Riwayat Alqamah bin Shafwan,dari Ahmad bin Yahya sebuah hadist marfu’ sebagai berikut;

“Waspadalah kamu sekalian akan kejadian duabelas hari setahun,karena sesungguhnya ia boleh melenyapkan harta benda dan mendedahkan keaiban”. Para sahabat kemudian bertanya “ya Rasulullah apakah 12 hari itu? Rasulullah bersabda :

“Yaitu tanggal 12 Muharram,10 Safar dan 4 Rabi’ul awal(mulud) 18 Rabu’utsni(bakda mulud) 18 Jamadil Awal,18 Jamadil Akhir.12 Rejab ,26 Syaaban(ruwah),24 Ramadhan,2 Syawal,28 Zulkaedah dan 8 Zulhijah”

Wallahu’alam.


(Sumber : Kitab Qurratul Uyun,Syarah Nazham Ibnu Yamun)

17 February 2012 Posted by | Ibadah, Informasi | , , , , | 5 Comments

Berkenalan dengan badan bukan kerajaan – JATI

 

Apakah itu JATI?
Bagaimanakah JATI boleh wujud?

JATI lahir dari gabungan pelbagai faktor penyebab.

Umat Islam yang semakin peka pada impak gabungan pelbagai faktor penyebab ini kemudiannya terdesak dan terpanggil untuk bergabung demi mengurus impak negatif yang boleh menular luar kawalan batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia serta segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

Ringkasnya, umat Islam pelbagai latar belakang mengamati dan menginsafi bahawa dalam masa:

  • Agama Islam adalah Agama Persekutuan di Malaysia.
  • Institusi Raja adalah Pemayung dan Pembela atas pemeliharaan aqidah Islam serta warisan negara.
  • Umat melayu mempunyai hak-hak yang dijamin baik segi Perlembagaan Persekutuan mahupun segi warisan.
  • Wujudnya wadah-wadah politik yang sepatutnya menjuarai tanpa kompromi soal pemartabatan agama Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu.

Namun, masih wujud suasana, peristiwa serta desakan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat kelangsungan hakiki survival Islam, kedudukan Institusi Raja dan hak Umat melayu dengan adanya:

  • Perpecahan di kalangan umat Islam dan Umat Melayu!
  • Kesangsian serta bangkangan atas usaha untuk memperjuangkan kesucian aqidah Islam, kedudukan serta hak Institusi Raja dan kedudukan serta hak Umat melayu!
  • Budaya penderhakaan terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan di mana budaya ini bertopengkan tuntutan hak asasi manusia, amalan demokrasi serta perjuangan meritokrasi liberal!
  • Keta’assuban yang tidak objektif terhadap tokoh-tokoh individu dan pendirian wadah-wadah pilihan sehingga memalapkan pencarian kebenaran, kepentingan masa depan Islam, Institusi Raja dan Umat melayu, dan pertimbangan secara bijaksana!
  • Keberanian dan kelantangan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mencabar serta menggugat martabat Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu!
  • Budaya serta amalan perosak nilai yang masih menular!
  • Kurangnya contoh-contoh teladan yang berwibawa dalam perjuangan tanpa mendahulukan kepentingan diri!
  • Usaha memperjuangkan aspek-aspek tertentu tetapi secara serpihan dan tanpa penyelarasan yang mantap!
  • Budaya kompromi melampau sehingga wujud senario kebergantungan pada peranan pihak bukan Muslim yang oportunis dan Muslim liberal!

Keadaan semakin getir dan menggusarkan apabila umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya semakin berpecah dalam isu-isu yang timbul (sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja), termasuk isu-isu yang sewajarnya tidak patut dipertikaikan lagi kerana sudah dipelihara oleh Perlembagaan Malaysia dan warisan negara.

Kini, umat Islam dan masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan senario membimbangkan ini boleh dikategorikan pada 10 kelompok:

  1. Jelas antara mana yang benar dan mana yang batil dalam tempoh masa yang singkat.
  2. Mengambil masa yang lama sebelum mampu menerima penjelasan.
  3. Tidak berubah pendirian ke tahap yang lebih baik walaupun diberi input yang mencukupi serta benar.
  4. Semakin kabur dengan apa yang berlaku.
  5. Tidak mempunyai pendirian yang nyata kerana mudah berubah pendirian.
  6. Semakin menjauhkan diri dari memahami dan menjiwai isu-isu terpenting.
  7. Memberontak secara serpihan dan terasing terhadap usaha-usaha pembaikan..
  8. Memberontak secara bersatu terhadap usaha-usaha pembaikan.
  9. Mudah pasrah dan mengaku kalah pada musuh-musuh kebaikan.
  10. Mengambil jalan keluar mudah dari kemelut dengan tindakan murtad dan budaya eskapisme.

Memandangkan bahawa perpecahan sedemikian akan menguntungkan dan memudahkan musuh-musuh Islam, Umat melayu dan Institusi Raja (atau dikenali sebagai IMR).

Maka pelbagai golongan umat Melayu dan Muslim (ulama’, cendekiawan, pendidik, aktivis da’awah, pemimpin masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, pengamal media, ahli-ahli korporat, penggerak politik dan orang-orang yang berpengaruh di kalangan kelompok tersendiri) telah mula bercambah fikiran dan menyelami jiwa hati masing-masing demi mencari penyelesaian.

Apabila semakin ramai yang menyertai perbincangan, maka satu kata sepakat telah dimeterai di kalangan mereka supaya tindakan yang lebih teratur, terpimpin, berstrategi dan bersifat komplementari pada usaha-usaha kebaikan yang telah dijalankan mesti dirancang.

MAKA LAHIRLAH JATI

Jaringan entiti-entiti yang beri’tiqod untuk mempertahankan agenda IMR melalui orientasi da’awah berlandaskan pemahaman, penghayatan, pembinaan, pengamalan, pemeliharaan dan perjuangan AQIDAH YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN NEGARA.

11 February 2012 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah | Leave a comment

AWAS jerat Valentine!

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa“. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?“, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:

Maksudnya:Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita’ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata“.

Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:

Bermaksud: Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:

Pertama:     ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;

Kedua:     umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;

Ketiga:     menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;

Keempat:     menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; d

Kelima:    meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 96: Maksudnya:
Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”


(Di nukil dari E Khutbah JAKIM - 10 Februari 2012 / 17 Rabiulawal 1433H)

10 February 2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Tazkirah | , | Leave a comment

Pengertian Masjid.

P1171696

Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat  permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi  mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya. (Mu‘jam Lughat Al-Fuqaha: 428 dan Ihkam As-Sajid: 26-27)

Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

Sehubungan dengan ini, kalau ada orang yang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid itu, manakala kawasan yang di luarnya tidak turut menjadi masjid. Dalam hal ini Imam Az-Zarkasyi ada menyebutkan:

Ertinya: “Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajîz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (Ihkam As-Sajid: 396)

Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan (digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.

Tetapi jika yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau rizab masjid (tanah simpanan untuk masjid dan lain-lain keperluan masjid).

(Sumber: Jabatan Mufti Brunei – http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic24_2002.htm)

12 December 2011 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Dari wacana teori kebangkitan Islam di Malaysia – Sempena revolusi di Timur Tengah

Khamis lepas saya berkesempatan ke sebuah wacana di UIA PJ. Menariknya ia menampilkan empat gerakan Islam di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbut Tahrir(HT).

Pembentang pertama, Saudara Julfithri, dari ABIM menekankan peranan NGO sebagai third force kepada check and balance antara kerajaan dan pembangkang. Beliau tidak melihat kebangkitan sebegitu akan berlaku di Malaysia memandangkan keadaan ekonomi Malaysia tidak seteruk negara-negara Arab tersebut.

Pembentang kedua, Prof Dr Sharifudin, dari HT menyatakan revolusi yang berlaku di Arab bukanlah perubahan sebenar yang kita mahukan kerana keputusannya dipengaruhi oleh Barat. Beliau menjelaskan perubahan yang sebenar apabila umat mampu membezakan antara Islam dengan bukan Islam.

Pembentang ketiga,Saudara Subki Yusof, dari PAS menegaskan bahawa PAS masih yakin dengan jalan demokrasi berbanding pendekatan revolusi memandangkan kesesuaian di Malaysia.

Pembentang keempat, Dr Hafidzi, dari IKRAM menganggap pendirian Ikhwanul Muslimin untuk tidak turut secara langsung tetapi memberi sokongan kepada calon lain menggambarkan kematangan politik. Ia selari dengan khutbah Dr Yusof Qaradhawy di Dataran Tahrir yang menyatakan memberikan kebebasan kepada rakyat adalah lebih utama dari penerapan hukum syara’.

Suasana menjadi hangat pada sesi soal jawab. Penanya pertama, mempersoalkan kenapa hanya PAS sahaja yang menonjol di Malaysia sedangkan 3 jamaah lain kurang dikenali terutama di luar banda. Selain ity, antara persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan bentuk perubahan dan demokrasi. Ada seorang anak muda yang bertanya bahawa dia kebingungan tentang hukum demokrasi. Saya agak terkejut, apabila seorang pakcik bangun dan mengkritik betapa sedihnya jika PAS dan IKRAM tidak dapat melihat tipudaya demokrasi. Dia adalah seorang yang mengajukan soalan bertalu-talu kepada saya berkenaan demokrasi semasa sebuah seminar di Shah Alam 2,3 bulan lepas. Hari ini persepsinya sama sekali berbeza.

Kemudian ada seorang yang bangun dan mengajukan kepada wakil PAS dan HT, apakah bentuk negara Islam yang akan dijalankan jika berkuasa penuh. Saya agak terkejut dengan soalan ini tetapi agak teruja untuk mendengar jawapan PAS sambil memandang riak wajah Sdr Subki. Beliau agak teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut. Penanya dan beberapa audien mengulangi dan menjelaskan soalan berikut sehingga saya pun turut tolong menjelaskannya. Beliau tidak menjawab soalan itu, cuma katanya masih seperti sekarang ada PM dan TPM sehingga dapat kuasa penuh. Dr Sharifudin dari HT pula menjelaskan struktur kenegaraan yang akan diterapkan HT adalah khilafah sebagai yang dijelaskan oleh Dustur Muqaddimah dan Struktur Negara Islam yang dikeluarkan oleh HT.

Saya sendiri berkesempatan memberikan pandangan dan persoalan menyentuh isu di Tunisia, Algeria dan Mesir. Saya sorotkan kebangkitan seumpama ini telah berlaku sekian kali di negara-negara tersebut tetapi akhirnya keadaan yang serupa berlaku. Saya meminta dijelaskan apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh gerakan Islam agar umat Islam tidak terus ditipu.

Saya dapati keterbukaan panelis dalam menangani wacana sebegini terutama soalan-soalan sensasi dari para audien adalah sangat penting. Segala perbezaan pandangan sewajarnya disalur dan dijawab secara ilmiah bagi mengelakkan suasana tegang. Tahniah kepada Syubban PUM dan Youth Centre for Political Education(YCPE) dan semua yang terlibat.


Penulis : WUZARA

21 May 2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Renungan & Teladan | 1 Comment

Mushaf Al-Quran Pertama di Dunia

Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.

Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.
Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.

Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.

Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.

Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.

Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.

Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.

Posted @ www.isuhangat.net

1 May 2011 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Sembilan jenis SIHIR

>1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.


Kiriman: Roslan Mohd – mohroslan@gmail.com


20 January 2011 Posted by | Informasi | 2 Comments

>Mengapa AL QURAN tidak di kumpulkan dalam satu MUSHAF pada zaman Nabi SAW.

>

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, al Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada dada para sahabat r.a. Namun dari sudut penulisannya, al Quran masih lagi berada dalam keadaan lembaran lembaran yang terpisah antara satu sama lain, ia belum lagi di kumpulkan dalam satu buku atau mushaf yang lengkap berserta ayat ayat dan surah surahnya yang tersusun.Oleh itu, sudah tentu keadaan ini berlaku kerana ada hikmah hikmahnya yang tersendiri memandangkan al Quran merupakan kalam yang di turunkan oleh Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dalam masaalah ini para ulama cuba membahaskan sebab sebab mengapa al Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. (lihat: Manna’ al Qattan: Mabahith fi “Ulum al Quran, hlm, 125) antaranya adalah:

  1. Kaedah penurunan al Quran adalah secara beransur ansur dan tidak sekali gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut sebelum selesai keseluruhan penurunannya.
  2. Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansuhkan apabila turunnya ayat terkemudian yang menasakhkannya. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut kerana ini boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan pembatalan terhadap penulisan tersebut.
  3. Susunan ayat dan surah di dalam al Quran adalah tidak berdasarkan urutan waktu ia di turunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan pada saat terakhir wahyu namun urutannya di tempatkan pada surah surah yang terawal. Oleh itu, mustahil untuk membukukannya dalam tempoh penurunannya kerana ini juga boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan perubahan pada susunan penulisannya.
  4. Tempoh turunnya wahyu terakhir (iaitu ayat 281 dari surah al Baqarah mengikut pendapat Ibnu ‘Abbas) dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah terlalu singkat. Ibnu Jarir meriwayatkan dalam tafsir al Tabari bahawa Nabi s.a.w. wafat sembilan malam selepas turununya ayat ini. Baginda jatuh gering pada hari Sabtu dan wafat pada hari Isnin . Oleh itu dalam masa yang sesingkat ini tidak memungkinkan ia untuk di susun lalu dibukukan dengan segera.
  5. Ketiadaan faktor faktor yang mendorong untuk mengumpulkan al Quran menjadi satu mushaf sebagaimana yang berlaku pada zaman Abu Bakar al Siddiq r.a. Ini kerana ketika Rasulullah s.a.w.  kedapatan ramai sahabat yang menghafal al Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehingga tidak wujud sebarang kepentingan yang mendesak kepada penulisannya. Ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana kemunculan banyak fitnah seumpama peperangan yang menyebabkan ramai penghafal al Quran yang gugur syahid sehingga mendorong Abu Bakar r.a. melaksanakan rancangan pengumpulan al Quran dalam satu mushaf kerana khuatir ia akan lenyap dengan ketiadaan para penghafalnya.

Kesimpulannya , kalau sekiranya al Quran itu dibukukan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. iaitu ketika wahyu masih dalam tempoh penurunannya, sudah tentu al Quran akan mengalami banyak perubahan dan pindaan yang selaras dengan terjadinya nasakh serta penyusunan ayat yang belum selesai di samping kelengkapan menulis yang sangat terbatas.

Situasi begini tidak memungkinkan untuk berpegang kepada satu satu mushaf yang terdahulu kerana ia masih tidak lengkap dan berkemungkinan menerima perubahan. Oleh itu setelah segala galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan serta wafatnya Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi perkara yang di khuatiri akan menjejaskan pembukuannya. Inilah yang di ilhamkan oleh Allah s.w.t. kepada Khulafa’ al Rashidin yang mendapat hidayah langsung daripadaNya sehingga timbulnya idea untuk membukukan la Quran dalam satu mushaf bermula dengan pengumpulan oleh Sayidina Abu Bakar al Siddiq r.a.

Nukilan dari Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan terbitan Yayasan Restu
Laman web: http//www.mushaf.com.my

28 November 2009 Posted by | Informasi | Leave a comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers

%d bloggers like this: