Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Sekapur Sireh

SELAMAT DATANG

DAN SERTAI RATUSAN RIBU PENGUNJUNG 

KE

  Fitrah Islami Online

Blog Penyebar Ilmu dan Maklumat Islam
_____________________________________________________________________________________________________________________

Semua artikel dan tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah hasil tulisan dan pandangan penulis sendiri dan ada juga di titip dari sumber sumber lain yang di benarkan.Ilmu bersumber dari Tuhan maka sesiapa saja adalah dibenarkan mengambil dan menyiarkannya di mana-mana saja tanpa perlu meminta kebenaran penulis demi kebaikan bersama.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud:

“Sampaikan daripada ku walau satu ayat”– Hadis Riwayat Bukhari

KALAU KITA TIDAK MAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH, AKAN TETAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN . 

Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan di sini yang mungkin didapati bertentangan dan tidak bersefahaman dengan anda dan dengan ajaran sesetengah guru atau ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini.Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.

“MAHA SUCI ENGKAU! TIADA ILMU BAGI KAMI MELAINKAN APA YANG ENGKAU AJARI KAMI.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA TAHU LAGI MAHA BIJAKSANA……..”(AL BAQARAH:32).

Moga tulisan-tulisan ini dapat memberi manafaat kepada kita semua untuk lebih mendekati, mengenali dan mencintai Tuhan dan Rasul.

olih :
Admin/Pemilik Blog

Abdul Wahab Mohd @ Amri
Nama pena: Amri el Wahab


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers

%d bloggers like this: