Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Di ambang RAMADHAN 1432H

Ramadan lanterns from below, Road 9, Maadi, Ca...

Hiasan Tanglung Ihya Ramadan di Kaherah,Mesir

Didalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambutMaulidurRasuldengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:

Maksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)..” 

Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: ” Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(HadisRiwayatAhmad).

Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan olehAhmadyang mafhumnya:

Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata.” 

Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.

Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan seminggu lagi marilah kita mengambil langkah berikut:

Pertama:     Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.

Kedua:    Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Ketiga:     Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat:     Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Kelima:     Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:

Maksudnya: ” Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh “.

(Petikan :Khutbah Jakim)

31 July 2011 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Hukum hukum Puasa Ramadhan

A crecent moon can be seen over palm trees at ...

Ahlan ya Ramadhan

1. Definisi:

Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan bersenggama mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari. Firman Allah Ta ‘ala:

“…. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam….” (Al-Baqarah: 187).

2. Bila dan bagaimana puasa Ramadhan diwajibkan?

PuasaRamadhanwajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal, atau setelah bulanSya’bangenap 30 hari.PuasaRamadhanwajib dilakukan apabila hilal awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang dipercaya, sedangkan awal bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercaya.

3. Siapa yang wajib berpuasa Ramadhan?

PuasaRamadhandiwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil (berakal), dan mampu untuk berpuasa.

4. Syarat wajibnya puasa Ramadhan?

Adapun syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada empat, iaitu Islam, berakal, dewasa dan mampu.

5. Bila anak kecil diperintahkan puasa?

Para ulama mengatakan Anak kecil disuruh berpuasa jika kuat, hal ini untuk melatihnya, sebagaimana disuruh shalat pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun agar terlatih dan membiasakan diri.

6. Syarat sahnya puasa.

Syarat-syarat sahnya puasa ada enam:

a. Islam: tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
b. Akal: tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
c. Tamyiz: tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membezakan (yang baik dengan yang buruk).
d. Tidak haid: tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
e. Tidak nifas: tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
f. Niat: dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib.

Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i dan At-Tirmidzi. Ia adalah hadits mauquf menurut At-Tirmidzi).

Dan hadits ini menunjukkan tidak sahnya puasa kecuali diiringi dengan niat sejak malam hari, iaitu dengan meniatkan puasa di salah satu bahagian malam.

4.1. Sunnah-Sunnah Puasa

Sunah puasa ada enam:

a. Mengakhirkan sahur sampai akhir waktu malam, selama tidak dikhuwatirkan terbit fajar.

b. Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari terbenam.

c. Memperbanyak amal kebaikan, terutama menjaga shalat lima waktu pada waktunya dengan berjemaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-orang yang berhak, memperbanyak shalat sunat, sedekah, membaca Al-Qur’an dan amal kebajikan lainnya.

d. Jika dicaci maki, supaya mengatakan: “Saya berpuasa,” dan jangan membalas mengejek orang yang mengejeknya, memaki orang yang memakinya, membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepadanya; tetapi membalas itu semua dengan kebaikan agar mendapatkan pahala dan terhindar dari dosa.

e. Berdo’aketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Seperti membaca do’a: “Ya Allah hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

f. Berbuka dengan kurmasegar, jika tidak mempunyai maka dengan kurma kering, dan jika tidak mempunyai cukup dengan air.

4.2. Hukum orang yang tidak berpuasa Ramadhan

Diperbolehkan tidak puasa pada bulan Ramadhan bagi empat golongan:

a. Orang sakit yang berbahaya baginya jika berpuasa dan orang bepergian yang boleh baginya mengqashar shalat.

Tidak puasa bagi mereka berdua adalah afdhal, tapi wajib menggadhanya. Namun jika mereka berpuasa maka puasa mereka sah (mendapat pahala). Firman AllahTa’ala:

” ….. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka), maka wajiblah banginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….” (Al-Baqarah:184).

Maksudnya, jika orang sakit dan orang yang bepergian tidak berpuasa maka wajib mengqadha (menggantinya) sejumlah hari yang ditinggalkan itu pada hari lain setelah bulan Ramadhan.

b. Wanita haid dan wanita nifas:

Mereka tidak berpuasa dan wajib mengqadha. Jika berpuasa tidak sah puasanya. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Jika kami mengalami haid, maka diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan menggadha shalat.” (Hadits Muttafaq ‘Alaih).

c. Wanita hamil dan wanita menyusui.

Jika khuwatir atas kesihatan anaknya boleh bagi mereka tidak berpuasa dan harus mengqadha serta memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Jika mereka berpuasa maka sah puasanya. Adapun jika khuwatir atas kesihatan diri mereka sendiri, maka mereka boleh tidak puasa dan harus menggadha saja. Demikian dikatakan Ibnu Abbas sebagaimana diriwayatkan olehAbuDawud. (Lihat kitab Ar Raudhul Murbi’, 1/124.)

d. Orang yang tidak kuat berpuasa kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuh.

Boleh baginya tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkannya. Demikian kata Ibnu Abbas menurut riwayat Al-Bukhari. (Lihat kitabTafsirIbnuKalsir, 1/215.)

Sedangkan jumlah makanan yang diberikan iaitu satu mud (genggam tangan) gandum, atau satu sha’ (+ 3 kg) dari bahan makanan lainnya. Lihat kitab ‘LrmdatulFiqh, olehIbnuQudamah, hlm. 28.)

4.3. Hal-hal yang membatalkan puasa.

a. Makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana lupa maka tidak batal puasanya.

b. Jima’ (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan.

Diharamkan melakukanjima’ (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan.Dansiapa yang melanggarnya harus menggadha dan membayar kaffarah mughallazhah (denda berat) iaitu membebaskan hamba sahaya. Jika tidak mendapatkan, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut; jika tidak mampu maka memberi makan 60 orang miskin; dan jika tidak mempunyai maka bebaslah ia dari kafarah itu.

Firman Allah Ta’ala: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah: 285). (Lihat kitab Majalisu Syahri Ramadhan, hlm. 102 – 108.)

c. Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam hal ini adalah suntikan yang mengenyangkan dan transfusi darah bagi orang yang berpuasa.

d.Mengeluarkanmanidalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluarmanikerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.

e. Keluarya darah haid dan nifas. Manakala seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.

f. Sengaja muntah, dengan mengeluarkan makanan atau minuman dari perut melalui mulut. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.

Barangsiapa yang muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha, sedang barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka wajib qadha.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Dalam lafazh lain disebutkan: “Barangsiapa muntah tanpa disengaja, maka ia tidak (wajib) mengganti puasanya).” Diriwayatkan oleh Al-Harbi dalam Gharibul Hadits (5/55/1) dari Abu Hurairah secara maudu’ dan dishahihkan oleh AI-Albani dalam silsilatul Alhadits Ash-Shahihah No. 923.

g. Murtad dari Islam -semoga Allah melindungi kita darinya. Perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan.

Firman Allah Ta’ala: “Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’aam: 88).

Tidak batal puasa orang yang melakukan sesuatu yang membatalkan puasa kerana tidak tahu, lupa atau dipaksa. Demikian pula jika tenggorokannya kemasukan debu, lalat, atau air tanpa disengaja.

Jika wanita nifas telah suci sebelum sempurna empat puluh hari, maka hendaknya ia mandi, shalat dan berpuasa.

Kewajipan orang yang berpuasa:

Orang yang berpuasa, juga lainnya, wajib menjauhkan diri dari perbuatan dusta, ghibah (menyebutkan kejelekan orang lain), namimah (mengadu domba), laknat mendo’akan orang dijauhkan dari rahmat Allah) dan mencaci-maki. Hendaklah ia menjaga telinga, mata, lidah dan perutnya dari perkataan yang haram, penglihatan yang haram, pendengaran yang haram, makan dan minum yang haram.

Puasa yang disunatkan:

Disunatkan puasa 6 hari pada bulan Syawwal, 3 hari pada setiap bulan (yang afdhal iaitu tanggal 13, 14 dan 15; disebut shaumul biidh), hari Isnin dan Khamis, 9 hari pertama bulan Zulhijjah (lebih ditekankan tanggal 9, iaitu hari Arafah), hari ‘Asyuva (tanggal 10 Muharram) ditambah sehari sebelum atau sesudahnya untuk mengikuti jejak Rasulullah dan para sahabatnya yang mulia serta menyelisihi kaum Yahudi.

4.4. Pesanan dan nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesihatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menj emput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, lain anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, kerana anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan siapa saja yang menjadi tanggungjawab anda agar mereka taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya. Jadilah suri tauladan yang baik bagi mereka dalam segala bidang, kerana Andalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka di hadapan Allah Ta’ala. Bersihkan rumah anda dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berzikir dan shalat kepada Allah.

Sibukkan diri dan keluarga anda dalam hal yang bermanfaat bagi anda dan mereka.Daningatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat mereka.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Shalawat dansalamsemoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kitaMuhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya.


30 July 2011 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

Musuh dalam selimut tubuh kumpulan Syiah

Musuh dalam selimut


Saidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepasSaidinaUmarbin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafiq. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba’.

Namun ternyata Abdullah bin Saba’ mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba’ ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Tetapi Saidina Othman menolak dan berkata “Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain.”

Saidina Othman berkata lagi “Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah.” sambung Khalifah lagi “Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang.”

Abdullah bin Saba’ keluar dengan perasaan dukacita. Ia telah bersusah payah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba’ menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan menghuru hara kan ajarannya.

Maka Abdullah bin Saba’ pergi kemerata ceruk negeri dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada masyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba’iyah yakni kaum Syiah sekarang.

Begitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ sehingga dia berani berkata “Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibril sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak.”

Mendengar khabar beracun seperti itu Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba’ diusir dari Madinah.

30 July 2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Dalam Islam Pemimpin dan Pemerintah adalah wakil Allah bukan wakil rakyat

Bumi Allah yang punya.Manusia manusia itu hamba hamba Allah.Allah mahu bumi itu dan hamba hamba nya itu ditadbir, diurus,dipimipin dan dimajukan dengan sebaik baiknya.Untuk itu Allah telah melantik pemimpin pemimpin di antara manusia menjadi wakilnya untuk menjalankan kerja kerja pemerintahan saperti yang telah Allah tunjukkan dalam al Quran dan Hadis.

Melalui fahaman, ideologi dan isme isme, manusia memandang bahawa pemerintah atau pemimpin itu adalah wakil wakil rakyat yang naik untuk memperjuangkan inspirasi rakyat.Di mana mereka bersuara,berkerja dan bertindak mengikut suara rakyat.Hakikatnya pemerintah adalah rakyat dan rakyat adalah pemerintah.

Dalam sejarah Islam kita lihat pemimpin atau pemerintah sebenarnya dilantik oleh Allah, samada secara langsung atau tidak saperti perlantikan para Nabi Nabi dan Rasul Rasul melalui wahyu.Manakala yang lainnya ditunjuk kepada manusia secara tidak langsung.Samada mereka di isyaratkan secara umum oleh Hadis atau pun di lantik melalui Ulil Amri.

Ertnya dalam Islam pemimpin dan pemerintah itu adalah wakil Allah.Allah yang lantik dan Allah yang naikkan mereka.Mereka di amanahkan Allah menjalankan tanggungjawab untuk menjalankan dasar dan matlamat pemerintahan cara yang Allah mahu.Yang sedia termaktub di dalam al Quran dan Sunnah.

Selaku wakil Allah pemimpin pemimpin itu adalah orang orang yang faham tentang Allah, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan matlamat pemerintahan yang di kehendaki Allah,faham segala hukum hakam dari Allah dan tahu melaksanakannya .

Wallahu’alam.

28 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , , , , , | 3 Comments

Rakyat wajib taat kepada Pemerintah

 

Rakyat wajib taat kepada pemimpin yang taat kepada Allah

Adalah tidak benar kalau kita katakan hanya pemerintah sahaja yang mempunyai tanggung jawab yang wajib di laksanakan kepada rakyat.Sebenarnya rakyat pun ada tanggungjawabnya terhadap pemerintah.Sebagaimana rakyat berhak mendapat keadilan dari pemerintah, pemerintah juga berhak mendapat keadilan dari rakyatnya.

Islam mempunyai peraturan peraturan yang begitu lengkap tentang tanggungjawab pemerintah dan juga tanggung jawab rakyat.Kalau kedua dua pemerintah dan rakyat menunaikan tanggung jawab masing masing dengan baik maka aman dan sejahtera lah sesebuah Negara itu.Ini telah terbukti melalui pemerintahan Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin dengan kerjasama salafusoleh pada zaman kegemilangan Islam lebih kurang 1400 tahun yang lalu.Walau pun ia hanya tinggal sejarah tetapi sekiranya kaedah yang diguna pakai mereka di aplikasikan dalam pemerintahan pada hari ini tentu hasil yang sama akan diperolehi.Kaedah yang di reka oleh barat melalui ideologi ideologi yang di anuti oleh umat Islam hari ini masih gagal mencipta kebaikan dan kejayaan yang sama saperti yang terpahat dalam sejarah Islam.Ia itu untuk memperolehi keamanan, kasih sayang dua hala pemerintah/rakyat,perpaduan, keharmonian,kesejahteraan ,kekuatan dan lain lain.

Kunci untuk mencapai kejayaan saperti itu ialah umat Islam mesti kuat berpegang dengan ajaran agama yang menjaminkan bukan sahaja kejayaan di dunia bahkan kejayaan di akhirat juga. ( ideologi ideologi ciptaan manusia yang tidak bertentangan dengan akidah Islam di hanya digunakan sebagai alat bukan matlamat).

Al Imam An Nawawi dalam Kitab Riyadhus Shalihin menyebut rakyat wajib taat kepada pemerintah dan negara.Rakyat yang cuai dan tidak bertanggunjawab adalah berdosa di sisi Allah dan pemerintah.Allah telah menjelaskan dalam Al Quran tentang tanggungjawab ini melalui firmannya yang bermaksud : ““Hai sekalian orang yang beriman, taatlah engkau semua kepada Allah dan taat pulalah kepada Rasulullah, juga kepada orang-orang yang memegang pemerintahan dari kalanganmu sendiri.” (an-Nisa’: 59).Ini lah tugas rakyat yang paling asas saperti yang di firmankan Allah melalui ayat ini.

Kombinasi antara pemerintah dan rakyat yang baik dan taat akan mencetuskan kebaikan yang merata dalam sesebuah masyarakat yang akan dinikmati oleh semua pihak.Jika sebaliknnya kebaikan ini hanya akan tinggal angan angan kosong sahaja.

Di sini di bentangkan beberapa hadis mengenai perintah taat kepada pemerintah saperti yang di bentangkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhus Shalihin:

Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan tangan ketaatan – yakni keluar dari ketaatan terhadap penguasa pemerintah, maka orang itu akan menemui Allah pada hari kiamat, sedang ia tidak mempunyai hujah -alasan lagi untuk membela diri dari kesalahannya itu. Adapun yang meninggal dunia sedang di lehernya tidak ada pembai’atan – untuk mentaati pada pemerintahan yang benar, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyah.” (Riwayat Muslim – Riyadhus Shalihin)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: “Dan barangsiapa yang mati dan ia menjadi orang yang memecah belah persatuan ummat – kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan mati jahiliyah.”

Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dengarlah olehmu semua dengan patuh dan taatlah pula, sekalipun yang digunakan – yakni yang diangkat sebagai pemegang pemerintahan – atasmu semua itu seorang hamba sahaya keturunan Habsyi – orang berkulit hitam,yang di kepalanya itu seolah-olah ada bintik-bintik hitam kecil-kecil.” (Riwayat Bukhari – Riyadaus Shalihin)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wajiblah atasmu itu mendengar dengan patuh serta mentaati baik engkau dalam keadaan sukar ataupun lapang, juga baik engkau dalam keadaan rela menerima perintah itu ataupun dalam keadaan membencinya dan juga dalam hal yang mengalahkan kepentingan dirimu sendiri.” (Riwayat Muslim – Riyadhus Shalihin)

Dari Abu Hunaidah yaitu Wail bin Hujr r.a., katanya: “Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata: “Ya Nabiullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau kita semua diperintah oleh beberapa orang penguasa, mereka selalu meminta hak mereka dan menghalang-halangi apa yang menjadi hak kita. Apakah yang Tuan perintahkan itu terjadi?” Beliau s.a.w. memalingkan diri dari pertanyaan itu – seolah-olah tidak mendengarnya. Kemudian Salamah bertanya sekali lagi, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dengarlah olehmu semua – apa yang diperintahkan – dan taatilah, sebab hanyasanya atas tanggungan mereka sendirilah apa-apa yang dibebankan pada mereka – yakni bahwa mereka berdosa jikalau mereka menghalang-halangi hak orang-orang yang di bawah kekuasaannya – dan atas tanggunganmu sendiri pulalah apa yang dibebankan padamu semua – yakni engkau semua juga berdosa jikalau tidak mentaati pimpinan orang yang sudah sah dibai’at.” (Riwayat Muslim – Riyadhus Shalihin)

Dari Abu Bakrah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang merendahkan seseorang sultan – penguasa negara, maka ia akan direndahkan oleh Allah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan (Riyadhaus Shalihin)

Rasa kasih mengasih antara rakyat dan pemerintah mesti dicetuskan dan di tanam betul betul kerana dari kasih sayang baru datang taat.

Perintah taat kepada pemerintah adalah bukan datang dari pemerintah tetapi datangnya dari Allah berdasarkan ayat An Nisa tadi.Maka kalau rakyat menderhaka dengan pemerintah ertinya mereka menderhaka dengan Allah.Kalau pemerintah tidak hukum pun Allah pasti akan menghukum di akhirat kelak.

Namun SYARAT ketaatan rakyat kepada pemerintah adalah selagi pemerintah taat dengan Allah.Rakyat hanya wajib taat kepada perkara yang baik baik yang tidak melanggar larangan Allah.Manakala atas perkara yang melanggar larangan Allah rakyat tidak wajib lagi taat kepadanya. Berdosa pula taat kepada pemerintah yang menganjur rakyat untuk buat perkara yang dilarang (derhaka) kepada Allah.

Rasulullah bersabda maksudnya:” Tiada ketaatan kepada makhluk dalam soal menderhaka kepada Allah”

Wallahu’alam.


28 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 5 Comments

Wajib kah pakai telekung?

 SoalanApakah disyaratkan memakai telekung bagi wanita yang hendak solat?

Jawapan: Disyaratkan menutup aurat. Tidak disyaratkan telekung. Telekung adalah pakaian muslimah Nusantara. Memadai dengan apa sahaja pakaian menutup aurat, sekalipun seluar dan baju yang luas. Telekung boleh dipakai, namun anggapan solat wajib bertelekung bagi wanita adalah salah.

 

 

 

 

Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

27 July 2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment

Promosi jualan di dalam masjid

Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid

Jawapan: Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.

Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:

“Sesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk ini”. (Riwayat Muslim).

Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?

“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Maka perbuatan tersebut adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

27 July 2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment

Dunia politik negara Malaysia akan terus berkrisis walau pun bertukar Pemerintah.

Malaysia 2010 estimated population density. Da...

Politik Malaysia dalam krisis

 

 

Melihat dari “trend” politik Malaysia hari ini kita lihat bahawasanya negara tidak akan aman dan sejahtera sampai bila bila.Walaupun nanti di perintah oleh PR sekali pun.Selagi ada jenis manusia yang gila kuasa dan manusia pembangkang yang tidak mahu menghormati “sistem demokrasi” yang mereka sendiri puja dan anuti dan selagi sikap mereka yang tidak mahu menghormati majoriti rakyat yang memilih pemimpin dan pemerintah dalam pilihanraya selagi itu lah negara akan tetap berkrisis.

 

Hari ini pembangkang dari PR buat kecoh dengan menimbulkan berbagai bagai isu samada yang benar dan yang direka.Sekiranya PR memerintah kelak adakah mereka yakin dan jamin  BN sebagai pembangkang nanti tidak buat perkara yang sama? Contoh, adakah budaya demonstrasi yang di ajar oleh pembangkang hari ini tidak akan di guna pakai oleh BN kelak?

 

Sebab itu saya berpendapat, berdasarkan dari sejarah negara negara di dunia semenjak kejatuhan Empair Uthmaniah, tidak ada negara orang Islam di dunia semenjak itu jadi bertambah baik setiap kali menukar pemimpin dan pemerintah.Semua sistem ideologi ciptaan manusia (demokrasi, sosialisme, kapitalisme,sekularisme,liberisme dan sebagainya) gagal untuk melahirkan rakyat, pemimpin dan pemerintah yang baik.

 

Apa kah penyelesaian nya?

 

 


26 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Umat Islam jangan terperangkap dengan permainan licik politikus non Muslim

Isu ahli politik DAP berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Mengapa mereka sangat galak mahu menggunakan hujah tersebut, sedangkan golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih simpati dan undi umat Islam untuk merebut kuasa. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan.

Jika mereka sudah berlembut dengan Islam, paling tidakpun, mereka tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan dan orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelakkan diri dari memakai ‘pakaian Islam’ tersebut yang menunujukkan mereka memandang hina kepada cara hidup Melayu dan Islam.

Selama inipun mereka tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dan Hadis, kenapa tiba-tiba mereka kelihatan sudah berubah? Apakah hati mereka terbuka dan bersedia menerima Islam? Jika mereka benar-benar tertarik dengan nilai-nilai Islam, mari kita ajak mereka sama-sama daulatkan suruhan agama dahulu seperti menutup aurat, mengharamkan zina, judi dan sebagainya. Saya cadangkan mereka memetik ayat Quran, mengenai pengharaman judi, arak, riba, zina dan lain-lain lagi sebagai menyokong tindak kerajaan Kedah dan Kelantan menutup premis premis tersebut.

Kalau DAP sudah faham Islam,suka berhujah guna Quran dan Hadis kenapa kerajaan negeri Kedah dan Kelantan tidak berhujah dengan mereka menggunakan atau mengambil ayat Quran dan hadis dalam perkara-perkara penjegahan maksiat ini? Adakah mereka sanggup korbankan agama, tunduk kepada kemahuan mereka untuk kepentingan politik semata mata

Tujuan DAP tidak lain, hanya lah mahu memukau umat Islam supaya mereka kelihatan hebat. Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Mereka berpendirian bahawa mempelajari tentang Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. “Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

Jika benar-benar politkus DAP percaya kepada Quran dan hadis dan faham sudah tentu mereka akan menyokong setiap tindak-tanduk dan dasar-dasar Pas di Kedah dan Kelantan?

Kita bukan kata non muslim tidak boleh berhujah menggunakan Quran dan Hadis, tetapi kita cuba baca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah kita tidak akan halang mereka menggunakan kalimah Allah dan membaca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar. Apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah yang paling awal menentang.

DAP bukan baru di bumi Malaysia ini. Umat Islam sepatutnya sudah masak dengan sikap dan taktik mereka untuk mencairkan hati orang Melayu Islam. Mereka begitu masak dengan membaca psikologi orang Melayu. TGNA pun pernah mengata mereka itu parti syaitan yang tidak boleh dibuat kawan.Siapa berkawan dengan mereka bererti berkawan dengan syaitan. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik dan tidak mahu mengambil tahu atau pun berusaha untuk mengkaji psikologi ultra kiasu. Akhirnya, dilihat dari sudut mana sekalipun, kita tetap kalah. Mereka (DAP, MCA, Gerakan etc) bersatu dalam senyap. Kita terus berperang secara terbuka.

Tidak terfikirkah kita kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran mereka yang pada tradisinya mereka sangat agungkan? Mengapa tidak berhujah dengan kata kata oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam yang perlu ditonjolkan?

Sama ada mereka ikhlas dengan Islam atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kita perlu ingat DAP tetap DAP yang kuat berpegang dengan ideologi perjuangan mereka.Mereka sukar di percayai. Jika mereka benar benar yakin dengan nilai-nilai Islam mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 – yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Mereka tidak pernah bersetuju dengan larangan ini.Lihat apa terjadi di Kedah? Mereka tetap mahu pusat hiburan beroperasi tidak kira bulan apa sekalipun. Adakah mereka sensitif dengan perasaan majoriti umat Islam? Jika ini pendirian mereka, wajarkah kita bersangka baik dengan mereka? Adakah mereka benar-benar insaf dan percaya kepada Quran dan Hadis? Janganlah kita buta hati semata-mata kerana nak ambil hati mereka.Janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh.

Pada saya apa yang penting adalah pastikan umat Islam memerintah bukan diperintah. Nama kan apa jua parti yang akan wujud, selagi mana parti itu memperjuangkan dan menegakkan agama Allah SWT, menjaga umatnya dan tidak bersekongkol dengan musuh, saya pasti akan menyokong.

Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadikan kita buta dan gagal dalam menilai saudara seIslam sendiri. Kita selalu menuduh di antara satu sama lain.Sepatutnya kita bekerjasama dan membantu tanpa mengira fahaman politik bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada.

Adakah kita boleh yakin pada DAP bahawa mereka boleh bantu melaksanakan undang-undang Islam apabila ditakdirkan PR memerintah nanti, jika parti yang lebih berkuasa (DAP dan PKR ) tidak merestuinya. Sekarang ini pun kerajaan negeri Kedah dan Kelantan begitu sukar untuk menutup pusat hiburan ketika Ramadhan selama sebulan. Apatah lagi untuk menutup sepenuhnya. Apakah sekiranya selepas ini Pakatan Rakyat memerintah, mereka dapat melaksanakan Islam sepenuhnya atau sekadar meneruskan sahaja program-program yang dilaksanakan oleh Umno?

Wallahu’alam.

(Diolah dari Tulisan Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah)

25 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 9 Comments

Pemerintah yang zalim adalah untuk Rakyat yang zalim & jahil

Hari ini di seluruh dunia hampir semua pemimpin dan pemerintah sama ada dari kalangan Muslim atau non Muslim naik berkuasa melalui pilihanraya.Iaitu melalui pengundian yang dilakukan oleh rakyat.Mana mana pemimpin yang mendapat lebih undi samada dia itu seorang yang baik atau jahat, dia lah naik jadi pemerintah untuk Negara tersebut.Bererti dalam sistem pemilihan ideologi barat berasaskan demokrasi terbuka, rakyat lah yang menentukan samada mereka mahu memilih pemimpin dan pemerintah yang baik atau yang jahat.

Realiti nya apa yang kita lihat, di peringkat persatuan, jemaah, parti,kampong, daerah, negeri ,negara dan dunia (PBB & IOC?) yang naik adalah pemimpin yang jahat atau yang kurang baik.Walhal bukan tidak ada pemimpin yang baik baik.Tetapi pemimpin yang baik tidak terpilih.

Apa sebab nya? Sebab majoriti rakyat dunia hari ini sudah tidak baik.Kalau adapun mereka kaum minoriti.Mana boleh pemimpin yang baik naik kalau majoriti rakyat yang mengundi jahat jahat belaka? Pada logik akal ada benarnya.Contoh, rakyat yang penipu akan pilih pemimpin yang penipu.Rakyat yang perasuah akan pilih pemimpin yang rasuah.Rakyat yang perompak akan memilih pemimpin yang perompak (merompak harta rakyat).Rakyat yang kaki maksiat yang suka ketempat maksiat akan pilih pemimpin yang serupa perangai macam dia.Sudah tentu dia tak akan pilih pemimpin yang berkopiah dan berserban yang kaki masjid .

Benar kata kata ulama bahawa “pemerintah yang jahat adalah untuk rakyat yang jahat”.Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Jika sekiranya penduduk (rakyat) sesebuah negeri/negara itu benar benar baik (bertaqwa), pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka telah mendustakan ayat ayat Kami maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri” (al Quran Surah Al’Araaf ayat 96).

Maka kalau rakyat sesebuah Negara mempunyai pemerintah yang jahat maka kena kembalikan persoalan ini kepada rakyat .Siapa yang memilih pemimpin dan pememerintah yang zalim itu?

24 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 8 Comments

Welcoming Ramadhan

 

ABU HURAIRA (may Allah be pleased with him) narrated that Allah’s Messenger (peace be upon him) said, “When the month of Ramadan starts, the gates of Jannah (Paradise) are opened and the gates of Hell are closed, and satans are chained.” (Bukhari and Muslim)

The gates of Jannah are opened in this month because lots of righteous deeds are performed and as an encouragement for those who seek Allah’s reward. The gates of Hell are closed because fewer sins are committed by believers. The Satans will be chained so they do not have the chance as in other months to whisper into the hearts of believers and misguide them.

Allah has prescribed fasting upon all nations. He said:

“O you who believe! fasting has been prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqoon (the pious).” (Qur’an, 2:183)

If fasting were not a great act of worship, and the reward were not so great, Allah would not have prescribed it on all nations.

Atonement of sins. Abu Huraira (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace be upon him) said: “He who observes the fast of the month of Ramadan out of sincerity and hope for the reward from Allah will have his past sins forgiven.” – (Bukhari)

That is, when fasting is observed out of belief and without resentment to it as an act of worship or doubt in its reward, Allah will forgive the past sins of the one who observes it.

Abu Huraira (may Allah be pleased with him) reported the Prophet (peace be upon him) as saying: “Allah said: All the deeds of Adam’s children belong to them, except fasting, which belongs to me and I will reward it. Fasting is a shield (against Hell and against sins). If one of you happens to be fasting he should avoid sexual relations with his wife, and should avoid quarrelling. Should someone fight or quarrel with him let him say, ‘I am fasting.’ By Him in Whose hand my soul is, the smell from the mouth of a fasting person is better in the sight of Allah than that of the musk.” (Bukhari and Muslim). It is a shield because it safeguards the believer from vain talk and wrongdoing, and hence it protects him from Hell.

Of all the good deeds, Allah has favored fasting to be greatly rewarded by Him and distinguished it with prestige when it is observed with the pure intention to please Him alone.

Fasting is so meritorious for a believer that he will have two occasions of joy. The first is at the time of breaking his fast, when he enjoys the bounties of Allah because he has been favored with Allah’s mercy to observe the fast while many others have been deprived of this great blessing. He will rejoice in the second occasion when he meets his Lord and enjoys the abundant reward for having observed fasting. In addition to this, fasting intercedes with Allah on behalf of the believer on the Day of Judgment.

Who should fast and who should not?

Fasting is obligatory on the mature sane and healthy Muslim. Those who are immature (i.e. young children) are encouraged to fast. People suffering from terminal illness or are too old to fast are exempted. Allah does not overburden His slaves.

Travelers are permitted to abstain from fasting. However, it is praiseworthy to fast while traveling if no hardship is imposed. In any case, travelers should make up the days they missed fasting in Ramadan once Ramadan is over and they are back home.

The sick fall into three categories:

• If it is neither hard nor harmful for them, they must observe fasting.

• If it is hard, but not harmful for them, they are permitted to break their fast.

• If it is harmful for them, then they must abstain from fasting.

The days that are missed in Ramadan must be made up once Ramadan is over.

During the monthly period or period of post-natal bleeding, women should abstain from fasting, but must make up the days they missed after the fasting month is over. The Pregnant or breastfeeding woman whose health or the health of the suckling baby might be affected by fasting should break her fast and make up the missed fasts after Ramadan.

The wisdom behind fasting

A Muslim fasts by leaving his desires in order to please his Lord, hoping for His reward. Common sense dictates that one would not give up desired things except for the sake of more desirable ones, in this case the pleasure of Allah, which is the most sought after desire.

It is a means of achieving piety and righteousness. The Prophet (peace be upon him) said, “He who does not give up forged speech and evil actions, Allah does not need his refraining from eating or drinking.” (Saheeh Muslim). In other words, Allah does not accept his fast.

The heart, through fasting, is inclined to maintain its tenderness since desires are not sought, but rather shunned. Thus the heart tends to be more receptive to the words of Allah.

A rich person will be more appreciative of Allah’s graces and bounties. He will go through what the poor and needy normally experience and will be motivated to help them. Fasting reduces pride or egoism and increases humbleness. Moreover, fasting has health advantages by means of decreasing the intake of food and relaxing the digestive system. Allah’s wisdom and His Graces are great.

Obligatory while fasting

Performing the other acts of worship and duties is most important, and Salah is in particular, as without it no other act of worship is accepted by Allah.

Praying in congregation is a great aspect in our religion. Everyone should attend.

Its reward is twenty seven times greater than that which is performed individually. (Bukhari)

Once the Prophet (peace be upon him) was about to burn the houses on those who did not attend the congregational prayers. (Bukhari)

Refraining from bad behavior such as lying, cheating, music, smoking, backbiting and slandering others to create animosity among them. The Prophet (peace be upon him) said, “No slanderer shall enter Paradise.” (Bukhari)

Recommended in fasting

• Taking the meal of suhoor. The Prophet (peace be upon him) said: “Take (the meal of) suhoor because there is blessing in it.” (Bukhari). He (peace be upon him) also said: “The difference between our fasting and that of the people of the book is taking the meal of suhoor.” (Saheeh Muslim). Even taking a cup of water as suhoor has blessing in it.

Breaking the fast as soon as the sun sets. (Bukhari)

Making du’a upon breaking fast. (Abu Dawood)

• Reciting as much Qur’an as possible during the month of Ramadan.

What breaks the fast

-Sexual intercourse in the daytime. The willful violation of the fast by this practice requires the fast of sixty consecutive days in order to make up for the day in which the intercourse took place. (Bukhari)

-Willful ejaculation by means of kissing or caressing, etc. Wet dreams and unintentional ejaculation do not break the fast.

-Eating, drinking, smoking or taking any food substitutes, such as receiving blood, glucose, or I. V. substances while observing the fast.

-Willful, not unintentional, vomiting.

-Menstrual bleeding. – (Bukhari). For practices other than the sexual intercourse, fasts are to be made up a day for a day after Ramadan.

Applying kuhl (surmah), eye drops, ear or nose drops do not break the fast. They are neither food nor its substitute. Perfumes, Siwaak or toothbrush without toothpaste do not break fast since it has been reported that the Prophet (peace be upon him) used to do so. (Saheeh Al-Jaami As-Sagheer)

21 July 2011 Posted by | Articles in English | | Leave a comment

>Selamat menyambut kedatangan RAMADHAN 1432H

>

BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM
10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,

“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan

Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan

para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan

dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi

selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,

dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,

berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun

sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh

kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah

nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam

ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu

upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan

dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama

Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia

tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah

dan perbayak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk

memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir

Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi

kebagusan ibadah kita yang utama.

Kiriman: Husin, Muhammad Haris: Mr. 
(e mail: muhammadharis.husin@epcos.com)

20 July 2011 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Antara bahaya Al Ghuluw ialah sifat melampau dalam berpolitik walaupun atas nama Islam.

Apa itu al Ghuluw?

Pada istilah ertinya “yang tinggi dan melebihi had dalam setiap sesuatu”.Dalam Islam bermaksud “terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas”.

Sabda RasululLah s.a.w, maksudnya:

Daripada Abi al-`Aliyah, katanya: Kata Ibn `Abbas Pada pagi `Aqabah (musim haji) RasululLah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: “Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah)”. Aku pun mengutip batu-batu kecil kesemuanya batu-batu kecil sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghuluw), kerana sesungguhnya al-ghuluw telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah (Sahih Ibn Khuzaimah 4/276, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut)

Dalam hadith di atas Nabi S.A.W. melarang sikap ghuluw dalam beragama kerana itu adalah antara punca kebinasaan..

Islam hendaklah dipegang dengan kuat dan kukuh tetapi yang dilarang di dalam hadith di atas ialah beramal dengan Islam secara melampaui batasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. seperti berkeras dalam agama bukan pada tempatnya atau cuba mengamalkannya melebihi kadar yang disuruh. Ini adalah punca kebinasaan.

Termasuk dalam makna al-ghuluw juga cuba menyelidiki mengenai agama apa yang tidak sepatut seperti mencari `illah (punca) sesuatu perintah ibadah khusus. Ini seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian golongan tarikat yang cuba mencari punca kenapa solat subuh dua rakaat, kenapa zohor empat rakaat dan seterusnya. Ini termasuk juga dalam makna ghuluw seperti yang dijelaskan oleh para ulama

Sikap yang dituntut dalam berpegang kepada Islam ialah al-I’tidal iaitu sederhana atau pertengahan dengan memenuhi tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Tidak terlalu melampau dan tidak pula cuai iaitu mengabaikan tuntutan yang ditentukan. Sikap melampau mahupun cuai adalah ajaran syaitan.

1. Sikap melampaui batas dalam beragama menjadikan amalan Islam seseorang tidak seimbang. Seseorang yang melampau dalam ibadat individu akan menyebabkan tanggungjawab kekeluarga dan masyarakat terabai. Ini yang kita saksikan pada sesetengah kumpulan agama.

Demikian melampau dalam berakidah boleh menyebabkan timbul persoalan mengkafirkan golongan lain dengan mudah seperti Khawarij. Juga sikap melampau dalam berpolitik sekalipun dengan nama Islam boleh membawa seseorang menafsirkan semua urusan kaum muslimin dengan nada politik, sedangkan Islam luas, merangkumi akhlak, ibadah khususiah, keruhanian, hubungan silaturahim dan lain-lain.

2. Antara ghuluw yang mesti dielakkan ialah sikap melampau dalam menghadapi musuh, sekalipun musuh itu menentang Allah dan RasulNya. Apabila Rasulullah menghantar Abdullah bin Rawahah untuk menilai hasil buah-buahan Yahudi Khaibar maka kaum Yahudi cuba merasuahnya agar berbelas simpati kepada mereka. Kata Abdullah bin Rawahah:

Adakah kamu semua ingin merasuahkanku wahai musuh-musuh Allah. Demi Allah kamu lebih aku benci dari kera dan khinzir dan Muhammad lebih aku kasih dari nyawa yang berada dalam tubuhku. Namun kebencianku kepada kamu dan kasihku kepada Muhammad tidak menghalangku untuk berlaku adil kerana Allah berfirman: (lalu dia membaca surah Maidah ayat 8 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”)

Justeru itu hendaklah kita adil dalam menilai golongan yang kita suka atau kita benci, individu yang kita suka atau yang kita benci. Janganlah sikap berpuak boleh membawa kita tersalah menilai mengukur diri dan pihak yang lain. Kasih kepada golongan agama juga tidak boleh melampaui batas. Golongan tarekat ramai yang tersesat menjadikan tokoh-tokoh agama sebagai perantaraan mereka dengan Allah kerana terlalu kasihkan mereka. Kasih kepada pimpinan umat Islam atau gerakan Islam juga tidak melampaui sehingga membenar semua kesilapannya. Benci kepada musuh juga tidak membolehkan kita menafikan kebenaran atau kebaikan jika mereka lakukan.

3. Golongan yang memegang agama melebihi apa yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya tidak berada di atas petunjuk Rasulullah S.A.W. Walaupun pada zahirnya nampak mereka ini kuat agama namun pada hakikatnya menyimpang daripada petunjuk Nabi S.A.W.

(Sumber: e book Dr Maza)

Note: 

Bahawasanya:

Dr Yusuf Al Qardhawi berkata al ghuluw itu ada lah mereka yang ekstrim dan radikal dalam beragama.Dr. Abdul Rahman Ibn Mualaa al-Luwaihiq didalam kitabnya ” Al-Ghuluw Fi al-Din ” memetik kata-kata daripada As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, yang menjelaskan bahawa radikalisme dan ekstrimisme dengan beberapa sifat, iaitu :

• Berpegang teguh hanya pada pandangan dirinya sendiri dan tidak memberi peluang untuk mendengar pandangan orang lain.
• Menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak dianjurkan syariah
• Ketegasan tidak kena pada tempatnya
• Kasar dan tidak beradab
• Sentiasa berfikiran buruk terhadap pandangan orang lain
( su’u dhzan )
• Menghukum orang lain sebagai kafir
Wallahu’alam

 

19 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

Pemimpin berdosa besar jika pengikutnya abaikan perintah Agama

Kita wajib memastikan ahli keluarga, isteri , anak anak dan mereka yang di bawah jagaan kita supaya mendirikan solat dan jangan biarkan mereka menguzurkan diri.Dan bagi mereka yang tidak patuh terhadap suruhan ini hendaklah kita marahi dan menakut nakutkan mereka dengan sungguh sungguh.Marahnya kita kerana takutkan kemurkaan Allah.Kalau kita tidak bertindak demikian kita di sifatkan sebagai orang yang meringan ringankan agama, tuntutan Allah dan suruhNya.

Pemerintah sesebuah Negara dan pemimpin sesebuah harakah menanggung amanah yang amat besar dan berat dan berdosa besar jika pengikut dan rakyatnya mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap agama, lebih lebih solat 5 waktu, solat berjemaah dan solat Jumaat.Meninggalkan solat adalah perkara yang semungkar mungkarnya, dosa yang sebesar besarnya dan perkara haram yang sekeji kejinya.

Sesiapa yang tidak patuh dan tidak peduli dengan suruhanNya hendaklah di hukum.Dan jika tidak berhasil hendaklah di pecat dari menyertai harakah atau partinya.Dan bagi pemerintah sesebuah negeri mereka ini hendaklah dibuang negeri.Sesungguhnya orang semacam ini adalah syaitan yang tiada kebaikan daripadanya dan tiada keberkatan untuk kita bersamanya.

Wallahu’alam

(Sumber: Syarah Syeikh Daud Abdullah Al Fathani dalam kitabnya Munyatul Musalli).

19 July 2011 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Perumpamaan Solat

Berkata Syeikh Daud Abdullah al Fathani dalam kitabnya Munyatul Musalli bahawa sembahyang itu di umpamakan seorang raja yang menyiapkan sebuah balai.Kemudian beliau mengadakan majlis jamuan, yang terdiri dari berbagai bagai jenis makanan dan minuman yang beranika warna dan kelazatan dan pada setiap warna itu ada kelebihannya yang tersendiri, kemudian dia menyeru seluruh hamba rakyat untuk menikmati makanan tersebut.

Demikianlah diumpamakannya sembahyang itu.Allah s.w.t menyuruh sekalain hambaNya yang sempurna mengerjakannya untuk menikmati kelazatan daripada pelbagai pemberian dan kurniaanNya supaya hamba itu bersyukur terhadap kurniaan Tuhannya.

Amalan amalan sembahyang itu umpamakan sebagai makanan, manakala zikir, tasbih dan doa itu umpamakan sebagai minuman.Apa lah jenisnya makanan dan minuman seumpama ini, sehingga hamba hambaNya yang arif tidak menyedari dirinya serta sejuk mata hatinya dengan menikmati kurniaan yang tidak terperi.Kerana keadaan sebeginilah dinamakannya sebagai syurga segera saperti yang di firman Allah maksudnya:

“Dan bagi orang yang takut kepada Tuhannya dikurniankan dua syurga. (Surah Ar Rahman ayat 46)”.Syurga yang pertama ialah yang disegerakan didunia ini, iaitu rasa sejuk mata hati bila syuhud Tuhannya.Dan syurga yang kedua ialah di akhirat nanti.

Wallahu’alam.

19 July 2011 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Karamah bagi mereka yang mengerjakan Solat

Berkata Syeikh Daud Abdullah Al Fathani dalam Kitab nya Munyatul Musolli bahawa Hassan al Basri meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:

“Bagi orang yang bersembahyang itu ada 3 keramah.Iaitu:

  1. Bertaburan kebajikan (kebaikan) mulai dari langit keatas kepalanya
  2. Para malaikat mengelilingnya mulai dari dua kakinya hingga ke langit
  3. Malaikat menyeru : Jikalau seseorang hamba dan orang yang bermunajat itu mengetahui nescaya dia tidak akan berpaling daripada sembahyang.

Maka ini lah karamah yang di muliakan oleh Allah terhadap orang yang bersembahyang”.

Syeikh Daud berkata lagi:-

Sesetengah ulama mengatakan : Telah sampai kepada kami Hadis bahawa Allah s.w.t membahagikan sekalian amalan sembhayang kepada 4 puluh saf malaikat, pada tiap tiap saf ada tujuh puluh ribu malaikat.

  • Sepuluh saf berdiri tiada rukuk
  • Sepuluh saf rukuk tiada sujud
  • Sepuluh saf sujud tiada angkat kepala
  • Sepuluh saf lagi duduk tiada berdiri

Sekalian amalan malaikat itu di himpunkan bagi hambaNya yang mukmin dalam 2 rakaat sembahyang yang di kerjakannya.Maka fikirlah betapa besarnya pemebrian Allah dan kurniaNya kepada sekalain hambaNya yang mukimin.

Kata Mu’az dan Jabir: Sesiapa yang berdiri di dalam sembahyang serta membesarkannya dan tunaikan segala rukun, rukuk dan sujudnya, di peruntukkan baginya pahala para malaikat di tujuh petala langit dan sekalian makhluk Allah yang berada di dalam nya.

19 July 2011 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Hukum Guna Kabel atau Orang Dalam

Soalan:

Moga kita dirahmati Allah S.W.T,

Masalah penggangguran adalah satu perkara yang menjadi bahan perbincangan dan perdebatan ahli2 parlimen mahupun di kedai2 kopi…Apabila surat panggilan temuduga dari satu2 agensi sampai kepada seseorang untuk tawaran kerja…maka akan sibuklah ibubapa, sanak saudara dan sahabat handai untuk berhubung dengan orang atasan…maknanya cari kabel agar sesi temuduga tersebut akan membuatkan panel tersebut memilih nama2 tertentu….

Apa hukumnya apabila kita menggunakan cara begini utk mendpt tawaran pekerjaan??? tidak kiralah sama ada dr agensi swasta mahupun k’jaan.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Menggunakan kabel atau perantaraan dari kalangan orang atasan untuk memudahkan mendapat suatu hajat samada jawatan atau lain-lain,sekiranya yg memohon itu BERHAK mendapatkannya, dan menggunakan perantaraan itu tidak menyebabkan berlaku penindasan kepada orang lain, maka hukumnya adalah HARUS.

Malahan dalam kes begini, orang atasan digalakkan untuk menolong pemohon tersebut, dan diberi ganjaran di atas pertolongannya.

Dalilnya ialah:
1) “Dan bantu membantulah dalam perkara kebajikan dan taqwa” surah al-Maidah ayat 2
2) “Sesiapa yang memberi syafaat dengan syafaat yang baik, maka baginya habuan (pahala) daripadanya”. surah al-Nisaa ayat 85.
3) Hadith Nabi bersabda: “Berilah syafaat, nescaya kamu diberikan ganjaran”. (HR Bukhari dan Muslim)
4) Hadis ketika Barirah r.a. dimerdekakan sedangkan suaminya masih berstatus hamba, Nabi memberi pilihan kepadanya samada untuk terus bersama suaminya atau mahu berpisah. lalu Barirah memilih untuk berpisah. Nabi kemudian bersabda kepadanya: “Kalaulah kamu kembali kepadanya?”. Barirah berkata: “Adakah ini arahan kamu?” Sabda Nabi: “Aku cuma mahu memberi syafaat (perantaraan unt mewakili suaminya)”. Kata Barirah: “Aku tidak berhajat lagi kepadanya”.

Manakala mencari kabel atau perantaraan, untuk mendapatkan suatu keperluan atau jawatan, sedangkan dia TIDAK LAYAK mendapatnya, dan menyebabkan berlaku kezaliman dan penindasan kepada orang lain, atau menyebabkan mudarat kepada orang lain seperti ditukar ke tempat lain, atau sebagainya, maka perantaraan seperti ini adalah HARAM. Begitu juga mencari kabel untuk menggugurkan satu-satu hukuman hudud, juga HARAM di dalam syarak.

Dalilnya:
1) “Dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” surah al-Maidah ayat 2.
2) “Dan sesiapa yang memberi syafaat dengan syafaat yang buruk, maka ke atasnya juga padahnya” surah al-Nisa ayat 85.
3) Hadis Usamah bin Zaid datang kepada Nabi SAW sebagai perantaraan untuk menggugurkan hukuman hudud potong tangan terhadap seorang wanita al-Makhzumiyyah, lalu Nabi marah dan berucap dengan khutbahnya yg masyhur.

kesimpulan:
Diharuskan mencari kabel dan menggunakannya sekiranya:
-dia layak untuk mendapatkannya
-tidak menyebabkan penindasan kepada orang lain.

wallahu a’lam.

Sumber: Catatan Abu Umair

18 July 2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment

Ideologi demokrasi menyerang dunia Islam saperti tsunami yang tidak boleh di bendung

montesquie pengasas demokrasi moden

Montesquie pengasas demokrasi moden

Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung lebih daripada jalan yang di tunjuk Islam dalam kehidupan,politik dan pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Sistem Pilihanraya Raya berdemokrasi menyaksikan baik Islam, Hindu,Buddha mahu pun Kristian  walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi semua boleh bersatu menerima demokrasi.

Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan.

Hinggakan baru baru ini demonstrasi besar besaran yang berjaya menumbangkan pemerintah melalui kuasa rakyat atau”people force” di Timur Tengah saperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman yang sepatutnya merevolusikan negara masing masing untuk bertukar kepada pemerintahan cara Islam kini beralih ke arah yang bertentangan dari kehendak Islam iaitu menuju kepada sistem ideologi demokrasi.Ramai pemimpin pemimpin harakah Islamiah di sana yang selama ini memperjuangkan Islam menerima ideologi sekular ini.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan pejuang pejuang Islam? Selama dalam perjuangan mereka melaungkan Daulah Islamiah dan Islam Syumul.Tiba tiba apabila sudah dapat kuasa,beralih arah kepada sistem sekular yang selama ini mereka kata taghut?.

Wallahu’alam

18 July 2011 Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah | 2 Comments

Penetapan Awal dan Akhir Ramadhan

Sebagai bulan yang penuh berkah, rahmat, dan ampunan, bulan Ramadhan selalu dinantikan kehadirannya oleh umat Islam. Namun sayangnya, momentum penting itu hampir selalu diwarnai perbedaan di antara umat Islam dalam mengawali dan mengakhirinya. Patut dicatat, problem tersebut itu tidak hanya terjadi di tingkat nasional, namun juga dunia Islam pada umumnya. Bagaimana kita menyikapi perbedaan tersebut?

Sebab Pelaksanaan Puasa: Ru’yah Hilal

Telah maklum bahwa puasa Ramadhan merupakan ibadah yang wajib ditunaikan setiap mukallaf. Allah Swt berfirman bermkasud:

“Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (QS al-Baqarah [2]: 183-185).
Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Islam dibangun atas lima perkara: kesaksian bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, membayar zakat, haji, dan berpuasa Ramadhan”. (HR al-Bukhari no. 7; Muslim no. 21; al-Nasa’i no. 4915; Ahmad no. 4567, dari Ibnu Umar ra ).

Berdasarkan ayat dan Hadits ini, serta dalil-dalil lainnya, puasa Ramadhan merupakan suatu ibadah yang wajib ditunaikan. Sebagai layaknya ibadah, syara’ tidak hanya menjelaskan status hukumnya –bahwa puasa Ramadhan adalah fardhu ‘ain–, tetapi juga secara gamblang dan rinci menjelaskan tentang tata cara pelaksanaannya, baik berkenaan dengan al-sabab, al-syarth, al-mâni’, al-shihah wa al-buthlân, dan al-‘azhîmah wa al-rukhshah-nya.

Berkenaan dengan sabab (sebab dilaksanakannya suatu hukum) puasa Ramadhan, syara’ menjelaskan bahwa ru’yah al-hilâl merupakan sabab dimulai dan diakhirinya puasa Ramadhan. Apabila bulan tidak bisa diru’yah, maka puasa dilakukan setelah istikmâl bulan Sya’ban. Ketetapan ini didasarkan banyak dalil. Beberapa di antaranya adalah Hadits-hadits berikut :

“Berpuasalah kalian karena melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian karena melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar (terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari”. (HR. Bukhari no. 1776 dari Abu Hurairah).

“Apabila kamu melihatnya (hila)l, maka berpuasalah; dan apabila kamu melihatnya, maka berbukalah. Jika ada mendung menutupi kalian, maka hitunglah”. (HR al-Bukhari no. 1767 dari Abu Hurairah)

“Berpuasalah kalian karena melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian karena melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian terhalang mendung, maka hitunglah tiga puluh bulan hari “.(HR Muslim no.1810, dari Abu Hurairah ra.)

“Janganlah kalian puasa hingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka hingga melihatnya, jika kalian terhalangi awan, maka sempurnakanlah hitungannya menjadi tiga puluh hari”. (HR. Bukhari no. 1773, Muslim no. 1795, al-Nasai no. 2093; dari Abdullah bin Umar ra.).

“Janganlah kalian mendahului bulan Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari kecuali seseorang di antara kalian yang biasa berpuasa padanya. Dan janganlah kalian berpuasa sampai melihatnya (hilal Syawal). Jika ia (hilal) terhalang awan, maka sempurnakanlah bilangan tiga puluh hari kemudian berbukalah (Iedul Fithri) dan satu bulan itu 29 hari”. (HR. Abu Dawud no. 1982, al-Nasa’i 1/302, al-Tirmidzi 1/133, al-Hakim 1/425, dari Ibnu Abbas dan di shahih kan sanadnya oleh al-Hakim dan disetujui oleh al-Dzahabi.)

“Sesungguhnya bulan itu ada dua puluh sembilah hari, maka janganlah kalian berpuasa hingga melihatnya. Dan janganlah kalian berbuka hingga melihatnya. Apabila mendung menutupi kalian, maka perkirakanlah.” (HR. Muslim 1797, HR Ahmad no. 4258, al-Darimi no. 1743, al-Daruquthni no. 2192, dari Ibnu Umar ra).

Berdasarkan Hadits-hadits tersebut, para fuqaha berkesimpulan bahwa penetapan awal dan akhir Ramadhan didasarkan kepada ru’yah al-hilâl. Imam al-Nawawi menyatakan, “Tidak wajib berpuasa Ramadhan kecuali dengan melihat hilal. Apabila mereka tertutup mendung, maka mereka wajib menyempurnakan Sya’ban (menjadi tiga puluh hari), kemudian mereka berpuasa.[1]

Ali al-Shabuni berkata, “Bulan Ramadhan ditetapkan dengan ru’yah hilal, meskipun berasal dari seroang yang adil atau dengan menyempurnakan hitungan Sya’ban menjadi tiga puluh hari; dan tidak dianggap dengan hisab dan astronomi; berdasarkan sabda Rasulullah saw. ‘Shumû li ru’yatihi wa afthirû li ru’yatihi…”.[2]

Menurut pendapat Jumhur, kesaksian ru’yah hilal Ramadhan dapat diterima dari seorang saksi Muslim yang adil.[3] Ketetapan itu didasarkan oleh beberapa Hadits Nabi saw. Dari Ibnu Umar ra:
“Orang-orang melihat hilal, kemudian saya sampaikan Rasulullah saw, “Sesungguhnya saya melihatnya (hilal). Kemudian beliau berpuasa dan memrintahkan orang-orang untuk berpuasa”. (HR Abu Dawud no. 1995; al-Darimi no, 1744; dan al-Daruquthni no. 2170).

Dalam Hadits ini, Rasulullah saw berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa berdasarkan kesaksian Ibnu Umar ra. Itu artinya, kesaksian seorang Muslim dalam ru’yah hilah dapat diterima.

Dari Ibnu Abbas bahwa:
Telah datang seorang Arab Badui kepada Nabi Muhammad saw kemudian berkata, “Sungguh saya telah melihat hilal¤. Rasulullah bertanya, “Apakah anda bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah?” Orang tersebut menjawab, “Ya”. Lalu Rasulullah bersabda, “Wahai Bilal, umumkan kepada manusia (khalayak) agar mereka berpuasa besok.” (HR Imam yang lima, disahihkan oleh Khuzaimah & Ibnu Hiban).

Dalam Hadits tersebut dikisahkan, Rasulullah saw tidak langsung menerima kesaksian seseorang tentang ru’yah. Beliau baru mau menerima kesaksian ru’yah orang itu setelah diketahui bahwa dia adalah seorang Muslim. Andaikan status Muslim tidak menjadi syarat diterimanya kesaksian ru’yah Ramadhan, maka Rasulullah saw tidak perlu melontarkan pertanyaan yang mempertanyakan keislamannya

Tidak Terikat dengan Mathla’
Persoalan berikutnya adalah mathla’ (tempat lahirnya bulan). Sebagian ulama Syafi’iyyah berpendapat, jika satu kawasan melihat bulan, maka daerah dengan radius 24 farsakh dari pusat ru’yah bisa mengikuti hasil ru’yat daerah tersebut. Sedangkan daerah di luar radius itu boleh melakukan ru’yah sendiri, dan tidak harus mengikuti hasil ru’yat daerah lain.

Pendapat tersebut disandarkan kepada Hadits yang diriwayatkan dari Kuraib:

Bahwa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk menemui Muawiyyah di Syam. Kuraib berkata, “Aku memasuki Syam lalu menyelesaikan urusan Ummul Fadhl. Ternyata bulan Ramadhan tiba sedangkan aku masih berada di Syam. Aku melihat hilal pada malam Jumat. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut persoalan hilal’. Dia bertanya, ‘Kapan kalian melihat hilal?’ Aku menjawab, ‘Kami melihatnya pada malam Jum’at.’ Dia bertanya lagi, ‘Apakah kamu sendiri melihatnya?’ Aku jawab lagi, ‘Ya, dan orang-orang juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu pula Muawiyyah.’ Dia berkata lagi, ‘Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami terus berpuasa hingga kami menyempurnakan bilangan tiga puluh hari atau hingga kami melihatnya.’ Aku lalu bertanya, ‘Tidak cukupkah kita berpedoman pada ru’yat dan puasa Muawiyyah?’ Dia menjawab, ‘Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah Saw telah memerintahkan kepada kami’. ( HR. Muslim no. 1819; Abu Dawud no. 1985; al-Tirmidzi 629; al-Nasa’i no. 2084; Ahmad no. 2653).

Hadits yang diriwayatkan Kuraib ini dijadikan sebagai dalil bagi absahnya perbedaan awal dan akhir Ramadhan karena perbedaan mathla’. Apabila dikaji lebih teliti, sesungguhnya pendapat ini mengandung sejumlah kelemahan.

Di antaranya:
Pertama, dalam Hadits ini terdapat syubhat, apakah Hadits ini tergolong Hadits marfû’ atau mawqûf. Ditilik dari segi lafazhnya, perkataan Ibnu ‘Abbas, “Hakadzâ amaranâ Rasûlullâh saw” (demikianlah Rasulullah saw memerintahkan kepada kami), seolah-olah menunjukkan sebagai Hadits marfû’. Namun jika dikaitkan dengan munculnya perkataan itu, kesimpulan sebagai Hadits marfu’ perlu dipertanyakan.

Jika dicermati, perkataan “Lâ, hakadzâ amaranâ Rasûlullâh saw” merupakan jawaban Ibnu Abbas atas pertanyaan Kuraib dalam merespon suatu peristiwa yang terjadi pada masa beliau. Yakni terjadinya perbedaan antara penduduk Madinah dan penduduk Syam dalam mengawali puasa. Penduduk Syam melihat hilal pada malam Jumat, sementara penduduk Madinah melihatnya pada malam Sabtu. Ketika kejadian itu ditanyakan kepada Ibnu Abbas, mengapa penduduk Madinah tidak mengikuti ru’yah penduduk Syam saja, kemudian keluarlah jawaban Ibnu Abbas tersebut.

Bertolak dari kisah tersebut, maka ke-marfu-an Hadits ini perlu dipertanyakan: “Apakah peristiwa serupa memang pernah terjadi pada masa Rasulullah saw dan demikianlah keputusan beliau saw dalam menyikapi perbedaan itu?” “Ataukah itu merupakan kesimpulan Ibnu Abbas atas sabda Rasulullah saw mengenai penentuan awal dan akhir Ramadhan, sehingga perkataan Ibnu Abbas itu adalah penerapan hasil ijtihad beliau terhadap kasus ini?”

Di sinilah letak syubhat Hadits ini, apakah tergoloh marfû’ atau mawqûf. Agar lebih jelas, kita bisa membandingkan Hadits ini dengan Hadits lain yang tidak mengandung syubhat, yang sama-sama menggunakan ungkapan “amaranâ Rasûlullâh saw”. Hadits dari Ibnu Umar yang berkata:

“Rasulullah saw memerintahkan kami dalam zakat fithri agar ditunaikan sebelum keluarnya orang-orang untuk shalat”. (HR Abu Dawud).

Hadits ini tidak diragukan sebagai Hadits marfû’. Sebab, Hadits ini berisi sebuah ketentuan hukum atas suatu perbuatan. Berbeda halnya dengan Hadits Ibnu Abbas di atas, yang berisi jawaban beliau mengenai suatu kasus yang terjadi masa beliau. Tampak bahwa perkataan Ibnu Abbas tersebut merupakan ijtihad beliau dalam menyikapi kejadian yang terjadi pada saat itu. Kesimpulan demikian juga disampaikan oleh sebagian ulama, seperti al-Syaukani yang menggolongkan Hadist ini sebagai ijtihad Ibnu Abbas.[4]

Sebagai sebuah ijtihad, kaum Muslim diperbolehkan untuk taklid kepada ijtihad Ibnu Abbas. Namun jika untuk dijadikan sebagai dalil syara’, yang darinya digali hukum-hukum syara’, jelas tidak diperbolehkan. Sebab, sahabat bukanlah orang yang ma’shum. Ijtihadnya tidak termasuk dalam dalil syara’.[5]

Kedua, jika dalam Hadits ini kaum Muslim diizinkan untuk mengikuti ru’yah di masing-masing daerahnya, pertanyaan yang muncul adalah: “Berapa jarak minimal antara satu daerah dengan daerah lainnya yang mereka diperbolehkan berbeda?” “Jika dalam Hadits ini jarak antara Madinah dengan Syam diperbolehkan bagi penduduknya untuk berbeda mengawali dan mengakhiri puasa, bagaimana jika jaraknya lebih dekat?” Hadits ini juga tidak memberikan jawabannya. Oleh karena itu, para ulama yang mengamalkan Hadits Kuraib ini pun berbeda pendapat mengenai jarak minimalnya.

Ada yang menyatakan, jarak yang diperbolehkan berbeda puasa itu adalah perbedaan mathla’. Ini ditegaskan oleh ulama Iraq dan dibenarkan oleh al-Nawawi dalam al-Rawdhah dan Syarh al-Muhadzdzab. Ada pula yang menggunakan ukuran jarak mengqashar shalat. Hal ini ditegaskan Imam al-Baghawi dan dibenarkan oleh al-Rafi’i dalam al-Shaghîr dan al-Nawawi dalam Syarh al-Muslim. Lainnya mendasarkan pada perbedaan iklim. Dan sebagainya. Patut dicatat, semua batasan jarak itu tidak ada yang didasarkan pada nash yang sharih.

Bertolak dari dua alasan itu, maka Hadits Kuraib tidak bisa dijadikan sebagai dalil bagi absahnya perbedaan penetapan awal dan akhir puasa berdasarkan perbedaan mathla’. Dalam penetapan awal dan akhir puasa akan lebih tepat jika menggunakan dalil-dalil Hadits yang jelas marfu’ kepada Nabi saw. Imam al-Amidi mengatakan, “Hadits yang telah disepakati ke-marfu’-annya lebih dikuatkan daripada hadits yang masih diperselisihkan ke-marfu’-annya. Hadits yang dituturkan dengan lafadz asli dari Rasulullah Saw lebih dikuatkan daripada hadits yang diriwayatkan bil makna.”[6]
Berkait dengan Hadits dari Ibnu Abbas, terdapat Hadits yang diriwayatkan oleh beliau sendiri yang tidak diragukan ke-marfu’-annya, seperti Hadits:

Dari Ibnu ‘Abbas ra yang berkata, bahwa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah karena melihatnya dan berkulah karena melihatnya. Jika ia (hilal) terhalang awan, maka sempurnakanlah bilangan tiga puluh hari.” (HR al-Tirmidzi no. 624; Ibnu Hibban no. 2301)

Juga Hadits-hadits lainnya yang tidak diragukan ke-marfu’-annya. Dalam Hadits-Hadits itu kaum Muslim diperintahkan untuk berpuasa dan berbuka karena adanya ru’yah hilal. Semua perintah dalam Hadits tersebut berbentuk umum. Hal itu terlihat seruan Hadits-Hadits itu yang menggunakan kata shûmû dan afthirû (dhamîr jamâ’ah, berupa wâwu al-jamâ’ah). Pihak yang diseru oleh Hadits tersebut adalah seluruh kaum Muslim. Karena berbentuk umum, maka seruan hadits ini berlaku umum untuk seluruh kaum Muslim, tanpa ada perbedaan antara orang Syam dengan orang Hijaz, antara orang Indonesia dengan orang Irak, orang Mesir dengan Pakistan.

Demikian juga, kata li ru’yatihi (karena melihatnya). Kata ru’yah adalah ism al-jins. Ketika ism al-jins itu di-mudhaf-kan, termasuk kepada dhamîr (kata ganti), maka kata itu termasuk dalam shighah umum, [7] yang memberikan makna ru’yah siapa saja. Itu berarti, apabila sudah ada yang melihat hilal, siapa pun dia asalkan Muslim yang adil, maka kesaksian itu mewajibkan kepada yang lain untuk berpuasa dan berbuka. Terlihatnya hilal Ramadhan atau hilal Syawal oleh seorang Muslim di mana pun ia berada, maka ru’yah itu mewajibkan kepada seluruh kaum Muslim untuk berpuasa dan berbuka, tanpa terkecuali. Tidak peduli apakah ia tinggal di negeri yang dekat atau negeri yang jauh dari tempat terjadinya ru’yah.

Imam al-Syaukani menyatakan, “Sabda beliau ini tidaklah dikhususkan untuk penduduk satu daerah tertentu tanpa menyertakan daerah yang lain. Bahkan sabda beliau ini merupakan khitâb (seruan) yang ditujukan kepada siapa saja di antara kaum Muslim yang khitab itu telah sampai kepadanya. ‘Apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka (dianggap) seluruh kaum Muslim telah melihatnya. Ru’yah penduduk negeri itu berlaku pula bagi kaum Muslim lainnya’.”

Imam al-Syaukani menyimpulkan, “Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (ru’yatul hilal), maka ru’yat ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.”[8]
Imam al-Shan’ani berkata, “Makna dari ucapan ‘karena melihatnya’ adalah “apabila ru’yah didapati di antara kalian”. Hal ini menunjukkan bahwa ru’yah pada suatu negeri adalah ru’yah bagi semua penduduk negeri dan hukumnya wajib.”[9]
Pemahaman tersebut juga dikuatkan oleh beberapa Hadits yang menunjukkan tidak berlakunya perbedaan mathla’. Diriwayatkan dari sekelompok sahabat Anshor:

“Hilal bulan Syawal tertutup oleh mendung bagi kami sehingga kami tetap berpuasa pada keesokan harinya. Menjelang sore hari datanglah beberapa musafir dari Mekkah ke Madinah. Mereka memberikan kesaksian di hadapan Nabi saw bahwa mereka telah melihat hilal kemarin (sore). Maka Rasulullah saw memerintahkan mereka (kaum Muslim) untuk segera berbuka dan melaksanakan sholat ‘Ied pada keesokan harinya”. (HR. Ahmad dishahihkan oleh Ibnu Mundir dan Ibnu Hazm).

Hadits ini menunjukkan bahwa Rasulullah saw memerintahkan kaum Muslim untuk membatalkan puasa setelah mendengar informasi ru’yah hilal bulan Syawal dari beberapa orang yang berada di luar Madinah al-Munawarah. Peristiwa itu terjadi ketika ada serombongan orang dari luar Madinah yang memberitakan bahwa mereka telah melihat hilal Syawal di suatu tempat di luar Madinah al-Munawarah sehari sebelum mereka sampai di Madinah. Dari Ibnu ‘Abbas:

“Datang seorang Badui ke Rasulullah SAW seraya berkata: Sesungguhnya aku telah melihat hilal. (Hasan, perawi hadits menjelaskan bahwa hilal yang dimaksud orang Badui itu adalah hilal Ramadhan). Rasulullah SAW bersabda, “Apakah kamu bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah?” Dia berkata, “Benar.” Beliau meneruskan pertanyaannya seraya berkata, “Apakah kau bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah?” Dia berkata, “Ya benar.” Kemudian Rasulullah bersabda, “Wahai Bilal umumkan kepada orang-orang untuk berpuasa besok.” (HR Abu Daud and al-Tirmidzi, disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban).

Dalam Hadits tersebut, Rasulullah saw tidak menanyakan asal si saksi, apakah dia melihatnya di daerah mathla’ yang sama dengan beliau atau berjauhan. Akan tetapi beliau langsung memerintahkan kaum Muslim untuk berpuasa ketika orang yang melakukan ru’yah itu adalah seorang Muslim.

Bertolak dari beberapa argumentasi tersebut, maka pendapat yang rajih adalah pendapat yang tidak mengakui absahnya perbedaan mathla’. Pendapat ini pula yang dipilih oleh jumhur ulama, yakni dari kalangan Hanafiyyah, Malikiyyah, dan Hanabilah. Mereka tidak menganggap adanya perbedaan penentuan awal dan akhir puasa karena perbedaam mathla’.[10] Ketiga madzhab (Abu Hanifah, Maliki, Ahmad) itu berpendapat bahwa awal Ramadhan ditetapkan berdasarkan ru’yah, tanpa mempertimbangkan perbedaan mathla’.

Sayyid Sabiq menyatakan, “Menurut jumhur, tidak dianggap adanya perbedaan mathla’ (ikhtilâf al-mathâli’). Oleh karena itu kapan saja penduduk suatu negeri melihat hilal, maka wajib atas seluruh negeri berpuasa karena sabda Rasulullah saw, ”Puasalah kalian karena melihat hilal dan berbukalah karena melihatnya.” Seruan ini bersifat umum mencakup seluruh ummat. Jadi siapa saja di antara mereka yang melihat hilal; di tempat mana pun, maka ru’yah itu berlaku bagi mereka semuanya.”[11]

Abdurahman al-Jaziri menuturkan, “Apabila ru’yah hilal telah terbukti di salah satu negeri, maka negeri-negeri yang lain juga wajib berpuasa. Dari segi pembuktiannya tidak ada perbedaan lagi antara negeri yang dekat dengan yang jauh apabila (berita) ru’yah hilal itu memang telah sampai kepada mereka dengan cara (terpercaya) yang mewajibkan puasa. Tidak diperhatikan lagi di sini adanya perbedaan mathla’ hilal secara mutlak. Demikianlah pendapat tiga imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Ahmad). Para pengikut madzhab Syafi’i berpendapat lain. Mereka mengatakan, ‘Apabila ru’yah hilal di suatu daerah telah terbukti, maka atas dasar pembuktian ini, penduduk yang terdekat di sekitar daerah tersebut wajib berpuasa. Ukuran kedekatan di antara dua daerah dihitung menurut kesamaan mathla’, yaitu jarak keduanya kurang dari 24 farsakh. Adapun penduduk daerah yang jauh, maka mereka tidak wajib berpuasa dengan ru’yah ini, kerana terdapat perbedaan mathla’.”[12].

Al-Qurthubi menyatakan, “Menurut madzhab Malik rahimahullah –diriwayatkan oleh Ibnu Wahab dan Ibnu al-Qasim– apabila penduduk kota Basrah (Irak) melihat hilal Ramadhan, lalu berita itu sampai ke Kufah, Madinah, dan Yaman, maka wajib atas kaum Muslimin, berpuasa berdasarkan ru’yah tersebut. Atau melakukan qadha puasa jika berita itu datangnya terlambat.”[13]

Tentang pendapat madzhab Hanafi, Imam Hashfaky menyatakan, “Bahwasanya perbedaan mathla’ tidak dapat dijadikan pegangan. Begitu juga melihat bulan sabit di siang hari, sebelum dhuhur, atau menjelang dhuhur. Dalam soal ini, penduduk di wilayah Timur (benua Asia) harus mengikuti (ru’yat kaum Muslimin) yang ada di Barat (Timur Tengah), jika ru’yat mereka dapat diterima (syah) menurut Syara’ “.[14]

Tak jauh berbeda, menurut Madzhab Hanbali, apabila ru’yat telah terbukti, di suatu tempat yang jauh atau dekat, maka seluruh kaum Muslimin harus ikut melakukan puasa Ramadhan.[15]

Sebagian pengikut Madzhab Maliki, seperti Ibnu al Majisyun, menambahkan syarat, ru’yat itu harus diterima oleh seorang khalifah. “Tidak wajib atas penduduk suatu negeri mengikuti rakyat negeri lain, kecuali hal itu telah terbukti diterima oleh al-imâm al-a’dham (khalifah). Setelah itu, seluruh kaum Muslimin wajib berpuasa. Sebab, seluruh negeri bagaikan satu negeri. Dan keputusan khalifah berlaku bagi seluruh kaum Muslim” [16]

Ibnu Taimiyah dalam Majmû’ al-Fatawa berkata, “Orang-orang yang menyatakan bahwa ru’yah tidak digunakan bagi semuanya (negeri-negeri yang lain) seperti kebanyakan pengikut-pengikut madzhab Syafi’i; dan di antara mereka ada yang membatasi dengan jarak qashar shalat, ada yang membatasi dengan perbedaan mathla’ seperti Hijaz dengan Syam, Iraq dengan Khurasan”, sesungguhnya kedua-duanya lemah (dha’if) karena jarak qashar shalat tidak berkaitan dengan hilal…Apabila seseorang menyaksikan pada malam ke 30 bulan Sya’ban di suatu tempat, dekat maupun jauh, maka ia wajib berpuasa. Demikian juga kalau ia menyaksikan hilal pada waktu siang menjelang maghrib maka ia harus imsak (berpuasa) untuk waktu yang tersisa, sama saja baik satu iklim atau banyak iklim.”[17]

Jelaslah, menurut pendapat yang rajih dan dipilih jumhur, jika penduduk negeri-negeri Timur (benua Asia) jauh melihat bulan sabit Ramadhan, maka ru’yah wajib diikuti oleh kaum Muslimin yang berada di negeri-negeri belahan Barat (Timur Tengah), tanpa kecuali. Siapapun dari kalangan kaum muslimin yang berhasil melakukan ru’yatuh hilal maka ru’yah tersebut merupakan hujjah bagi orang yang tidak melihatnya. Kesaksian seorang muslim di suatu negeri tidak lebih utama dari kesaksian seorang muslim di negeri yang lain.

Akibat Nasionalisme dan Garis Batas Nation State
Patut digarisbawahi, perbedaan awal dan akhir puasa yang terjadi di negeri-negeri Islam sekarang ini bukan disebabkan oleh perbedaan mathla’ sebagaimana dibahas oleh para ulama dahulu. Pasalnya, pembahasan ikhtilâf al-mathâli’ (perbedaan mathla’) oleh fuqaha’ dahulu berkaitan dengan tempat terbit bulan. Sehingga yang diperhatikan adalah jarak satu daerah dengan daerah lainnya. Apabila suatu daerah itu berada pada jarak tertentu dengan daerah lainnya, maka penduduk dua daerah itu tidak harus berpuasa dan berbuka puasa. Sama sekali tidak dikaitkan dengan batas begara.
Berbeda halnya dengan saat ini. Perbedaan mengawali dan mengakhiri Ramadhan diakibatkan oleh pembagian dan batas-batas wilayah negeri-negeri Islam. Di setiap negeri Islam terdapat institusi pemerintah yang memiliki otoritas untuk menentukan itsbât (penetapan) awal dan akhir Ramadhan. Biasanya, sidang itsbât tersebut hanya mendengarkan kesaksian ru’yah hilal orang-orang yang berada dalam wilayah negeri tersebut. Apabila di negeri itu tidak ada seorang pun yang memberikan kesaksiannya tentang ru’yah hilal, maka langsung digenapkan, tanpa menunggu terlebih dahulu apakah di negeri-negeri lainnya –bahkan yang berada di sebelahnya sekalipun– terdapat kesaksian dari warganya yang telah melihat hilal atau belum. Hasil keputusan tersebut lalu diumumkan di seluruh negeri masing-masing. Akibatnya, terjadilah perbedaan dalam mengawali dan mengakhiri puasa Ramadhan antara negeri-negeri muslim.

Kaum Muslim di Riau tidak berpuasa bersama dengan kaum Muslim di Kuala Lumpur. Padahal perbedaan waktu antara kedua kota itu tidak sampai satu jam. Padahal, pada saat yang sama kaum Muslim di Acah bisa berpuasa bersama dengan kaum Muslim di Papua. Tentu saja ini sesuatu yang amat janggal. Penentuan awal dan akhir Ramadhan berkait erat dengan peredaran dan perputaran bumi, bulan, dan matahari. Sama sekali tidak ada kaitannya dengan batas negara yang dibuat manusia dan bisa berubah-ubah. Jelaslah, perbedaan awal dan akhir puasa yang saat ini terjadi lebih disebabkan oleh batas khayal yang dibuat oleh negara-negara kafir setelah runtuhnya Daulah Khilafah Islamiyyah. Garis batas negara bangsa itu pula yang mengoyak-oyak kesatuan Muslim dalam naungan satu khilafah menjadi lebih dari lima puluh negara-negara kecil.

Khatimah
Perbedaan awal dan akhir puasa di negeri-negeri Islam hanya merupakan salah satu potret keadaan kaum Muslim. Kendati mereka satu ummat, namun secara kongkrit umat Islam terpecah-pecah. Di samping masih mengeramnya paham nasionalisme yang direalisasikan dalam bentuk nation state di negeri-negeri Islam, keberadaan khilafah sebagai pemersatu ummat Islam hingga sekarang belum berdiri (setelah khilafah Islamiyyah terakhir di Turki diruntuhkan oleh kaum kuffar). Ketiadaan khilafah inilah menjadikan kaum muslimin berpecah-pecah menjadi lebih dari lima puluh negara kecil-kecil, yang masing-masing sibuk dengan urusannya sendiri-sendiri.

Karena itu, solusi mendasar yang benar untuk menyelesaikan semua prob¬lematika kaum muslimin tersebut sesungguhnya ada di tangan mere¬ka. Yaitu, melakukan upaya dengan sungguh-sungguh bersama dengan para pejuang yang mukhlish untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam dengan mengembalikan keberadaan Daulah Khilafah, mengangkat seorang khalifah untuk menyatukan negeri-negeri mereka dan mener¬apkan syariْat Allah atas mereka. Sehingga kaum muslimin bersama khalifah, dapat mengemban risalah Islam dengan jihad kepada seluruh ummat manusia. Dengan demikian kalimat-kalimat orang kafir menjadi rendah dan hina. Dan sebaliknya, kalimat-kalimat Allah Swt menjadi tinggi dan mulia. Kaum muslim¬in hidup dengan terhormat dan mulia di dunia, mendapatkan ridha Allah Swt dan mendapatkan pahalanya di akhirat nanti. Allah Swt berfirman bermaksud:

“Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah Swt) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Taubah [9]: 105).

(Sumber)
________________________________________
[1] al-Nawawi, al-Majmû’Syarh al-Muhadzdzab,6/269
[2] Ali al-Shabuni, Rawâi’ al-Bayân, 1/210
[3] Mahmud bin Abdul Lathif, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Shalâh, 28; Ali al-Shabuni, Rawâi’ al-Bayân, 1/210
[4] al-Syaukani, Nayl al-Awthâr,7/25
[5] Dalil syara yang mu’tabar adalah al-Kitab, al-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan Qiyas.
[6] al-Amidi, al-Ihkâm fi Ushûl al-Ahkâm, jld. 2/364.
[7] al-Amidi, al-Amidi, al-Ihkâm fi Ushûl al-Ahkâm, 1/329
[8] Lihat pula pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani; Fath al-Bârî; Bab Shiyâm.
[9] Al-Shan’ani, Subul al-Salâm, jld. 2, hal. 310.
[10] al-Shabuni, Rawâi’ al-Bayân, 1/210
[11] Sayyid Sabiq, Fiqh al- Sunnah, 1/368.
[12] al-Jaziri, al-Fiqh ‘alâ al-Madzhâhib al-Arba’ah, 1/550
[13] al-Qurthuby, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 2/296.
[14] al-Hashfaky, “al-Durr al-Mukhtâr wa Radd al-Muhtâr”, 2/131-132
[15] Mughn al-Muhtâj, 2/223-224
[16] al-Syaukani, Nayl al- Authar, 2/ 218.
[17] Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 25/104-105.

13 July 2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment

BERSIH dalam kotor!

Seperti yang saya sebut dalam program Bicara Rakyat, secara langsung TV1, Jumaat lalu, dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai saluran. Tidak salah berdemonstrasi kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan. Asas demokrasi adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat. Tetapi satu perkara kita harus ingat, jika kebebasan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, maka demonstrasi perlu difikirkan kembali. Apakah sudah tidak ada altenatif lain pada zaman globalisasi ini dalam menyuarakan pendapat selain berdemonstrasi? 

Kenapa tidak dibuat demonstrasi tersebut secara tertutup seperti di stadium? Kenapa harus di jalanan? Adakah suara demonstrasi di kawasan tertutup tidak didengari? Pada saya, di mana jua demonstrasi diadakan, impaknya pasti ada, tidak semestinya di jalanan. Tempat yang paling sesuai untuk berdemo adalah di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, berhampiran Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesuai disebabkan oleh kepadatan dan kesesakan yang telah sedia ada.

Saya masih teringat minggu lalu ketika berlangsungnya acara Kuala Lumpur Marathon 2011, bermula dari jam 5.30, apabila sesetengah jalan ditutup, kesesakan jalan raya amat dirasai. Kebetulan saya berada di dalam bas ketika itu daripada Pulau Pinang. Lebih satu jam bas berlegar-legar di sekitar bandaraya kerana pemandu tidak dapat menurunkan penumpang. Akhirnya saya turun sahaja di tepi jalan untuk balik ke rumah sebagai persiapan untuk memberi ceramah motivasi di Memorial Tun Hussein Onn, pada jam 10.30 pagi. Ceramah motivasi tertunda kerana semua peserta terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam hati saya berkata, “ini baru Marathon, bayangkan jika demonstrasi Bersih menjadi kenyataan”.

Saya cadangkan jika Marathon yang sama hendak diadakan tahun hadapan, cukuplah sekadar mengelilingi Tasik Perdana (Botani) berkali-kali, tidak perlulah menutup banyak jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan rakyat. Masa dan tenaga (termasuk petrol) banyak terbuang. Tidakkah masa yang terbuang itu lebih sesuai dimanfatkan untuk anak isteri di rumah. Bayangkan juga, tenaga petrol yang digunakan akibat kesesakan. Jika dikumpulkan semua tenaga yang terbazir dan disedekahkan kepada fakir miskin dan ibu tunggal, bukankah banyak pahala yang dapat kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.

Lagi pula terdapat begitu banyak tempat strategik yang lain seperti Stadium Melawati, Shah Alam atau mungkin juga Bukit Jalil, kenapa Bersih masih berdegil untuk berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Saya yakin, mereka tahu, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, sambutannya sudah pasti tidak memberansangkan.

Mereka tidak mahu melihat seolah-olah demonstrasi tidak ada orang. Maka untuk melihat ramai, medan orang ramai digunakan. Dengan harapan, dengan berada di sana bersama orang ramai, mereka akan kelihatan ramai. Maka tercapailah hasrat untuk menghimpun ratusan ribu orang. Wal hal yang datang tidak seberapa. Inilah laba politik yang ingin dicapai. Mereka mahu memperlihatkan demonstrasi tersebut benar-benar mendapat sambutan, walaupun hakikat sebenar tidaklah sedemikian.

Saya amat mengharapkan Perkasa, Pemuda Umno dan Pertubuhan Silat Melayu, yang semuanya umat Islam yang ingin turun sama berdemonstrasi, tidak bersikap seperti mereka. Apa bezanya kita jika sama seperti mereka. Dua kali lima sahaja. Amat hina sekali melihat pertembungan sesama umat Islam. Biarlah kumpulan ini ditangani oleh polis dan tentera.

Kita selalu membandingkan situasi kita dengan demonstrasi di di Thailand. Politik di sana berbeza dengan negara kita. Thailand adalah negara sebangsa, budaya dan cara hidup mereka sama. Begitu juga di Indonesia. Mereka hanya ada dua kumpulan, pro dan anti kerajaan. Berbanding kita, kita adalah sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan cara hidup. Politik kepartian amat kuat dan ekstrem. Parti politik berasaskan bangsa. Keadaan kita jauh lebih kompleks. Sudah pasti dalam banyak perkara kita tidak sehati sejiwa. Apakah kita tidak menjangka ada orang yang akan mengambil kesempatan. Wahai umat Islam! Janganlah mudah untuk diperalatkan.

Tidakkah kita terfikir dengan banyaknya perbezaan ini, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan kita dengan melakukan pelbagai provokrasi. Mereka mahu kita berantakan, kerana itu adalah salah satu perancangan mereka. Kita selalu menuding jari kepada polis yang melakukan provokasi. Saya yakin di luar sana masih ramai kafir harbi yang sedang menunggu kesempatan.

Cuba buat perbandingan, sedangkan perhimpunan sukan secara tertutup pun pergaduhan berlaku macam seolah-olah tidak kenal saudara. Inikan pula perhimpunan terbuka. Masihkah kita ingat siri perlawanan bola sepak di antara pasukan negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan Selangor. Kerusi stadium, trak polis dibakar dan macam-macam lagi perkara menyedihkan berlaku, termasuk kematian akibat balingan botol (Stadium Melawati). Kekecohan ini juga berlaku di hadapan tok guru. Bayangkan jika yang memimpin demonstrasi ini begitu jauh sifatnya dengan tok guru. Beliau bukan sahaja tidak ada status tok guru, malahan sikap anti Islamnya begitu terserlah ketika menjadi memimpin Majlis Peguam.

Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh panelis PAS dalam Bicara Rakyat tempoh hari, apakah jaminan perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana dan keadaan aman? Siapakah yang boleh memberi jaminan tersebut? Apakah pemimpin Bersih begitu berwibawa boleh mengawal manusia yang katakan bilangannya begitu ramai? Bagaimana pula jika ada kalangan mereka yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan pergaduhan? Minta maaf cakap, dalam keadaan masyarakat yang terlalu banyak perbezaannya, saya tidak percaya bahawa semuanya anggota Bersih yang turun akan bertindak seperti malaikat?

Kumpulan yang mengambil kesempatan berada di mana-mana, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk mencetuskan pergaduhan. Janganlah terlalu menuding jari kepada polis. Bayangkan jika bukan polis yang mengawal keselamatan dan kesesakan jalan raya. Apa akan jadi dengan bandaraya ini.

Wahai umat Islam, jangan mudah tertipu dan akhirnya kita akan ditipu. Lagipun beliau bukan ahli politik. Jika masalah daftar pemilih pilihan raya yang menjadi isu utama. Yang sepatutnya lebih sensitif adalah parti-parti politik kerana mereka yang akan bertanding. Bukannya NGO seperti yang didakwa. Apa kepentingan NGO dalam daftar pilihan raya kalau bukan untuk mencari publisiti? Beliau cuma mahu mencari publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kesempatan ini digunakan untuk mempopularkan dirinya. Jangan terpedaya dengan permainan silap mata ini.

Perkembangan terbaharu meyakinkan lagi saya mengapa kumpulan ultra kiasu ini harus ditolak dan tidak boleh dipercayai dan ditolak. Walaupun isu yang saya bangkitkan agak sedikit lari daripada tajuk, tetapi ia mempunyai kaitan rapat dalam menilai integriti atau meletakkan kepercayaan terhadap seseorang. Saya tidak nafikan hak rakyat untuk berhimpun. Tetapi bukan diketuai oleh ultra kiasu ini. Tuhan sahaja yang tahu sama ada mereka benar-benar ikhlas atau sebaliknya. Sudah tidak ada orang Islam lainkah yang boleh dijadikan pengantara atau rujukan? Atau sekurang-kurang carilah bukan Melayu yang begitu memahami jiwa, sensitiviti dan perasaan umat Melayu Islam? Janganlah berketuakan pengantara yang pernah menghina dan menginjak-injak Islam. Lina murtad Lina Joey dan penghinaan terhadap mahkamah syariah masih terngiang-ngiang di telinga dan amat sukar dipadamkan dalam lipatan sejarah.

Apatah lagi, saya cukup sedih apabila kehadiran 12 wakil rakyat parti ultra kiasu yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ kerana tidak menghormati majlis. Memang benar, pakaian rasmi tidak diwajibkan, mematuhi etika pemakaian pada upacara berkenaan secara zahirnya menunjukkan seseorang itu menghormati negeri, ketuany aserta DUN itu sendiri.Tindakan, tabiat dan tingkah laku ini boleh dikatakan berlaku di mana-mana sahaja negeri mereka berada.

Jelas dan terang, pemakaian songkok pula bukan simbol agama, masyarakat di India pun pakai songkok walaupun mereka bukan Muslim.Songkok hanya melengkapkan pakaian seragam. Parti ultra kiasu sama ada di Semenanjung Sabah dan Sarawak telah lama mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia menafikan kebebasan beragama di samping membazir wang rakyat. Berapa sen sangatlah harga songkok dan baju Melayu berbanding dengan harga pakaian barat yang dibanggakan itu? Di Indonesia berapa ramai orang Kristian yang memakai songkok. Kenapa mereka begitu selesa sedangkan kita terlalu sensitif. Sebenarnya, kita terlalu memandang rendah kepada bangsa lain. Kita tidak mahu dipandang rendah sama. Tidakkah lebih baik kita lebih memahami Melayu daripada Mat Salleh?

Kenapa kita boleh begitu berlagak dan berbangga dengan pakaian barat blazer, jacket, dan tie tetapi, bila ada konotasi dengan Melayu kita memandang hina. Adakah ini wajar? Bila orang Melayu memakai pakaian Cina, kita seronok. Kenapa kita tidak ‘raikan’ Melayu dengan memakai pakaian Melayu. Adakah ‘budaya Melayu’ ini begitu hina?Kita begitu berbangga dengan pakaian skirt yang begitu pendek sehingga ternampak yang tersurat dan tersirat. Tetapi memandang hina pakaian yang ada konotasi dengan Islam.

Kenapa kita terlalu obses dengan bangsa yang begitu jauh dengan kita, sedangkan bangsa yang terdekat dan merupakan penduduk induk di negara ini tidak dipandang endah, malah dihina lagi? Tidakkah semua agama menganjurkan pakaitan yang bersopan? Dari mana datangnya sumber memakai yang seksi-seksi ini jika bukan dari barat? Hina sungguh kita. Sanggup ketepikan budaya masyarakat tempatan kerana terlalu obses dengan barat. Sanggup ketepikan bahasa kebangsaan, kerana terlalu mengejarkan bahasa Inggeris. Adakah tindakan ini wajar dan mampu menjamin keluhuran pembangunan sebuah negara bangsa?

Pelik sungguh, bila tiada kepentingan, mereka begitu angkuh. Namun, bila ada kepentingan, misalnya penerimaan anugerah bintang dan pingat, kumpulan muka tidak tahu malu ini, tidak segan-segan mula mengenakan ‘pakaianMelayu’.

Berasaskan kepada hujah-hujah ini, apakah kita boleh menaruh kepercayaan kepada Bersih? Tidak. Sebenarnya mereka adalah bersih dalam kotor. Nampak suci tetapi berdebu. Pada saya, selagi mana mereka tidak hormat budaya bangsa induk negara ini, selagi itulah golongan ini tidak boleh dipercayai. Mereka ini ibarat duri dalam daging atau api dalam sekam. Sentiasa mencari kesempatan atau menangguh di air yang keroh.

Saya tidak yakin demonstrasi Bersih ini akan menjadi kenyataan jika tidak disokong oleh umat Islam. Mereka tidak akan berani mengangkat muka pun jika kita tidak bersama mereka. Kenapa mereka begitu bongkak? Jawapannya, amat mudah, kerana mereka tahu, kita tidak sehati sejiwa, kita berpecah, kita terlalu mabuk kuasa, kita sanggup menabur pasir di periuk saudara sendiri, kita menikam sesama sendiri dan terlalu banyak kelemahan kita.

Peluang keemasan sebegini mungkin mereka tidak akan dapat pada masa akan datang, maka kelemahan umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuh untuk mendapatkan apa yang selama ini dicita-citakan. Moga dijauhkan Allah SWT daripada perancangan jahat dan licik sebegini. Wahai umat Islam! kita sudah tidak ada banyak masa, bangunlah, buka mata dan buka minda, sebelum terlambat atau nasi menjadi bubur. Yakinlah, apabila nasi sudah menjadi bubur, apa cara juga yang digunakan, bubur tidak akan menjadi nasi semula. Ketika itu orang lain sudah menjadi terlalu berkuasa. Mereka mempunyai rakan-rakan sebangsa yang begitu ramai di luar sana yang sedang ternanti-nanti untuk masuk ke dalam wilayah atau kawasan kita.

Sumber: Dr Ridhuan Tee Abdullah

13 July 2011 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | 4 Comments

Demonstrasi BERSIH 2.0 – Jangan terperangkap

Minggu lalu saya membahaskan beberapa ciri atau petanda bangsa yang akan pupus. Antara perkara besar yang belum sempat dibahaskan dengan panjang lebar adalah perpecahan yang amat menakutkan berlaku kalangan umat Islam. Perpecahan bukan setakat kalangan parti-parti politik dan ahli politik. Lebih menakutkan ia turut terbawa-bawa dalam kalangan penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Masing-masing mahu menjadi jaguh dan mendapat jawatan yang lebih tinggi. 

Pendek kata, di mana sahaja ada umat Islam, perkataan pecah sudah sinonim. Masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan diri, terutama untuk mendapat habuan dunia yang bersifat sementara. Kita sengaja mewujudkan kumpulan dalam kumpulan atau klik atau ‘orang kita’. Bukan tidak boleh, tetapi jangan sampai menikam dari belakang atau menaruh pasir dalam periuk sesama saudara. Akibatnya, kita juga yang akan rugi. Orang lain bertepuk tangan. Menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Umat Islam sepatutnya bersifat rasional dan profesional, bukan emosional. Tindakan terlalu beremosi hanya akan mengundang kepupusan menjadi lebih cepat. Pada saya, pertembungan sesama umat Islam mesti dielakkan kerana tidak ada sesiapapun yang akan menang. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Walaupun Pengerusi Bersih berkata perhimpunan ini tidak ada kaitan politik, takkan kita masih tidak dapat membaca makna tersurat dan tersirat. Beliau hanya mahu memperalatkan umat Islam. Jika tidak percaya, umat Islam jangan turun, biarlah kita lihat berapa kerat bukan Melayu akan turun menunaikan niat ‘bersih’ mereka.

Sebagai pengalisis politik dan strategi, saya sudah dapat mencium baunya. Tidak perlulah berselindung atas nama NGO, berpura-pura atau nampak seolah-olah tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Agenda ada udang di sebalik batu amat terserlah. Kenapa umat Islam masih buta? Kita boleh berkawan dengan kafir zimmi, tetapi mesti berhati-hati dengan kafir harbi yang ingin merosak dan meruntuhkan Islam dengan berbagai strategi dan silap mata. Kajilah sejarah sepanjang beliau sepanjang memimpin Majlis Peguam. Apa pandangan dan sumbangannnya terhadap Islam.

Jika umat Islam terus berdegil, ditakdirkan berlaku pertembungan, siapakah yang akan rugi? Kita semua bersaudara. Takkan kita sanggup berbunuhan sesama sendiri. Jika itu yang berlaku, saya bimbang kita akan menyesal tidak sudah nanti.

Kenapa sesama bangsa dan seagama perlu berpecah? Ambillah pengajaran penyatuan budaya bangsa lain. Satu bangsa, berbagai agama, ada yang beragama Buddha, Taoism, Konfucius, Kristian dan Hindu, mereka tetap bersatu atas nama satu bangsa. Pada mereka, agama tidaklah terlalu penting. Apa yang penting, ketuanan bangsa mesti ditegakkan. Agama boleh datang dan pergi, sedangkan bangsa akan terus kekal. Untuk pastikan kemegahan bangsa terus kekal, maka ia mesti dipertahankan bersama-sama jati diri bermati-matian. Maka tidak hairan mereka menolak sama sekali identiti Melayu seperti bersongkok dan berbaju Melayu, kerana takut diMelayukan. Berbeza dengan kita, agama mesti ditegakkan kerana atas terus kekal. Bangsa sudah tidak penting apabila bertembung dengan agama, kerana agama mendapat perlindungan Allah, bangsa belum tentu akan kekal.

Di negara maju, kewujudan pelbagai parti politik dan pertubuhan adalah perkara biasa. Mereka amat profesional. Setiap pertubuhan akan bertindak sebagai check and balance, kerana itu adalah antara asas demokrasi. Pimpinan kerajaan bertukar tangan adalah perkara biasa seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britian. Tetapi tidaklah sampai berlaku perpecahan sehingga ke akar umbi, seterusnya terbawa-bawa ke pejabat kerana ia akan menjejaskan kualiti dan produktiviti. Mereka begitu professional, meraikan perbezaan.

Tidak seperti kita, tidak cukup dengan perpecahan, kita amalkan cucuk sana, cucuk sini seperti politik satay dan saling jatuh-menjatuh. Apa yang kita dapat hasil semua ini? Umat Islam di negara ini perlu menyedari bahwa perpecahan dan pertelagahan itu adalah sesuatu yang hina. Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadikan kita saling menghina dan bermusuhan. Tidakkah lebih baik perbezaan ini dimanfaatkan untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan demi kemajuan umat dan negara. Firman Allah SWT:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) (surah Al-Baqarah: 48).

Kewujudan pelbagai pertubuhan tidak salah. Tidak perlu dibubarkan. Apa yang lebih penting adalah aktiviti (amal) yang lakukan (Surah at-Taubah:105). Jangan sampai kita tidak boleh duduk semeja membincangkan perkara-perkra yang boleh membangunkan umat kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat bagi orang lain, itulah pesanan Nabi kita.

Ingatlah umatku, cabaran dan tentangan yang sedang kita diharungi dan akan kita hadapi masa akan datang amatlah berat. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk memusnahkan kita. Justeru, perlu wujud pertubuhan yang bertindak sebagai kumpulan pendesak dan menyuarakan hak-haknya. Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh kerjasama. Dialog atau musyawarah perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk untuk membicarakan agenda bersama. Janganlah terlalu berprasangka buruk.

Ambillah pengajaran perpecahan politik umat Islam yang berlaku pada masa lalu yang amat merugikan sehingga menjadi al-Fitnah al-Kubra (bencana besar). Ketika itu umat Islam berpecah kepada tiga kumpulan. Pertama: kelompok Saidina Ali, kedua: kelompok Muawiyah, dan ketiga: kumpulan neutral yang tidak berpihak kepada salah satu dari dua kelompok tersebut.

Kedua-dua kumpulan pertama memiliki pengikut yang banyak. Manakala kumpulan neutral tidak kurang juga hebatnya. Antara para sahabat yang bergabung di dalam kumpulan ini adalah, Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), Saad bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Maslamah, Usamah bin Zaid, dan lain-lain.

Pertembungan dan pertentangan antara kumpulan Muawiyah dan Ali sampai kepada kemuncak sehingga membawa kepada perang Siffin. Melihat kepada kumpulan Muawiyah hampir kalah, mereka bersetuju menyelesaikan konflik melalui rundingan. Perundingan diberlaku pada bulan Ramadhan tahun 37 Hijrah. Kelompok Muawiyah diwakili oleh Amru bin Ash, manakala kelompok Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asy’ari. Namun, ia hanya bersifat sementara. Kumpulan neutral pun tidak dapat menyelesaikannya. Umat Islam berpecah semula selepas itu, malah bertambah tenat. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran sehinggalah bencana besar menimpa kerana mereka sentiasa berprasangka dan saling tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Perundingan tersebut bukan sahaja tidak menyelesaikan konflik, tetapi malah menimbulkan kelompok baharu. Kumpulan Ali terpecah kepada dua; Pertama, yang tetap setia kepadanya (syiah); Kedua, yang memberontak, keluar dari kumpulan Ali dan berbalik menjadi musuhnya, karena tidak puas dengan keputusan Ali untuk mengikuti perundingan diatas. Kumpulan ini dikenali sebagai Khawarij. Penyatuan semakin sukar, umat Islam semakin berpecah kepada tiga iaitu kumpulan Muawiyah, kumpulan Ali dan kumpulan Khawarij (Fikri Mahmud, 20 Jun 2011).

Kumpulan Khawarij mengkafirkan kumpulan Ali dan Muawiyah. Mereka menghalalkan darah orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka memerangi kumpulan Ali dan Muawiyah. Perancangan dibuat untuk membunuh Ali, Muawiyah dan Amru bin Ash. Muawiyah dan Amru selamat dari pembunuhan, sedangkan Ali terbunuh di tangan Abdul Rahman bin Muljam pada tahun 40 Hijrah.

Kedudukan umat Islam semakin meruncing sehingga sanggup berbunuh sesama sendiri. Setelah kematian Ali, anak lelakinya bernama Hassan, dilantikmenggantikan ayahandanya. Hasan melihat bahawa pertentangan politik ini hanya akan merugikan umat Islam secara keseluruhan. Lantaran Hassan mencadangkan perdamaian dengan Muawiyah bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.

Hasan bertindak meletakkan jawatan pada tahun 41 Hijrah dan menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah. Hasan meminta agar Muawiyah menyerahkan urusan khilafah kepada rakyat apabila ia meninggal nanti. Hasan juga meminta agar kumpulan Muawiyah berhenti menghina Ali atau menikam dari belakang. Gerakan perdamaian ini mendapat sokongan oleh masyarakat Islam ketika itu. Malangnya, perjanjian tersebut tidak ditepati. Umat Islam mungkir. Akhirnya membawa kepada meninggalnya Hassan di Madinah kerana diracun pada tahun 50 Hijrah. Kumpulan Syiah melantik Husein, putra Ali kedua, menggantikan abangnya.

Sebelum Muawiyah meninggal,beliau melantik anaknya Yazid menggantikannya. Perlantikan ini menimbulkan kemarahan kumpulan Syiah kerana Muawiyah telah melanggar perjanjian damai yang telah dipersetujui dengan Hasan yakni untuk memulang kuasa kepada rakyat. Namun begitu, rakyat jelata tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Muawiyah memerintah dengan kejam dan kuku besi.

Akibatnya, permusuhan antara kumpulan-kumpulan ini semakin menjadi-jadi. Pertumpahan darah sesama umat Islam berlaku dengan dahsyat. Husein terbunuh di Karbala. Kepalanya dipenggal dan dibawa ke hadapan Yazid sebagai persembahan. Walaupun pimpinan kalangan Bani Umayah silih berganti, permusuhan dengan kumpulan tidak pernah reda. Dendam kesumat begitu mendalam. Penghinaan terus berlaku dan berleluasa. Kalangan pemimpin Bani Umayah yang berhati mulia seperti Abdul Malik bin Marwan,yang berusaha untuk menyatukan semula umat Islam, tetap gagal kerana perpecahan seolah-olah tidak boleh dibaiki lagi.

Abdul Malik mengambil pendekatan meraikan semua kumpulan. Khalifah empat iaituAbu Bakar, Umar, Usman dan Ali dijadikan payung penyatuan umat supaya jangan hidup berpuak-puak. Sebelum ini kumpulan Umayah hanya mengakui Abu Bakar, Umar, Usman dan Muawiyah, mereka tidak mengakui Ali. Manakala Kelompok Khawarij hanya mengakui Abu Bakar dan Umar. Sementara, kumpulan Syiah hanya mengakui Ali sahaja dengan alasan masing-masing. Setiap kumpulan saling hina menghina antara satu sama lain.

Abdul Malik menyeru Umat Islam supaya tidak taksub kepada para sahabat atau khalifah empat tetapi hanya menjadikan Rasululullah SAW sebagai satu rujukan yang unggul. Pendekatan Abdul Malik mendapat sokongan dari masyarakat Islam. Di antara tokoh kelompok Moderat yang masih hidup dan menyokong Abdul Malik adalah Ibnu Umar. Umat Islam yang menyokong saranan ini dikenali seabgai Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

Istilah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sebenarnya lahir dari proses sejarah yang bertujuan untuk mempersatukan umat yang sudah berpecah belah. Oleh kerana itu, sering kita terjumpa bahawa kumpulanAhlus Sunnah Wal Jamaah sentiasa berusaha untuk mempertemukan aliran pemikiran berbagai kumpulan yang saling bertentangan.

Tetapi usaha untuk mempersatukan umat itu tidak mendatangkan hasil kerana persaingan antara kumpulan masih aktif. Kumpulan Syiah, tetap tidak mahu bergabung dalam kumpulan ini. Menurut Syiah, hak untuk memegang jawatan khalifah hanyalah untuk Ali dan keturunannya. Kumpulan Syiah menganggap bahawa Ahlus Sunnah Wal-Jamaah hanyalah penyokong dan merupakan tali barut dari kumpulan Umaiyah. Tidak semena-mena, kumpulan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah menjadi mangsa, sedangkan mereka amat tulus dan ikhlas.

Peristiwa yang dijelaskan ini sepatutnya menjadi contoh dan iktibar kepada umat Islam, supaya jangan mengulangi kelemahan dan keburukan yang sama. Malang sekali, sehingga hari ini perpecahan tersebut terus terbawa-bawa tanpa penyelesaian. Masalah politik telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah dalam berbagai kumpulan dan puak-puak. Perpecahan politik juga turut terbawa-bawa dalam perbezaan pendapat budaya hidup sepertiakidah, syariah, penafsiran dan pemahaman hadis, tafsir, tasawuf dan sebagainya. Pendek kata, di mana ada umat Islam, jawapannya, pecah, pecah dan pecah, akhirnya kita akan diperintah.

Umat Islam di negara ini perlu menyedari bahawa perbezaan yang membawa kepada perselisihan dan pertengkaran sesama sendiri adalah sesuatu yang amat hina. Perbezaan organisasi politik dan keagamaan hendaklah tidak dijadikan untuk saling menghina dan memusuhi, tetapi dimanfaatkan sebagai saranan untuk berlumba-lumba bagi membuat kebajikan demi kemajuan umat dan negara (Q.S.2:148). Apa yang akan dilihat oleh Allah SWT bukanlah organisasi yang kita miliki, tetapi adalah aktiviti (amal) yang kita lakukan (Q.S.9:105). Rasul bersabda: Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat bagi orang lain. Cabaran dan tentangan yang akan dihadapi mendepani globalisasi amatlah menakutkan (Fikri Mahmud, 20 Jun 2011).

Justeru,penyatuan dan kerjasama sudah sampai ke peringkat wajib, tidak boleh tidak.Penyatuan dan kerjasama yang wajib dilaksanakan, bukanlah membubarkan organisasi atau kumpulan yang sedia wujud, tetapi mesti ada permuafakatan bersama meskipun berlainan latar belakang. Setiap daripada kita bertanggungjawab memastikan kekuatan dan kesejahteraan umat terpelihara, tanpa diganggu-gugat.

Langkah pertama, perlu ada dialog atau musyawarah antara kumpulan-kumpulan ini mencari persamaan membicarakan agenda bersama melibatkan kepentingan umat Islam. Jika kumpulan atau organisasi sedia wujud tidak diyakini, maka kumpulan moderat atau neutral perlu mengambil inisiatif mengadakan dialog tersebut. Selaku Cina Muslim dari Persatuan Cina Muslim Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan, kami bersedia untuk membuka jalan pertemuan ini.

Ini bagi memastikan tragedi pahit daripada terus berulang. Sepatutnya sejarah menjadi iktibar. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempatan. Namun, keadaan sebaliknya berlaku seolah-olah yang baik ditinggalkan, yang buruk diamalkan. Petanda kepupusan semakin hampir, jangan sampai terperangkap.

Sumber:
Dr Ridhuan Tee Abdullah

13 July 2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 1 Comment

Beza penyatuan Melayu dengan bukan Melayu


Satu pandangan Dr Ridhuan Tee Abdullah

Saya sudah naik muak untuk mengulas mengenai Bersih kerana kita semua tahu tujuan yang tersurat dan tersirat mereka. Itupun umat Islam masih lagi buta. Masih terus mahu menyusahkan rakyat. Kepentingan politik mengatasi segala. Saya juga yakin kemenangan parti pembangkang Thailand dalam pilihan raya umum 2011 minggu lalu, menjadikan sumber inspirasi mereka, semakin nekad menguasai Putrajaya. Mereka tetap mahu berdemonstrasi.

Kemenangan parti Pheu Thai pimpinan adik bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra akan menjadi sejarah Thailand berperdanamenterikan seorang wanita. Apakah Yingluck boleh disamakan dengan ketua Bersih yang diperalatkan imej kewanitaannya bagi memenuhi nafsu serakah tersebut? Sama-sama kita saksikan.

Di Thailand, tindakan mereka amat professional, bila selesai pilihan raya, maka dikira selesai. Selepas itu, mereka akan tunggu 5 tahun lagi untuk membuat keputusan menukar pemimpin. Yang kalah, menerima kekalahan, yang menang meneruskan perjuangan agenda negara. Thailand tidak menghadapi banyak, kerana mereka hanya ada dua kumpulan, satu pro kerajaan dan satu lagi pembangkang.

Lagi pula, Thailand adalah negara sebangsa, 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya, manakala Malaysia pula berbagai bangsa, berbagai bahasa dan berbagai budaya. Tidak banyak yang bersifat 1, kecuali gagasan perpaduan 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh Perdana Menteri. Itupun terlalu banyak disalahfahamkan dan dipolitikkan.

Dalam banyak hal semuanya mereka mahukan satu iaitu sama rata dan sama rata. Tetapi tidak dalam isu 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya. 1sekolah tidak boleh dibincangkan kerana akan ditentang habis-habisan. Bolehkah kita mempercayai mereka untuk berdemonstrasi secara aman? Saya bimbang mereka akan mengambil kesempatan untuk memperlagakan sesama umat Islam.

Selama ini kita telahpun diperlagakan. Dendam kesumat tidak pernah habis. Kita sentiasa mencari kelemahan orang lain. Dahulu pembangkang mengutuk Umno Barisan Nasional. Kini, apabila mereka memerintah, sepatutnya mereka menjadi lebih baik dalam segala hal, tetapi nampaknya tidak banyak perubahan. Persaudaraan sesama saudara seagama diletak ketepi, yang penting kroni.

Pemilihan ahli majlis perbandaran masih sama. Cuma dibuat lebih teratur supaya tidak kelihatan seperti Umno Barisan Nasional. Dahulu mereka mencadangkan supaya pilihan raya dibuat untuk memilih ahli majlis. Namun, bila mereka memerintah, keadaan balik asal. Ahli majlis mereka mewakili parti politik juga. Mereka berebut-rebut projek dan tender untuk dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroninya. Jangan pergi jauh, datanglah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kenapa jadi sebegini? Belajarlah dari bangsa lain.

Saya ingin membawa pembaca meneliti isu ini untuk dijadikan iktibar. Minggu lalu, Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia mengutuk hebat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Kim, kerana pandangannya mengkritik akhbar Cina yang disifatkan terlalu ultra kiasu seperti yang telah saya sebut sebelum ini. Teng dilaporkan berkata bahawa wartawan akhbar Cina berperangai buruk dan penguasaan bahasa Cina mereka juga tidak sebegitu baik. Teng turut membidas mereka kerana tidak dapat membezakan antara benar dan salah dalam pemberitaannya. Tanpa menyiasat maksud Teng, Persatuan akhbar tersebut terus menyerang Teng.

Saya mengikuti peribadi saudara Teng sejak dahulu lagi. Beliau agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain. Beliau agak terbuka dan banyak bergaul dengan orang Melayu. Malah beliau tidak segan silu memakai songkok ketika pembukaan parlimen dan tugasnya sebagai speaker. Banyak buku Islam yang dibacanya. Dengan sebab itu, dia agak tidak disukai oleh sesetengah pihak terutama akhbar ultra kiasu ini dan golongan ortodoks ultra kiasu. Maka tidak hairan jika beliau tidak terpilih untuk mengetuai parti ultra kiasu negeri Selangor.

Ketua Pemuda MCA seperti cacing kepanasan membidas saudara Teng untuk mencari publisiti murahan. Saya harap umat Islam di kawasan parlimen Ayer Hitam dapat membuka mata siapa wakil rakyat mereka sebenarnya. Sepatutnya akhbar Cina perlu melakukan muhasabah diri. Apakah selama ini pemberitaan akhbar mereka benar-benar membina negara bangsa berasaskan kepada gagasan 1Malaysia atau akhbar ini mengapi-api semangat perkauman. Mereka melabelkan akhbar Utusan Malaysia rasis. Akhbar mereka sahaja yang tidak rasis. Mereka tidak boleh disentuh langsung, keballah katakan. Baca artikel saya sebelum ini bertajuk rukun politik Cina bagaimana mereka menjaga bangsa mereka.

Bukan seperti kita, tidak pernah habis bertelingkah dalam apa jua isu hatta sampai ke dalam surau masjid. Peristiwa tiba-tiba makmum bangun menempelak khatib ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat dua minggu lalu di masjid Ubudiah, Ampang, Selangor, menarik perhatian saya untuk memberikan sedikit pandangan. Khatib begitu syok sendiri dengan khutbah ciptaannya. Yang ‘menyeronokkan’ adalah khatib tersebut turut sama menempelak makmum tersebut dengan mengatakan dia jahil ketika berkhutbah. Rupa-rupa makmum dan khatib dua kali lima sahaja.

Sepatutnya, khatib tersebut tidak melayan sikap makmum tersebut dan meneruskan khutbahnya. Ini tidak, khatib tersebut turut tumpang semangkok. Saya tidak mengatakan tindakan makmum itu betul. Salah tetap salah. Saya mengharapkan khatib tersebut bertindak betul, rupanya salah.

Insiden seperti ini bukan perkara baharu, tetapi ia berlaku di masjid-masjid yang dikuasai oleh parti-parti tertentu. Mereka menjadikan mimbar untuk membalas dendam, bukan untuk mendidik. Kita semakin berpecah. Kita sepatutnya tidak mengambil pendekatan mengajar, tetapi mendidik dengan mengetuk pintu hati mereka. Jika Pas benar-benar ikhlas, sepatutnya Pas mengambil pendekatan mendidik Umno melalui nilai-nilai Islam yang ‘diperjuangkan’, bukannya menghamburkan kata-kata dan sindirin-sindiran tajam yang menyakitkan hati.

Saya amat pelik kenapa kita tidak selantang ini apabila berhadapan dengan musuh kita yang begitu jelas menentang kita dan mengenepikan agenda nasional. Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri oleh hampir 1000 orang pengetua. Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Bukan mereka tidak mahu atau tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka disenyapkan. Mereka terpaksa ikut kata boss.

Majlis Pengetua dan Majis Guru Besar ini sepatutnya diberikan kebebasan untuk berhadapan dengan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong, baharulah terserlah kepengetuaannya dan kegurubesarannya. Saya harap istilah ini boleh digunakan.

Inilah beza penyatuan antara Melayu dengan bukan Melayu. Bukan Melayu bersatu atas perkara asas atau perkara berkaitan hidup mati atau masa depan mereka. Manakala penyatuan kita, usahkan perkara besar, perkara kecilpun kita tidak boleh selesaikan. Malahan terus berpecah seolah-olah tidak ada penghujung. Lebih menyedihkan lagi tindakan kita sering menimbulkan beban dan masalah kepada rakyat jelata.

Demonstrasi haram Bersih meninggal kesan yang amat mendalam. Sejak hari khamis saya tidak dapat pulang ke rumah sehingga hari Ahad, saya hanya bermalam di hotel kerana terperangkap dalam kesesakan jalan yang amat dahsyat, sehingga saya mengambil keputusan berpatah balik bagi mengelakkan ceramah-ceramah hujung minggu yang telah diaturkan tidak tergendala. Terpaksalah saya memakai baju yang kotor selama dua hari disebabkan oleh tidak ada lagi pakaian Bersih.

Lebih hiba lagi mendengar ada yang terpaksa menunda tarikh perkahwinan yang telah diatur sejak setahun yang lalu, dan banyak lagi perkaraa penting terpaksa dibatalkan serta kerugian yang ditanggung gara-gara demonstrasi ini Bersih ini. Hati begitu tersentuh membaca berita ada seorang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah saya ucapkan, moga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, tidak kiralah sama ada penyokong Bersih atau tidak. Paling penting kita tetap umat Islam tetap bersaudara, walaupun mungkin kita berbeza.

Seperti yang selalu saya sebut, yang menjadi menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya tidak nampak begitu ramai bilangan bukan Islam yang turun. Rata-ratanya adalah kulit sawo matang. Kalau adapun bukan Melayu, sengaja dialihkan kamera ke sana supaya ada warna warninya, wal hal sebenarnya tidak. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Sesama sendiri bercakaran. Orang lain bertepuk tangan. Silap-silap haribulan, Melayu hilang ditelan zaman. Hanya kerana sengketa yang tidak berkesudahan, tanpa penyelesaian. Titik pertemuan masih jauh kelihatan. Perubahan yang dilaksanakan tidak banyak menguntungkan.

Misalnya, apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada orang Melayu (Bumiputera), maka tindakan ini dimanipulasikan dengan kata-kata memberi tongkat. Namun demikian, apabila bukan Melayu mendapat hak yang sama, maka ia dikatakan meritokrasi dan mereka berhak? Tidakkah kita sedar berapa ramai pelajar bukan Melayu yang dihantar di universiti di luar negeri melalui yayasan-yayasan berasaskan kaum yang diwujudkan dan sejumlah wang parti-parti politik perkauman yang tidak kurang banyaknya. Ini tidak termasuk individu-individu bukan Melayu yang terkaya membantu anak bangsa mereka.

Pendek kata, ada atau tidak Dasar ekonomi Baharu (DEB), bukan Melayu langsung tidak rugi. Tindakan cuba melonggarkah DEB itulah yang semakin merugikan anak bangsa ini.

Saya ingin memetik kata-kata A. Kadir Jasin, apabila orang Melayu (bumiputera) berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi? Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen Independent Power Producers (IPP) dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah? Tidak ramai yang ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan menyalahgunakan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, berasaskan kaum maka tiada siapa pun nampak bahawa keuntungannya tidak kepada Melayu, tetapi kepada bukan Melayu.

Hari ini, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang di punyai oleh kerajaan, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTAS) pula melebihi 500 buah. Atas desakan, kerajaan telah membuka pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, bilangan yang lebih ramai mendapat pendidikan pengajian tinggi adalah bukan Melayu. Kerajaan turut membantu IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu (parti politik), tidak cukup dengan itu bantuan melimpah ruah turut diberikan oleh syarikat swasta bukan Melayu kerana ada pelepasan cukai.

Kesimpulannya, saya yakin, suatu hari ini, kita tidak akan mampu lagi bersaing, apabila apa yang sedia ada semakin hilang. Misalnya, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS kerana bangsa yang kuat ekonominya pasti hanya akan membantu universiti bangsanya sahaja. Ringkasnya, apa jua peristiwa yang berlaku, sebanyak manapun demonstrasi Bersih, dan polisi yang digubal, orang Islam akan terus rugi, yang untung adalah bukan Melayu. Inilah yang membezakan antara konsep penyatuan Melayu dengan bukan Melayu.

13 July 2011 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Kategori mereka yg menuntut hak melalui demonstrasi jalanan


Ramai daripada umat Islam kini begitu mudah terpanggil menyertai demonstrasi jalanan dalam menuntut hak? Di mana kita lihat rata rata cara mereka bertindak terkeluar dari nilai nilai agama.Jika kita melihat kepada gelagat mereka dari segi i’tikad, kelakuan dan tindakkan, kita boleh bahagikan mereka kepada 3 jenis atau kelompok manusia.

Golongan Pertama:

Mereka adalah orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan bertindak. Mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh akal fikiran mereka. Cara mereka bertindak ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Kebebasan berfikir dan bertindak seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/ masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia, dan mengorbankan sedikit daripada kebebasan demi keuntungan yang lebih banyak untuk negara/masyarakat.

Golongan Kedua:

Terdiri dari mereka yang zahirnya berpegang pada agama, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak merujuk kepada agama sebagai pegangan dalam tindakkan. Mereka jenis yang ikut agama suku suku, yang mana sesuai mengikut kehendak hawa nafsu dan yang selari dengan fikiran mereka sahaja.Pada hakikatnya mereka bukan ikut agama tetapi menjadikan agama pengikut hawa nafsu mereka.

Golongan ini adalah lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Mereka jenis yang mempunyai prinsip dan tindakkan yang terang-terang menyalahi ajaran agama, namun mereka tetap menganggap bahawa fikiran mereka yang betul sedang ajaran agama itu salah, kemudian mereka cuba pula mengolah ajaran agama (menghalalkan cara) supaya sesuai dengan fikiran dan tindakkan mereka; maka mereka yang serupa ini adalah pendusta dan pembohong.

Golongan Ketiga:

Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta.Mereka adalah jenis apa yang kita panggil taklid buta.

Wallahu’alam.

(Rujukan: Terjemahan Kitab – Apa ertinya anda seorang Muslim oleh Sayyid Abu al-A’la Al- Maududi)


13 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 7 Comments

Apakah Demokrasi Jawapan Bagi Mesir? Mahu dipatuk Ular kali ke berapa?

US semakin melihat kepentingan untuk menguasai Algeria. Ini berhubung kait dengan kepentingan sekutu rapatnya, Israel. Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.

Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.

Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.

US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.

Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. (Perangkap US sudah mengena.Ikhwanul Muslimin sanggup mengenepikan perjuangan nya yang bercorak Islam selama ini dan bersetuju menerima tawaran US untuk menerima demokrasi.Sedangkan sudah sememangnya strategi US hendak menghancurkan Islam melalui demokrasi.Sila baca cara US nak hancurkan Islam disini) Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.

Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.

Lihat betapa liciknya musuh Islam bermain catur.Pejuang Islam saperti Ikhwanul Muslimin pun boleh terperangkap hingga begitu mudah mengenepikan prinsip Islam untuk bersetuju menerima ideologi demokrasi tajaan musuh.

(Sumber)

10 July 2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Demonstrasi BERSIH – Hukum berjuang di belakang Ambigia

8 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah, Video | 1 Comment

Lupakah kekejaman komunis?

Cukup melampau. Apa nak jadi dengan rakyat terutamanya segelintir ahli politik negara ini? Itulah ungkapan yang keluar dari mulut majoriti rakyat Malaysia apabila membaca laporan adanya usaha untuk menghidupkan kembali unsur komunis di negara kita.

Penahanan 31 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama-sama dengan 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto Che Guevara atau dikenali sebagai El Che menceritakan segala-galanya.

Apakah golongan ini sedar dengan apa yang cuba mereka lakukan? Kita percaya mereka cukup sedar kerana majoriti peserta yang terlibat dalam isu ini adalah orang dewasa yang matang dan tahu baik buruknya sesuatu tindakan.

Ini menyebabkan sukar untuk kita percaya bahawa masih terdapat rakyat kita yang mahukan puak komunis menguasai negara ini setelah apa yang pernah rakyat dan negara ini alami semasa zaman komunis dahulu. Apakah mereka lupa segala kekejaman komunis terhadap rakyat kita? Kenapa begitu mudah dan cepat golongan ini lupa tentang sejarah tersebut? Atau mereka memang sengaja tidak mahu mengambil tahu sejarah terbabit?

Bagi rakyat yang waras, terutamanya bagi mereka yang pernah melalui detik-detik hitam semasa zaman komunis dahulu, pastinya akan marah dan melenting dengan tindakan kumpulan ini. Kita tidak dapat bayangkan perasaan kecewa dan marah para perajurit kita yang pernah menentang komunis yang masih bersama dengan kita. Malah bagi kita yang tidak pernah merasai detik hitam itu pun rasa cukup takut, ngeri dan marah apabila membacanya dalam buku-buku sejarah.

Justeru, hanya manusia yang hilang kewarasan mahukan zaman komunis berulang kembali. Janganlah hanya kerana mengejar kuasa politik dan ingin memenuhi tuntutan pihak-pihak tertentu kita sanggup menggadai keselamatan dan ketenteraman awam secara keseluruhannya.

Mana ada negara yang aman dan damai di bawah komunis? Mana ada rakyat yang hidup selesa dan seronok di bawah komunis? Bukalah mata hati dan gunakanlah akal fikiran yang ada untuk menilai dan berfikir dengan sebaik yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Ingat, sesal dahulu ada pendapatan. Jangan kita umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar. Malah dalam hal ini bukan setakat kelambu tetapi tindak tanduk kumpulan ini seolah-olah membakar seluruh rumah terbabit.

Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, perpaduan dan keselamatan negara ini menentang sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini. Kami mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan keras yang sewajarnya termasuk mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

Tolong jangan hancurkan negara kami. Kalau mahukan pemerintahan komunis, tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam pergerakan ini dialu-alukan untuk berpindah ke negara komunis yang anda minati. Kami benci komunis!

Tulisan: NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

6 July 2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 1 Comment

Wanita Solehah = PENAWAR / Wanita Seksi = RACUN: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat HOT !

Wanita Solehah = PENAWAR / Wanita Seksi = RACUN: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat HOT !.

 

6 July 2011 Posted by | Ibadah | 1 Comment

Melayu Islam di bawah tapak kaki Ambiga!

Ambigia kuat menentang Syariah Islamiah di Malaysia

“Ramai orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini.Dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu”.


KEDEGILAN
 dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 2.0 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.

Ambiga dilihat begitu nekad.bersedia untuk bertempur dengan polis,Perkasa,Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia,Pemuda UMNO dan sekian ramai lagi rakyat jelata yang sememangnya menentang demonstrasi yang memungkinkan akan menimbulkan mudarat kepada Negara. Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,

Malah lebih malang lagi apabila kesungguhan Ambiga untuk melakukan kerosakan terhadap Negara ini didokong secara membuta tuli oleh orang-orang Melayu terutamanya Parti Islam Malaysia yang sebelum ini begitu kuat menentang dan mengkritik Ambiga berhubung pendirian anak dara tua ini terhadap agama Islam sehingga Salahuddin Ayub,Naib Presiden PAS menyerang forum yang diadakan oleh Ambiga dan suku sakatnya tapi hari ini PAS menjadi perkakas murahan kepeda wanita Hindu ini.

Latar belakang Ambiga ini cukup memual dan meloyakan.Sakkastiknya terhadap bangsa melayu dan agama Islam begitu menyerlah.Kebencian beliau terhadap agama rasmi Malaysia ini dilihat menjadi agenda yang cukup penting dalam perjuangannya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul dan bukannya turun di jalanan menghasut rakyat.

Tindakan tanduk Ambiga ini boleh dilihat dengan jelas niatnya hanyalah untuk melindungi kekotoran pembangkang dan melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Banyak orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu.

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.

Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.

Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.

Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.

Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara. 

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini.kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Nota:

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. (11hb April 2008)

Sumber: Blog Sanggah Tok Janggut

4 July 2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 13 Comments

Dalam setiap Perhimpunan Manusia – IBLIS sentiasa mengintai tepat pada sasaran nya.

Di mana mana perhimpunan manusia, saperti demonstrasi,majlis sukan,mesyuarat,dewan parlimen dan lain  lain, umat Islam harus berwaspada bahawa iblis pasti akan turut serta tanpa di undang.Iblis pada perhimpunan manusia berlagak saperti “cheer leader” ,akan menyorak nyorak membangkar dan menyemarakkan semangat dan emosi para peserta manusia.Lebih lebih lagi jika ada dua kumpulan yang bertentangan fahaman berhimpun serentak.Gembiralah iblis kerana perancangan untuk melaksanakan agenda jahat mereka tercapai.Kerja mereka menimbulkan provokasi untuk melaga lagakan manusia supaya bergaduh sesama sendiri.

Dalam apa jua langkah dan tindakkan kita terhadap sesuatu perkara adalah lebih baik kalau kita renung sejenak apa pesanan Saidina Abu bakar r.a saperti berikut:

“Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,

Jiwa disebelahmu,

Nafsu disebelah kirimu,

Dunia disebelah belakangmu,

Dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu.

Sedangkan ALLAH di atasmu.

Iblis sentiasa mengajakmu meninggalkan agama mu,

Jiwa mengajak mu ke arah maksiat,

Nafsu mengajak mu memenuhi syahwat mu,

Dunia mengajak mu supaya memilihnya dari memilih akhirat

Dan anggota tubuh mu mengajak melakukan dosa

Dan TUHAN mu mengajak mu masok syurga serta keampunan nya”.

  • Siapa yang memilih ajakan iblis maka hilang agama nya.
  • Siapa yang memenuhi ajakkan jiwanya maka hilang darinya nilai nyawanya.
  • Siapa yang memilih ajakkan nafsunya maka hilanglah akal darinya
  • Siapa memenuhi ajakkan dunia maka hilang akhirat dari dirinya
  • Dan siapa yang memenuhi anggota tubuhnya maka hilang syurga dari dirinya
  • Dan siapa yang memenuhi ajakan ALLAH maka hilang dari dirinya segala kejahatan dan dia beroleh semua kebajikan.

Iblis dan Syaitan adalah musuh manusia.Sementara manusia adalah sasaran iblis dan syaitan.Oleh itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis dan syaitan sentiasa mengintai tepat pada sasaran nya.Untuk memastikan manusia sentiasa berada dalam keadaan huru hara dan hidup dalam BERKRISIS.

1 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: