Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ciri ciri Aqidah yang Sahih

“Katakanlah (wahai Muhammad) “Hai orang orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak akan mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.Bagi kamu agama kamu.Dan bagiku agamaku”. (Surah al Kafirun ayat 1- 6)

“Sampaikan secara berterus terang akan apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir Musyrik itu”. (Surah al- Hijr ayat 94)

Firman Allah Taala ini adalah menjadi dalil bahawa aqidah yang sahih tidak bertolak ansur dalam menanamkan keimanan dan tauhid ke dalam hati seseorang manusia.dan tidak memperdulikan sebarang usaha daripada orang orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba hendak memesongkan aqidah dan keimanan seseorang.

CIRI CIRI AQIDAH YANG SAHIH ITU IALAH:

  1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’  dan qadar yang menjadi rukun iman.
  2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.
  3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.
  4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
  5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
  6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
  7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
  8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
  9. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.
  10. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah  iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.

(Sumber: Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Haji Said Haji Ibrahim mantan Mufti Negeri Sabah)

About these ads

15 January 2012 - Posted by | Aqidah

2 Comments »

  1. ad x pngertian akaidah mengikut ulama usuluddin???

    Comment by nabila | 6 June 2012 | Reply

    • Salam sdri Nabila,
      Bahawasanya Pengertian Akidah ialah:
      Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaan Nya.
      Ilmu yang menyelidik dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan, dan perkara perkara yang ghaib (sam’iyat) dengan dalil dalil dari Al Quran dan Hadis ( dalil Naqli) dan dalil dalil dari Akal manusia (dalil Aqli)
      Ilmu yang mendedahkan kebatilan, keraguan dan pendustaan orang orang kafir terhadap orang orang yang beriman.
      Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
      (Rujukan: Blog ini – Fitrah Islami Online; Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Tuan Haji Said Haji Ibrahim).

      Comment by Admin Fitrah islami Online | 7 June 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 147 other followers

%d bloggers like this: