Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Persoalan masbuk dan muafik

Apa maksud masbuk dan muafik.

Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.

Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta’awuz(auuzubillah).

Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya”.Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama’ninah.

Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi’li (perbuatan).

Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.

Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) danhadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.

Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiamselepas sujud.Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebutsubhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.

Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

 

(Oleh: Ustaz Ahmad Mustafa Mohd. Sidin – Imam Besar Masjid Negeri Selangor di petik dari Utusan Malaysia)

 

 

About these ads

25 March 2012 - Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah | ,

6 Comments »

  1. Asalamualaikum,
    Saya ada kemusykilan. saya solat maghrib ikut imam pada rakaat ketiga dan tahyat akhir bersma imam. macam mana cara nak sambung solat selepas tu? Adakah saya patut bangun selepas itu kemudian mengerjakan 2 rakaat lagi lepas tu baru tahyat akhir atau saya bangun rakaat pertama selepast itu tahyat awal kemudia bangun lagi rakaat seterusnya baru tahyat akhir?

    Ini juga pernah terjadi kepada saya smasa solat Isyak mengikut Imam. Saya mula pada rakaat ke-4 Imam. Macam na cara nak sambung. Boleh tolong jelaskan?

    Terima kasih.

    Comment by G-Jan | 28 January 2013 | Reply

    • Salam,

      Sebagai orang masbuk, anda perlu bangun untuk lengkapkan solat anda setelah imam memberi salam kedua.Selepas 2 rakaat anda duduk dan baca tahyat awal.Di rakaat ke 3 buat tahyat akhir saperti biasa.Harap jawapan ini membantu anda.Terima kasih.

      Comment by amri el wahab | 30 January 2013 | Reply

  2. AsSalam ustaz… Nk tnya…Syarat untuk
    membolehkan makmum
    memotong bacaan fatihah dan
    ditanggung oleh imam adalah
    jangan membaca yang sunat.
    Iaitu jangan membaca doa
    iftitah dan ta’awuz
    (auuzubillah) . Bagaimana pula jika terlupa ?(terbaca auuzubillah) Adakah solat atau solat semula ?

    Comment by myo | 21 November 2012 | Reply

    • Salam sdr myo – jawapan ini saya petik dari Blog Mimbar Masjid saperti berikut,sekiranya masih ragu bertanyalah secara berhadapan dengan mana mana Ustaz/Ustazah:

      Makmum masuk di dalam sembahyang, imam sedang berdiri dan sedang membaca surah Fathihah

      Dalam keadaan yang kedua ini , terdapat 2 perbahasan mengenainya :

      PERBAHASAN PERTAMA

      Makmum masbuk terus membaca surah fathihah.

      PERBAHASAN KEDUA

      Makmum masbuk membaca doa ititah dan ta’awuz.

      PERBAHASAN PERTAMA

      Apabila makmum masbuk masuk , imam sedang membaca surah , lalu makmum masbuk membaca surah Fathihah .

      Belum selesai makmum masbuk membaca surah Fathihah imam telah bergerak ke rukuk .Maka takala itu WAJIB diputuskan serta merta bacaan Fathihahnya di mana juga kedudukan bacaannya ,walaupun sudah hampir sempurna atau habis bacaannya Fathihahnya ; dan terus rukuk berserta imam yang rukuk dan berthumakninah bersama imamnya .Maka dapatlah raka’at itu padanya .

      v TETAPI, sekiranya Ia engkar danditeruskan bacaannya bagi menyempurnakan fathihahnya maka takala itu juga Imam sudahpun selesai ataupun telah sempurna rukuknya dan bangun pula kepada I’tidal sedang ia belum sempurna Fathihahnya atau baru hendak rukuk (berselisih dengan gerak Imam ke I’tidal) maka BATALlah solatnya .

      Adapun bagi makmum masbuk yang memutuskan bacaanya Fathihahnya dan rukuk bersama Imamnya , maka bacaan yang tidak sempurna itu dijamin oleh Tuan Imam atau ditanggung oleh Tuan Imam .

      PERBAHASAN KEDUA

      Makmum masbuk masuk sembahyang , imam sedang berdiri dan sedang membaca surah ,lalu ia membaca doa iftitah atau masih dalam pembacaan doa iftitah ; Lalu Imam rukuk ?

      Dalam keadaan ini , biasanya berlaku sewaktu solat sir ( siang hari =zohor dan asar).Maka makmum masbuk ini tidak boleh rukuk bersama imam . Malah dia WAJIB membaca Fathihah sekadar lama doa Ifthitah yang telah dibaca tadi sewaktu imam bergerak ke rukuk (lalu ia berhenti membaca doa ifthitah

      Kadar fathihah yang perlu dibaca adalah seukuran tempoh doa ifthihah yang telah dia baca sebelum imam bergerak ke rukuk .

      Apabila telah dibaca mengikut kadarnya , Fathihah itu , Maka ia bolehlah rukuk dan jika dilihat imam masih dirukun rukuk dan rukuk makmum m asbuk itu serta imam dan dapat sekira-kira kadar thumakninah , maka dapatlah raka’at itu baginya .

      AKAN TETAPI, sekiranya apabila telah habis dibacanya fathihah yang seukuran iftitah yang telah ditentukannya sendiri itu , dan didapatinya imam sudah I’tidal maka janganlah Ianya rukuk .Ianya hendaklah terus sahaja beri’tidal bersama Imamnya.

      Makmum masbuk meneruskan solatnya bersama imam .Tetapi raka’at itu tidak diperolehinya dan sembahyang masih SELAMAT bersama imam .

      AKAN TETAPI, jika setelah dihabiskan Fatihah berkadaran dengan doa iftitah yang telah dia berhenti, dan (imam sudah selesai rukuk , I’tidal ) dan sekarang imam sedang dalam tunduk menuju sujud ,WAJIB ia BERNIAT MUFARAQAH( cerai daripada imam ).Jika dikekalkannya dan imam sudah sujud ,BATAL sembahyangnya .

      Oleh yang demikian , dinasihatkan sekiranya menjadi makmum masbuk , dalam apa jua keadaan , hendaklah kita abaikan membaca doa iftitah dan ta’awuz . Maka hendaklah dibacakan Bismillah dan surah Fathihah sedapatnya dan berhenti serta merta dimana jua kedudukan bacaannya dan terus lah rukuk bersama imam yang rukuk .

      Adapun , membaca doa iftitah dan ta’awuz tidak disunatkan pada makmum masbuk ;Begitulah yang telah dinaqalkan oleh Imamul A’zhom Syeikh Muhammad Bin Idris
      ( Al Imam Syafi’ie) dalam hal keadaan makmum masbuk .

      Andaikata ,terjadi keadaan yang diluar jangka , disangkakan situasi asalnnya harus layak dibaca doa iftitah ,ta’awuz dan surah fatihah ,TETAPI jangkaan makmum itu tersasar atau sebab imamnya cepat dan pantas , maka perbahasan ke 2 haruslah diaplikasikan (dilaksanakan ).

      Dan tidak boleh mengaplikasikan (melaksanakan ) suasana berbeza untuk berlainan masalah .

      Asal pokok yang harus dilakukan oleh makmum masbuk adalah terus membaca bismillah dan surah fatihah,walaupun dijangka atau disangka imam akan melambatkan bacaannya, dan dia lulus membaca doa iftitah ,ta’awuz dan surah fatihah.

      Adapun langkah meningggalkan yang tidak disunatkan untuk makmum masbuk lebih menyelamatkan makmum masbuk dari menghadapi tidakan bermufaraqah olehnya .

      TAMBAHAN ;
      Adapun , makmum yang teringat , bahawa dia tidak membaca fatihah dalam rukuknya dalam sembahyang Juma’at .?
      Maka hendaklah dia bangun tambah rakaat yang ia lupa baca Fatihah itu selepas selesai imam memberi salam .

      Alhamdulillah , begitulah adanya susunan yang dapat aku nukilkan daripada pengajian ku daripada guruku Ustaz Razib sebagai buah tangan untuk isteri anak-anak cucu cicit serta keluarga dan saudaraku Ikhwanul muslimin .

      Wallahua ‘alam bishowab ..
      Disusun oleh :
      Mimbar Masjid
      15,JLN ANGGERIK PUTIH
      KG DESA JAYA
      MAJIDEE BARU
      JOHOR BAHRU
      Sunday, October 07, 2001
      Rujukan: http://mimbar786.blogspot.com/2011/03/perbincangan-makmum-muafik-dan-masbuk.html

      Comment by amri el wahab | 29 November 2012 | Reply

  3. salam ustaz. nak tanye .. kalau macam kita ikut imam pada rakaat ke 2 sebab kita tak sempat. jadi pada rakaat ke 2 tu kira rakaat pertama kita, jadi tak perlu baca tahiyat awal ke masa imam sedang membaca tahiyat awal.kemudian, masa imam rakaat ke 3 tu, kita rakaat ke 2, masa tu sepatutnya kita baca tahiyat awal kan, tapi imam tak buat, jadi? then masa imam rakaat ke 4 kita? pastu cara nak ganti 1 rakaat tu camne. kemusykilan ni mula timbul apabila tengok mcm2 gaye orang buat. terima kasih

    Comment by zul | 3 October 2012 | Reply

    • Salam wbt.

      Terima kasih di atas soalan anda.Terlebih dahulu saya minta anda jangan panggil saya ustaz kerana saya bukan ustaz.
      Namun saya akan jawab persoalan anda dgn seberapa yang termampu.Sekiranya anda rasa tidak puas hati, saya nasihatkan anda berjumpa dengan mana mana ustaz atau alim ulama di tempat anda.

      Jawapan nya ikut urutan saperti di bawah:

      1. Anda masbuq dan berada di rakaat pertama, sedang kan imam berada di rakaat ke-2.pabila Imam duduk tahiyat awal pada rakaat ke-2 ini, anda wajib ikut duduk tahiyat awal mengikut imam walaupun anda baru satu rakaat.(Tentang bacaan sunat aje).
      2. Bila imam bangun selepas melakukan tahiyat awal nya anda ikut hingga sampai kepada rakaat ke-4 (bagi imam).Ketika itu anda berada di rakaat ke-3.Imam duduk dan baca tahiyat akhir.Anda wajib ikut imam duduk tahiyat akhir.(Bacaan tahiyat ini sunat bagi anda)
      3. Selepas selesai tahiyat akhir imam beri salam.Selepas salam kedua imam anda bangun dan selesaikan rakaat ke-4 bagi anda di akhiri dengan duduk dan bacaan tahiyat akhir.Selesai baca tahiyat anda beri salam.
      4.Bererti orang yang masbuq yang mengikut imam saperti dalam kes anda ini akan menghadapi 3 kali bacaan dan duduk tahiyat.

      Wallahu’alam.

      Comment by amri el wahab | 5 October 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 147 other followers

%d bloggers like this: