Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kenapa hudud tidak dapat di laksanakan

E mail dari: Azahari Ismail (azarmc123@yahoo.com)

Maaf. Saya juga kurang arif bab hudud ni. Sama ada ianya wajib dilaksanakan atau tidak tu diluar kemampuan ilmu saya. Cuma saya mahu jelaskan di sini kalaulah umat Islam di negara ini ingin sangat dilaksanakan hudud ianya mesti mempunyai ‘political will’. Saya tidak berharap sangat kepada parti-parti politik nak laksanakan hudud kerana politikus-politikus ni boleh menjual apa sahaja baik nama Melayu atau Islam untuk menang.

Kemeluatan saya suatu ketika kepada UMNO tidak boleh diubati dengan menyokong PAS kerana PAS juga gagal seperti UMNO dalam pelaksanaan hudud. Setahu saya undang-undang syariah adalah kuasa kerajaan negeri. Kelantan dan Kedah di perintah PAS waktu ini. Dulu Terengganu dan pernah sekali mereka bertakhta di Perak. Mereka tidak pernah pun nak laksanakan hudud bahkan menunding jari kepada UMNO kerana mereka dakwa UMNO akan gagalkan mereka. Kitapun percaya dan takbirrrr! sekuat hati supaya UMNO musnah. Kegembiraan kita atas kemenangan PR dulu tidak kekal lama apabila PAS menjelaskan pendirian hudud mereka secara rasmi di dalam DUN Perak oleh bekas menteri besar Nizar.

Sila click kenyataan kerajaan negeri PAS di DUN Perak di sini http://www.youtube.com/watch?v=VKZRdROmaL4. Wah bukan main kuat DAP bertepuk tangan. Yang menangis adalah kita….kita orang Melayu ni hah. Sokong kiri hampeh sokong kanan pun bapak lagi hampeh, siap cakap dalam DUN. Takkan bulu roma korang tak meremang tengok video tu? Kalau tak meremang tu silalah tanya iman anda kerana dikhuatiri kiblat anda terpesong. Saya meremang kerana saya juga menyokong mereka dalam PRU12.

Politikus-politikus ni semua sama sahaja. Kita semua akan tertipu kalau kita berimamkan mereka.

Nasihat saya, kalau nak cari Islam, jangan cari dalam parti politik. Carilah dalam Islam. Paling penting cari Islam dalam hati kita. Parti politik tidak dapat menambah iman kita bahkan mungkin membusukkannya. Walau setinggi mana serban kita sekali pun tiada jaminan kita lebih Islam dari orang lain apatah lagi memimpin.

kalau nak berjuang kerana agama, berjuang atas nama Islam bukan atas nama PAS. Ini adalah kerana sekiranya terdapat pesongan perjuangan dalam PAS, kita masih boleh mengkritik mereka kerana kiblat kita bukanlah bendera bulan itu tetapi Islam adalah kiblat kita. Sekiranya pula suatu hari UMNO pula memperjuangkan Islam lebih baik dari PAS, kita juga bebas menyokong UMNO juga kerana kiblat kita bukan keris itu tetapi Islam. Apalah ada pada nama parti Islam kalau setakat pada namanya, apalah ada pada nama parti Melayu kalau setakat pada namanya.

DAP yang tepuk tangan. Aku yang menangis. Masalah Islam bukan terletak di tangan parti politik itu tetapi terletak di tangan kita!

Jauhi fitnah dan busuk hati

Wallahualam.

About these ads

31 May 2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

3 Comments »

  1. lain kali nak cakap study dulu pasal undang2 mesia nih.. bukan nye kuasa kat kerajaan negeri tp pusat..kondem je pandai..
    ttps://sg.news.yahoo.com/hudud-di-kelantan-masih-perlu-kelulusan-putrajaya-kata-062032173.html

    Comment by Dandin | 3 April 2014 | Reply

  2. Alhamdulillah,ketika pas memerintah kelantan dan terengganu telah diwartakan hukum hudud kedalam enakmen undang2 kerajaan negeri.Tetapi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat untuk melaksanakannya.Kerana undang2 seperti mencuri,merompak membunuh,merogol dan sebagainya adalah termaktub didalam undang2 sivil iaitu dikuasai oleh kerajaan pusat dan perlembagaan.Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin islam yang menguasai kerajaan malaysia untuk memasukkan hukum hudud kedalam undang2 dan perlembagaan malaysia.Utk pengetahuan tuan2 mahkamah syariah skrg nie hanya terhad kepada nikah,cerai,faraid dll.,bukan jenayah2 lain..

    Kalau dulu islam berkembang salah satu cara adalah dengan berperang sebagai contoh dalam penaklukan constantinople.Tapi sekarang dengan cara demokrasi,tidak dengan cara berperang.Adalah menjadi satu kewajipan setiap muslim untuk terlibat dalam parti politik yang dasarnya memperjuangkan islam bukan bangsa.Kecuali saudara pilih jalan untuk berperang.

    Comment by xyz | 19 December 2011 | Reply

  3. setuju 100 persen… orang politik cakap ikut keadaan berani ikut pakatan… bila minta pendirian persis sokong DAP… dah mereka juga kata dengan baca ayat Qur’an hingga tak kering bibir mulut… orang kafir tidak akan puas selagi tidak dapat menghancurkan orang islam… orang yang dok cakap tu dah nyanyi lagu lain pulok doh

    Comment by dmy56 | 13 June 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers

%d bloggers like this: