Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Majlis akad nikah mendedahkan ramai yang tidak reti mengucap Syahadah

Foto Hiasan yang tidak ada kena mengena dengan tulisan ini

SENARIO I

Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.

Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.

Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.

Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA ALLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.

Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………

SENARIO II

Kisah ini saya sendiri yang menyaksikan.Satu majlis pernikahan anak perempuan kenalan saya di sebuah masjid di Sepang.Anak perempuanya itu pelajar di UK.Bakal suami nya sedang bermaustatin di UK.Sudah sekian lama berada disana kerana belajar .Kini sudah bergelar Jurutera dan berkerja di sana.Sesudah ijab qabul dan jadi suami isteri mereka dijangka kembali ke UK.

Saperti biasa sebelum majlis akad nikah di sempurnakan jurunikah minta bakal suami melafazkan dua kalimah syahadah.Si “bakal” ni terpinga pinga lalu berbisik sesuatu dengan pengapitnya (juga dari UK – pelajar).Kelihatan si pengapit membisikan sesuatu kembali.Lantas lepas itu dia melafazkan syahadah.Bukan syahadah yang dia lafazkan  tetapi selawat.Bukan selawat kata jurunikah.Saya minta awak ucap dua kalimah syahadah.Tak reti.

Jurunikah terpaksa ajar lafaz dua kalimah syahadah hingga berkali kali barulah upacara akad nikah boleh dijalankan selepas itu .

About these ads

24 May 2011 - Posted by | Renungan & Teladan |

23 Comments »

  1. Nak kawin, nak kawin, nak kawin hujung minggu ni, insyaallah, harap2 semua lancar

    Comment by mat | 23 October 2013 | Reply

  2. sbnarnye bukan pengantin xreti langsung, if tnya time biasa mesti lancar kaw2 pnya, tapi sebab gabra time nikah tu, even sruh sebut nama sendiri pun xingat, bende2 mcm ni kena consider jgak, bende bukan slalu buat, even suruh org yang belaja smpai arab pun, klau da jenis gabra thap melampau xkan lancar jugak sebutannya.
    Tgok comment2 dibawah ni, ada yang kata org xdpt ajaran baik dari keluarga la, xdidik anak betul2 la. macam2 org dok kata tapi kita xtau latar belakang sebenar pengantin tu.entah2 elok ajaran dia, kesian mak bapak dia, sbab dek gabra time nikah pnya pasal, abis org dok kata xaja ank betul2. jgn disebabkan benda2 macam ni org lain dpat aib sampai mati. if kadi betul nk tnya sgt, jumpa la sbelum time nikah/majlis.

    Comment by bbbon | 25 January 2013 | Reply

  3. saya dapat makluman terbaru dari Jbtn Agama da keluar surat untuk semua kadi semua negeri untuk tidak menyoal ketika akad nikah, sebab akan memalukan pengantin. even da penah jadi kes sampai keluarga pengantin kena kata dek orang kampung sebab menantu xpas mengucap time majlis. kadi if nak soal pun soal la luar time nikah tu, xbaik nak buat gempak nak malukan pengantin. & info lagi if ada kadi yang tanya soalan time majlis nikah, pengantin bole tulis surat aduan untuk tindakan. dalam prosedur/rukun xde tnya soalan time majlis nikah, hanya akad sahaja. if pengantin rasa malu sbb tindakan kadi (sampai semua tetamu dok gelak2 kt pengantin), bole failkan saman malu terhadap kadi.

    Comment by bbbon | 25 January 2013 | Reply

  4. sangat sangat sangat sedih.janganla anak2 kita keluarga kita sahabat handai kita jadi mcm ni..
    so apa tindakan kita?sedih,risau saja mana cukup!kita kena bertindak.muhasabah n tenung2 balik cara kita didik anak kita sekarang.cara hidup kita dan pemikiran kita..adakah risau/marah/sedih kita klu anak kita x smayang sama mcm risau/marah/sedih kita bila cikgu bgtahu dia ponteng sekolah?ada tak kita suruh anak2 kita jaga tilawah quran dia hari2 sama mcm kita suruh dia siapkan homework dia hari2?
    keseluruhannya adakah kita ambil berat hal ehwal agama kita setimpal ambil berat kita pd keselesaan hidup kita di dunia sementara ini??ada tak kita igtkan diri kita juga ank2 kita bhw kita kena usaha” bina kehidupan yg success” untuk kehidupan kita yg lebih pnjg yaitu di alam akhirat sana sama mcm kita sibuk usahakn kesenangan kekayaan disini…kita semua akan mati..maut sgt hampir..bila2 masa boleh dtg dgn sign@without sign..kenapa kita pertaruhkan habuan kita d sana dgn kehidupan sekarang yg penuh risiko ini…..

    Comment by norazimah abdul halim | 26 May 2011 | Reply

  5. tidak apa-apa, saya penasaran sepertinya ceritanya menarik

    Comment by HERLIN | 26 May 2011 | Reply

  6. kita sesama insan kenalah berprasangka baik………mudah-mudahan sahabat kita yang baru nikah tu kekal hingga keanak cucu……amin

    Comment by faeruz hassim | 26 May 2011 | Reply

  7. Sijil pra-perkahwinan diwajibkan di semua negeri, tapi ada sesetengah pusat khusus yang semata2 mengaut keuntungan dengan memberi khusus secara sambil lewa.

    atau mungkin ada yang dapat sijil terbang kot????!!!!!!

    Comment by Wan Fadzly Muhammad | 26 May 2011 | Reply

  8. Satu je sebenarnya, jgn tinggalkan solat… dalam solat kita bersyahadah, beristighfar, berselawat ke atas junjungan besar kite, bace surah2 al quran, berzikir.. Kalau bakal2 pengantin lelaki sperti cerite2 di bawah ni selalu bersolat, mesti takde masalah punyer.. Itu baru tok kadi tanye, kat padang mahsyar nanti…? Wallahua’lam

    Comment by Usamah Muhammad Zaid | 26 May 2011 | Reply

  9. Assalamualaikum , saya tidak nafikan memang ada dan ramai dikalangan orang melayu Islam, remaja melayu Islam yang terlalu amat kejahilannya . Saya pernah menangkap remaja Islam yang bermesra lelaki perempuan . . . lepas dapat tangkap saja tanya – tanya . ” Kamu orang Islam ke ? Iya kata remaja lelaki dan perempuan tersebut . Tanya saya kepada lelaki ” nak tak kalau saya kahwinkan kamu berdua , Jawap lelaki ” tak mahulah , perempuan macam ni siapa nak . Begitu juga jawapan dari pasangannya . Kemudian saya tanya lagi ” Boleh Mengucap tak ? Jawapnya : Tak tahulah bang . Perempuan pula kata : sikit – sikit boleh la . kemudian tanya yang lain seperti Solat tak , Boleh baca Fatihah tak . Jawapan mereka senang : Ayah ngan Mak pun tak solat dan tak marah kami pun kalau tak solat , fatihah ? tak tahu . . . Umur perempuan 16 tahun dan lelaki 17 tahun . . . sedih kita . Sebab tu kita kena menyokong para Ulama’ , para Ustaz , hadir majlis – majlis ilmu , jangan leka sangat dengan hiburan sehingga kita mati nanti tiada anak yang nak mendoakan kita . . . muhasabahlah kita dari sekarang rasa-rasanya semua ini berpunca dari mana atau siapa . . ..

    Comment by Aminuddin Ahmad | 26 May 2011 | Reply

  10. Memang betul tu. Masa saya nak submit borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Batu Pahat, saya yang dari KL kena hadir sama. Isteri saya di interview dulu dengan soalan2 ni. Kemudian saya. Masa nak akad nikah 1 soalan aje. Alhamdulillah berjaya saya jawap dengan lancar.
    Bab cerita lucu ni pernah juga saya saksikan satu pernikahan rakan saya. Bukan dia tidak tahu, akan tetapi pasal ngelabah ke.. gemuruh ke entahlah. soalah mudah bolah jadi tak boleh jawab. Selawat dia jawapnya syahadah. rukun nikah dia jawapnya rukun islam. Tapi bila jurunikah beri dia masa dan suruh bertenang, tanpa perlu diajar semula, dia boleh jawap.
    Begitu lah ragam manusia.

    Comment by Azmi Mohd Isa | 26 May 2011 | Reply

  11. KLAU BLAH PENANG 25 SOALAN KENA MASA NK SUBMIT BORANG..KLAU KEDAH DLM BAHASA JAWI LG NK ISI BORANG

    Comment by mohd fauzi ge | 26 May 2011 | Reply

  12. saya tak tau lah kalau kat selangor cara dia cam nie.. tapi saya asal johor memang ketat tuk nikah kahwin nie.. masa nak submit borang je de interview.. orang2 jabatan agama tu sendiri akan interview kita… tak silap saya de 7 soalan… kalu tak dapat jawap sumanya atau salah jwpan dia akan suruh kita masuk dalam 1 bilik dan meraka akan ajar suma yang kita tak tau… 1stly dia akan suruh kita mengucap 2 kalimah syahdah, 2nd al fatihah, 3rd doa qunut, 4th rukun iman, 5th rukun islam, 6th niat mandi wajib/junub, 7th rukun nikah kahwin.. macam suami saya asal KL dia pn kena interview sama.. so far Alhamdulillah lulus.. negeri johor mmg straight bab nikah kahwin nie…

    Comment by mona lisa | 26 May 2011 | Reply

    • memang betul, johor memang sangat rigid pasal nikah dan pengetahuan agama, terutamanya. Masa saya nak ajukan permohonan nikah (saya org johor dan suami org selangor) terkejut pihak suami kerana rigid sangat smpi banyak sgt borang yg nak kena isi dan kena interview (itu 13 tahun yang lepas…alhamdhulillah dah 13 tahun saya jayakan rumahtangga saya ni). Saya kata, nak ambik anak perempuan org kenalah tahu keperluan menjadi pemimpin yang sejati dalam keluarga. kalau tak haru biru la…lagi satu johor je yg masa tu wajibkan ujian darah kalau nak kawin……bertuah kita jadi warga johor kerana keselamatan kita terjaga..terima kasih la kat jabatan agama islam johor dan terutamanya kat sultan johor yang menjadi ketua agama negeri johor.

      Comment by nr5122 | 19 July 2011 | Reply

  13. Macam-macam peristiwa ada. Mungkin Panic kerana tiada persediaan dll. Ada juga Imam / Jurunikah yang menambah lagi ‘panic’ bila mereka ajukan dengan macam-macam soalan Objektif nak menguji bakal pengantin. Soalanya tiada kena mengena dengan urusan nikah kahwin….Dan ada juga kes di’permainkan’ orang orang yang dajal sehingga ada yang langsung tak boleh buat apa.sampai kena dimandikan dll.

    Pengalaman saya waktu menjadi Saksi kepada adik ipar saya agak lucu juga. Imam / Jurunikah meminta bakal bapa mertua memperbaharui syahadah nya sedangkan umurnya dah 80. Gigi pun dah habis. Jadi sebutannya itu tak berapa betul bunyinya. Imam ni minta dia sebut berulang-ulang kali sehingga dia berpeluh…Kasihan saya. Dia minta saya tuangkan air dan dia minum…Ulang lagi, ulang lagi akhirnya saya pun hilang sabar dengan kerenah Imam, dah dekat satu jam. Saya hangin dan saya tengking Imam tu. Orang dah Islam 80 tahun..”Apakah selama ini dia tak sah Islamnya sedang solat dll. terjaga dengan baik!”

    Imam tu terkejut dengan tindakan saya dan dia mengeletar, panic. Dia pulak minum air dan bertenang baru dijalankan akad nikahnya. Kisah ni dah 18 tahun…tapi susah nak lupa.

    Comment by Hadi Arief | 26 May 2011 | Reply

  14. Ingatkan perkara tak berlaku lagi. Perkara ini adalah biasa dalam tahun 60an. Itulah sebabnya diadakan kursus pra kahwin. Dan sijil hadir pra kahwin ni wajib ada sebelum dinikahkan. Xtahu pulak di KL x perlu.

    Comment by Mohamed Shapri | 26 May 2011 | Reply

  15. Macam dalam kubur gak la, kite tak hapal jawapan yang perlu dijawap bile munkar nakir tanye tapi amalan kite yang jawap. Same la kes 2 orang pengantin tu, saye percaye diorang pandai mengucap tapi untuk kes ni, Allah dah tunjuk kat dunia lagi.

    Comment by masri_maldini | 26 May 2011 | Reply

  16. SEBAB TU BYK PERCERAIAN BERLAKU KERANA NK BINA MASJID (PERKAWINAN) TAPI, KETIKA NK BINA MASJID (PERKHWINAN), BUAT ATAP DULU BARU BUAT TIANG.

    Comment by Khairani Darus | 26 May 2011 | Reply

  17. Assallamualaikum wbt., Sdr Amri, Cerita ini memang melucukan tetapi amat mengecewakan kerana masih ada anak muda yang tidak tahu atau dah lupa perkara yang berkaitan dengan akad nikah. Mereka tentu dah mengikuti kursus perkahwinan (atau nikah). Sekiranya ini masih berlaku maka kursus itu tentunya tidak berjaya. Saya dapati masih ada beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam kursus tersebut. Saya telah mencadangkan perkara ini lama dah – iaitu, Selitkan tajuk seni keibubapaan – suatu tajuk yang telah saya perkenalkan pada tahun 1980 dahulu untuk pelajar di IPTA. Tetapi saya ditertawakan – “Takkanlah itupun tak tahu?” Kata mereka. Dalam kursus yang melibatkan Wanita saya sering menyelitkan tajuk ini supaya ibu-bapa memahami betapa pentingnya mereka berilmu mendidik anak supay jatidiri mereka kental dan memenuhi peribahasa, “Selagi Perdunya Teguh, Usah Dirisaukan Dahannya Ditiup Badai.” Saya bukanlah sebijak tuan dalam agama tetapi amat memahami tuntutan agama dalam kerukunan rumah tangga. Tahu saja tak cukup. Kena amalkan. Praktiknya yang kurang. Wassallam. Take Care. “YANG BENAR TETAP BENAR!”

    Comment by Zain Kadir | 26 May 2011 | Reply

  18. Salam,

    Dan berapa ramai yang yang tak reti mandi wajib,
    tak termasuk lagi mengaji al-quran. Hanya mengaku
    beragama Islam, berapa ramai yang mengikut cara
    hidup Islam, dan berapa ramai sekira waktu magrib
    ada yang masih berada dipusat membeli belah, jom
    heboh, pasar malam dan banyak lagi tempat-tempat
    yang menjadi sarang orang Islam, dan tidaklah
    mustahil payah nak melafaskan syahadah, apabila
    lidah selalu menyebut ia akan sebati. Pernah saya
    sendiri hadhiri majlis pernikahan pengantin lelaki
    disuruh beristiqfar tapi tidak tahu…

    Comment by fairladyshania | 26 May 2011 | Reply

  19. Adakah ianya direka?? Tanya berapa ramai anak muda sekarang yg reti baca fatihah..tu belum lagi masuk bab tajwid.. Sahabat2 Nabi pun ramai tak kenal..

    Comment by wealthkeepcoming | 26 May 2011 | Reply

  20. Dari cerita lucu ini saya merasakan ianya rekaan semata2 kerana zaman ini peraturan pernikahan mensyaratkan bakal suami/isteri hendaklah menghadiri kursus nikah terlebih dahulu. Tak tahulah saya kalau di Selangor kursus ini tidak menjadi suatu syarat sebelum diakad nikahkan.

    Comment by Kartina Idris | 24 May 2011 | Reply

  21. salam.. pada saya tak mustahil perkara sebegini berlaku, saya baru tahun lepas berkursus nikah dan baru je nikah, untuk makluman semua dalam kursus selama 2 hari tu, memang tak ada lafaz dan tak diajar kalimah syahadah oleh penceramah…

    Comment by Mohd Hafiz Bin Mustafa | 24 May 2011 | Reply

  22. Memang ada terjadi perkara2 begini dan patut juga,sekurang2nya,sapa2 yg nak bernikah,setidak2nya tahu bab2 begini,sikit aja,yg asas kalau tak tahu,apa nak jadi kepada generasi yg akan datang plak,tapi yg nikah banyak kali menang saya sendiri lihat dan dengar sendiri semasa anak buah sayasi askar ni,dia bukan main ego plak,selamba aja masa nikah tu tapi yang satu pasangan lain ni,masa dia nikah di sebuah daerah N9,sampai 12 kali ..,,kesian2…minum air mineral pun tak leh juga,dah tulis n baca pun tak leh,last2 tok imam kata,ckp saya nikah terima aja,sodih pun ado,kesian pun ado,nak golak pun ado,…yang poliknya,pengapit dok diam aja……………..,saya sound dia,tepuk2 lah belakang pengantin tu,dia diam ajo………….saboor aja lah.

    wslm
    *********************************************
    Anuar Hj Ashaari
    Admin Manager
    Nippon Express(M)Sdn Bhd (HQ)
    H/P No : 016-2285335 & 013-2183535
    Web :http:www.nittsu.com.my

    Comment by Anuar Ashaari | 24 May 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers

%d bloggers like this: