Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Koleksi soal jawab sekitar ibadah Puasa: Soalan No I hingga No 51

Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web seperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.

Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:

Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:

Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?

Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?

Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?

Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?

Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?

Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

About these ads

2 August 2011 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

20 Comments »

  1. Assalamu’alaikum tuan.

    Saya dari Brunei dan isteri saya orang Sabah. Setiap tahun saya dan keluarga akan balik keSabah utk menyambut Hari Raya. Soalan saya; Adakah wajib bagi saya dan isteri utk memenuhkan puasa 30 hari (mengikut Brunei) sedangkan Sabah (Malaysia) hanya melakukan puasa 29 hari?

    Sekian, terima kasih. Wassalam.

    Comment by Andy Ibrahim | 27 July 2014 | Reply

    • Wa’alalikum salam wbt.
      Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”.
      Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga tarikh raya hendaklah mengikut anak bulan yang muncul di negeri tersebut.

      Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/09/masalah-hari-raya-di-dua-negara.html

      Rujukan:

      1. Min Ahsanil-Kalam, Fatawa Syeikh ‘Athiyah Saqar, 2/6.
      2. Fatawa Arkan al-Islam, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, hlm. 302.
      3. Fatawa Syeikh Dr. Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com).

      Wallahu aqlam.

      Comment by amri el wahab | 27 July 2014 | Reply

  2. Minta maaf,saya ada soalan.Harap dapat berikan jawapan yang baik……………………

    Sekiranya saya mengeluarkan air mani di antara waktu berbuka hingga sebelum sahur,tetapi saya tidak sempat mandi wajib sebelum azan Subuh. Adakah saya mampu lagi berpuasa ketika itu?

    Comment by Orang-Muda-Ingin-Tahu | 8 July 2014 | Reply

    • As Salam. Tidak membatalkan puasa jika anda mandi wajib selepas subuh atau siangnya….. Wallahu aqlam.

      Comment by amri el wahab | 27 July 2014 | Reply

  3. Assalamualaikum. Saya pernah pada suatu ketika dahulu sya jahil dan sering meninggalkan puasa wajib. Saya mengatakan pada diri saya bahawa saya akan mengqadakan puasa pada tahun berikutnya. Setelah tamat bulan ramadhan,saya waswas dengan bilangan hari yg perlu digantikan puasa saya. Saya sudah mengganti untuk 7 hari. Namun,saya masih waswas akan bilangan hari yang perlu saya ganti.
    Diharapkan agar persoalan saya dapat dijab dangan segara. Sekian,assalamualaikum.

    Comment by kasim | 23 June 2014 | Reply

    • Wa’alaikum salam wbt.
      Orang yang lupa dalam ibadah, dia diperintahkan untuk mengambil yang lebih meyakinkan. Kaidah dasar mengenai hal ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terkait orang yang lupa bilangan rakaat ketika shalat,

      إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَّ، وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ
      “Apabila kalian ragu dalam shalat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan….” (HR. Abu Daud 1024 dan dishahihkan Al-Albani).

      Kemudian, beliau mengarahkan, agar orang yang solat, mengambil bilangan yang lebih sedikit, karena itu yang lebih menyakinkan.

      Orang yang solat zuhur dan lupa apakah telah mengerjakan 2 rakaat atau 3 rakaat, yang harus dia pilih adalah 2 rakaat, karena ini yang lebih meyakinkan.

      Orang yang thawaf dan lupa, sudah melakukan 5 kali putaran ataukah 6 kali, yang harus dia pilih adalah yang lebih sedikit, baru melakukan 5 kali putaran, karena ini lebih meyakinkan.

      Demikian pula orang yang lupa berapa jumlah hari yang menjadi tanggungan dia berpuasa, apakah 12 hari ataukah 10 hari, yang harus dia pilih adalah yang lebih meyakinkan yaitu 12 hari. Dia memilih yang lebih berat, karena semakin menenangkan dan melepaskan beban kewajibannya. Karena jika dia memilih 10 hari, ada 2 hari yang akan membuat dia ragu. Jangan-jangan yang 2 hari ini juga tanggungan dia untuk berpuasa. Berbeda ketika dia memilih 12 hari. Dan sekalipun kelebihan, puasa yang dia lakukan tidak sia-sia, dan insyaaAllah dia tetap mendapat pahala.

      Rujukan: http://www.konsultasisyariah.com/lupa-jumlah-hari-qadha-puasa/

      Comment by amri el wahab | 27 July 2014 | Reply

  4. sy tnggal puase slame 3 hari pd thun 2011..sy da gnti puase tu pd thun brikutnye(2012)..tpi sy blom mbayar fidyah shngga thun brikutnya(2013) brula sy mbyr fidyah..perlukah sy mggantikan smula puase yg tlah sy gnti?

    Comment by syakirah | 27 March 2014 | Reply

  5. Apa hukumnya orang yang mengulum buah dada isteri semada berpuasa?

    Comment by affye | 28 July 2013 | Reply

  6. Slm ustaz…. Sy nk tanya,boleh kah kita merasa makanan yg dimasak untuk berbuka tetapi tidak menelannya?

    Comment by Ati | 20 July 2012 | Reply

    • Assalam Cik Ati,

      Saya bukan ustaz tetapi hanya penulis blog.

      Namun mengenai persoalan cik Ati, merasa makanan dgn kuantiti yg sedikit ketika memasak tidak membatalkan puasa.

      Comment by amri el wahab | 20 July 2012 | Reply

  7. Saya berpuasa di Sabah dan biasanya berbuka sekitar jam 6pm,tetapi apabila naik flight dan hampir mendarat di KL,waktu berbuka di sana lebih kurang jam 7.15pm.Bolehkah kami berbuka ikut waktu di Sabah?atau kena ikut waktu di KL?

    Comment by Norizan | 1 April 2012 | Reply

  8. asalamua’laikum ustaz..saya telah berzina di waktu malam..kemudia tidur dgn niat saya akan mandi wajid sebelum imsak. tetapi saya terlajak tidur sehingga kedengaran azan subuh. kemudian sy menyegerakan mandi wajid tersebut ketika azan subuh sedang berkumandang..adakah batal puasa saya? sila beri penjelasan yg terperinci ustaz..terima kasih ustaz..

    Comment by muhamad | 21 August 2011 | Reply

    • Salam sdr ku Muhamad,
      Saya kagum di atas kejujuran anda membuat pengakuan tentang perzinaan yg anda berdua telah lakukan.

      Jawapan bagi soalan anda adalah saperti berikut:
      Puasa bagi orang yang berjunub akibat persetubuhan (cara halal atau haram) dan mandi wajib selepas azan subuh adalah sah sekiranya anda telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh. Ini adalah kerana suci dari hadas besar bukan lah syarat sah puasa.

      Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

      Ertinya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut ” ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

      Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
      Ummu Salamah menjawab :-

      Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil ‘bersama dengan isterinya’ dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)” ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

      Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu’, An-Nawawi, 6/309 ) Kesemua ini adalah pendapat yang paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

      Sesungguhnya perbuatan zina yang anda berdua lakukan hukumnya haram dan berdosa besar bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi juga di bulan bulan lain.Cuma melakukan zina di bulan Ramadan lebih di keji kerana anda tidak menghormati bulan Ramadan. Anda berdua berdosa yang amat besar jika anda mati tatkala itu, mungkin mati dalam keadaan sangat hina dan terkutuk.

      Saya ingin menyeru kepada anda berdua supaya manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya.
      Sdr, agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”

      Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 “Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

      Sekian.Wallhu’allam.

      (Rujukan: Dari berbagai sumber)

      Comment by amri el wahab | 21 August 2011 | Reply

  9. Mesej/Pertanyaan: Pertanyaan..
    1) Jika Bersetubuh Di Waktu Malam Sebelum Waktu Imsak namun tidak mandi wajib sehinggalah lps waktu subuh.. adakah sah puasanya?
    2) adakah sah niat puasa jika dibaca selepas bersetubuh dan dalam keadaan berhadas besar?

    Comment by Mohd | 19 August 2011 | Reply

    • Jawapan:

      1. Tidak batal puasa orang yang berjunub dan mandi wajib selepas tamat waktu sahur atau pada siang harinya.Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
      2. Sah niat puasa dalm keadaan junub.

      Comment by Fitrah Islami Online | 19 August 2011 | Reply

  10. Soalan 12:
    Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

    Jawapan:
    Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia

    JAWAPAN KEPADA SOALAN NO 12: BUKANKAH DALAM ISLAM CUMA ADA MAKSIMUM 30 HARI SAHAJA? MENGIKUT PENDAPAT LAIN DIA TAK BOLEH BERPUASA MALAH WAJIB RAYA CUMA DIA TAK BOLEH NAK SOLAT RAYA SEBAB ORANG LAIN TAK RAYA LAGI DAN TAK BOLEH MAKAN DEPAN ORANG LAIN SEBAB KENA HORMAT ORANG YANG SEDANG BERPUASA. JADI DIA KENA MAKAN LAH SEBAGAI TANDA TAK PUASA (SENYAP SENYAP PUN OK) SEBAB HARAM DIA PUASA PADA HARI PERTAMA RAYA UNTUK DIA

    Comment by suhaili sahari | 6 August 2011 | Reply

    • Pertanyaan
      Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Saya berasal dari Timur Asia, bulan Hijriyah di tempat kami terlambat satu hari dari Arab Saudi. Kami adalah mahasiswa yang akan melakukan safar di bulan Ramadhan tahun ini, sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Shaumlah karena melihat hilal (masuk bulan), dan berbukalah karena melihat hilal..” dan seterusnya. Kami telah memulai shaum di Saudi, kemudian safar di bulan Ramadhan hingga penghabisan bulan, sehingga kami shaum selama tiga puluh satu hari. Pertanyaan saya, bagaimana hukum shiyam kami tersebut dan berapa hari mestinya kami harus shaum ?

      Jawaban
      Jika anda shaum di Saudi atau yang lain kemudian anda shaum di negeri anda maka berbukalah bersama penduduk di sana, meskipun jumlahnya lebih dari tiga puluh hari. Karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

      “Artinya : Shaum adalah hari dimana kalian shaum dan waktu berbuka adalah hari kalian berbuka”

      Akan tetapi jika shaum kalian belum genap dua puluh sembilan hari, maka hendaknya menyempurnakan (menambahnya), karena tidak ada bulan yang kurang dari dua puluh sembilan hari. Wallahu waliyut Taufiq

      (Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Mufti Arab Saudi 1909 – 1999)

      Comment by suhaili sahari | 6 August 2011 | Reply

  11. Assalamualaikum….jazakallah khoiro diatas perkongsian ilmu dunia &akhirat selama saya menjadi ahli pak belang.
    semuga Allah menambah ilmu saudara dan rakan kelab yg.lain..Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa Ramadhan.
    Allahu Akhbar Walillah Ilhamd..

    Comment by rosli lee | 5 August 2011 | Reply

  12. tq, info byk membantu

    Comment by Hamimi | 5 August 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers

%d bloggers like this: